Misi: mencari peluang untuk mengembangkan ilmu ini di Indonesia.
25hb Jan 08 – bertolak ke Jakarta menggunakan penerbangan KLM. Sampai di Jakarta, menginap di Hotel Sofyan Betawi, katanya satu-satunya hotel di Jakarta yang berasaskan syariah Islam. Terdapat tiga cawangan di sekitar Jakarta.
26hb Jan 08 – seminar sebelah pagi, hampir 60 orang telah hadir. Majlis diserikan dengan pertunjukan silap mata serta kehadiran pelakon Eddi Brokoly. Sejurus selepas kursus terus diadakan sesi konsultansi seramai 5 orang. Kemudian ke Bangunan JI Ekspo untuk berjumpa dengan pihak Metro TV, stesen TV terbesar Indonesia, tidak disangka dapat bertemu dengan tuan punya stesen TV seorang wanita yang sangat terkenal di Indonesia serta mendapat lamaran untuk membuat seminar di tempat itu (boleh menampung 10,000 ribu orang).
27hb Jan 08 – bersambung sesi konsultansi. Salah seorang peserta ialah seorang bakal Bupati bagi sebuah daerah di Papua (Irian Jaya). Beliau sangat berpuashati dengan kaedah ini dan terus memberitahu pihak penganjur untuk menyusun saya ke Papua nanti. Pada jam 13.10 petang waktu Indonesia, pengumuman di TV berkenaan kewafatan mantan Presiden Republik Indonesia ke-2 iaitu Al-marhum Suharto.
Malam 27hb Jan 08 – jam 7 malam baru keluar makan tetapi dapat jemputan untuk masuk ke dalam kawasan rumah Al-marhum Suharto melalui seorang kenalan. Kebetulan hotel sudah hampir dengan kediaman Cendana. Dapat menyaksikan upacara solat jenazah beliau dari dekat (rakyat jelata dan pihak media hanya berada di luar pintu depan tidak boleh masuk!). Kemudian ke Cibubur untuk makan malam.
28hb Jan 08 – Makan tengah hari di pusat beli-belah Sarinah Thamrin dan kemudian naik ke satu pejabat pelaburan kewangan bersama Eddi Brokoly yang menjadi ahli di sana dan sempat berbual sebentar dengan pengurus besar dan beberapa kakitangan. Pengurus besar itu memiliki pola nombor 456, 696 dan 729 – sangat bagus di dalam perniagaan berasaskan kewangan. Kemudian, bertolak ke pejabat MetroTV bertemu dengan pihak penerbit MetroTV dan menawarkan satu program 30 minit untuk sesi promosi.
Petang 28hb Jan 08 sudah check-in untuk balik Malaysia. Khabarnya ada 5 orang bersedia untuk sesi konsultansi, tetapi maaf, masa tidak mengizinkan. Kemudian dapat berita 30 orang sudah bersedia untuk mendaftar kursus pada 1 dan 2 March nanti.
Sementara itu, pihak penganjur sedang berusaha untuk mencari penaja dan membuat perancangan untuk seminar dengan kerjasama MetroTV – sasaran 10,000 orang atau paling tidakpun 2,000 orang.
Misi ini berjaya dengan perjalanan yang baik walaupun penampilan ringkas dan sekejap telah mendapat sambutan hangat, dan dengan kerjasama MetroTV nanti, misi ini akan lebih berjaya ke seluruh 200 juta penduduk Indonesia. Jumpa anda di Jakarta atau Papua atau Bandung atau Surabaya atau Bali nanti!
Gambar: Penulis bersama Eddi Brokoly (pelakon Dealova & Ada Apa Dengan Cinta) semasa menunggu penerbangan balik ke Malaysia. Di sebelahnya adalah Dato Dr. Roslizam.
Labels: catatan perjalanan