waktu malaysia |
|
galeri gambar |
|
tempahan online |
TEMPAHAN ONLINE |
iklan |
|
jadual
kursus/Seminar |
BULAN |
KURSUS/SEMINAR |
Kursus
|
dipejabat
Meru, Klang
sesi Consultant
No 69, Tgkt 2, Jalan Besar, Pekan Meru
(Atas Bank BSN depan RHB Bank) |
|
iklan tajaan |
|
|
Saturday, May 9, 2009 |
Sukses Berkesan Berterusan |
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.
Kursus Potensi Diri Modul 1 (Statik) dan Modul 2 (Dinamik) di Pasir Gudang, Johor pada 27 dan 28 Jun 2009. Untuk individu yang belum pernah mempelajari kaedah ini atau yang ingin ulangkaji/ update. Banyak kaedah terbaru seperti Petak Pendua, Graf Prestasi Bulanan dan Fenomena Harian serta Kenali Diri dari No Handphone. Berminat sila SMS taip PG (nama) ke 016 2379856.
"Tuhan Maha Kaya Maha Pemurah, setiap manusia telah ditetapkan perjalanan hidup tetapi diberi peluang pula untuk membuat pilihan untuk serlahkan potensi hebat mereka, tetapi manusia sendiri yang tidak memilih untuk serlahkan potensi hebat mereka, apakah anda telah memilih untuk menyerlahkan potensi hebat anda? Atau nak tunggu Tuhan buat pilihan untuk anda yang mungkin bukan kesukaan anda?" - Eddy Rosyadie
"Ramai orang mengeluh kerana kesusahan dalam hidup kerana mereka memilih untuk menyusahkan diri sendiri dalam kehidupan. Hidup adalah mudah dan senang jika anda memilih untuk mencari jalan untuk memudahkan kehidupan anda" - Eddy Rosyadie. "Kalau dahulu kalau dari JB ke Perlis ambil masa dua hari perjalanan, tetapi kini sehari hari sahaja kerana adanya lebuhraya PLUS. Itupun setelah PLUS bersusah payah berhempas pulas ratusan kilometer di celah-celah bukit dan gunung serta hutan rimba diteroka untuk bina lebuhraya yang kini memudahkan perjalanan kita. Begitu juga hidup kita, penerokaan hidup itu mulanya susah, tapi akan jadi senang jika anda telah bina lebuhraya kehidupan yang baik. Ada orang memilih untuk ikut jalan dalam yang banyak cabaran berbanding lebuhraya Utara Selatan yang lebih lancar, begitu juga hidup, sebenarnya ada lebuhraya yang lebih lancar. Pelajarilah kaedah Potensi Diri Dinamik untuk bina lebuhraya yang lebih lancar dalam hidup anda"- Eddy Rosyadie. "Perkahwinan umpama sebuah lautan. Penuh dengan gelombang ombak, nampak tenang di atas laut tapi penuh gelojak dalam laut. Kalau Laut Mati di Eropah masin sangat, kalau Lautan India di Somalia penuh lanun, kalau Laut Antartika di Kutub Utara sejuk sangat... perkahwinan anda seperti lautan yang macam mana? Oleh itu, janganlah bergantung sangat kepada laut iaitu membiarkan perkahwinan anda seperti lautan bergelora, tetapi binalah lautan yang lebih aman! Lautan yang aman perlukan usaha untuk mendamaikan laut" - Eddy Rosyadie (tetapi kalau dah ribut taufan melanda di laut, cubalah berpaut pada kapal dahulu, tapi kalau dah tak boleh, nak buat macam mana, kapal Titanic dah nak karam, cari pelampung/bot keselamatan dulu, terpaksa tinggalkan kapal. Jangan pula terus terjun laut! :) Saya menerima banyak pesanan mengadu masalah kehidupan ke dalam sistem SMS 36553 saya, begitu juga dengan pesanan SMS dan email yang sentiasa ada saja berterusan - email sahaja dekat 500 email belum terjawab!. Mohon maaf jika terlewat sangat menjawab atau mungkin tidak dapat menjawab kerana terlalu banyak! Oleh itu, jika anda ada masalah atau untuk bina lebuhraya kehidupan yang lebih baik, elok hadir kursus atau aturkan temujanji