waktu malaysia
 
galeri gambar
 
tempahan online


TEMPAHAN ONLINE

iklan

 





 

jadual  kursus/Seminar
BULAN KURSUS/SEMINAR
Kursus
 
dipejabat
Meru, Klang

sesi Consultant
No 69, Tgkt 2, Jalan Besar, Pekan Meru
(Atas Bank BSN depan RHB Bank)
iklan tajaan

 

 

 




 

Tuesday, December 8, 2009
Pedang Kekayaan Semangat Kemewahan
A$$ALAMUALAIKUM & $ALAM $EJAHTERA

Dengan nama Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
in the name of God the Most Gracious and the Most Merciful of All.
.
Peristiwa Maut di KB Mall: Tahukah anda apa nombor plet kereta yang terbabit dalam kemalangan di KB Mall? Ia adalah 3210, apabila dicampurkan 3+2+1+0+2+0+0+9= hasilnya adalah 8 iaitu tekanan. Memang pun tekanan! Tekanan kerana rosak dan tekanan menyebabkan kemalangan. Periksalah kereta anda pula untuk tahun depan 2010 !! Tekanan ke? Kalau ya, cepat-cepatlah baiki dan bagi rehat sikit kereta tu!.
.
Perihal Masalah Kewangan tahun 2010 kini ditambah: pengumuman terbaru kadar baru mas kahwin di negeri Selangor kini RM300 (seingat saya dulu RM80).
.
Pengumuman: Derma Wang Siri Pola 676 kepada Badan Kebajikan.
Kepada mana-mana badan atau institusi berasaskan kebajikan seperti rumah anak yatim, pusat pendidikan Tahfiz, yayasan dan seumpamanya - saya ingin mendermakan wang siri pola 676 kepada organisasi anda sebagai satu ikhtiar untuk membantu organisasi anda dalam dunia kebajikan, sila berikan alamat pos anda ke qmas304@streamyx.com. Selepas menerima wang siri tersebut, sila simpan di pejabat anda sahaja.
.
Nombor siri-siri tersebut adalah (not RM1 - satu not untuk satu organisasi sahaja);
6776998
6776997
6776996
6776995
6776027
6776746
6776136
.
Cubalah sebagai satu ikhtiar, mudah-mudahan rezeki lebih banyak masuk atas landasan infak, derma dan kebajikan.
.
SEMINAR "STRATEGI MELANGKAH TAHUN BARU 2010 DENGAN BERKESAN"
pada Jumaat, 1 Januari 2010 di pejabat Meru, Klang (no 69B atas BSN Pekan Meru)
Yuran: RM100
Masa : 9.00 pagi - 4.00 petang.
Daftar: SMS taip TB (nama) dan hantarkan ke 016 2379856.
.
Untuk melangkah masuk ke tahun baru dan seterusnya melalui tahun 2010 yang dikatakan penuh cabaran, marilah pelajari selok belok dan liku-liku tahun 2010 supaya anda boleh melalui tahun 2010 dengan baik;
1. Memeriksa peluang terbaik anda untuk 2010 (pola peluang tahun 2010).
2. TERBARU: Belajar keadah mengira Graf Prestasi MINGGUAN.
3. Cara membaca/ mengira Graf Prestasi Bulanan tahun 2010.
4. Kenali potensi baik dan kurang baik untuk Tahun 2010.
5. Kenali arah baik dan kurang baik untuk Tahun 2010.
6. Teknik mencari hari yang baik dalam tahun 2010 (berniaga, berkahwin, pelaburan, dll)
7. TERBARU: Teknik membina Kalendar Harian 2010 secara Numerologi untuk diri anda sendiri.
Bulan Mei 2010 dijangka situasi agak buruk dari segi emosi, kewangan dan kesihatan, maka bersedialah dari sekarang dengan membuat perancangan sebaiknya untuk tahun 2010.
.
WANG POS PELAN B (pelan duduk diam dapat duit):
Kepada peserta-peserta program wang pos yang telah berdaftar dengan kumpulan Dato' Dr. Ibrahim, anda digalakkan untuk mendaftar juga ke Pelan B iaitu sistem sumbangan yang mana ianya diberikan secara berperingkat-peringkat dalam masa 12 - 18 bulan sehingga RM10,000 untuk 1 lot tanpa anda perlu menaja. Ini adalah satu insentif tambahan kepada peserta Pelan A yang perlu penajaan networking. Yuran 1 lot adalah RM136.50 dan anda boleh masuk seberapa banyak lot.
.
Setakat ini Dato' hanya mempromosikan Pelan A sahaja sebagai satu usaha kebajikan serta satu ikhtiar membantu membina networking yang berduit serta mencipta magnet duit iaitu duit sentiasa mengalir masuk ke rumah anda. Jika berminat, anda boleh hubungi saya di qmas304@streamyx.com dan pihak saya akan bantu untuk pendaftaran.
.
