waktu malaysia
 
galeri gambar
 
tempahan online


TEMPAHAN ONLINE

iklan

 





 

jadual  kursus/Seminar
BULAN KURSUS/SEMINAR
Kursus
 
dipejabat
Meru, Klang

sesi Consultant
No 69, Tgkt 2, Jalan Besar, Pekan Meru
(Atas Bank BSN depan RHB Bank)
iklan tajaan

 

 

 




 

Sunday, March 9, 2008
Analisis Pilihanraya Umum ke-12 (PRU-12) Malaysia 2008 secara Kaedah Sains Metafizik Astronumerologi Dinamik

Keputusan pilihanraya yang mengejutkan, itulah yang diperkatakan oleh ramai orang. Ada yang sedih dan ada yang tersenyum. Daripada kaedah Sains Metafizik Astronumerologi Dinamik yang digubah saya nampaknya pelbagai perkara yang dijangka hampir menetapi sasarannya.

1. Kemenangan Barisan Alternatif – gelombang kuning.

Tahun 2007 lepas, saya telah umumkan bahawa warna paling bagus untuk tahun 2008 adalah warna kuning. Beberapa bulan selepas pengumuman saya itu, tidak disangka Perhimpunan Bersih di Kuala Lumpur menggunakan warna kuning. Beberapa hari sebelum PRU 12 telah kedengaran khabar angin mahukan penyokong BA memakai warna kuning kerana ”Gelombang Kuning” melanda ”Gelombang Biru”.

Oleh yang demikian, individu atau organisasi yang menggunakan warna kuning pada tahun 2008 mendapat ”keuntungan”. Di satu cerita berkaitan, tahun ini syarikat Mydin di Kuala Terengganu mencatatkan keuntungan jualan tertinggi di seluruh kalangan rangkaian Mydin di Malaysia. Ketua negeri Terengganu iaitu DYMM SPB Sultan Mizan adalah Yang Dipertuan Agong sekarang iaitu warna kuning, tentunya rezeki ini melimpah ke negerinya juga.

2. Kejatuhan Dato’ Seri S Samy Vellu.

Tahun ini beliau berada di dalam Kitaran 3 dan biasanya individu yang berada di dalam kitaran ini berada di dalam keadaan yang kurang baik, resah, keliru dan boleh menyebabkan tertekan.

3. Kekalahan teruk UMNO.

Organisasi UMNO berada di dalam kitaran 8 pada tahun ini, tentunya tahun 2008 membawa situasi teruk kerana kitaran 8 memang dikenali sebagai kitaran Tahun Tekanan (Year of Depression).

Bekas Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Dr. Mohd Khir Toyo pernah menyatakan di dalam sebuah akhbar (sebelum PRU 12) bahawa tahun 2008 membawa ”ong” bagus kepada Selangor kerana banyak nombor 8 iaitu 8 penggal beliau di kerajaan dan berbagai perihal 8 lagi. Namun, angka 8 ini sebenarnya membawa padah. Memang ramai orang sukakan nombor 8 kerana kepercayaan bahawa 8 bawa ”ong” tapi kajian penyelidikan saya tidak pula menunjukkan sedemikian, nombor 8 membawa keuntungan jika digunakan pada situasi dan cara tertentu sahaja.

4. Kemenangan besar PKR.

Tahun 2008 adalah tahun kitaran 9 untuk parti PKR dan tentunya daripada kajian penyelidikan kaedah ini mendapati individu atau organisasi yang berada di dalam kitaran 9 selalunya dapat bawa tawaran baik serta kejayaan. Saya rasa semua orang mengetahui keputusan untuk Nurul Izzah dan Datin Seri Dr. Wan Azizah dan ramai lagi pemimpin PKR.

5. Kemenangan besar PAS.

Parti PAS memakai warna hijau dan secara metafora warna hijau melambangkan pokok kayu. Tahun 2008 adalah tahun Yang EARTH Rat, iaitu tahun Tikus untuk polariti EARTH (tanah). Secara analogi, pokok kayu mencengkam atau menguasai tanah, lalu tahun ini PAS menguasai tahun ini dengan kemenangan.

6. Kemenangan Khairy Jamaluddin di Rembau, Negeri Sembilan.

Arah Khairy daripada Putrajaya ke Rembau adalah arah bernombor 7, iaitu arah ramai pengikut. Beliau telah pergi ke arah yang betul untuk mendapatkan kemenangan.

