waktu malaysia
 
galeri gambar
 
tempahan online


TEMPAHAN ONLINE

iklan

 





 

jadual  kursus/Seminar
BULAN KURSUS/SEMINAR
Kursus
 
dipejabat
Meru, Klang

sesi Consultant
No 69, Tgkt 2, Jalan Besar, Pekan Meru
(Atas Bank BSN depan RHB Bank)
iklan tajaan

 

 

 




 

Sunday, February 21, 2010
Pernomboran Untuk Strategi
ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT SEJAHTERA, SALAM 1MALAYSIA.
.
Selamat Menyambut Maulidur Rasul 26 Febuari 2010 - banyakkan berselawat kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w serta belek semula sirah / sejarah perjuangan Nabi saw sebagai satu inspirasi kejayaan anda. Seorang penulis buku Barat telah meletakkan Nabi saw sebagai orang nombor 1 dari 100 orang yang berpengaruh dalam sejarah dunia kerana Nabi saw membawa martabat kejayaan dunia DAN akhirat berbanding tokoh-tokoh lain yang sekadar dunia atau akhirat sahaja - sama-samalah kita ambil inspirasi dan iktibar untuk anda programkan minda dan jiwa anda ke arah kejayaan.
.
Waktu doa baik seterusnya: Ahad 28 Febuari 2010 iaitu tarikh cermin sempurna untuk tenaga kekayaan dari pelaburan pola 336 dan dari sumber dunia perbankan, kewangan dan koperasi (Zone Wealth Great Martial Artist & Treasurer) - sangat sesuai bagi individu yang terlibat dalam dunia pelaburan atau perniagaan kewangan seperti sistem wang pos, insuran, unit trust dan seumpamanya.
Pada hari 28 Febuari itu, majlis akan dibuat di dua tempat di sebelah PAGI.
1. Hotel King Park, Tawau - bersama saya.
2. Pejabat Lynjb, JB - bersama puan Lynjb (019 7556102) - PERCUMA. Sila datang jam 10.30 pagi.
Tarikh seterusnya pada 27 Mac (selepas kursus percuma di Skudai) - bersama saya kita berdoa bersama-sama selepas kursus tersebut. Tarikh 27 Mac mengandungi banyak pola pelaburan dan kekayaan serta untung perniagaan - kita ikhtiarlah untuk mencapai kekayaan pada tahun 2011 yang bakal tiba nanti, kita mula ikhtiar dari sekarang, tunjukkan kesungguhan usaha dan pengorbanan anda kepada Yang Maha Kuasa, mudah-mudahan Yang Maha Kuasa mengizinkan kekayaan kepada anda atas ilmu, usaha dan ikhtiar serta tawakal anda itu.
.
Sangat elok jika anda dapat berdoa secara beramai-ramai berjemaah dan dipimpin oleh individu yang tenaga positif terutamanya yang berfikiran tentang kekayaan, seolah "tenaga" itu boleh diturunkan kepada anda jua. Doa boleh dilakukan di rumah tetapi mungkin anda bukan tenaga positif buat masa ini, kemungkinan doa anda sekadar biasa sahaja. Lihatlah cara kaedah metafizik ini yang menyulamkan ciri-ciri Islamik kerohanian - kaedah ini bukan sesat atau khurafat atau syirik - kita berikhtiar dari petunjuk-petunjuk Yang Maha Kuasa juga.
.
Lagi cerita tentang graf prestasi (ciptaan Eddy Rosyadie):
Seorang usahawan pelaburan baru-baru tersangkut dengan Bank Negara menyebabkan salah seorang pelaburnya minta duit balik sejumlah RM1 juta (ini berkaitan kes individu yang terselamat dari nak kena belasah tu - iaitu cerita di bawah ini). Nak tak nak terpaksalah berdepan dengan pegawai Bank Negara dan pelabur tu - tentunya beliau dalam situasi yang berat - boleh dikenakan tindakan oleh Bank Negara dan dibelasah oleh pelabur - tapi mengenangkan tanggungjawabnya maka terpaksalah berdepan dengan mereka berdua. Jadi, kami mengira graf prestasi bulanan dan mingguan seterusnya harian dan jam. Didapati pada hari kelmarin jam 3 petang sangat sesuai untuk beliau berhadapan dengan pegawai Bank Negara, kerana graf prestasi jam adalah 9 manakala Petak Graf Prestasi mengandungi 9 dan 729 - sangat sesuai untuk berbincang. Untuk berhadapan dengan pegawai Bank Negara itu, kami mengira daripada nama pegawai bank dan buat graf prestasi jam beliau (manalah kami boleh tahu tarikh lahir pegawai bank tu!). Kita dapati beliau root 5, oleh itu saya cadangkan client pakai baju hijau dan bawa fail warna hijau serta bawa semua dokumen. Kemudian, sebelah petang client itu perlu berjumpa pelabur. Kami mengira nama pelabur itu dan dapati banyak angka 8 - padanlah nak belasah orang je. Tapi mata angin pelabur itu angka 2 iaitu baik hati. Jadi, saya cadangkan client memakai baju biru dan berjumpa di kawasan tasik. Saya juga cadangkan 2 jenis batu cincin sebagai ikhtiar membina tenaga untuk perbincangan. Hasilnya, selepas berjumpa pegawai bank, tiada apa-apa tindakan dikenakan sekadar nasihat! Malah, selepas itu berjumpa dengan pelabur, menariknya pelabur memaafkan sahaja apa yang telah berlaku...begitulah khasiatnya menggunakan kaedah metafizik untuk tujuan bisnes - tak perlu jampi, tak perlu apa-apa cuma buat strategi yang lebih baik!