Arah 6 di Timur Laut dan Tahun 2010 tahun pola 336 untuk Malaysia: Pada minggu ini (sekitar 7-9 Disember), terdapat 2 misi dari Malaysia pergi ke arah Timur Laut untuk mencari peluang pelaburan iaitu arah rezeki 6. Seperti yang telah saya beritahu sebelum ini, arah Timur Laut adalah arah yang bagus untuk kekayaan untuk tahun 2010. Mungkin kebetulan... dari Malaysia, arah tersebut menuju ke China, Korea dan Japan. Misi oleh TPM ke Jepun membawa potensi pelaburan hampir RM8 billion ringgit, manakala misi dagang oleh Dewan Perniagaan Melayu Malaysia pula ke China membuka pejabat di China dan banyak kerjasama dan peluang pelaburan. Tahun 2010 adalah tahun sesuai untuk negara Malaysia bagi pelaburan kerana ia berada dalam pola 336 dan kitaran tahun 6. Misi Menteri Besar Perak ke California pula membawa pelaburan hampir RM800 juta ringgit di mana kilang membuat panel solar bakal beroperasi pada tahun 2011 iaitu tahun terbaik untuk pelaburan berhasil. .
Secara kesimpulan, tahun 2010 adalah tahun bagus untuk mulakan pelaburan di negara Malaysia di mana hasil boleh diperolehi dalam tahun 2011. Semua orang berpotensi menggunakan arah tersebut dalam tahun 2010. Ambil peta dan lihat - jika anda tinggal di KL, arah Timur Laut adalah ke Kuala Terengganu hinggalah China/ Jepun. Manakala jika anda tinggal di Melaka, arah tersebut ke Kuantan, dan jika anda tinggal di Johor Bahru, arah tersebut ke Sabah/ Sarawak atau jika anda tinggal di Pulau Pinang adalah arah ke Baling hingga Narathiwat, Thailand. Tidak semestinya arah itu perlu tepat dalam garisan selari, jadi untuk orang Batu Pahat, arah anda boleh ke Kuantan juga - sedikit menyimpang dari garis selari Timur Laut tetapi tidak melalui arah Utara.
.
Penggunaan batu kristal dalam teknik Energy Enhancing: tahukah anda bahawa kebanyakan jam tangan di dunia ini menggunakan batu quartz untuk mengerakkan jarum jam? Konsepnya ialah getaran yang dihasilkan oleh batu quartz sekitar 32 ribu Hz. Batu sekecil itu sangat berkuasa menggerakkan alat mekanikal dan memberi ketepatan masa. Oleh itu, setiap batu (gemstones) memiliki keupayaannya tersendiri dalam perihal energi. Ini adalah satu ikhtiar untuk anda gunakan bagi membantu anda dalam peningkatan energi. Batu adalah medium untuk energi dan ianya perlu digunakan dengan cara yang betul seperti penjagaan dan pembersihannya. Namun, bukan sekadar batu, bahan lain seperti batu gunung berapi malah batu magnet serta logam juga memberikan kesan kepada sesuatu energi berkaitan sepertimana terdapatnya banyak di pasaran sekarang ini.
.
Untuk orang Islam, satu batu yang sangat dimuliakan ialah batu Hajaratul-Aswad (rujuk Wikipedia Black Stone).
.
Secara umum, petua orang tua-tua untuk kekayaan menggunakan bahan batu ata logam adalah seperti berikut; jadikan sebagai sebentuk ikhtiar.
.
1. Pada awal pagi terbit matahari setiap 1 haribulan Januari, anda perlu keluar dari rumah dan cari sebentuk batu yang besar yang selalunya terdedah kepada cahaya matahari, mungkin di laman rumah atau tepi pagar masuk. Ambil batu tersebut dan letak dalam rumah di satu ruang yang bersih. Dikatakan letak batu tersebut di arah BARAT LAUT (Northwest) dalam rumah anda - sila gunakan kompas di tengah rumah anda. Setiap awal tahun, tukar batu tersebut. Kerana itulah, elok anda amalkan buat landscaping di luar rumah dengan meletakkan batu-batu yang bersih untuk anda bawa masuk dan simpan dalam rumah anda.
.
2. Ambil batu-batu sungai, terutamanya sungai yang mengalir dengan baik dan letak di taman landscaping atau dalam rumah anda sebagai perhiasan pokok dan sebagainya. Batu-batu sungai dikatakan memiliki energi dari aliran air (air sungai atau air terjun mempunyai banyak ion negatif yang baik untuk energi). Gantikan batu-batu sungai yang lama (letak balik dalam sungai) dengan yang baru sentiasa. Selalulah memegang batu sungai tersebut seperti apabila anda mengemas menyusun batu-batu itu.
.
3. Tentunya bahan logam yang paling baik untuk kekayaan ialah emas tulen. Menyimpan emas dikatakan boleh membantu anda merealisasikan kekayaan. Mungkin kerana itu wanita sering lebih kaya dari lelaki. Walaupun lelaki Islam tidak boleh memakai emas, tetapi anda boleh letak di dalam bilik atas meja dan sebagainya.