7. Melaka dan Negeri Sembilan – arah Barat Daya.

Tahun lepas saya mengumumkan tahun 2008 adalah tahun kurang baik untuk arah barat daya dan arah ini ialah sekitar Melaka dan Negeri Sembilan. Sehingga kini terdapat banyak kes kemalangan dan tragedi berlaku di arah tersebut. Namun, bagaimana ini boleh dikaitkan dengan kemenangan? Ini adalah kerana untuk tahun 2009, arah Barat Daya adalah arah yang menguntungkan pula. Tentunya, dengan kemenangan majoriti BN di negeri-negeri tersebut menunjukkan telah berlaku turning point, tahun 2009 bakal terdapat pelbagai keuntungan kepada mereka yang tahu mengambil kesempatan.

8. Parti Gerakan tewas di Pulau Pinang.

Tan Sri Koh Tsu Koon berada di dalam kitaran 5 untuk tahun 2008 iaitu Tahun Terhalang (Year of Obstacles) jika betul tarikh lahir beliau adalah 14 Ogos 1949. Sepertimana kes Dato’ Seri Samy Vellu (Kitaran 3) dan UMNO (Kitaran 8), kitaran 5 juga adalah satu kitaran tahun yang agak membebankan.

9. Manifesto yang menguntungkan.

Barisan Alternatif menggunakan isu harga barangan dan isu berkaitan perihal kos. Tahun lepas saya ada mengumumkan bahawa tahun 2008 adalah tahun ”orang sangat berkira”, jadi perihal kos dan harga memainkan isu penting tahun ini dan BA telah mengambil peluang ini dengan baik.

10. Tahun Cermin untuk Pak Lah.

Tahun 2008 adalah tahun cermin untuk Pak Lah (kod 2828). Tentunya tahun ini adalah satu tahun yang menyerlah untuk beliau, ianya membantu Pak Lah kekal sebagai tampuk utama walaupun beberapa siri kekalahan berlaku di sekitarnya. Lagipun tahun ini beliau berada di kitaran 2, iaitu kitaran rangkaian, jadi ini membantu beliau untuk kekal cemerlang di tahun 2008 ini.

Ada banyak lagi analisa boleh dilakukan, yang penting ini bukannya ramalan halus berupa firasat mimpi atau dari asap kemenyan. Ianya adalah hasil daripada kajian secara penyelidikan daripada pola-pola (patterns) dan kitaran (cycles) peristiwa yang didapati daripada internet dan akhbar-akhbar. Data-data itu dianalisa dan dibuat unjuran, sepertimana ramalan kaji cuaca yang menggunakan data-data suhu dan kelembapan serta pola pergerakan angin, walaupun tidak tepat namun ianya adalah sains kajian penyelidikan dan banyak kelebihan menggunakannya secara sains.

Jumpa anda di PRU-13 nanti pada tahun 2012. Kepada parti politik serta individu yang bakal bertanding, belajarlah dari kesilapan ini – ANDA PERLU ADA STRATEGI yang lebih baik untuk menang (faktor kitaran, jangka masa, arah dan sebagainya). Mana-mana pihak sama ada Barisan Nasional (jika mahu menang semula) atau Barisan Alternatif (jika mahu menang lebih banyak) di tahun 2012, sudi-sudilah menggunakan kaedah sains metafizik astronumerologi dinamik ini! Barisan Nasional ada harapan besar (jika tahu caranya) dan Barisan Alternatif ada peluang baik (jika tahu caranya juga).

posted by eddy Rosyadie Mohd Samsury @ 11:59 PM  
1 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

About Me


EDDY ROSYADIE MOHD SAMSURY

(Perancang pengurusan Hala
Tuju Hidup)
Penulis Kolumunis `Mingguan Wanita `Penulis buku `CJP`
Email:
qmas304@streamyx.com

http://eddyrosyadi.weebly.com

Previous Post
Archives
ADMIN BLOG EDDY


ARY
Phone :012 902 6972
my facebook

محمد أشعري عبد الرزاق

Reka Lencana Anda
CONSULTANT 

Zaini ahmad 
     019-2676727
Azli Shah            012-3127296
Nor Azlina            019-3869011
Dr Aniza              019-2438151
 

FORUM CHAT

Template by

image link to web design website

Provided by website design company .

 

widgeo.net

Site Meter
Blogger Templates