waktu malaysia
 
galeri gambar
 
tempahan online


TEMPAHAN ONLINE

iklan

 





 

jadual  kursus/Seminar
BULAN KURSUS/SEMINAR
Kursus
 
dipejabat
Meru, Klang

sesi Consultant
No 69, Tgkt 2, Jalan Besar, Pekan Meru
(Atas Bank BSN depan RHB Bank)
iklan tajaan

 

 

 




 

Monday, March 16, 2009
UPDATE MAC - Bahagian 3
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Perjalanan Konvensyen 2009 - terima kasih kepada semua yang hadir. Semoga anda semua telah mendapat manafaat yang terbaik terutamanya mempelajari penemuan terbaru seperti Petak Pendua, Kitaran No Handphone & No Plet Kereta, pola 559, pola 38, Fenomena Harian, Kod Widowed Star,kaedah CHECK MATE kitaran & graf dan banyak lagi. Juga, sedikit sebanyak mengetahui tentang kaedah Kitaran Perlakuan Harian / Kitaran Harian daripada Encik Yuswan. Ini menunjukkan bahawa kami dari Kelab Sains Metafizik adalah pengkaji bahan sains metafizik dan bukannya sekadar mengambil ilmu orang lain dan jualkannya begitu sahaja. Banyak penemuan terbaru yang kami temui yang ingin kami kongsikan bersama anda.
Ingat, sekadar mempelajari nombor tarikh lahir yang statik sahaja tidak cukup kerana nombor atau angka mempunyai 4 sifat yang dinamik iaitu ianya ber"emosi", ber"kitaran", ber"interaksi" dan ber"sambungan". Dengan memahami konsep angka sebegini, barulah anda boleh melihat dunia dari satu aspek yang lebih positif dan redha serta ikhlas. Kebanyakkan bahan kaedah nombor atau numerologi di pasaran adalah sekadar statik dan tidak ramai mengetahui bahawa kaedah numerologi yang sebenar sepatutnya bersifat dinamik. Hanya beberapa orang pakar sains metafizik / numerologi yang memahami konsep ini mempunyai kemahiran yang lebih jauh.
Antara perkara yang menarik tentang konvensyen tersebut ialah kehadiran satu keluarga dari Terengganu, jauh datangnya dan terpaksa menginap di PJ dek kerana semua hotel di Shah Alam sudah penuh. Tujuannya adalah satu iaitu mengesahkan mimpi beliau yang mana sebelum ini beliau mendapat petunjuk udari mimpi ntuk menjalankan perniagaan di sekitar negeri Pahang, N9 dan Selangor. Apabila ditunjukkan kepada beliau kaedah Arah Mata Angin Arah Kejayaan, memang benar arah Selatan dan Barat Daya adalah arah yang baik untuknya (angka 7 dan 9). Apabila saya membuka peta Malaysia, nampaknya beliau teruja melihat petunjuk yang diberikan ini. Ini menunjukkan bahawa kaedah kami ini bukannya kaedah mimpi yang kami reka tetapi ianya adalah kajian dan banyak petunjuk telah diberikan oleh Tuhan depan mata kita, cuma kita sahaja yang tidak nampak. Kemudian, beliau menyatakan kemusykilan kenapa kembar beliau yang lahir beza 13 minit iaitu tarikh lahir dan jam lahir yang sama dan nama juga beza satu huruf sahaja tetapi mempunyai kelakuan yang berlainan. Apabila saya membuka kaedah Rahsia Nama, memang benar nama beliau dan nama kembar beliau adalah watak yang berbeza. Sekali lagi ini menunjukkan bahawa kaedah kami ini bukan sekadar lihat Tarikh Lahir tetapi juga jam lahir dan nama seseorang. Kemudian, beliau bertanya lagi tentang kenapa anak lelaki beliau agak kasar dan apabila nama anak itu dianalisa, memang benar sifat nama anak itu menunjukkan anaknya itu bersikap begitu. Ini menunjukkan bahawa walaupun tanpa analisa tarikh lahir, nama seseorang itu memberikan petunjuk tentang sikap seseorang itu.