.
4. Bahan logam untuk kekayaan yang seterusnya adalah tembaga (copper). Tentu sekali bagus kerana harganya pun mahal sampai sanggup orang curi kabel elektrik dan telefon untuk mendapatkan wayar tembaga di dalamnya. Tembaga adalah pengalir tenaga elektrik yang sangat bagus, jadi begitulah juga tembaga dikatakan pengalir tenaga energi. Sesuai untuk dibuat cincin atau gelang (terutamanya lelaki Islam yang tidak boleh memakai cincin emas) - tapi pastikan anda tidak menyentuh punca elektrik nanti hangus diri anda kerana mengalir elektrik dalam badan pula!
.
Yang penting sekali ialah batu atau bahan logam sedemikian perlu ada sentuhan badan (body contact) seperti dipegang, dipakai dan sebagainya. Jika sekadar letak dalam almari kaca sebagai perhiasan, bagaimana energi itu mahu mengalir ke dalam diri anda (contoh terbaik ialah batu tungku yang dipanaskan untuk ibu bersalin).
.
Batu atau bahan logam dikatakan boleh "diprogramkan", oleh itu pastikan batu itu telah diprogramkan untuk tenaga positif. Hati-hati kerana banyak batu atau bahan logam yang dijual telah diprogramkan untuk sesuatu yang negatif (Contoh biasa ialah tenaga ketagihan nilai komersil yang sengaja diletakkan di dalamnya supaya anda perlu sentiasa kembali membeli batu baru dari seseorang).
.
Untuk mempelajari teknik Energy Enhancing (kursus lengkap RM2,000 untuk mengira batu tahunan, bulanan dan harian) termasuk cara memakai batu yang betul serta cara untuk programkan batu dengan betul dari diri anda sendiri itu lebih selamat - sila email ke qmas304@streamyx.com
.
KURSUS DITUNDA: KURSUS 12 DAN 13 DISEMBER 2009 SKUDAI DITUNDA KE 9 DAN 10 JANUARI 2010. Kursus ditunda atas permintaan ramai kerana musim kerja kahwin dan ramai tidak dapat hadir kerana urusan keluarga.
.
TERBARU: Seminar Juara Jualan kini di KUANTAN (pada 16 Januari) dan Seminar Kedua 2K Kekayaan dan Kewangan pada 17 Januari di KUANTAN juga.
.
Untuk bulan Disember ini, pada 21 Disember 2009 adalah hari yang bagus untuk pelaburan dan juga bisnes (masuk pelaburan atau daftar perniagaan) kerana terdapat 3 syarat untuk strategi pelaburan iaitu pola 69, 456 dan tentunya 336. Semoga ini menjadi satu ikhitiar dan panduan berguna, secara umum, terutamanya untuk individu yang punyai kitaran hari (tarikh lahir+bulan lahir+21+12+2009) adalah hasil 2 atau 3 atau sekurangnya 8. .
Jika anda berminat untuk ketahui dan mendapatkan waktu / jam sesuai untuk pelaburan/ daftar perniagaan pada hari itu, sila bank in RM10 ke CIMB akaun 12900006910522 atau Maybank akaun 512464228716, selepas itu email ke qmas304@streamyx.com dengan tajuk "21 Dis". Saya akan emailkan waktu-waktu tersebut (1 waktu untuk pelaburan dan 1 waktu lagi untuk bisnes) untuk lelaki / wanita. Di dalam email itu akan saya beritahu teknik berkesan untuk untung berterusan pada hari itu kerana sesiapa yang pakai main melabur/ bisnes pada hari itu mungkin akan hilang duit juga (ada satu Star yang perlu anda berhati-hati).
.
"Orang yang tidak berjaya ialah orang yang mencabar dan mengata orang lain tidak boleh berjaya. Orang yang berjaya ialah orang yang mencabar dan mengata dirinya boleh berjaya!"- eddy rosyadie.
.
"Amat mudah untuk kaya dan bahagia apabila anda bergabung sebagai pasangan suami isteri bekerjasama ke arah kejayaan. Ramai orang hidup terumbang ambing banyak tekanan dan masalah kerana mereka sendiri merosakkan elemen kebahagiaan mereka sendiri iaitu kehidupan berpasangan kasih sayang. Kasih sayang suami dan isteri adalah kunci kekayaan kerana itu adalah gabungan yang disukai diberkati Tuhan"- eddy rosyadie.
.
DITANGGUHKAN !!! KURSUS 12 dan 13 Disember 2009 di Skudai, Johor ditunda ke 9 & 10 JANUARI 2010.
.
Januari 2010 - update:
.
9 dan 10 Januari - SKUDAI - Seminar Pola 696 Potensi Usahawan Asas dan Seminar Pola 666 Angka Kekayaan
.
16 dan 17 Januari - KUANTAN - Seminar Potensi Juara Jualan Pola 729 dan Seminar 2K Kekayaan dan Kewangan Asas Group 2.
