waktu malaysia
 
galeri gambar
 
tempahan online


TEMPAHAN ONLINE

iklan

 





 

jadual  kursus/Seminar
BULAN KURSUS/SEMINAR
Kursus
 
dipejabat
Meru, Klang

sesi Consultant
No 69, Tgkt 2, Jalan Besar, Pekan Meru
(Atas Bank BSN depan RHB Bank)
iklan tajaan

 

 

 




 

Tuesday, August 25, 2009
HAKIKAT KEJAYAAN YANG SEJATI DAN SEBENAR
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera, Salam perjuangan dan kecemerlangan.
.
"Anda sudah gagal apabila anda tidak lagi atau berhenti dari berjuang untuk mencapai kecemerlangan dan kejayaan dalam hidup anda. Padahal perjuangan dalam hidup bukannya satu destinasi tetapi satu perjalanan dan ianya tidak boleh berhenti manakala kejayaan itu bukannya titik perhentian tetapi adalah titik permulaan untuk anda terus menerus berjuang mencapai kecemerlangan" - eddy rosyadie
"You have failed when you no longer or stop fighting to achieve excellence and success in your life. The fight and struggle in your life is not a destination but a journey and it should not be stopped, whereas success is not a stopping point but a starting point for you to continuously fight to achieve excellence" - eddy rosyadie
.
"Tuhanku, terima kasih kerana telah memberikan PETUNJUK kepada POTENSI diri aku untuk aku terus bersemangat untuk berjuang mencapai kegemilangan yang lebih besar melebihi impianku" -eddy rosyadie.
"Dear God, thank you for giving me clues to my potentials so that I can become more motivated to fight to excellences beyond my dream"- eddy rosyadie
.
Gambar: Seminar Pola 336 Potensi Untung Pelaburan, Menang Peraduan & Mula Jadi Jutawan pada 23 Ogos 2009 di Hotel Carlton Holiday, Shah Alam.

.

Kehadiran di luar jangkaan 63 orang. Selalunya seminar saya sekadar 20 - 30 orang, tapi kali ini pendaftaran mendadak di saat akhir menyebabkan saya tidak dapat tukar dewan lain yang lebih besar kerana dewan yang lain telah ditempah. Mohon maaf terpaksa bersesak, juga mohon maaf kepada 2 peserta dari Tampin yang terpaksa duduk di belakang tanpa meja. Seorang individu dari Kerinchi terpaksa pulang kerana tiada lagi tempat duduk - di minta individu tersebut menghubungi saya, mohon maaf sekali lagi kerana ini pertama kali dalam sejarah 5 tahun pengajian saya, seseorang terpaksa ditolak pendaftaran oleh urusetia. Saya tidak mengetahui tentang perkara tersebut, jika saya tahu bolehlah anda duduk depan sekali di meja saya (tu dalam gambar ada kerusi kosong). Kursus ini adalah julung kali pertama di dunia yang mendedahkan tentang kegunaan pola 336 di dalam mendapatkan pulangan atas "pelaburan" anda tidak kira pelaburan saham, forex, perniagaan dan sebagainya. Semua peserta telah didedahkan juga tentang dasyhatnya Vaccum Star dan menariknya Awarding Star serta peluang yang ada pada tahun 2011 nanti - banyak tarikh menarik untuk mula jadi jutawan. Pola 336 akan didedahkan lagi nanti pada Seminar 3P: Pelaburan, Pemulihan & Pengasihan di Skudai, Johor Bahru pada 24 Oktober nanti RM50 sahaja (hubungi Lin 0197556102)

.

"Ramai yang bertanya, bilakah mereka boleh berjaya dan kaya, padahal sudah ramai orang lain sudah tahu bila mereka akan berjaya dan sedang berusaha keras bersedia menanti hari yang membolehkan mereka berjaya selama-lamanya. Apakah anda masih bertanya atau apakah anda sudah tahu?" - eddy rosyadie

"People are asking when they can become successful and rich, whereas many other people has already know when they can become successful and they are working hard waiting for the day they can become successful forever. Are you still asking or already know it?" - eddy rosyadie

.