.
Semalam 24 Febuari saya mengatakan hari baik untuk berdoa bagi kekayaan. Ada beberapa waktu sesuai, antaranya jam 9.30 pagi - 11.29 pagi, seperti biasa kita berdoa dan berimpian untuk mendapatkan peluang kekayaan. Malam itu sekitar jam 8 malam, saya mendapat panggilan telefon dari Prof Dato Dr Ibrahim yang menawarkan untuk membayar saya bagi setiap peserta kursus Millionaire Mindpower yang hadir ke kursus tersebut dan seterusnya sambung dengan kursus saya. Wah! peluang baik tu, biar betul, siapa nak bagi peluang macam ini... lihatlah khasiat kaedah metafizik sebagai ikhtiar untuk kita mencipta kejayaan.
.
Anda bila lagi nak belajar kaedah metafizik? Datanglah seminar dan kursus saya. Ada percuma pula tu! Ada perbezaan dan kelebihan berbanding kursus tarikh lahir yang ada di pasaran kini. Malah, untuk makluman kepada anda peminat metafizik yang baru, beberapa penceramah tarikh lahir yang anda temui adalah anak murid saya tetapi cara mereka mengajar berbeza dan sekadar asas biasa tetapi bayaran yuran tinggi. Namun di seminar saya, bayaran yuran berpatutan tapi padat ilmu! Niat kami ikhlas dalam perjuangan untuk berkongsi ilmu. Juga kaedah saya banyak teknik unik dan menarik seperti mengira prestasi untung seseorang dari nama.
.
Maklumbalas penggunaan graf prestasi (ciptaan Eddy Rosyadie):
Prestasi Harian - seorang peserta kursus saya telah mengira untuk kawannya yang mahu bersemuka dengan seseorang mengenai masalah kewangan. Di dapati pada hari yang kawannya itu bercadang untuk berjumpa dengan orang itu mengandungi banyak angka 8 - menunjukkan tekanan. Oleh itu beliau menasihati kawannya itu untuk tidak pergi berjumpa orang itu. Kebetulan tiba pada hari tersebut, kawannya demam dan meminta rakannya pula untuk pergi bagi pihaknya. Keesokkan hari, kawan peserta kursus menelefon mengucapkan terima kasih kerana individu yang mahu ditemui itu sebenarnya telah membawa sekumpulan gangster yang berpotensi membelasahnya, namun oleh kerana mendengar nasihat peserta kursus itu, maka beliau terselamat - kiraan matematik secara metafizik telah dapat menyelamatkan seseorang!
.
Prestasi harian - semalam 22hb Feb, graf harian saya adalah 8 menandakan ada rezeki - memang pada malam itu saya menerima bayaran RM280 bagi sesi konsultansi !.
.
Prestasi Bulanan - pada Jan lepas, di dapati seorang peserta kursus bakal memiliki graf bulanan 1 pada bulan Febuari, jadi kami agak bimbangkan prestasi beliau yang baru sahaja sembuh dari kemalangan. Masuk pertengahan Febuari, beliau memberitahu sudah seminggu lebih pembantu rumahnya melarikan diri menyebabkan dirinya menjadi letih kerana urusan rumah dan perlu menjaga ibu tua, yang sebelum ini diuruskan oleh pembantu rumah. Patutlah graf prestasi bulanan 1 sahaja!.
.
Begitu banyak khasiat mempelajari kaedah graf prestasi . . . JOM MARI BELAJAR KAEDAH GRAF PRESTASI - satu-satunya di dunia ciptaan saya untuk kegunaan anda dalam sales, business, merancang perjalanan, peperiksaan, temuduga, peperiksaan dan sebagainya. Peserta kursus 27 Febuari Tawau dan 6 Mac Temerloh akan diajar pengiraan bulanan dan harian serta jam untuk membantu anda membuat jualan lebih berkesan! Jom belajar.
.
ISTIMEWA UNTUK PESERTA KURSUS TAWAU 28 FEBUARI 2010:
bersempena dengan tarikh cermin pada hari tersebut berkaitan dengan kewangan, terdapat satu ruang masa yang sangat sesuai untuk berdoa, maka anda akan bersama saya untuk sama-sama berdoa pada waktu tersebut pada hari itu untuk kekayaan dari pelaburan dan kewangan perbankan. Juga, anda dapat tips dan ilmu daripada Prof Dato Dr Ibrahim Ahmad pada sebelah petang! Kepada anda jangan lepaskan peluang ini jika belum mendaftar, segera daftar: Puan Harmawati 013 881 9672.
.
Maklumbalas daripada Puan Lynjb: Pada 19hb Feb 2010 yang lepas adalah hari cermin sesuai untuk pelaburan dan berdoa untuk kekayaan dan kewangan adalah sekitar jam 11.30 pagi - 1.30 petang. Kebetulan pada waktu itu ada seorang pelanggan dari Tenggaroh datang ke pejabat Lynjb dan mereka berdua bersama-sama berdoa dan berniat untuk kekayaan pada waktu tersebut (sebelum itu saya dah berpesan kepada Lynjb untuk bersedia berdoa pada waktu itu). Selepas itu, semalam, pelanggan itu menelefon Lynjb dan mengatakan doa yang dibuat bersama Lynjb tempohari seolah mustajab kerana beliau kini mendapat jualan runcit dalam RM400 sehari berbanding sebelum ini sekadar RM100 - Maha Suci Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang....tarikh seterusnya adalah 24.2.2010 untuk anda berdoa bagi kekayaan. Anda boleh berdoa bersama Puan Lynjb di pejabat beliau nanti (019 7556102) sebelah malam pada 24.2.2010, jika anda berada di kawasan sekitar JB. Atau jika anda mahu lakukan sendiri di rumah dan perlukan waktu berdoa yang baik untuk kekayaan pada 24.2.2010 nanti, sila sumbangkan RM10 ke Maybank 512464228716 (eddy rosyadie) dan nyatakan "lelaki atau wanita" - email ke qmas304@streamyx.com dan saya akan emailkan maklumat tersebut... selamat ikhtiar mencuba.