Oleh itu, kaedah astronumerologi dinamik yang saya bawakan kepada anda adalah satu bahan yang lengkap iaitu mengkaji nama, tarikh lahir, jam lahir serta keturunan dan juga interaksi gabungan dan sebagainya. Jika sekadar belajar tentang Rajah Segitiga sahaja tidak mencukupi. Oleh itu, teruskan pengajian bersama saya di dalam Kursus Potensi Modul 1 dan jika ada rezeki teruskan dengan Kursus Modul 2, Kursus Graf Hayat, Kursus Potensi Bisnes & Kerjaya Pilhan, Kursus Potensi Usahawan, Kursus Potensi Juara Jualan, Potensi Kekayaan, Potensi Kesihatan, Potensi Perkahwinan dan sebagainya. Iklan untuk kursus Graf Hayat pada 3 Mei nanti akan dikeluarkan dalam Mingguan Wanita bulan depan. Jangan lepaskan peluang ini lagi!
Beberapa peserta konvensyen juga masih musykil tentang potensi mereka. Sebelum ini mereka pernah belajar kaedah tarikh lahir dengan seseorang tetapi malangnya tidak pula diajar arah kejayaan, kitaran dan potensi usia serta yang paling utama ialah PENDEKATAN hidup. Ini menyebabkan ramai yang masih terkial-kial tercari-cari potensi mereka. Oleh itu, hadirlah ke kursus kami yang memberikan anda segala aspek tentang potensi anda, bukan sekadar potensi luaran, tetapi dalaman / pendua, bakat, arah, kitaran, usia dan sebagainya.
Cuma di dalam konvensyen terlalu banyak yang mahu dikongsi tetapi masa tidak mencukupi. Mungkin ramai yang masih keliru tentang pengiraan nombor handphone atau Perlakuan Harian, oleh itu, dapatlah sekiranya hadir ke kursus untuk mendalami dengan lebih baik, jelas dan mendalam. DAFTARLAH SEKARANG!
Buku Cinta Jodoh dan Perkahwinan habis dijual pada hari tersebut dan banyak permintaan untuk mendapatkan graf dan sebagainya.
Maklumat kursus akan diberitahu nanti atau emailkan kepada saya qmas304@streamyx.com untuk dapatkan flyer kursus:
28 April (KL), 29 April (JB), 4 April (Seremban) dan 11 April (Shah Alam) - Potensi Diri Modul 1
21 April (Larkin) - Potensi Juara Jualan
5 April (Kuantan) - Potensi Usahawan
18 April (Batu Pahat) - Potensi Kekayaan
19 April (Batu Pahat) - Perlakuan Harian
3 Mei (Shah Alam) - Potensi Kehidupan Graf Hayat.
Jumpa anda lagi nanti!
Salam Kejayaan.
Eddy Rosyadie
posted by eddy Rosyadie Mohd Samsury @ 8:53 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

About Me


EDDY ROSYADIE MOHD SAMSURY

(Perancang pengurusan Hala
Tuju Hidup)
Penulis Kolumunis `Mingguan Wanita `Penulis buku `CJP`
Email:
qmas304@streamyx.com

http://eddyrosyadi.weebly.com

Previous Post
Archives
ADMIN BLOG EDDY


ARY
Phone :012 902 6972
my facebook

محمد أشعري عبد الرزاق

Reka Lencana Anda
CONSULTANT 

Zaini ahmad 
     019-2676727
Azli Shah            012-3127296
Nor Azlina            019-3869011
Dr Aniza              019-2438151
 

FORUM CHAT

Template by

image link to web design website

Provided by website design company .

 

widgeo.net

Site Meter
Blogger Templates