waktu malaysia
 
galeri gambar
 
tempahan online


TEMPAHAN ONLINE

iklan

 





 

jadual  kursus/Seminar
BULAN KURSUS/SEMINAR
Kursus
 
dipejabat
Meru, Klang

sesi Consultant
No 69, Tgkt 2, Jalan Besar, Pekan Meru
(Atas Bank BSN depan RHB Bank)
iklan tajaan

 

 

 




 

Tuesday, March 3, 2009
UPDATE MAC - Bahagian 1


Dapatkan buku terbaru Cinta, Jodoh & Perkahwinan.
Setebal 383 muka surat - RM19.90 sahaja
(RM25 jika tempahan secara pos ekspress)

untuk tempahan buku, sila email saya (qmas304@streamyx.com)
atau SMS taip BC EDDY CJP hantarkan ke 36553
(taip huruf kecil dibenarkan)

sesuai untuk semua golongan dan sesuai dijadikan hadiah perkahwinan / pertunangan.

Terbitan Buku Prima Sdn Bhd (sudah ada dalam katalog Buku Prima) dan iklan akan keluar dalam Mingguan Wanita nanti.



Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

KONVENSYEN SAINS METAFIZIK KE 2 pada 15 MAC 2009
Bertempat di HOTEL CARLTON HOLIDAY, SHAH ALAM
Bilik Al-Burj Tingkat 1

Seksyen 13 Shah Alam
(berdekatan Stadium Shah Alam - bersebelahan Pusat Akuatik Darul Ehsan, Kelab Shah Alam, Tesco Shah Alam dan belakang Pusat Perniagaan WORLDWIDE)

Bermula jam 9 pagi (pendaftaran dibuka 8.30 pagi).
Bayaran RM50 seorang
Sila bawa maklumat jam lahir.

Berminat, sila SMS taip KN (nama) ke 0162379856

Kandungan Konvensyen;

1. Pengenalan terbaru tentang kaedah Sains Metafizik

2. Perkongsian ilmu tentang penemuan terbaru di dalam kajian pola kehidupan;
- Kaedah Petak Digit menggantikan Rajah Segitiga
- Kaedah Petak Pendua (yang wajib digunakan setiap kali pengiraan)
- Kaedah Kitaran Nombor Handphone, Nombor Telefon dan Nombor Plet Kereta (membolehkan anda kenali potensi diri anda atau pelanggan anda)
- Kaedah Kitaran Fenomena Harian (mengetahui apa yang terjadi kepada anda pada hari tertentu) - Penemuan terbaru tentang aplikasi Graf Hayat untuk kenalpasti usia untung atau rugi.
- Beberapa penemuan terbaru pola dan teknik terbaru.
- Penjelasan Potensi Tahun 2009 dan previu Potensi Tahun 2010 (dijangka tahun 2010 ramai orang dan syarikat bakal mengalami muflis/ bankrap/ masalah kewangan) - ketahui potensi- potensi tahun lebih awal sebagai pencegahan dan persediaan.

3. Pengiraan dan aplikasi Kitaran Perlakuan Harian oleh Sdra Yuswan (Pengasas Kaedah Perlakuan Harian SUPER).

Dijemput kepada semua bekas peserta kursus untuk menambahkan pengetahuan dan pelanggan serta individu baru yang belum pernah menggunakan kaedah ini atau yang mahu melihat kaedah ini dengan lebih dekat.

Lain-lain aktiviti:
- Temui para konsultan Kelab Sains Metafizik untuk mengetahui potensi anda/ menjelaskan pelbagai persoalan kehidupan
- Jualan buku Cinta, Jodoh & Perkahwinan
- Pendaftaran Kursus (dapat diskaun jika mendaftar pada hari Konvensyen).
- Pameran produk dan perkhidmatan nasihat: Kewangan, Kesihatan, Kerjaya, Kecantikan dan lain-lain.
- Sesi pertemuan untuk Networking/ Business Matching.
- Tempahan Graf Hayat.
- Testimoni pengguna-pengguna kaedah yang telah berjaya.

Dijemput hadir untuk mendapatkan pengetahuan yang lebih mendalam tentang kaedah / pengiraan secara Sains Metafizik. Jumpa di sana !

Kursus seterusnya;

8 Mac - Kursus Potensi Asas di Raub, Pahang.
28 Mac - Hotel Dynasty KL atau Hotel Parkroyal KL - Kursus Potensi Asas Modul 1
21 Mac - Kursus Potensi Usahawan Pola Perniagaan di JB (belum confirm)
28 Mac - Kursus Potensi Usahawan Pola Perniagaan di JB (belum confirm)
4 April - Kursus Potensi Modul 2 - Hotel Dynasty atau Hotel Parkroyal KL
5 April - Kursus Potensi Usahawan Pola Perniagaan di Kuantan (belum confirm tempat)
18 April - Kursus Potensi Kewangan Pola Kekayaan di Batu Pahat (belum confirm tempat)
19 April - Kursus PerlakuanHarian di Batu Pahat (belum confirm tempat)

sebarang pertanyaan atau pendaftaran kursus: SMS saya di 016 2379856.


Kursus Graf Hayat
Kursus sehari yang dianjurkan di Wisma Norbaya, Desa Melawati pada 1 Mac tempohari berjalan dengan baik. Terima kasih dan tahniah kepada peserta kursus yang datang dari Shah Alam, KL, Yong Peng dan Jengka. Itulah kursus praktikal Graf Hayat yang pertama julung kali dianjurkan - belum pernah dibuat oleh sesiapa sebelum ini.