.
23 Januari - UTM SKUDAI - Seminar Percuma tanpa bayaran - Pengurusan Perjalanan Hidup dari Graf Hayat. Walk-in.
.
31 Januari - IPOH - Seminar 2K Kekayaan dan Kewangan
.
Pola Usahawan Muar (RM199) ditunda ke 7 Febuari 2010.
.
Kursus SEFARI (super elite fast track rich exclusive) di JB (RM1,500) ditangguhkan ke 14 Febuari 2010. Sila daftar awal, kelas untuk 10 orang sahaja. Pembelajaran ekstrem dan eksklusif untuk menjadikan anda magnet duit kekayaan. Pelbagai teknik seperti doa-doa rahsia dan sebagainya - hanya untuk individu-individu yang serius nak jadi jutawan!
.
Febuari 2010
20 dan 21 Febuari - Seminar Potensi Usahawan dan Seminar Potensi Kekayaan - Pulau Pinang
27 dan 28 Febuari - Seminar Juara Jualan dan Seminar Potensi Kekayaan - Tawau.
.
Lain-lain kursus:
Kursus di Pulau Redang - Gabungan Diri dengan Alam
bersama Encik Eddy dan Prof Dato Dr. Ibrahim
harga pakej/ tarikh akan diumumkan
.
Kursus di BEIJING, CHINA (sambil belajar+makan angin+cari peluang arah 6)
bersama Encik Eddy dan Prof Dato Dr Ibrahim
harga pakej / tarikh akan diumumkan.
.
Kursus untuk Teknik Energy Enhancing (Gemstones) dan Microtime masih dibuka untuk pendaftaran - sila email di qmas304@streamyx.com
.
Penjelasan tentang penglibatan Prof Dato Dr Ibrahim bersama perjuangan ini:
Saya menerima pelbagai maklumbalas dan reaksi tentang penglibatan Dato Ibrahim bersama kaedah sains metafizik perjuangan saya ini. Ada yang sangat positif dan ada yang negatif. Sebenarnya, sesiapa sahaja boleh berada dan dialu-alukan untuk bersama-sama saya, janji niat ikhlas untuk teruskan perjuangan membina masyarakat yang lebih produktif. Saya mempunyai ramai lagi Dato, Datin dan individu biasa yang boleh membantu dalam perjuangan ini. Terdapat banyak khabar angin yang kurang baik tentang Dato Ibrahim, sebenarnya hampir kesemua guru dan kenalan saya adalah individu-individu yang "kontroversi" namun mereka banyak membantu dalam memberikan pengalaman dan pengetahuan, yang penting anda mesti tahu batasan - semua orang ada buat silap termasuk saya sendiri. Jika anda dapat yang positif daripada seseorang itu, ambillah dan kemudian anda bawa diri tinggalkan yang negatif yang ditinggalkan orang sebelumnya.
.
Tidak kira dengan siapa anda belajar, yang penting jangan terlalu taksub dengan guru itu, begitu juga siapa yang belajar kaedah metafizik ini tidak perlu taksub dengan kaedah ini semata-mata. Oleh itu, yang penting di sini adalah mengambil kesempatan untuk belajar dengan sesiapa, dah habis belajar, bawalah diri masing-masing dengan baik. Anda perlu ada keyakinan diri untuk mengambilkira, tapis dan hadamkan/ amalkan apa yang anda belajar - tidak semestinya semua perlu diikut terpulang kepada diri anda juga yang memilih.
.
Juga, yang penting ialah memilih guru atau mentor yang sesuai dengan anda. Berikut adalah panduan untuk memilih guru yang berkesan untuk anda;
.
1. Guru yang berkesan, yang utama sekali ialah, individu yang tidak burukkan orang lain/ guru lain. Ikutilah sifat Nabi Muhammad saw sebagai seorang guru yang berkesan membimbing manusia tidak menggunakan kebencian tetapi menyerlahkan kecantikan sahsiah diri dan terhadap orang lain. Anda boleh lihat keikhlasan hatinya apabila menyampaikan ilmu untuk kebaikan umat, dan bukannya untuk memburukkan orang lain. Oleh itu bukan mudah untuk menjadi guru yang berkesan - menjaga sahsiah, emosi dan niat.
.
2. Guru yang toleransi dan tidak terlalu taksub. Mana ada ilmu yang boleh berkesan 100% begitu sahaja, ianya perlu dikongsi. Industri metafizik yang sihat ialah saling membantu bukannya taksub satu sahaja kaedah yang betul manakala yang lain salah. Sesekali guru boleh promosikan kaedahnya hebat sebagai tujuan tarikan pemasaran semata-mata tetapi masih memberi ruang untuk membantu kepada guru lain, tapi jika dah keterlaluan mendabik dada itu dah kurang sesuai untuk pelajar.
.