kita berjumpa. Mungkin anda terpaksa ambil cuti atau terpaksa tutup kedai sementara atau terpaksa berjalan jauh untuk hadir kursus atau bertemu saya, tetapi langkah membuat persiapan sebegitu boleh menjadikan kehidupan anda lebih baik selepas itu (analogi seperti menajamkan mata pisau untuk memotong ratusan sayur; potongan jadi cantik dan cepat jika anda bersusah sedikit dahulu untuk tajamkan dahulu pisau itu). Ada individu datang dari Kuala Kangsar, Kuala Terengganu, Batu Pahat malah Singapura ke Shah Alam ini untuk kursus/ konsultansi. Bukannya saya tidak mahu ke Kota Bahru, Kota Kinabalu, Brunei tetapi masalah kos. Saya ada membaca sebuah majalah bisnes di mana konsultansi untuk satu financial planning oleh sebuah firma konsultan adalah berharga RM600 - RM900 setiap sesi manakala kursus financial planning pula adalah RM2,500. Berbanding sesi konsultansi destiny planning yang saya buat ialah RM150 - RM200 setiap sesi. Harga kursus yang ditawarkan oleh kami Kelab Sains Metafizik juga jauh sangat rendah sekitar RM400. Daripada kaedah kursus/ konsultansi kami, ramai yang telah berjaya dalam usaha mereka. Jika status kaedah kami perlu lebih diyakini sepertimana kaedah lain, kami perlu caj sepertimana harga pasaran konsultan. Buat masa ini agak sukar untuk kami bergerak besar-besaran dengan cara yang lebih gah kerana sumber pendapatan kami kurang berbanding caj-caj firma lain. Mudah-mudahan sokongan berterusan peminat Kelab dapat membantu Kelab naiktaraf menjadi sebuah Institut Kajian Sains Metafizik satu hari nanti. Program Kursus/ Seminar Tahun 2009 - Mei, Jun, Julai, Ogos
MEI
23 Mei Larkin - Kursus Pola Kombinasi Perlakuan Harian RM350 24 Mei Larkin - Kursus Perlakuan Harian RM350 bersama Encik Yuswan; pengasas Kaedah Perlakuan Harian Hubungi Encik Lukman 0127741582.
23 Mei JB (8.00 malam - 10 malam) - Kursus Mini RM50 Potensi Juara Jualan kenali orang dari no handphone, mencari arah kejayaan anda, melakarkan graf prestasi bulanan anda dsbnya untuk anda menjadi seorang MLM atau Sales/Marketing Consultant yang mendapat jualan tertinggi sepanjang masa! Hubungi Encik Lukman 0127741582.
JUN
Pelancaran Program Pemantauan Prestasi Pelancaran buku Kuasailah Diri Anda Bahagian 1 - Edisi 3
Ditangguhkan: - Executive Lunch Talk RM100 - JOM JADI USAHAWAN RM200
digantikan dengan Kursus Potensi Diri Statik Modul 1 dan Dinamik Modul 2 di PASIR GUDANG, Johor pada 27 dan 28 Jun 2009. JULAI 11 Julai JB - Konvensyen Sains Metafizik RM50 Pendedahan teknik-teknik terbaru hasil kajian Potensi Dinamik iaitu kaedah yang pertama seumpamanya di dunia ini oleh Encik Eddy Rosyadie - pengasas kaedah Potensi Dinamik. - Kaedah "Pentiga" - Kaedah Potensi Anak Mempengaruhi Ibu bapa. - Kaedah Graf Prestasi Bulanan - Kaedah "Check Mate" dan "Cross Matching" dan beberapa teknik terbaru yang unik !
Pameran / jualan meja / booth ada ditawarkan! Sila email ke qmas304@streamyx.com
OGOS 2 Ogos Shah Alam - Kursus Potensi Perkahwinan dan Perceraian RM200 Diskaun RM50 untuk pemilik buku Cinta, Jodoh & Perkahwinan
maklumat tentang kursus / seminar;
Kursus Perlakuan Harian pada 23 dan 24 Mei di Larkin, Johor Bahru. - 23 hb kursus asas Kombinasi Perlakuan Harian; RM350 - 24 hb kursus Perlakuan Kitaran Harian; RM350 tenaga pengajar: Encik Yuswan, pengasas kaedah perlakuan harian. tempat: Caliph Management, Larkin depan Balai Bomba Larkin, JB.
