waktu malaysia |
|
galeri gambar |
|
tempahan online |
TEMPAHAN ONLINE |
iklan |
|
jadual
kursus/Seminar |
BULAN |
KURSUS/SEMINAR |
Kursus
|
dipejabat
Meru, Klang
sesi Consultant
No 69, Tgkt 2, Jalan Besar, Pekan Meru
(Atas Bank BSN depan RHB Bank) |
|
iklan tajaan |
|
|
Sunday, January 18, 2009 |
UPDATE JANUARI 2009 |
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Update terkini Januri 2009.
Keputusan Pilihanraya Kuala Terengganu
Sepertimana yang saya jangkakan dua minggu sebelum Pilihanraya, tepat PAS menang. Kebetulan saya baru terjumpa tarikh lahir calon PAS dan BN dan daripada pengiraan didapati calon PAS punyai potensi untuk menang tahun ini (beliau pernah kalah pada 1986). Jika mengikut "suasana" banyak memihak kepada UMNO dan BN, tetapi faktor calon memainkan peranan penting sepertimana yang saya jelaskan sebelumnya iaitu walaupun parti PAS berada dalam suasana kurang baik, tetapi calon PAS Abdul Wahid berada dalam situasi baik.
Bagaimana caranya saya membuat jangkaan? Tentunya bukan sekali menggunakan firasat, jampi, perantaraan halus dan sebagainya - hanyalah pengiraan tarikh lahir - matematik dan kajian pola !
Prinsipal Kiraan - setiap orang pasti melalui masa yang baik dan masa yang kurang baik (secara kitaran) sepanjang usia mengikut tahun-tahun tertentu. Inilah konsep "Jangka Masa" (seperti konsep "timebomb"). Kemahiran utama saya adalah menganalisa konsep "Jangka Masa" dan Konsep "Checkmate" (terkena pada arah, usia dan kitaran) tidak seperti pengamal lain.
Tarikh lahir calon PAS ialah 29 Sept 1957;
Pada tahun 1986 - kiraan kitaran adalah 29-09-1986 dan didapati kitaran tahunan beliau ialah 8 iaitu tekanan. Tahun 1986, beliau kalah dalam satu pilihanraya ketika itu.
Pada tahun 2009 - kitaran tahunan beliau ialah 29-09-2009 dan didapati bahawa itu adalah pola cermin.
29 9 20 09 2 9 2 9 2 2 642 4 426 6 6 3
Inilah pola cermin yang betul (saya difahamkan seorang anak murid saya yg kini giat mengajar satu workshop di seluruh Malaysia mengajar pola cermin yang silap iaitu melihat angka kiri dan kanan di sayap kanan dan kiri sahaja, sepatutnya dari barisan angka di atas lagi).
Pola cermin ini pernah berlaku kepada DS Anwar Ibrahim pada tahun 1998 kerana itulah DS sangat popular pada 1998 dengan Reformasi. Begitu juga pada tahun 2007, Datin Seri Jeanne Abdullah adalah pola cermin dan beliau berkahwin dengan Pak Lah. Begitu juga pada tahun 2008, Pak Lah adalah pola cermin (walaupun banyak dugaan, beliau masih boleh bertahan dengan baik). Oleh itu, apabila seseorang itu tiba pada tahun pola cermin, potensi untuk sangat berjaya adalah tinggi. walaupun orang itu bukannya ada pola cermin, tetapi mungkin ada sekali dalam seumur hidup akan tiba pola cermin. Saya bukannya lahir pola cermin tetapi ada satu tahun dimana saya telah sampai pola cermin.
Manakala calon BN, Datuk Wan Farid berada di dalam kitaran 8 tahun ini - tekanan. Pola kitaran ini sama dengan calon PAS yang kalah pada 1986 dulu (kitaran 8 juga).
Daripada analisis ini, di dapati kitaran tahunan untuk seseorang memainkan peranan sangat penting. Tentunya kitaran tahunan organisasi juga memainkan peranan juga.
Oleh itu, dalam kursus saya menekankan aspek kitaran - kursus Potensi Kewangan Pola Kekayaan menceritakan tentang bagaimana anda tahu bila anda ada duit dan bila anda tiada duit. Inilah yang dinamakan DINAMIK. Kaedah lain seperti Workshop, Visiber dan lain-lain tidak menekankan aspek DINAMIK, oleh itu kaedah mereka STATIK kurang tepat menceritakan perjalanan kehidupan sepanjang usia dengan lebih terperinci. Malah kaedah DINAMIK ini boleh mengira Kitaran Harian, Kitaran Jam iaitu kita boleh tahu apa yang berlaku pada anda pada hari itu dan pada jam itu.
Saya menyeru kepada semua peminat dan pengamal Kaedah Kajian Tarikh Lahir untuk menyambung pengajian dan menambahkan pengetahuan anda dengan menghadiri kursus saya seterusnya setelah anda belajar dari workshop atau dari pihak-pihak yang lain. Dengan mengetahui konsep DINAMIK, anda akan dapat merancang untuk 10 tahun akan datang dan tahu bila anda cemerlang dan bila anda jatuh gagal (sebagai persiapan!).