SEMINAR POTENSI DINAMIK ASAS (STATIK) MODUL 1

pada Sabtu 10 Oktober 2009

Bangunan Tabung Haji, Kota Kinabalu, Sabah.

9 pagi - 5 petang.

RM250.
.
Daftar: sila hubungi pihak penganjur untuk maklumat bayaran dan tempahan tempat
Cik Azlina 019 575 0477
.
Dijemput semua warga negeri Sabah, Sarawak dan Brunei untuk hadir. Penduduk Kota Kinabalu, Keningau dan sebagainya sila ambil kesempatan ini untuk mempelajari kaedah ini yang kini mendapat permintaan meluas di Semenanjung Malaysia - jangan pula anda ketinggalan! Ramai pakar mempelajari kaedah ini dan menggunakannya di dalam kerjaya, perniagaan dan kehidupan mereka, anda bila lagi? Silalah mendaftar sekarang.
.
sila klik imej flyer di bawah ini untuk bacaan lebih jelas. untuk flyer yang lebih mendalam (5 mukasurat termasuk testimoni dan jadual kandungan kursus), sila email ke qmas304@streamyx.com
.

.

SEMINAR 3P: PELABURAN, PEMULIHAN & PENGASIHAN.
Sabtu, 24 Oktober 2009
Tempat mungkin di Dewan Serbaguna MPJBT, Skudai, Johor.
RM50 sahaja.
10 pagi - 5 petang. daftar jam 9.30 pagi sila bawa graf hayat atau maklumat jam lahir.
daftar dan bayaran: Puan Lin 019-7556102
.
Dijemput semua warga JB, Pontian, Pasir Gudang, Kluang, Kota Tinggi, Batu Pahat dan semua warga Johor serta warga Singapura.
.
Ketahuilah teknik pola nombor dari tarikh lahir anda serta teknik graf hayat dari waktu lahir anda untuk kenalpasti peluang anda mencapai kecemerlangan hidup; mewah, sihat dan penuh kasih sayang. Seminar 3P akan membimbing anda tentang pola 336 potensi pelaburan dan menang peraduan iaitu julung kali pertama di dunia untuk anda tahu BILA (tahun dan tarikh sesuai) meraih keuntungan , dengan itu anda dapat menjana kekayaan dan kemewahan yang lebih baik. Sesuai untuk semua orang dan dapatkan beberapa tarikh pola 336 yang sangat bagus yang bakal hadir nanti untuk anda ambil peluang untuk berjaya dalam kewangan. Seminar 3P juga akan membimbing anda perihal pemulihan diri - apa guna duit banyak tapi jiwa dan badan sakit - faktor pola 459 yang sering dikaitkan dengan misteri dan pelbagai pengetahuan untuk anda memulihkan semangat juang anda dari pelbagai pola tarikh lahir dan angka-angka kesedaran. Seterusnya, seminar 3P akan membimbing anda perihal pengasihan - apa guna duit banyak dan sihat tapi tiada kasih sayang dalam hidup anda. Ketahui pelbagai teknik untuk mendapatkan kasih sayang yang sebenarnya untuk anda berdasarkan tarikh dan jam lahir anda.
.
Jangan lepas peluang - jumpa di sana nanti!
.
Kursus seterusnya (masih dalam perancangan menunggu pengesahan pihak penganjur):
  • Kuantan & Kuala Terengganu roadshow
  • Ipoh, Perak - Kursus Graf Hayat
  • Muar, Johor - Kursus Potensi Modul Asas.

.

"Tuhan mencipta mata diletak di kepala untuk manusia dapat melihat ke HADAPAN. Namun bukan semua manusia dapat melihat sesuatu perkara dengan positif melainkan mereka fokus dan tahu apa yang mahu dilihat" - eddy rosyadie.

"God creates eyes to be placed on the head so that human can see FORWARD. But not all human can see things positively unless they focus and know what they want to see" - eddy rosyadie.