Sambutan menggalakkan pada 19 April lalu membuatkan pihak kami sekali lagi menganjurkan kursus seumpama itu - kali ini dibuat dalam bentuk dua hari (Asas Kombinasi dan Perlakuan Asas) untuk lebih mendalam dan jelas. Kepada anda yang pernah mempelajari kaedah numerologi atau tarikh lahir yang asas sebelum ini (seperti Rajah Segitiga), marilah hadir untuk melanjutkan lagi pengetahuan anda di dalam aspek kenali apa yang terjadi esok hari menggunakan kiraan dari rajah segitiga. Sebelum ini rajah segitiga adalah untuk kenali karekter atau kerjaya seseorang namun di dalam kursus ini rajah segitiga digunakan untuk mengira apakah anda akan demam esok hari (pola 347), tersesat (pola 189), keliru (pola 843) atau untung (pola 696).
Terdapat maklumbalas menyatakan kenapa perlu belajar kaedah ini untuk mengetahui apa yang terjadi esok hari padahal Tuhan telah tetapkan takdir untuk kita. Memang betul Tuhan telah tetapkan tetapi kita mahu ketahui apa yang ditetapkan itu? Jika kita dapat ketahui sedikit pun apa yang terjadi esok hari, ianya lebih bermakna kerana kita boleh aturkan strategi dan buat keutamaan tertentu untuk membuat pembetulan atau pencegahan. Ikhtiarlah dan berdoa; janganlah pula bila terjadi musibah baru nak salahkan Tuhan padahal jika kita boleh "mengira" lebih awal, tentu kita akan lebih redha dengan ketentuan-Nya itu. Contohnya, jika anda tahu anda akan demam esok, maka mulai hari ini anda perlu merancang untuk menjadikan demam anda itu berkesan seperti tidaklah membuat projek besar-besaran yang mungkin gagal atau bolehlah sediakan ubat lebih awal. Sekadar contoh jenaka, jika anda tahu esok suami/isteri/anak anda akan bercumbuan (pola 1234) tetapi bukannya dengan anda, tentunya anda boleh perancangan awal, bukan?
Daftar: SMS taip salah satu kod dibawah ini (L23 atau L24 atau LK) taip L23 (nama) untuk kursus Asas Kombinasi Perlakuan Harian taip L24 (nama) untuk kursus Perlakuan Harian taip LK (nama) untuk kedua-dua hari Kursus dan hantarkan ke 016 2379856
Diskaun diberikan kepada individu yang datang berkumpulan 4 orang (RM25 untuk setiap seorang kumpulan) atau bekas peserta kursus 19 April lalu yang ingin refresher course (ulangkaji) pada harga RM170 sahaja (untuk 24 Mei sahaja).
Konvensyen Sains Metafizik di Johor Bahru pada 11 Julai 2009 - Julung kali di adakan di Johor Bahru (biasanya dibuat di Shah Alam sahaja sebelum ini) Khusus untuk rakyat Johor, Singapura dan Indonesia. RM50
Dapatkan pengetahuan dan pendedahan tentang penemuan-penemuan terbaru kaedah kami seperti kaedah Graf Prestasi Bulanan, Perlakuan Harian/ Handphone dan sebagainya. Terkini; hanya di konvensyen itu nanti - kaedah Cross Matching dan Check Mate yang sangat berkesan di dalam menentukan kejayaan dan kegagalan anda di dalam satu-satu perkara dalam satu-satu masa!
DIJEMPUT UNTUK BUKA PAMERAN / BOOTH pada hari konvensyen tersebut. Bayaran RM100 untuk setiap meja - sila SMS tempahan di 016 2379856.
SALAM KEJAYAAN ! Eddy Rosyadie |
posted by eddy Rosyadie Mohd Samsury @ 3:01 AM |
|
|
|
|