Assalamualaikum, Selamat Sejahtera, Salam perjuangan...
.
PENGUMUMAN PENTING !!! POLA 459
.
Sejak akhir-akhir ini beberapa orang telah beri maklumbalas tentang kes PUKAU di mana tidak semena-mena mereka menyerahkan wang dan barang kepada orang yang tidak dikenali dengan mudah, walaupun sedar ianya salah, tapi mereka dipukau menjadi lemah untuk menyerahkan barangan milik mereka.
.
Apabila diperiksa, di dapati majoriti mangsa pukau adalah pola 459.
.
KEPADA SEMUA CLIENT/ PESERTA KURSUS YANG MEMILIKI POLA 459, SILA AMBIL PERHATIAN PENTING DI SINI.
.
Individu pola 459 adalah "penyerap tenaga" seumpama sponge / span basuh pinggan menyerap air (spongebob). Kerana itulah orang pola 459 sangat sesuai berfungsi sebagai pemulih kesihatan/ perubatan seperti bomoh, jururawat, doktor atau terapis mahupun kaunselor. Apabila anda "merawat" orang, sebenarnya anda secara semulajadi menyerap tenaga kurang baik dari pesakit, menyebabkan pesakit rasa lega berurusan dengan anda, tetapi anda pula yang merasa sakit-sakit akibat anda menyerap tenaga kurang baik mereka bagi pihak pesakit. Oleh kerana anda menyerap tenaga kurang baik, lama-kelamaan diri anda mengandungi banyak tenaga kurang baik dan anda mula sakit-sakit. Orang pola 459 sering kena tempias sakit atau mudah kena santau, pukau, buatan orang dan sebagainya - kerana pertahanan anda lemah. Kecuali individu pola 459 yang mempunyai frekuensi dalaman yang tinggi. Kerana itu, biasanya orang yang merawat pesakit sering ada amalan untuk "bersihkan" diri mereka untuk keluarkan tenaga sakit dari dalam diri mereka selepas merawat pesakit. Dalam Islam pun, anda disunatkan untuk mandi selepas menziarahi atau menguruskan jenazah atau kembali dari kubur.
.
Di dalam perihal pukau, terdapat dua modus operandi yang digunakan untuk menentukan sama ada anda boleh dipukau atau tidak. Pertama, orang pola 459 yang sering menyerap dan mengumpul tenaga sakit akan mudah terdedah dengan tenaga pukau. Kedua, pemukau biasanya akan "mengimbas" calon-calon mangsa dan orang pola 459 yang lemah tenaga dalaman mudah dikenalpasti untuk dipukau.
.
Oleh itu, anda sebagai pola 459 mestilah mengamalkan perkara-perkara berikut;
.
1. Sentiasa "menyahtoksinkan" tenaga dalaman anda, kalau boleh seminggu sekali. Keluarkan (drain out) tenaga sakit dari diri anda. Ada satu petua iaitu mandi air sejuk dan garam. Anda boleh gunakan kaedah mandian ais garam seperti terdapat dalam rawatan alternatif seperti CVT (sila hubungi Dr. Aniza untuk rawatan dan penjelasan lanjut). Atau mandi di sebuah air terjun awal pagi menggunakan garam sebagai sabunnya (sabun berbentuk garam ada dijual), kemudian ada yang mencadangkan guna kapur sebagai bilasan. Dengan mengeluarkan (drain out) tenaga sakit, anda tidak terdedah dengan serapan dan pengumpulan tenaga sakit yang banyak.
.
2. Sentiasa ada sebentuk "pelindung" biasanya bacaan ayat Kursi yang kerap boleh membantu melindungi anda daripada pengimbas pukau.
.
3. Tinggikan frekuensi dalaman anda - seperti berfikir positif, amalan menjamah garam/ makanan masin (tapi perlu pastikan tiada kesan kesihatan terutamanya darah tinggi), sentiasa ada zikir/ doa serta amalan kawalan aura.
.
Ingat, tahun 2010 adalah tahun pola 459 iaitu tahun kesihatan dan pola 459 juga ada kaitan dengan ilmu mistik. Kemungkinan, ilmu mistik menjadi-jadi pada tahun 2010. Juga, daripada kajian saya terhadap kes kanak-kanak hilang, majoriti kanak-kanak yang hilang adalah individu pola 459, termasuk adik Sharlinie yang masih hilang hingga sekarang (pola 459 sebanyak 2x dan angka 3 tengah mata angin).
.
Jika anda ada pola 459 dan pernah mengalami situasi ini, sila kongsikan pengalaman anda - hantar email ke qmas304@streamyx.com .
Semoga menjadi panduan berguna.
.
Jumpa anda di kursus 15 Ogos (Asas 3K: Kesihatan, Kewangan dan Kasih Sayang) dan 23 Ogos (pola untung 336) nanti. Sila lihat maklumat kursus di bawah.
.
Tahukah anda bahawa John Whittaker memenangi USD314 juta (hadiah paling tinggi dalam sejarah USA) pada hari pola 336! Nantikan kursus pola 336 untuk anda tahu rahsia tersebut. Mana tau anda boleh jadi jutawan pada hari pola 336.
.
Eddy Rosyadie