.
Juga maklumbalas seorang peserta makan malam 6.2.2010 iaitu berdoa untuk Main Structure Sun menjadi pemimpin. Sejak kebelakangan ini, beliau mula mendapat banyak tanggungjawab iaitu kepercayaan dari pegawai atasan untuk menguruskan kerja yang lebih besar - inilah peluang untuk beliau menyerlah sebagai seorang pemimpin... jadi tidak salah untuk mencuba berikhtiar dengan kaedah pernomboran ini, untuk tujuan kebaikan dunia dan akhirat juga. Sebenarnya, jika anda perlukan waktu dan hari berdoa yang baik untuk sesuatu tujuan, anda boleh tempah dengan saya - sila email ke qmas3@streamyx.com dan caj perkhidmatan adalah RM30 kerana sukar mengira waktu dan hari berdoa dibuat secara menyeluruh bukan sekadar tengok root number sahaja.
.
KURSUS SETERUSNYA: TAWAU SABAH pada 27 dan 28 Febuari. Hubungi puan Hermawati 013 8819672. Mahu ilmu pernomboran untuk sales yang bagus serta kekayaan yang cemerlang? Hadirlah kursus itu nanti, pada 28 Febuari anda berpeluang mendapat tips dari Prof Dato Dr Ibrahim, pengasas Millionaire Mindpower serta Aura Seri.
.
Mulai Mac depan, kursus / seminar akan dibuat di 2 tempat yang tetap iaitu sama ada di pejabat saya di Pekan Meru, Klang atau di pejabat Lynjb di Johor Bahru. Buat masa ini kursus / seminar di bandar-bandar lain belum dapat ditentukan dengan baik sehingga kini kerana terdapat kesukaran untuk mendapatkan bilangan peserta kursus minima 15 orang setiap kursus. Kami mengalu-alukan penganjuran di bandar-bandar lain jika dapat mengumpul peserta mencukupi (seperti di Tawau pada 27 & 28 Feb, Temerloh pada 6 Mac dan Seri Alam, JB pada 17 & 18 Feb). Tujuan menetapkan 2 tempat kursus ini adalah untuk menjimatkan kos kerana kos penganjuran kursus di hotel-hotel di beberapa bandar kini agak membebankan. Kami dapat menganjurkan kursus di bawah RM200 jika dibuat di tempat kami, atau jika kami dapat mengumpulkan lebih ramai peserta atau ada pihak penaja, kursus/ seminar boleh ditawarkan pada harga kurang dari RM100.
.
Bagi kursus di Pekan Meru, sebenarnya Pekan Meru, Klang mempunyai akses yang senang iaitu sama ada menggunakan lebuhraya PLUS dan keluar di susur Setia Alam atau bagi anda yang datang dari luar Lembah Klang (seperti Pulau Pinang, KT, KB, Melaka malah Johor), anda boleh menaiki bas eskpres dan turun di Klang Sentral, berdekatan pejabat saya di Pekan Meru, Klang. Untuk program seminar yang dihadiri oleh ramai peserta (seperti Seminar Graf Hayat percuma pada 24 April), ianya akan dibuat di Auditorium SHRDC, Shah Alam sebelah Tesco Shah Alam.
.
Bagi kursus di Johor Bahru, pejabat Lynjb berada berhampiran dengan Plaza Angsana dan kemudahan seperti penginapan hotel dan sebagainya ada berhadapan pejabat Lynjb (019 7556102). Untuk program seminar yang dihadiri oleh ramai peserta seperti seminar percuma pada 27 Mac dan kursus RM50 pada 28 Mac, tempat akan dibuat sama ada di Dewan MPJBT, Skudai atau di UTM, Skudai.
.
Kenapa kursus Tarikh Lahir tidak percuma? Kami mendapat beberapa maklumbalas yang menyatakan bahawa terdapat kursus Tarikh Lahir yang dianjurkan oleh pihak lain yang terkenal di media kini yang menawarkan seminar percuma berbanding kami yang mengenakan caj RM50 - RM200 sehari setiap kursus. Untuk makluman, kursus Tarikh Lahir tersebut dianjurkan oleh salah seorang anak murid saya sendiri (yang menawarkan kursus asas tarikh lahir dalam bentuk motivasi, berbanding cara kami yang lebih kepada strategi) namun kursus itu tidak percuma sebetul-betul percuma tetapi ada bayaran juga seperti bayaran pentadbiran dan sebagainya mencecah RM50 (ada kos juga tu). Percuma yang mereka maksudkan ialah tempat duduk percuma, tetapi masih perlu membayar kos pentadbiran mereka jua. Pada pendirian kami, tidak mahulah kami mengumumkan sesuatu seminar itu percuma padahal secara realitinya ada bayaran tambahan atau bayaran sangat tinggi pada seminar seterusnya. Konsep kami lebih kepada perjuangan berkongsi ilmu dan kaya secara bersama, bukannya menjual ilmu untuk kaya kami seorang. Anda boleh belajar dari mana-mana kursus Tarikh Lahir sama ada daripada pihak mereka ataupun dari pihak kami. Pada kami, selain anda belajar dengan sesiapa yang lain, belajarlah juga dengan kami tambahkan apa yang telah anda pelajari kerana kami menawarkan kaedah pernomboran yang lebih mendalam seperti pola 336 teknik kira tuah serta keadah graf hayat, dan sebenarnya pada harga yang lebih berpatutan.
