waktu malaysia
 
galeri gambar
 
tempahan online


TEMPAHAN ONLINE

iklan

 





 

jadual  kursus/Seminar
BULAN KURSUS/SEMINAR
Kursus
 
dipejabat
Meru, Klang

sesi Consultant
No 69, Tgkt 2, Jalan Besar, Pekan Meru
(Atas Bank BSN depan RHB Bank)
iklan tajaan

 

 

 




 

Saturday, January 3, 2009
TAHUN BARU 2009
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Selamat Tahun Baru 2009 serta Maal Hijrah 1430.

Tahun 2009 dikatakan mengandungi banyak elemen kekayaan terutamanya negara Malaysia yang berada di dalam kitaran 6 di tengah mata angin dan 6 di akhir hayat. Ekonomi dunia dikatakan berada di dalam keadaan baik dan selesa. Namun, serangan pihak Israel ke atas Palestin menjejaskan kedamaian tahun 2009. Pada tahun 2007, saya pernah mengumumkan bahawa tahun 2008 adalah tahun jangka pendek dan tidak sesuai untuk membuat risiko besar dan tahun 2008 menyaksikan banyak kejatuhan ekonomi pada akhir-akhir tahun. Jika dibuat pengiraan;

2 0 0 8
2 1
3
3 9
3

Anda lihat bahawa 3 berada di kedudukan akhir hayat iaitu 3 di situ melambangkan masalah kewangan. Dengan pola 393 iaitu berjangka pendek, tidaklah sesuai untuk membuat pelaburan jangka panjang atau menyimpan stok yang banyak. Pada tahun 2008, pola 393 iaitu berjangka pendek menyaksikan ramai orang berpindah; saya sendiri berpindah ke rumah baru dan Pusat aktiviti Kelab Sains Metafizik juga 4 kali berpindah. Juga, lihatlah pola 333 iaitu rasa marah, dendam yang ada pada tahun 2008 lalu. Memang tahun 2008 tahun yang keliru, resah dan marah serta tak ada duit!

Tahun 2009 pula

2 0 0 9
2 9
2
4 2
6

Nah, lihatlah angka 6 dibawah tu menunjukkan potensi untuk kekayaan. Walaupun ada yang berkata kemelesetan ekonomi tetapi ada ruang di celah-celah kemelut itu. Yang menjadi masalah ekonomi itu ialah kerana kejatuhan sistem kewangan konvensional tetapi sistem kewangan Islam tidak terjejas langsung. Oleh itu, ruan kekayaan ada pada sistem kewangan bercorak Islamik. Juga, pola 222 yang banyak iaitu pola wanita (ramai wanita berada pada kedudukan tinggi cthnya PM Bangladesh yang baru) dan ianya juga pola air (mungkin banjir besar) serta masalah darah (denggi/Chikungunya?). Pola 426 ialah pola pendidikan, oleh itu pendidikan mendapat tempat yang baik tahun 2009. Kebetulan ekonomi dunia meleset, banyak industri yang terpaksa memberhentikan atau merehatkan pekerja, inilah masanya untuk membuat latihan! Melatih para pekerja yang diberhentikan, manakala pekerja yang bercuti panjang ambillah peluang untuk belajar kemahiran baru.

17 Januari menyaksikan pilihanraya kecil yang pertama untuk tahun 2009. Ini untuk menguji kitaran siapa yang kuat. Pada tahun 2009, UMNO dan BN berada di dalam kitaran yang kurang baik (8 dan 5) dan memanglah kalah kepada PKR dan PAS yang berada di dalam kitaran yang baik (9). Tapi tahun ini, PAS dan PKR berada di dalam kitaran 1 (kitaran "perit" lihatlah konflik yang berlaku dalam PKR sekarang) manakala UMNO dan BN berada di dalam kitaran yang selesa (9 dan 6). Namun, untuk pilihanraya kecil KT nanti, kitaran untuk calon2 pula terbalik. Untuk calon BN berada di dalam kitaran yang kurang baik berbanding dengan calon PAS yang mempunyai kitaran yang sangat jelas baik. Oleh itu, agak sukar untuk menjangkakan siapa yang menang - ini bergantung kepada rakyat - apakah mereka memilih berdasarkan parti (jika ya, BN lebih berpotensi menang) atau mereka memilih berdasarkan calon (jika ya, PAS lebih berpotensi menang). Sentimen rakyat yang akan menentukan, tetapi daripada pengalaman kajian kami, kemungkinan kitaran individu lebih menentukan, oleh itu PAS berkemungkinan menang. Bagaimana cara pengiraannya ? Nantikan keputusan 17 Januari saya akan beritahu jika PAS menang. Tapi jika BN menang, itu sesuatu yang diluar lingkungan sebab saya tidak mempunyai maklumat-maklumat lain seperti jam kelahiran calon-calon dan sebagainya.

Untuk tahun 2009, pihak Kelab Sains Metafizik akan melancarkan promosi lebih besar dengan beberapa produk yang menarik serta menyediakan insentif atau komisen. Cadangan untuk masuk radio, TV, suratkhabar serta laman web sedang dirancang. Mungkin kami agak perlahan berbanding dengan promosi agresif anak murid saya di Harian Metro, tetapi kami tidak mahu terburu-buru dengan tindakan kami.

Nantikan program-program untuk tahun 2009 nanti;

1 Feb - Ipoh - lokasi akan diberitahu nanti - Seminar Potensi Usahawan dan Membina Perniagaan Berkesan menggunakan nama, tarikh lahir dan waktu lahir.