3. Untuk orang Islam dan sebenarnya untuk dunia metafizik, penggunaan bahan fizikal adalah amat jarang perlu digunakan dan jika digunakan pun untuk situasi tertentu seperti tambahan atau bantuan kritikal. Jika ada guru yang taksub untuk anda memakai itu ini dan macam-macam amalan-amalan pelik serta menyulitkan, itu kurang sesuai kerana ilmu metafizik adalah ilmu kenali diri dan seterusnya kenali Tuhan - kenali tuhan adalah sesuatu perkara yang sangat "simple". Sesekali guru akan perkenal beberapa bahan tertentu tetapi ianya terkawal tidak keterlaluan. Ramai orang gagal apabila menggunakan bahan-bahan tertentu kerana mereka tidak faham konsep sebenar metafizik ini (kenalah habis belajar dulu!)
.
4. Tentunya, guru yang berkesan adalah melihat dari anak murid atau pelajar yang berkesan! Lihat testimoni sebenar mereka. Jika pelajar mereka boleh berjaya dengan cara yang mudah, itu adalah pengajian yang berkesan.
.
5. Guru yang berkesan tidak segan silu menceritakan siapakah gurunya yang asal malah menghormati dan jika boleh berbakti kepada guru itu, atau sekurangnya meneruskan perjuangan guru itu. Malah digalakkan kepada guru itu sendiri mendoakan kepada guru asalnya itu! Jika anda ada guru yang tidak menghormati gurunya, maka agak sukar untuk anak murid mendapatkan energi pengajian yang berkesan. Sebenarnya, bukan sekadar membaca nota, yang penting dapat "terjahan aura" guru kepada diri anda.
.
6. Guru yang berkesan tidak memaksa anda untuk taksub buat sesuatu dan seumpamanya. Anda punyai pilihan dan itulah kuasa metafizik anda. Belajarlah untuk dapatkan panduan dan andalah yang perlu buat yang sewajarnya pada diri anda sendiri. Sesekali guru akan paksa buat sesuatu yang tidak keterlaluan seperti menyuruh anda berubah minda/ mindset. Atau anda perlu masuk kursus lain dan membayar yuran-yuran pengajian, itu lumrah perniagaan zaman sekarang, tetapi tidaklah terlalu tinggi hinggakan ianya tiada nilai keberkatan di situ.
.
Di dalam internet, anda boleh baca pelbagai khabar angin tidak baik tentang guru itu atau guru ini, kaedah itu kaedah ini. Anda harus datang sendiri tengok dan anda nilaikannya sendiri. Guru yang berkesan beri anda peluang untuk anda menilai dirinya sesuai atau tidak menjadi guru anda. Andalah yang buat perubahan, guru hanya perantaraan untuk berikan ilmu pengetahuan dan pengalaman.
.
Seminar 2K Kekayaan dan Kewangan (Asas) di Kuantan, Pahang pada 6 Disember 2009.
.
Seminar ini julung kali dibuat pada tahun 2009 dan sambutan melebihi jangkaan. Sebelum ini memang pernah ada kursus asas di Kuantan pada 2006 dan 2007 lalu. Daripada pihak saya mohon kemaafan kerana terpaksa bersesak dan lain kali akan tempah dewan lebih luas, selesa siap dengan makanan.
.
Seminar itu adalah peringkat asas sebagai mencetus kesedaran tentang potensi seseorang dalam perihal kekayaan. Peringkat pertengahan seterusnya mungkin awal April 2009 di mana anda dibimbing cara penyelesaian mengikut potensi masing-masing serta menggunakan kaedah graf hayat pula. Jika ada sambutan untuk Seminar Kekayaan Asas ini di Kuantan untuk kumpulan lain, kita boleh anjurkan sekali lagi pada Januari dan Febuari juga.
.
Terima kasih kepada Puan Alin dan suami, Puan Norli Kemaman dan suami Nor Hamli serta kumpulan AVAIL, tidak lupa kepada saudara Nor Edie, usahawan berjaya dan testimoni kaedah metafizik/ mindpower (rupanya saudara Nor Edie dah pelajari metafizik & mindpower - patutlah usahawan power!). Juga kumpulan AmAssurance serta individu-individu yang datang dari Pahang, Johor, Kedah (Alor Setar) dan Terengganu. Kita jumpa lagi nanti untuk perkongsian kekayaan yang lebih banyak lagi! Harap-harap dapatlah yuran RM30 lagi ye, mudah-mudahan jika ada sponsor.
.
Penuh, penuh, panas, sesak, sempit...namun untuk kaya, seperti kata Dato Ibrahim, kita perlu sanggup buat dan bayar apa sahaja untuk kaya! Tapi padat bukan sahaja dengan orang tapi dengan ilmu pengetahuan. Semoga tak serik dengan pengalaman sebegini ye!