.
Pihak kami memang ada menganjurkan kursus RM0 percuma seperti kursus Graf Hayat pada 23 Jan lalu di UTM Skudai atau pada 24 April nanti di Shah Alam serta Seminar Arah Kejayaan pada 27 Mac nanti di Skudai - MEMANG PERCUMA TIADA BAYARAN SATU SEN PUN (namun jika anda perlukan graf, nota dan lain-lain perkhidmatan seperti penyediaan makan, tentu ada sedikit caj dikenakan) tapi anda boleh saja bawa buku nota sendiri dan boleh masuk keluar sesuka hati tanpa ada sebarang bayaran langsung. Jika kami umumkan seminar kami percuma, ianya betul-betul percuma RM0 tiada bayaran. Realitinya, kursus kami sekadar RM50 - RM250 sehari sahaja bergantung kepada tempat, penaja dan seumpamanya manakala kursus Tarikh Lahir lain boleh mencecah RM800 - RM3000 tanpa anda sedari.
.
Kami pernah menganjurkan seminar sehari RM30 termasuk nota di Kuantan pada 6 Dis 2009 lalu dan mendapat maklumbalas positif daripada peserta kursus kerana pengisian yang padat dan menyeluruh serta berpeluang mendapat ilmu dari Prof Dato Dr Ibrahim - hanya pada harga RM30 sahaja!. Insyallah, jika ada sokongan berterusan daripada anda, tentu kami dapat tawarkan kursus pada harga yang berpatutan tetapi penuh pengisian dengan strategi mantap!
.
Tempahan batu gemstone/ kristal untuk ikhtiar tambahan energi anda: Untuk makluman stok batu gemstone yang berharga kecil (dibawah RM100) kini sudah kurang dan sukar diperolehi. Stok yang mudah diperolehi adalah yang berharga sekitar RM400 (untuk dibuat kalung atau tambah RM100 jika anda mahu ikat sebagai cincin - sila berikan saiz jari anda dapatkan dari kedai emas di pasaraya). Jika anda berminat untuk menggunakan kaedah batu gemstone sebagai satu ikhtiar, sila hubungi qmas304@streamyx.com, bayaran RM400 termasuk kenalpasti jenis batu yang sesuai dengan anda. Jika anda mahu tahu jenis batu sahaja, bayaran khidmat pengiraan adalah RM20 (bank in Maybank 512464228716).
.
Antara individu yang menggunakan ikhtiar batu gemstone adalah puan Effa dari KL (012 2025061) yang terbaru ini menggunakan batu jenis Blue Topaz di mana membantu beliau mendapatkan kepercayaan seorang pelanggan yang dikenali sebagai seorang yang susah bawa bincang tapi kini sudah berlembut dengannya. Begitu juga dengan puan Lynjb (019 7556102) yang menggunakan batu Moonstone dan Black Pearl yang membantu beliau dalam merealisasikan perniagaan kewangan beliau.
.
Untuk makluman, puan Effa KL ada menjual nombor-nombor handphone yang menarik seperti 696, 729, 777 dan seumpamanya. Sila hubungi beliau di 012 2025061. Maklumbalas diterima dari ramai peminat nombor handphone bagus mendapati nombor handphone yang baik dapat membantu dalam urusan mereka - anda cubalah ikhtiar!.
.
Manakala Lynjb (019 7556102), terkenal dengan sistem wang pos untuk membantu anda meningkatkan keupayaan kekayaan anda atau sebagai ikhtiar menjana modal (bukan skim piramid atau pelaburan, cuma berbentuk sumbangan amal secara sistematik), telah membantu ramai individu mendapatkan pulangan yang baik serta tingkatkan sumber kewangan (saya sendiri yang mencuba 1 lot sahaja sudah mendapat pulangan hampir RM10ribu setakat ini - bolehlah cover beberapa kos kecil). Pejabat HQ sistem wang pos ini adalah di Seksyen 7, Shah Alam.
.
Kursus Mini Setiap Isnin (9 pm - 11 pm) mulai 8 Mac di pejabat Meru, Klang: Kelas yang bermula dari tahap asas secara berperingkat setiap minggu untuk membantu peminat metafizik pernomboran mengenali kaedah ini dari "basic" asas awal lagi sehinggalah tahap tertinggi nanti supaya menambahkan pengetahuan lebih jelas. Yuran: RM25 setiap kehadiran. Berminat - daftar SMS ke 016 2379856 atau email: qmas304@streamyx.com
Siri 1: 8 Mac - mengenali asal-usul nombor dan pernomboran serta kenali maksud angka 1 - 9 dari aspek warna, bentuk, peranan dan sebagainya.
.
Peserta kursus seramai 11 orang pada 21 Febuari lalu di pejabat Meru, Klang untuk Pola 336 Teknik mengira tuah (arah, gabungan pasangan, bulan, hari dan jam bertuah) di dalam strategi untuk membuat pelaburan atau perniagaan. Juga bimbingan kaedah Graf Hayat terutamanya tentang fenomena "star" serta turun naik prestasi hidup sepanjang usia. Semoga teknik ini membantu anda membuat strategi untung yang lebih berkesan.