.

SEMINAR MENGURUSKAN POTENSI KEHIDUPAN SECARA SISTEMATIK (menggunakan teknik Graf Hayat)

pada 23 Januari 2010

10 pagi - 4 petang

dijangka dibuat di UTM Skudai.
PERCUMA (tiada bayaran)
Daftar: SMS taip EDDY JB dan hantarkan ke 36553.
.
Seminar julung kali pertama di dunia yang akan membimbing anda untuk mengetahui perjalanan setiap fasa 10 tahun dalam hidup anda supaya anda dapat menghadapi dan menguruskan potensi perjalanan hidup anda dengan lebih redha, kuat dan bersedia. Memang benar Tuhan telah tetapkan hidup anda dan Dia juga telah menetapkan masa untuk anda rugi, untung, sakit, sihat dsbnya. Menggunakan kaedah graf hayat anda boleh menguruskan perjalanan hidup anda dengan lebih baik dengan mengetahui faktor BILA sesuatu itu berlaku. Sebagai satu ikhtiar pembetulan bukannya tilik nasib kerana Tuhan memberikan anda peluang untuk buat perubahan walaupun telah ditetapkan perjalanan hidup anda itu. Ketahuilah pada usia bila hadirnya ancaman Vaccum Star, Widowed Star dan sebagainya serta ketahuilah pada usia bila hadirnya peluang Awarding Star, Honourable Star dsbnya. Dengan kaedah ini, anda akan lebih redha dengan ketetapan hidup anda dan anda boleh mula buat ikhtiar dan persediaan menghadapi ancaman mahupun peluang.
.
Jika anda belum memiliki graf hayat untuk menghadiri seminar percuma tersebut, anda boleh tempah daripada pihak kami - RM10 sekeping, bank in Maybank 512464228716 (Eddy Rosyadie) dan emailkan maklumat nama, tarikh lahir, jam lahir dan negeri dilahirkan serta nyatakan maklumat jam transaksi deposit bank in tersebut ke qmas304@streamyx.com.
.
TAWARAN KURSUS: Oktober 2009 - Mac 2010: Dapatkan ilmu pengetahuan tentang kaedah pola angka potensi dinamik pada harga RM110 sahaja (biasa RM150 - RM500) seorang untuk sebarang tajuk modul seperti Kursus Asas, Potensi Usahawan, Potensi Kewangan malah Pola 336 Pola Pelaburan dan sebagainya. Kursus dijalankan di pejabat saya bernombor 69B atas BSN Pekan Meru, Klang, Selangor. Kumpul 3 - 10 orang dan pilih tarikh (Khamis atau Sabtu atau Ahad atau cuti umum) dan tajuk yang diperlukan; emailkan permohonan ke qmas304@streamyx.com. Tempahan awal 2-3 minggu.
.
Cara ini memudahkan anda dan rakan untuk belajar kaedah potensi diri tanpa perlu menunggu kumpulan yang besar atau menanti saya datang ke tempat anda atau anda mahukan kelas yang kecil atau anda hadapi kesukaran untuk menganjurkan kursus kaedah potensi di tempat anda kerana masalah tempat atau mencari peserta. Datang sahaja bersama rakan anda ke tempat saya.
.
Pekan Meru, Klang kini adalah sebuah pekan yang membangun, sinomin dengan masyarakat Jawa, tapi kini sudah bercampur dengan pelbagai warganegara. 10 minit ke utara dari Meru terletaknya Puncak Alam iaitu kampus UiTM Puncak Alam yang baru (terdapat Hospital UiTM di situ). Di sebelah selatan Meru, terletaknya Setia Alam yang mengandungi lot kedai seperti Secret Recipe, Guardian dan pelbagai bank seperti Maybank, Public Bank, BSN, Ambank, CIMB termasuk sebuah TESCO dan GIANT (dalam pembinaan). Di seberang TESCO terdapatnya Mc Donald Drive-In 24 Jam. Di situ terletaknya Klang Sentral iaitu perhentian bas utama Klang - semua bas ekspress berhenti di sini.
.
Di sebelah timur Meru adalah pekan Kapar. Pekan Meru adalah gabungan perkampungan, taman perumahan dan industri sederhana. Di sini terletaknya beberapa kilang sarung tangan getah terbesar di dunia - Top Glove, Kossan dan Supermax serta kilang barangan perabut yang besar Merryfair. Sekolah kebangsaan pula adalah sekolah yang mempunyai murid paling ramai di Malaysia, lebih kurang 3,300 murid; terdapat 10 - 14 kelas untuk setiap darjah seramai 40 orang. Sekitar Pekan Meru terdapat 4 buah sekolah rendah dan 2 buah sekolah rendah agama. Terdapat 25 buah surau dalam sekitar kawasan Pekan Meru serta 3 buah kedai 7-Eleven..
.
Anda boleh menggunakan lebuhraya NKVE menuju ke Klang. Selepas susur Shah Alam, terdapatnya susur SETIA ALAM & Meru. Selepas tol, pandu ke hujung jalan dan nampak Tesco dan belok ke susur kanan menuju Mc Donald. Terus ke hadapan berjumpa stesyen Shell dan kemudiannya Petronas. Depan sikit sebelah kiri ada RHB bank dan di seberangnya itulah BSN Pekan Meru. Terdapat restoran di sebelah BSN.
.
Jika anda dari luar Selangor seperti Kuantan, Ipoh, Kuala Terengganu, JB, Ipoh, Kota Bharu dan sebagainya, anda boleh menaiki bas dari tempat anda dan terus ke Klang dan pastikan bas berhenti di Klang Sentral. Dari situ naik bas ke Pekan Meru (dalam 10 minit) dan berhenti di depan RHB bank.
.
Bilik latihan saya ini juga dibuka untuk sewa jika anda perlukan bilik bagi tujuan latihan, perjumpaan, mesyuarat dan sebagainya.

