waktu malaysia
 
galeri gambar
 
tempahan online


TEMPAHAN ONLINE

iklan

 





 

jadual  kursus/Seminar
BULAN KURSUS/SEMINAR
Kursus
 
dipejabat
Meru, Klang

sesi Consultant
No 69, Tgkt 2, Jalan Besar, Pekan Meru
(Atas Bank BSN depan RHB Bank)
iklan tajaan

 

 

 




 

Tuesday, March 31, 2009
UPDATE MAC - Bahagian 6
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Tempahan BUKU CINTA, JODOH DAN PERKAHWINAN
terbitan BUKU PRIMA
Harga: RM19.90 setebal 383 mukasurat
Seperti yang diiklankan di Mingguan Wanita dan Astro Awani.
Dapatkan di kedai buku atau pejabat Karangkraf atau Alaf21.
Juga, boleh tempah di sini secara berikut;
1. Bank-in RM25 (termasuk kos penghantaran) ke MAYBANK
akaun no 512464228716 (Eddy Rosyadie)
2. Selepas itu, sila SMS ke 016 2379856 atau email ke
qmas304@streamyx.com : NAMA, ALAMAT, POSKOD, NO TELEFON (jika email) DAN JAM
MASA TRANSAKSI BAYARAN
contoh: Ali Ahmad, 123 Jalan ABC, 44444, Kuala Lumpur, 01987654321, jam 729 malam.
Kursus akan datang:
April 5 Kuantan - Maaf, DIBATALKAN.
April 18 Batu Pahat (BPK) DIPINDAHKAN ke Larkin.
April 19 Batu Pahat (BPH) DIPINDAHKAN ke Larkin.
April 11 Shah Alam (Hotel Carlton Holiday) - Potensi Tarikh Lahir Modul 1
Berminat sila hubungi Encik Rusli 018-2205225 atau 012-2863424
RM250 (ada diskaun jika bawa kawan)
9 pagi - 5 petang. Daftar 8.30 pagi sila bawa maklumat jam lahir.
1. Kursus April 18 Larkin - Kursus Potensi Kewangan Pola Kekayaan
Harga : RM200 seorang (diskaun jika datang secara kumpulan 4 orang atau suami-isteri)
Tempat: Caliph Management berdepan Balai Bomba Larkin sebelah pejabat Jabatan Parit dan Saliran.
Jam 9 pagi - petang. Daftar di sana jam 8.30 pagi bawa maklumat jam lahir.
Bersama Encik Eddy Rosyadie - pengasas Kaedah Astronumerologi Dinamik yang pertama di dunia.
Ketahui potensi tentang kewangan anda: bagaimana wang masuk, bagaimana wang sepatutnya
diuruskan dan bagaimana wang keluar. Juga, bagaimana untuk tingkatkan kewangan/ kekayaan
dengan Teknik Petak Gabungan Untung, Teknik Pindahan Tenaga Kekayaan serta pelbagai teknik
berasaskan Tarikh dan Jam Lahir serta nama. Juga, kitaran tahunan dari tarikh lahir, nombor
handphone, plet kereta dan nombor rumah.
Sangat sesuai untuk semua orang - Malaysia atau Singapura atau Brunei - terutamanya individu
usahawan, yang baru dapat VSS dan sebagainya, malah semua orang sepatutnya hadir kerana
tahun depan 2010 dijangkakan ramai orang akan muflis, pokai, bankrap dsbnya. Apakah
anda telah bersedia dengan ancaman tersebut? Bagaimanakah caranya untuk mengambil
kesempatan keuntungan daripada situasi itu?
Juga, kenali kaedah kitaran handphone, plet kereta dan nombor rumah - yang seumpamanya
pertama di dunia yang dicipta dan dikaji sendiri oleh saya sendiri Eddy Rosyadie. Belum ada lagi
pengamal numerologi atau sains metafizik yang mengajar kaedah sebegini. Oleh itu dijemput juga
individu dari "sekolah" atau guru numerologi yang lain untuk hadir tambahkan pegetahuan.
berminat, SMS taip LK (nama) dan hantarkan ke 016 2379856.
contoh: LK Ali hantarkan ke 016 2379856
2. Kursus 19 April Larkin - Kaedah Kitaran Perlakuan Harian
Tempat yang sama.
RM350 (tiada diskaun)
Pelajarilah kaedah pertama seumpamanya didunia bersama pengasas Kaedah Perlakuan Harian
yang pertama di dunia, Encik Yuswan. Daripada Rajah Segitiga Tarikh Lahir, anda boleh mengira
untuk mengetahui apa yang berlaku pada hari dan jam tertentu. Contohnya, anda ingin mengetahui
di mana anak atau suami atau isteri anda berada pada hari ini jam 3 petang dan sedang buat apa
sedang makan (944) atau bercumbuan (1234)? Apakah emosi yang bakal anda hadapi (untung/