.
Jadual Seminar/ Kursus:
.
26 Febuari - Bersempena Maulidul Rasul - Program Amal Pengisian Rohani bersama Prof Dato Dr. Ibrahim dan 30 anak-anak yatim untuk program berselawat ke atas junjungan nabi s.a.w beserta program nasyid, motivasi, tazkirah dari jam 8 pagi - 12 tghari di Ballroom, Kuala Lumpur International Hotel, KL. Dapatkan doa-doa mustajab menjana kekayaan yang dikatakan ada salasilah dengan baginda nabi s.aw. daripada seorang ustaz lulusan Universiti Al-Azhar. Sumbangan RM50 seorang daripada anda akan disalurkan ke tabung kebajikan. Marilah hadir untuk mengisi rohani anda dengan sinar Nur Muhammad s.a.w untuk perjalanan anda menjadi insan dan jutawan yang berilmu, beriman dan berkebajikan.

Daftar: hubungi AJ 019 213 1886.
.
27 dan 28 Febuari - Tawau, Sabah
27 Febuari - Kursus Pola 279 Potensi Juara Jualan Tahap 1
28 Febuari - Kursus Pola 6 Angka Kekayaan & Millionaire Mindpower
(Bersama Prof Dato Dr Ibrahim Ahmad)
RM99 sehari seorang - ada diskaun datang bersama kawan / daftar 2 hari.
Daftar: Pn Hermawati 013 88 19672
.
KING PARK HOTEL, TAWAU, SABAH.
.
Peminat Metafizik di Sabah - dijemput hadir untuk mendapatkan ilmu pengetahuan teknik pernomboran yang unik untuk membantu / membimbing anda menjadi super salesman/ saleswoman yang berkesan serta meningkatkan keupayaan kewangan anda! Dapatkan banyak tips-tips teknik jualan serta kekayaan dan dapatkan tips Millionaire Mindpower daripada Prof Dato Dr Ibrahim Ahmad, yang dibawakan khas dari KL kepada anda! Jangan lepaskan peluang keemasan ini mempelajari kaedah-kaedah ini sementara kami masih ada rezeki untuk ke Sabah!
.
Pelajarilah teknik membuat jualan yang berkesan, sangat sesuai dipelajari oleh para penggerak MLM, konsultan insuran, pegawai jualan malah peniaga runcit sekalipun! Kenali prospek dari nama mereka serta soalan yang ditanyakan kepada mereka! Uniknya kaedah ini! Telah terbukti berkesan membantu ramai pegawai jualan meningkatkan jualan mereka. Dapatkan tips kenali hari dan waktu sesuai untuk buat jualan jadi tidak perlulah bersusah payah menjual tiada hasil pada hari tertentu - Work Smart!
.
Juga, teknik kenali tahap kekayaan dan tips-tips sumber kekayaan (pola-pola 6) serta kaedah metafizik untuk tingkatkan kekayaan (seperti kaedah nombor wang siri cantik dsbnya)
.
6 Mac 2010 - Temerloh, Pahang
Kursus Pola 279 Potensi Juara Jualan Tahap 1.
8.30 pagi - 5 petang
Kolej Komuniti Temerloh, bypass Batu 2, Jln Temerloh, Kg Chatin Ulu, Mentakab, Pahang.