Pendedahan tentang penggunaan Kaedah Graf Hayat berjaya membuktikan teori kajian saya bahawa dengan menggunakan Graf Hayat dapat menentukan / menjelaskan perihal jodoh dan prestasi untung rugi seseorang. Kaedah ini juga berjaya membuktikan teori kajian saya bahawa peristiwa dalam kehidupan kita adalah berulang dari pengalaman bapa atau ibu kita.

Kes kajian 1: Seorang peserta dari Jengka, Pahang mencari penjelasan kenapa beliau sering gagal dalam pelaburan perniagaan yang diusahakan bersama anak-anaknya. Daripada kaedah Graf Hayat didapati usia beliau dan anak-anak adalah dalam kedudukan negatif iaitu tidak sesuai buat pelaburan ketika itu, malah pola angka beliau dan anak yang tiada angka 6 menyukarkan keadaan kewangan serta pola angka seorang lagi anak beliau 191 tidak sesuai untuk aktiviti perkongsian. Oleh itu, saya menasihati beliau untuk membuat strategi berbeza dalam urusan perniagaan nanti.

Kes Kajian 2: Seorang wanita mahu mengusahakan perniagaan berasaskan produk MLM seperti air & kopi, namun Graf Hayat dan Bar Hayat Tahunan beliau pada umur 41 menunjukkan negatif teruk. Di dapati bahawa ibu wanita ini pernah mengusahakan perniagaan kedai kopi dan ibu wanita ini pada umur 41 telah menutup kedainya itu - nampakkah anda persamaan yang dimiliki oleh ibu dan wanita ini - perniagaan, produk kopi, umur 41. Oleh itu, saya menasihati beliau untuk kaji semula pendekatan perniagaan supaya beliau tidak mengulangi peristiwa kegagalan ibunya itu.

Kes Kajian lain:
- Individu yang mahu mengusahakan perniagaan mengetahui apakah usia beliau sekarang ini sesuai untuk membuat pelaburan besar atau tidak.
- tepat menjelaskan kenapa beberapa individu mengadu masalah seperti kesihatan dan kehilangan pendapatan - memang sudah tertulis dalam Graf Hayat terdapatnya Ailing Star atau Vaccum Star serta kitaran 7 (Kitaran kehilanga).
- tepat menjelaskan kenapa terdapatnya kegagalan perkahwinan dan kegagalan perniagaan - kerana Graf Hayat dalam kedudukan negatif ketika kegagalan itu berlaku tetapi kini Graf Hayat beliau akan meningkat positif untuk diambil peluang sebaiknya.
- serta beberapa penjelasan dan penemuan tentang Graf Hayat yang boleh dijadikan panduan untuk masa depan sebagai pencegahan seperti kod Wealth Great General dan sebagainya.
- tepat menjelaskan kenapa seorang individu kehilangan RM8 juta ringgit ditipu rakan perniagaan dan kini mengalami masalah perkahwinan serta sukar dalam perniagaan - graf hayat sedang negatif! (Apakah anda mahu kehilangan RM8 juta seperti beliau? Apabila tidak tahu potensi/ Graf Hayat)

Semasa kursus tersebut, peserta ditunjukkan Graf Hayat mendiang Lady Diana - memang jelas tertulis pada Graf itu usia jodoh beliau, kod Ministrial Star (menjadi Permaisuri Raja) dan jelas tertera kod Widowed Star menjadi janda serta graf negatif semasa kemalangan dan kematian beliau. Hidup kita telah dapat "dikira" kerana ianya telah "dikira" (dengan kata lain ditetapkan ukuran iaitu ketetapan perjalanan hidup kita). Dengan mengetahui Graf Hayat, adalah mudah untuk menguruskan potensi dan perjalanan hidup kita dengan lebih berkesan. Ianya seumpama peta - jika anda memandu di KL tanpa peta pasti sesat dan jika hidup anda tiada panduan/ tidak tahu potensi/ tidak tahu peta ukuran kehidupan, pasti anda tersesat dalam hidup.

Maka tunggu apa lagi, pelajarilah Kaedah Graf Hayat sekarang! Jangan berlengah dan jangan tunggu sudah jatuh ditimpa tangga barulah mahu mencari penyelesaian - sudah terlambat! Kaedah Graf Hayat dikatakan 95% ketepatan dan punyai ribuan tafsiran yang boleh membantu anda untuk mencipta strategi hidup yang lebih berkesan! Jumpa anda nanti dalam kursus Graf Hayat seterusnya.

Hantarkan sebarang cadangan dan komen anda kepada saya: SMS taip BC EDDY K dan taipkan komen/cadangan anda dan hantarkan ke 36553.

untuk ketahui tafsiran pola nombor 123, 189, 156, 426 atau 729
SMS taip BC EDDY (kod pola) dan hantarkan ke 36553.
contohnya, taip BC EDDY 426 dan Send ke 36553
Taip huruf kecil dibenarkan - kod-kod lain akan ditawarkan nanti.

Salam kecemerlangan !
Eddy Rosyadie





posted by eddy Rosyadie Mohd Samsury @ 1:17 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

About Me


EDDY ROSYADIE MOHD SAMSURY

(Perancang pengurusan Hala
Tuju Hidup)
Penulis Kolumunis `Mingguan Wanita `Penulis buku `CJP`
Email:
qmas304@streamyx.com

http://eddyrosyadi.weebly.com

Previous Post
Archives
ADMIN BLOG EDDY


ARY
Phone :012 902 6972
my facebook

محمد أشعري عبد الرزاق

Reka Lencana Anda
CONSULTANT 

Zaini ahmad 
     019-2676727
Azli Shah            012-3127296
Nor Azlina            019-3869011
Dr Aniza              019-2438151
 

FORUM CHAT

Template by

image link to web design website

Provided by website design company .

 

widgeo.net

Site Meter
Blogger Templates