15 Mac - Shah Alam atau KL - Konvensyen Sains Metafizik - dapatkan maklumat terbaru tentang penemuan terbaru kami;

- Petak Pendua
- Kitaran Perlakuan Harian
- Kitaran Perlakuan Jam
- Kitaran Perlakuan Handphone
- Kitaran Perlakuan Alamat Rumah, Nombor Plat Kereta dsbnya.

Kali ini, kami telah menemukan kaedah bagaimana menggunakan rajah segitiga untuk mengira perlakuan seseorang pada hari tertentu (bila orang itu demam - pola 347, bila orang itu kena tipu - pola 459, bila pola orang itu tersesat - pola 189) dan sebagainya. Serta membina rajah segitiga untuk mengetahui perlakuan seseorang berdasarkan nombor handphone dan plat kereta. Dengan cara ini, anda tidaklah perlu bergantung sangat dengan tarikh lahir untuk mengetahui pergerakan dan perlakuan seseorang. Kaedah ini amat berkesan jika anda baru berkenalan dengan seseorang dan tidak tahu tarikh lahir dia, tetapi dengan mengira handphone dan plat kereta anda sudah tahu apa sedikit sebanyak potensi dia. Ini sesuai untuk para sales dan marketing yang mencari prospek dan sebagainya.

Oleh itu, kaedah kami sudah "advanced" dan kami menjemput semua penggemar malah pengamal Rajah Segitiga termasuk yang pernah belajar di Harian Metro itu untuk menambahkan pengetahuan anda.

bermula tahun 2009, saya akan memperkenalkan kaedah Petak Digit Pengiraan Tarikh. Cara pengiraan sama cuma saya tidak lagi menggunakan Rajah Segitiga kerana tidak sesuai digunakan untuk membaca pola 3 rangkai. Rajah Segitiga sesuai untuk membaca pola 1 atau 2 rangkai yang asas sahaja. Lagipun, ramai orang kini cuba mengaku Rajah Segitiga itu hak milik mereka. Rajah Segitiga juga tidak memberikan ruang untuk melihat nombor bakat dan nombor tengah arah mata angin, yang sebenarnya sangat penting dalam membuat tafsiran yang lebih tepat. Anda akan dapat melihat petak digit itu nanti dalam buku Cinta, Jodoh dan Perkahwinan yang bakal dikeluarkan nanti serta pengumuman di dalam Mingguan Wanita nanti. Tetapi, dalam seminar2 tahun 2009, Petak Digit telah mula digunakan.

NOTA: PETAK DIGIT ADALAH HAKMILIK CIPTAAN EDDY ROSYADIE. Barangsiapa yang menggunakan petak ini bagi tujuan latihan atau konsultansi tanpa kebenaran bertulis serta bayaran royalti akan dikenakan tindakan undang-undang. Barangsiapa yang cuba mengaku Petak Digit itu adalah hakmilik beliau maka beliau adalah pendusta. Untuk tahun 2009, saya akan cuba dapatkan hakcipta untuk karya-karya saya yang selama ini telah diciplak oleh individu tertentu dan kemudian mengaku pola 3 rangkai adalah hakmilik beliau.

Saya akan cuba bergerak ke Kuantan dan Batu Pahat nanti setelah mendapatkan tempat latihan yang sesuai. Bandar-bandar lain saya masih mencari tempat latihan yang berpatutan. Mungkin ke Kota Tinggi sekali lagi? Kena tanya Twister Club nanti (www.twisterclub.blogspot.com)

Buku-buku yang dijangka diterbitkan 2009;
1. Cinta, Jodoh dan Perkahwinan- kini dalam semakan terakhir sebelum cetakan.
2. Kuasailah Diri Anda Edisi 3 - mungkin Jun
3. Kuasailah Diri Anda Edisi 1 Indonesia - mungkin Febuari.
4. Potensi Usahawan - mungkin Ogos
5. Potensi Kesihatan - mungkin September
6. Potensi Kerjaya dan Bisnes Pilihan -Mungkin Oktober
7. Potensi Kewangan Pola Kekayaan - Mungkin November.

Untuk makluman, perkhidmatan konsultansi masih diteruskan, sila hubungi saya untuk membuat temujanji. Juga, seminar atau kursus sama ada secara umum atau persendirian boleh diaturkan. Dialu-alukan kursus persendirian tetapi di pejabat saya di Pekan Meru Klang.

Alamat:
No 69, Tgkt 2, Jalan Besar, Pekan Meru
Atas Bank BSN depan RHB Bank
Dalam 3 km dari Klang Sentral.

Kelas dan konsultansi di pejabat Setiawangsa masih ada untuk anda. Yang penting ialah mengatur tarikh dan masa yang sesuai dengan kehendak masing-masing serta mengatur atau customized pengajian yang diperlukan.

Jumpa anda di Ipoh nanti !
1 Feb 09 - Potensi Usahawan dan Membina Perniagaan Berkesan - 9 pagi ke 5 petang - cuma RM200 - berminat SMS taip IPOH (nama) dan hantarkan ke 016 379856.
posted by eddy Rosyadie Mohd Samsury @ 5:56 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

About Me


EDDY ROSYADIE MOHD SAMSURY

(Perancang pengurusan Hala
Tuju Hidup)
Penulis Kolumunis `Mingguan Wanita `Penulis buku `CJP`
Email:
qmas304@streamyx.com

http://eddyrosyadi.weebly.com

Previous Post
Archives
ADMIN BLOG EDDY


ARY
Phone :012 902 6972
my facebook

محمد أشعري عبد الرزاق

Reka Lencana Anda
CONSULTANT 

Zaini ahmad 
     019-2676727
Azli Shah            012-3127296
Nor Azlina            019-3869011
Dr Aniza              019-2438151
 

FORUM CHAT

Template by

image link to web design website

Provided by website design company .

 

widgeo.net

Site Meter
Blogger Templates