Yuran: RM170
Daftar: Azean 017 968 6558.
.
Sangat sesuai untuk para konsultan jualan seperti pegawai jualan, ejen insurans/ unit trust, MLM dan seumpamanya. Kenali teknik-teknik meningkatkan prestasi jualan anda menggunakan tarikh lahir anda untuk kenalpasti potensi yang baik dan kurang baik untuk diperbaiki, arah jualan yang baik serta teknik-teknik kenalpasti prospek dengan mudah tanpa menggunakan tarikh lahir prospek (dari nombor handphone, no plet kereta).
.
TERBARU BONUS TEKNIK TERBARU JULUNG KALI: pelajari teknik terbaru untuk mengenal/rapat dengan prospek - ketahui prospek secara pernomboran dengan bertanyakan 4 soalan mudah seperti "apa yang anda makan pagi tadi?", jika prospek menjawab "pagi tadi saya makan nasi lemak" anda tahu beliau ada duit lebih hari ini kerana jawapan itu bernilai angka 6 jadi mudahlah anda buat closing, tapi jika prospek menjawab "saya makan mi dan teh tarik kurang manis" anda tahu beliau agak tertekan hari ini kerana jawapan itu bernilai angka 8, maka anda perlu ada strategi berbeza untuk close beliau.
.
7 Mac 2010 - KL - Kursus Reiki Master
Bersama Prof Dato Dr Ibrahim Ahmad
Sama ada di pejabat Dato atau di KL International Hotel, KL
RM3998 beserta makan, nota dan sijil
percuma percutian bersama group Reiki Master di Pulau Tioman 13 - 15 Mac
- aktiviti snorkeling, island hopping, barbeque dll.
- Meditasi Gabungan Tenaga Alam oleh Prof Dato Dr Ibrahim
percuma jaket Millionaire Mindpower dan butang pin 24-karat emas