Gambar bersama geng Avail dan saudara Nor Edie serta Dato Ibrahim. Businessmen hebat lelaki jual produk wanita! Tahun 2010 tahun Kesihatan/ Perubatan, juga tahun masalah kewangan perlu cari duit, juga tahun masalah wanita! Elok lah tu pakej bisnes sebegini - jadi sihat, dapat duit.
.
Geng MLM lain tak tercabar ke? Tak nak berjaya macam mereka? Tunggu apa lagi, nah rebutlah kami berdua di sini...
.
.
KAMI AKAN DATANG LAGI KE KUANTAN PADA 16 JANUARI (SEMINAR JUARA JUALAN) & 17 JANUARI (SEMINAR KEDUA 2K KEKAYAAN & KEWANGAN. Nantikan kami di sana!
.
$alam Perjuangan,
Eddy Ro$yadie Mohd $am$ury
Rakan kon$ultan Perniagaan dan kehidupan Anda!
.
Membantu menyebarkan nilai-nilai Tuhan untuk mencipta kasih sayang, keamanan, kekayaan, kesihatan dan kebahagiaan. Kami adalah para pejuang menjunjung ilmu Tuhan untuk mencapai satu kesepakatan bersama secara global.
















posted by eddy Rosyadie Mohd Samsury @ 11:54 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

About Me


EDDY ROSYADIE MOHD SAMSURY

(Perancang pengurusan Hala
Tuju Hidup)
Penulis Kolumunis `Mingguan Wanita `Penulis buku `CJP`
Email:
qmas304@streamyx.com

http://eddyrosyadi.weebly.com

Previous Post
Archives
ADMIN BLOG EDDY


ARY
Phone :012 902 6972
my facebook

محمد أشعري عبد الرزاق

Reka Lencana Anda
CONSULTANT 

Zaini ahmad 
     019-2676727
Azli Shah            012-3127296
Nor Azlina            019-3869011
Dr Aniza              019-2438151
 

FORUM CHAT

Template by

image link to web design website

Provided by website design company .

 

widgeo.net

Site Meter
Blogger Templates