waktu malaysia |
|
galeri gambar |
|
tempahan online |
TEMPAHAN ONLINE |
iklan |
|
jadual
kursus/Seminar |
BULAN |
KURSUS/SEMINAR |
Kursus
|
dipejabat
Meru, Klang
sesi Consultant
No 69, Tgkt 2, Jalan Besar, Pekan Meru
(Atas Bank BSN depan RHB Bank) |
|
iklan tajaan |
|
|
Saturday, May 3, 2008 |
TERKINI MAY 2008 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Untuk makluman, stok buku tebal Edisi Lengkap telah habis dan tempahan yang dibuat selepas 2 Mei 2008 akan diletakkan di dalam senarai menunggu WAITING LIST. Tempahan boleh dibuat tetapi proses cetakan hanya dibuat apabila ada 20 unit tempahan - JANGAN BUAT BAYARAN DAHULU untuk Edisi Lengkap. Mohon maaf kuantiti cetakan dan stok yang sedikit kerana kos cetakan sangat tinggi.
Namun, saya tidak menyangka sambutan untuk Edisi Lengkap lebih baik berbanding dengan Edisi Intensif. Pendapat awal saya ialah orang lebih mahu memiliki Edisi Intensif kerana harga lebih murah berbanding Edisi Intensif. Lagipun Edisi Lengkap sebenarnya disasarkan kepada individu yang benar-benar berminat di dalam ilmu kaedah ini. Tahniah kepada individu yang sudi dan berani untuk memiliki kaedah ini. Semoga anda berjaya sentiasa.
Edisi Intensif (198 mukasurat) masih banyak stok. Tempahan yang dibuat akan dihantar melalui Pos Ekspres. Kepada yang belum mendapatkan buku ini atau yang mahukan Edisi Lengkap tetapi tidak kesampaian, sila dapatkan buku Edisi Intensif ini - nanti jika stok sudah habis, perlu ada senarai menunggu lagi. Sebenarnya Edisi Intensif juga sudah cukup banyak kaedah dan teknik yang praktikal untuk kekayaan, kekeluargaan, kerjaya dan lain-lain.
Namun, untuk makluman, buku Edisi Intensif dan Lengkap mungkin tidak lagi dicetak selepas pusingan kedua ini. Buku-buku yang dikeluarkan selepas ini adalah berbentuk modular mengikut tajuk tertentu, contohnya buku yang dijangka dilancarkan pada seminar Cinta, Jodoh dan Perkahwinan pada 6 Julai 2008 nanti adalah berdasarkan perihal cinta, jodoh dan perkahwinan. Manakala buku seterusnya adalah dijangka pada 9 November 2008 nanti adalah perihal kekayaan. Buku-buku berbentuk modular ini sebenarnya datang dari Edisi Lengkap. Jadi kepada individu yang telah memiliki Edisi Lengkap maka tidaklah perlu mendapatkan buku-buku modular (tetapi mungkin ada kelainan dan peningkatan sedikit).
Ramai yang telah bertanya untuk kursus di Utara (Ipoh, Kuli, Alor Setar, Sg Petani) dan Selatan(Johor Bahru, Batu Pahat, Melaka) mahupun Pantai Timur (Kuala Terengganu, Kota Bharu),namun saya masih tidak dapat ke tempat anda di sana kerana saya perlukan sekurangnya 20 orang yang telah confirm untuk hadir kursus. Ini disebabkan oleh kos pengangkutan, penginapan dan sebagainya. Sehingga kini masih mengumpulkan 20 orang yang "solid" dari setiap tempat. Jika anda mewakili mana-mana organisasi yang boleh mengumpul 20 orang, maka kami akan ke sana. Buat masa ini kursus Intensif adalah pada hari Ahad di rumah Kelab Sains Metafizik di Mutiara Homes, Damansara.
Insyallah pada bulan Jun nanti, saya akan ke Jakarta lagi untuk kursus seterusnya. Mungkin buku saya versi Indonesia akan siap cetak dan diedarkan nanti (versi 1 pengenalan daripada 5 siri buku).
DIJEMPUT ANDA SEMUA KE SEMINAR CINTA, JODOH, PERKAHWINAN DAN PERCERAIANSECARA SAINS METAFIZIK pada 6 JULAI 2008 di Hotel Carlton Holiday, Shah Alam (9 pagi - 5 petang) Yuran RM100 seorang. Berminat sila sms JP (nama) ke 016 2379856. Sila bawa jam kelahiran dan maklumat pasangan (jika ada) - nama, tarikh, jam dan negeri lahir. Juga bawa tarikh dan jam nikah (jika ada).
Ada beberapa rahsia dan ilmu terbaru bakal dikongsi iaitu Kaedah Kasih Dua Hala dan Rajah Cinta secara numerologi - belum ada lagi di dunia ini! Juga, kaedah eksklusif menjangkakan tahun untuk bertunang/ berkahwin, membuat pilihan dan bermacam-macam yang belum diketahui oleh ramai orang umum! Juga eksklusif teknik memilih tarikh nikah yang baik.
Juga! PROGRAM dan PERKHIDMATAN MATCHMAKING "PENCARIAN JODOH" bakal dilancarkan ! Ini adalah satu program yang unik yang cuba mencari jawapan secara sains metafizik. Setakat ini kaedah ini telah berjaya membantu pasangan hingga ke alam perkahwinan
Jadual: 9 pagi - 3 petang - seminar Cinta, Jodoh, Perkahwinan dan Perceraian. 3 petang - 5 petang - sesi konsultansi cinta, jodoh dan perkahwinan
Jumpa anda di sana nanti! |
posted by eddy Rosyadie Mohd Samsury @ 9:09 AM |
|
|
|
|