rugi), apakah anda akan demam (347) atau pening kepala (111) esok? Atau apakah anda
tersesat esok (189) atau terima panggilan dari orang jauh (729)?.
Dijemput semua untuk hadir.
Berminat SMS taip LH (nama) ke 016 2379856
contoh: LH Ali hantar ke 016 2379856
ANALISIS KEMENANGAN/ KEKALAHAN PENGUNDIAN UMNO MARCH 2009
Analisis ini dibuat berdasarkan maklumat tarikh lahir yang dicari dari beberapa sumber, kami tidak
dapat mengkaji semua calon kerana kekurangan sumber. Maaf, kami tidak lagi akan menyiarkan
"ramalan" siapa menang kalah sebelum pilihanraya/pengudian kerana kami tiada mendapat apa-
apa keuntungan daripadanya serta untuk mengelakkan analisis kami ini diciplak oleh pihak tidak
bertanggungjawab. Oleh itu, jika nak mengetahui siapa menang di 3 pilihanraya April nanti,
berjumpalah dengan kami sendiri tapi bawalah maklumat tarikh lahir (dan jam lahir jika boleh)
kesemua calon tersebut. Sebagaimana kami menjangkakan kemenangan calon PAS di Kuala
Terengganu pada Januari lepas - ada pada tarikh lahir dan nombor handphone.
Khairy Jamaluddin dan Tan Sri Muhyiddin Yassin menang kerana angka di tengah mata angin
untuk kitaran tahun mereka terdapatnya angka 7 (iaitu ramai penyokong). Walaupun Tan Sri
Muhammad Taib mempunyai pola 279 dan sama-sama kitaran 2 dengan Tan Sri Muhyiddin, tetapi
angka tengah mata angin beliau adalah 2.
Dato' Seri Khir pula kitaran 7 tahun ini, sama dengan Dato' Seri Ali iaitu kitaran "kehilangan",
maka potensi kalah adalah tinggi. Untuk calon-calon yang lain kami tiada maklumat tarikh lahir
mereka.
Daripada analisis ini, penemuan dan kesimpulan terbaru dapat ditemui - untuk menang besar
dalam sesuatu undian, elok jika kitaran 2 (sebagaimana Obama menang tahun lepas kerana
kitaran 2 berbanding Mc Cain kitaran 4, Hillary Kitaran 1) dan angka tengah arah mata angin 7.
Gunakanlah panduan ini untuk bisnes atau kerjaya anda nanti.
KURSUS DI TEMPAT ANDA.
Tawaran dibuka kepada mana-mana individu yang ingin menganjurkan seminar/kursus di tempat
mereka seperti Pulau Pinang, Kulim, Kuala Lipis, Kota Bharu, Kuching, Brunei, Muar dan
sebagainya. Kadang tu nak menunggu kami ke sana agak lambat, jadi apa kata anda anjurkan di
tempat anda - mungkin di pejabat, sekolah anda atau sewa dewan atau bilik pusat tuisyen (tidak
semestinya hotel).
Minimum 10 orang (mungkin kawan-kawan atau rakan sepejabat) dan bayaran perlu dibincangkan,
tapi tidaklah semahal mana yang penting tampung kos (sila email ke qmas304@streamyx.com).
Komisen ada diberi. Yang penting ada tempat latihan yang baik serta kemudahan makan, surau
dan sebagainya. Biar kali ini kami datang ke tempat anda kerana mungkin anda sukar untuk
datang ke KL, Meru, Shah Alam atau Larkin. Ambillah peluang ini kerana tahun 2010 dijangka
ramai orang akan mengalami defisit duit yang teruk (jika tahun ini dah mula terasa, apatah lagi
tahun depan!)
Semoga berjaya sentiasa!
Salam Kejayaan
Eddy Rosyadie
posted by eddy Rosyadie Mohd Samsury @ 11:35 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

About Me


EDDY ROSYADIE MOHD SAMSURY

(Perancang pengurusan Hala
Tuju Hidup)
Penulis Kolumunis `Mingguan Wanita `Penulis buku `CJP`
Email:
qmas304@streamyx.com

http://eddyrosyadi.weebly.com

Previous Post
Archives
ADMIN BLOG EDDY


ARY
Phone :012 902 6972
my facebook

محمد أشعري عبد الرزاق

Reka Lencana Anda
CONSULTANT 

Zaini ahmad 
     019-2676727
Azli Shah            012-3127296
Nor Azlina            019-3869011
Dr Aniza              019-2438151
 

FORUM CHAT

Template by

image link to web design website

Provided by website design company .

 

widgeo.net

Site Meter
Blogger Templates