Tahukah anda seorang bilionair terkenal German mati bunuh diri pada 5 Jan lalu? Pengiraan kitaran tahunan dan kitaran harian jelas menunjukkan beliau tertekan. Terdapat pola besi pada hari itu iaitu impak dengan besi - beliau mati dilanggar keretapi. Oleh itu, kaedah DINAMIK saya ini boleh membawa anda pergi lebih jauh bukan sekadar tahu kelakuan personaliti sahaja. Ingat, ini bukan untuk meramal nasib atau mengubah nasib, tetapi membantu anda membuat perancangan untuk strategi yang lebih baik. Jika anda ingin tahu bagaimana kitaran bilionair itu mati - nantikan kursus Potensi Usahawan Pola Perniagaan pada 1 Febuari di hotel Grandview, Jalan Horley, Ipoh.
Apabila anda dalam kitaran 8, eloklah jangan terlalu terburu-buru. Tengok, apa dah jadi dengan Datuk Farid? Hilang jawatan senator, jawatan kabinet malah hilang kepercayaan - semuanya dalam kitaran 8. Jika anda dalam kitaran 8, perlu hati-hati. Jika nak meredah juga kitaran 8, ada caranya (itu kena jumpa saya untuk dapatkan caranya).
POLA/POTENSI BERKUASA
Saya menerima banyak pertanyaan tentang pola berkuasa (seperti diumumkan minggu lepas - sila lihat posting saya minggu lepas). Saya buka tawaran kepada 3 orang yang sukarela untuk menjalankan ujikaji, namun sepertimana yang saya beritahu, sangat sukar untuk mengira dan mendapatkan apa yang dimahukan. Setakat ini saya masih belum menjumpai pola berkuasa yang diidamkan oleh 3 orang sukarelawan tersebut. Tetapi, sepanjang pengiraan saya dapati ada sesuatu yang boleh dikongsi bersama dan ingin saya buat tawaran seterusnya terbuka kepada SEMUA orang (sebab ramai juga orang yang minta pola berkuasa tu).
Kepada mana-mana individu yang berminat untuk dapatkan pola berkuasa berikut 1. Berjaya kerana disokong oleh ahli politik dan usahawan atau 2. Berjaya dalam bidang kemasyarakatan dan industri makanan atau 3. Berjaya sebagai juruteknik dan akauntan.
Sila hantarkan maklumat berikut ke email saya. Namun, perkhidmatan ini berbayar sebab saya terpaksa habiskan masa mencari pola-pola tersebut. Bayaran ini adalah minima dan sumbangan anda itu bolehlah membantu saya mencari lebih banyak maklumat untuk anda juga nanti.
1. Bank-in RM10 ke akaun Maybank 512464228716 (eddy rosyadie) 2. Selepas itu, emailkan maklumat NAMA, TARIKH LAHIR, JAM LAHIR, NEGERI LAHIR ke qmas304@streamyx.coom. 3. Nyatakan anda mahukan pola yang mana satu seperti di atas (sama ada pilihan 1, 2 atau 3). 4. Saya akan emailkan arahan seterusnya.
Namun diingatkan bahawa sangat sukar nak mencari pola yang betul-betul berkesan dan tentunya ada beberapa pra-syarat yang perlu dimiliki untuk benar-benar menghasilkan potensi tersebut. Ini disebabkan anda telah dilahirkan, jadi kita perlu buat secara sintetik berbanding jika anda boleh lahir semula pada tarikh dan jam ditentukan. Jika graf hayat anda sedang menurun sekarang, pola ini mungkin tidak menjadi 100% tapi kalau menjadi 50% pun jadilah daripada tiada apa-apa ikhtiar dibuat.
BUKU KUASAILAH DIRI ANDA
Terdapat banyak permintaan tentang buku itu dan ianya dah habis stok. Stok dan edisi terbaru dijangka pada bulan Jun nanti. Tidak pasti harganya sebab bergantung jika saya boleh dapatkan penerbit yang sudi membantu. Jika ada penerbit, harga buku itu mungkin sekitar RM25, kalau tak ada penerbit, mungkin sekitar RM200 (harga kertas dah mahal).
Namun, jika anda berminat untuk dapatkan bahagian-bahagian dalam buku itu, saya boleh emailkan kepada anda. Contohnya, anda mahu tahu macam mana nak mengira ARAH dan tidak sabar menunggu buku edisi 3 pada jun nanti.
Berikut adalah langkah-langkah tempahan; 1. Bank-in RM10 akaun Maybank 512464228716 (eddy rosyadie). 2. kemudian emailkan kepada saya di qmas304@streamyx.com untuk dapatkan SALAH SATU daripada bahagian-bahagian berikut a. Mengira Arah b. Senarai Pola-pola nombor (3 serangkai) c. Mengira Kitaran Tahunan d. Senarai penuh kod-kod Graf Hayat (12 petak Zon). e. Keterangan penuh Zodiak Barat dan China f. Pengiraan dan Tafsiran Nilai nama (percuma perisian komputer RAHSIA NAMA dan NILAI NAMA). 3. Saya akan emailkan kepada anda. Bayaran adalah RM10 untuk setiap bahagian. Jika anda perlukan 3 bahagian, maka sila bank-in RM30. Jika anda perlukan kesemua 6 bahagian, sila bank-in RM60.
Namun diingatkan bahawa, nota-nota tersebut adalah dari edisi 2 yang lama, tapi bolehlah anda gunakan sementara menunggu nota edisi 3. Contohnya, dalam edisi 3, senarai pola-pola nombor (3 serangkai) akan ditambah dan diperkemaskan mengikut situasi.
Semoga cemerlang sentiasa. Eddy Rosyadie Pengasas Kaedah Astroumerologi Dinamik yang pertama di dunia. Konsultan Perancang Halatuju Kehidupan dan Perniagaan |
posted by eddy Rosyadie Mohd Samsury @ 9:57 AM |
|
|
|
|