waktu malaysia |
 |
galeri gambar |
|
tempahan online |

TEMPAHAN ONLINE |
iklan |




|
jadual
kursus/Seminar |
BULAN |
KURSUS/SEMINAR |
Kursus
|
dipejabat
Meru, Klang
sesi Consultant
No 69, Tgkt 2, Jalan Besar, Pekan Meru
(Atas Bank BSN depan RHB Bank) |
|
iklan tajaan |


|
|
Thursday, April 10, 2008 |
|
Salam,
Terima kasih kepada semua individu yang hadir untuk seminar konvensyen Sains Metafizik 2008 yang telah di adakan di Hotel Carlton Holiday Shah Alam pada 6 April 2008 tempohari.
Seramai 100 orang telah hadir dan ada di antaranya dari jauh seperti Pulau Pinang dan Johor Bahru. Ada sebilangan bekas peserta kursus yang hadir dan ramai peserta baru. Tahniah kerana anda semua telah membuat satu inisiatif hebat untuk mengenali kaedah ini dan seterusnya mencari pengalaman dan pengetahuan baru untuk buat perubahan.
Terima kasih kepada para testimoni seperti Puan Solehah (Cashcenter MIRSB), Puan Nani (Pengasas Nani Beauty) dan Puan Suraya Ariffin (usahawanita) yang berkongsi pengalaman kejayaan, salah satunya menggunakan kaedah saya. Semoga anda malahan semua peserta yang hadir tempoh hari bakal meraih kejayaan daripada potensi anda.
Terima kasih juga kepada Encik Rudy dari Majalah Sukses, tidak disangka-sangka menawarkan halaman percuma untuk pengiklanan. Juga terima kasih kepada penggerak BizInfo.com.my iaitu Encik Azhar Din, Encik Shah dan Encik Sulaiman. Kedua-dua mereka saya bawakan untuk memberi peluang kepada peserta untuk mengambil peluang di dalam Tahun Media ini.
Juga, ribuan terima kasih kepada guru saya Dato' Dr. Syed Ahmad Syed Samsuddin dan penaung Kelab Sains Metafizik Dato' Dr. Roslizam Abdul Rahman yang sudi hadir memberikan nasihat dan pandangan kepada semua kami yang hadir.
Tidak lupa juga kepada pihak urusetia, Puan Lin dan suami serta ahli Kelab Sains Metafizik seperti Encik Yuswan, Encik Arie, Dr, Aniza, Puan Norhaslinda, Puan Siti Mariam, Encik Azli Shah, Encik Zaini dan tidak lupa juga kepada Encik Hamdan Hj Humaidi.
Kepada anda semua yang hadir, juga yang tidak dapat hadir, dimaklumkan kursus intensif sehari bakal diadakan pada 20 hb April ini atau 4 Mei ini di rumah Kelab kami iaitu di Mutiara Homes, Mutiara Damansara (depan The Curve). Jika berminat, sila hubungi Puan Lin di 0122643760. Harga kursus ialah RM300 (biasa RM350) promosi sempena seminar konvensyen.
Untuk perihal buku pula, stok telah habis jadi saya perlu dapatkan stok baru dan akan mengumumkan cara pembeliannya nanti. Maaf, tidak disangka sambutannya tinggi terutamanya buku tebal 500 mukasurat yang habis dijual kurang dari 10 minit!
Gambar-gambar seminar akan diletakkan nanti
Jumpa anda sekelian nanti di Seminar Cinta, Jodoh, Perkahwinan dan Perceraian secara Sains Metafizik pada 6 Julai 2008 di Hotel Carlton Holiday, Shah Alam. Yuran RM100. Di seminar itu, andabakal mempelajari rahsia untuk mengenali potensi percintaan, jodoh, perihal perkahwinan danperceraian - cara mengenalinya dan membaikinya. Jika berminat hadir untuk hadir 6 Julai nanti,sila sms KP (NAMA) ke 016 2379856.
Esok saya berangkat ke Jakarta, jumpa lagi nanti! |
posted by eddy Rosyadie Mohd Samsury @ 7:58 AM  |
|
|


|
|