Bilik kelas untuk 20 orang (susunan meja) atau 40 orang (kerusi sahaja)

Ruang pendaftaran dan rehat

Tandas, bilik solat serta ruang rehat

Restoran 24 jam ada dibawah, masjid berdekatan
dan tentunya bank RHB dan BSN.

.

Salam Perjuangan dari Eddy Rosyadie - Rakan Konsultan Halatuju Hidup dan Perniagaan anda.

Menanti kebenaran selagi kita hidup dan takutkan penyelesaian yang bakal ditemui. Kita lemaskan diri kita dalam lautan tangisan yang kita sengaja ciptakan...aku sudah lama menanti jawapan dari Mu, setelah dicari rupanya jawapan itu memang adalah Diri Mu. Tiada lagi teka-teki, tiada lagi tangisan, tiada lagi kekusutan tentang kehidupanku kerana jawapannya memang ada pada Mu. Aku ingin berterima kasih kepada Mu, wahai Penciptaku, kerana tanpa Mu hidup ku terabai dan sesat. Biarlah orang mengata aku ini bodoh tetapi aku telah banyak berubah dan perubahan itu berlaku disebabkan kerana cinta kepada Mu...

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DAN BERAMAL DI BULAN MULIA RAMADAN






posted by eddy Rosyadie Mohd Samsury @ 10:18 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

About Me


EDDY ROSYADIE MOHD SAMSURY

(Perancang pengurusan Hala
Tuju Hidup)
Penulis Kolumunis `Mingguan Wanita `Penulis buku `CJP`
Email:
qmas304@streamyx.com

http://eddyrosyadi.weebly.com

Previous Post
Archives
ADMIN BLOG EDDY


ARY
Phone :012 902 6972
my facebook

محمد أشعري عبد الرزاق

Reka Lencana Anda
CONSULTANT 

Zaini ahmad 
     019-2676727
Azli Shah            012-3127296
Nor Azlina            019-3869011
Dr Aniza              019-2438151
 

FORUM CHAT

Template by

image link to web design website

Provided by website design company .

 

widgeo.net

Site Meter
Blogger Templates