Daftar: AJ 019 213 1886
.
27 Mac 2010 - Skudai, Johor
Sama ada di UTM atau MPJBT, Skudai
9.30 pagi - 3 petang.
Kursus PERCUMA Teknik Arah Kejayaan Statik & Dinamik.
RM0 tanpa bayaran langsung - SEMUA DIJEMPUT HADIR
Daftar: Lyn 019 7556102
.
tambahan RM20 jika anda perlukan nota dan RM15 untuk 3x makan.
.
Julung kali diadakan, pertama kali di dunia dalam subjek sebegini, tambahkanlah pengetahuan anda di dalam mempraktikkan teknik arah yang lebih mendalam. Selama ini kaedah mengira arah tidak sangat diberi perhatian mendalam, sebenarnya terlalu banyak rahsia di dalam menentukan arah kejayaan seperti melaraskan arah statik dan dinamik tahunan. Juga, kaedah bagaimana untuk menjadikan setiap arah menjadi arah kejayaan. Serta pelbagai teknik berkaitan arah!
.
28 Mac 2010 - Skudai, Johor
Sama ada di UTM atau MPJBT, Skudai
RM50
Daftar: Lyn 019 755 6102
9 pagi - 5 petang.
Atas permintaan ramai, kursus Gabungan Pola ditawarkan pada harga RM50 sahaja. Kursus ini unik kerana ini pertama kali dibuat iaitu tajuk bebas; biasanya saya mengajar apa yang saya rasa anda perlu tahu tapi kali ini saya mengajar apa yang anda nak tahu.
.
Pagi:
Teknik Kiraan Waktu Untung
Teknik Gabungkan Tafsiran Pola.
Penjelasan Teknik Pilihan Elemen
Terbaru: Teknik kenali orang dari nama (2 teknik terbaru).
Petang:
Tanyalah apa sahaja yang anda nak belajar! Kita berkongsi ilmu bersama-sama semua peserta kursus.
.
Tambahan bayaran RM15 untuk pakej makan 3X (pagi Mee Goreng, tghari Nasi Briyani, Petang kuih).
.
3 April 2010 - Meru, Klang
Kursus Teknik Arah Sekeliling Tenaga Rumah & Pejabat (Tahap 1)
RM110 termasuk nota dan makan.

9.30 pagi - 4 petang.
Daftar: SMS taip TA (nama) hantar ke 016 2379856.
Tempat terhad 20 orang.
.
Kursus julung-julung kali di adakan - modul terbaru 2010! Belum pernah diajar sebelum ini.
.
Perhatian: Kursus ini ada sedikit elemen Feng Shui seperti teknik warna dan batu kristal untuk energize rumah/pejabat anda menjadi penjana kekayaan dan kebahagian, oleh itu kursus ini hanya untuk individu yang terbuka dengan pengetahuan sedemikian sahaja. Juga kenalipasti sama ada rumah atau pejabat anda mudah dimasuki makhluk halus atau tidak serta cara mengatasinya.
Sesuai untuk semua orang, termasuk anda yang mahukan bisnes atau rumahtangga anda punyai tenaga yang bagus. Juga sesuai untuk pengamal/peminat feng shui / konsultan untuk anda membantu pelanggan anda.
.
4 April 2010 - Meru, Klang
Kursus Teknik Warna (Tahap 1)
RM110 termasuk nota dan makan
9.30 pagi - 4 petang

Daftar: SMS taip WR (nama) hantar ke 016 2379856
Tempat terhad 20 orang.
.
Modul terbaru 2010 dan belum pernah diajar sebelum ini! Jadilah batch pertama yang pelajari teknik warna dan kitarannya secara pernomboran metafizik tarikh lahir. Kaedah mengenalpasti warna dari Root Number adalah tidak tepat kerana anda perlu lihat situasi, lokasi dan keseluruhan elemen pola angka dari statik dan pendua anda. Bayangkan jika seseorang elemen air (Root 2 atau 7) menggunakan warna merah atau hijau berkemungkinan akan terserempak dengan hantu jika nombor tengah mata anginnya adalah 3, jadi warna merah tidak semestinya sesuai untuk orang elemen air.
.
10 April 2010 - Skudai
Kursus Teknik Warna (Tahap 1)
RM100 termasuk makan 3X dan nota
RM80 jika datang bersama 1 kawan.
9.30 pagi - 4 petang
Daftar: Lyn 019 7556102.
.
11 April 2010 - Skudai
Kursus Arah Tahap 2 (Bersama Teknik Batu Gemstone untuk Arah Kejayaan)
RM100 termasuk makan 3x dan nota
RM80 jika datang bersama 1 kawan
9.30 pagi - 4 petang
Daftar: Lyn 019 7556102.
.
Tahukah anda bahawa setelah anda mengira arah kejayaan dari tarikh lahir anda, sebenarnya setiap arah itu ada batu gemstone tersendiri? Contohnya arah nombor 7 sesuai diletak batu Agate supaya energi kerohanian dan networking menjadi lebih berkesan kepada anda. Bagaimana untuk menentukan batu-batu tersebut dan cara menyusunnya? Dikatakan bahawa energi anda boleh dibaiki (iaitu hidup anda lebih cemerlang) apabila setiap arah itu diaktifkan dengan batu-batu tertentu. Juga pelajari kaedah batu Gemstone & Kristal untuk ketahui khasiat kegunaan beberapa jenis batu sebagai satu ikhtiar membantu anda dalam hidup anda;
- Batu untuk memudahkan anda mendapat kerja setelah lama menggangur
- Batu untuk memudahkan anda naik pangkat setelah lama tiada kenaikan pangkat
- Batu untuk tingkatkan kesuburan / kehamilan setelah lama tiada anak.
- Batu untuk fokuskan minda supaya akademik cemerlang (untuk anak-anak).
dan pelbagai lagi rahsia khasiat batu gemstone, tapi dikira dari tarikh lahir anda!
.
17 & 18 April 2010 - SERI ALAM, JB
Kursus Graf Hayat Tahap 1 & Tahap 2.
Daftar: Najidah 012 7726804.
.
Pelajarilah kaedah Graf Hayat di dalam membantu anda mengenalpasti potensi anda tambahan kepada kaedah pernomboran. Menggunakan Rajah Segitiga atau Petak Digit tarikh lahir tanpa graf hayat adalah tidak lengkap kerana graf hayat menceritakan potensi anda lebih tepat dan mendalam. Bimbingan menyusun kehidupan anda berdasarkan fenomena "star" seperti kenali tempoh Vacuum Star anda serta jalan penyelesaian menghadapinya. Juga kenali lebih mendalam personaliti anda seperti apakah anda Main Structure Great Treasurer yang suka membantu orang? Apakah sumber kekayaan anda iaitu Zon Wealth serta apakah jenis masalah kesihatan iaitu Zon Health. Ketahui turun naik prestasi hidup anda serta teknik mengenalpasti perjalanan hidup anda berdasarkan dari graf ibu bapa dan anak-anak anda (teknik terbaru). Sila bawa maklumat jam dlahirkan untuk ibu bapa (jika ada) dan anak-anak.
.
24 April 2010 - Shah Alam
Auditorium SHRDC, Bangunan Worldwide Business Center, Seksyen 13, Shah Alam, berhampiran Tesco Shah Alam
RM0 PERCUMA TANPA BAYARAN LANGSUNG
Kursus Graf Hayat Tahap 1 Edisi 1 - PERCUMA
Terhad 150 orang sahaja
Daftar: akan dibuka pada 1 April nanti.
.
Sila bawa graf hayat anda atau boleh dibeli di sana nanti (RM10 sekeping - sila bawa maklumat tarikh dan jam lahir). Jika berminat dapatkan nota RM20. Adalah sangat menarik jika anda dapat cetak graf ibu bapa dan anak-anak anda bersama kerana jalan hidup anda juga boleh dilihat daripada graf hayat mereka. Kenali kaedah Graf Hayat di dalam mengenalpasti potensi anda lebih mendalam tambahan kepada Rajah Segitiga atau Petak Digit Tarikh Lahir. Bimbingan menyusun hidup anda berdasarkan fenomena "star" serta kenali tahap turun naik prestasi atau tenaga hayat anda.
.
25 April 2010 - Shah Alam
Auditorium SHRDC
RM50
Kursus Graf Hayat Tahap 2 Edisi 1
Daftar: akan dibuka pada 1 April nanti.
.
Setelah pelajari teknik dari Tahap 1, teruskan belajar graf hayat untuk kenali potensi anda dari graf hayat ke tahap yang lebih mendalam.
.
Teruskan berjuang, $alam Perjuangan
Eddy Ro$yadie
Rakan konsultan Hidup & Perniagaan Anda.
posted by eddy Rosyadie Mohd Samsury @ 11:27 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

About Me


EDDY ROSYADIE MOHD SAMSURY

(Perancang pengurusan Hala
Tuju Hidup)
Penulis Kolumunis `Mingguan Wanita `Penulis buku `CJP`
Email:
qmas304@streamyx.com

http://eddyrosyadi.weebly.com

Previous Post
Archives
ADMIN BLOG EDDY


ARY
Phone :012 902 6972
my facebook

محمد أشعري عبد الرزاق

Reka Lencana Anda
CONSULTANT 

Zaini ahmad 
     019-2676727
Azli Shah            012-3127296
Nor Azlina            019-3869011
Dr Aniza              019-2438151
 

FORUM CHAT

Template by

image link to web design website

Provided by website design company .

 

widgeo.net

Site Meter
Blogger Templates