waktu malaysia
 
galeri gambar
 
tempahan online


TEMPAHAN ONLINE

iklan

 





 

jadual  kursus/Seminar
BULAN KURSUS/SEMINAR
Kursus
 
dipejabat
Meru, Klang

sesi Consultant
No 69, Tgkt 2, Jalan Besar, Pekan Meru
(Atas Bank BSN depan RHB Bank)
iklan tajaan

 

 

 




 

Tuesday, April 28, 2009
Menjana Kehidupan yang Berkesan
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.

DAFTARLAH UNTUK KURSUS GRAF HAYAT 3 MEI SHAH ALAM - SEKARANG!


FIKIRKANLAH....
Hampir setiap hari ada saja berita tentang penutupan syarikat atau pemberhentian pekerja - baru-baru ini di US, syarikat otomotif gergasi GM bakal menutup beberapa kilang.
Ramai orang telah diberhentikan kerja dan cuba mula kehidupan baru yang mungkin tidak pasti bagaimana caranya.
Jangkaan saya pada tahun 2010 ramai orang dan syarikat bakal mengalami gawat ekonomi.

Apakah anda akan mendapat bonus dan kenaikan gaji pada tahun ini?
Apakah tempat kerja anda masih kukuh untuk mengharungi masa mendatang?
Apakah jawatan anda masih kukuh?
Apakah simpanan wang anda melebihi RM24,000 untuk menghadapi krisis 2010 nanti?
Setelah anda mendapat wang VSS, apakah anda mahu membuka bisnes yang anda tidak pasti yang mana satu boleh berikan pulangan seperti anda bekerja dahulu?

Jika jawapan anda ialah "tidak" atau anda masih ragu-ragu dengan persoalan di atas, kenapa tidak membuat persiapan seawal sekarang?

HADIRLAH KURSUS KAMI
atau dapatkan sesi konsultansi persendirian eksklusif untuk individu atau syarikat.

PAKEJ TERBARU
Program Pemantauan Peningkatan Prestasi (4P)
Pemantauan 1 bulan, 3 bulan, 6 bulan, 9 bulan dan 12 bulan.
Caranya:
Hadir satu sesi konsultansi pertama untuk mendapatkan analisa dan strategi (arah, masa, kitaran, interaksi dsbnya) serta KPI atau sasaran yang anda mahukan (contohnya, untuk dapatkan jualan RM600,000 dalam masa 6 bulan).
Kemudian pada setiap titik pemantauan kami akan telefon/ aturkan pertemuan untuk perbincangan dan pemantauan prestasi anda.
Dengan cara ini, anda akan diberi keutamaan dan bantuan eksklusif dari kami untuk merealisasikan sasaran anda.

Hubungi saya di email qmas304@streamyx.com untuk program pakej ini.


Kursus Graf Hayat pada 3 Mei di Hotel Carlton Holiday, Shah Alam.
RM200 jam 9 pagi - 5 petang.
Daftar jam 8.30 pagi sila bawa maklumat jam lahir.
Tempah tempat anda dengan hantar SMS taip GH dan hantarkan ke 36553.

Kursus ini adalah kali kedua dibuat (selepas di Desa Melawati tempohari) adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan dan bimbingan kepada peserta tentang keperluan merancang kehidupan menggunakan Teknik Graf Hayat. Setakat ini maklumbalas mendapati kaedah ini hampir 99% ketepatan dan ianya telah banyak membantu peserta dan pelanggan terdahulu untuk kenali potensi dan masalah prestasi di usia tertentu dengan lebih baik.

Jika anda memiliki Graf Hayat dan tidak tidak tahu untuk membacanya, marilah hadir ke kursus ini untuk mendapatkan pengetahuan tentangnya. Kenali kenapa ada orang apabila sampai usia tertentu akan mengalami kejatuhan dan mengenali bilakah usia anda dapat mencapai kejayaan yang besar. Peranan MASA adalah sangat penting dalam kehidupan manusia.

Ketahui peranan Vaccum Star dan Widowed Star yang sangat-sangat memberi tekanan kepada individu. Juga, ketahui apa yang bakal anda tempuhi pada usia tertentu dan kaitkan dengan keturunan supaya anda boleh mengambil tindakan pencegahan atau pembetulan awal mengelakkan anda rugi teruk. Contohnya, baru-baru ini seorang pelanggan berumur lewat 30an mengadu mengalami kejatuhan teruk dalam perniagaan dan perkahwinan; rupa-rupanya di dalam graf beliau ada Vaccum Star ketika itu dan mata point Graf Hayat pada umur 40 adalah negatif kritikal! Apabila diperiksa lebih lanjut, rupanya arwah ayah beliau pada umur 40 tahun pernah juga mengalami situasi yang sama cuma arwah ayah beliau bunuh diri pada umur 40 tahun (itu menjelaskan kenapa mata point Graf Hayat beliau sangat rendah pada umur 40 tahun - kisah sejarah keturunan berulang! Cuma janganlah diulang kisah bunuh diri itu!)

Daftar SEKARANG! SMS taip EDDY GH dan hantarkan ke 36553.


Kursus Potensi Modul 1 pada 9 Mei di Kemaman, Terengganu.
Dewan Seri Geliga, Majlis Perbandaran Kemaman
Sabtu - hari cuti Wesak.
RM250 jam 9 pagi - 5 petang
Daftar sekarang: taip SMS KT (nama) dan hantarkan ke 0162379856.

Dijemput individu dari Kemaman, Kertih, Paka, Dungun, Kuala Terengganu serta Kuantan untuk hadir di kursus julung kali di Kemaman. Ini adalah modul 1 iaitu asas yang mana memberi pendedahan dan bimbingan tentang teknik-teknik dalam Kaedah Potensi Dinamik seperi Petak Digit, Petak Pendua, Kitaran Tahunan serta Graf Hayat dan Kaedah kenali orang dari nombor handphone, plet kereta dan nombor rumah serta teknik kiraan gabungan pasangan. Untuk kenali kerjaya sesuai, fungsi diri yang membawa kejayaan atau kelemahan yang perlu diperbaiki, kenali karekter serta ketahui tahun bila bagus serta ketahui pergerakan prestasi sepanjang usia. Sangat sesuai untuk semua golongan masyarakat, terutama individu yang baru mahu mempelajari atau mahu mendalami kaedah ini yang sering diwar-warkan di dalam majalah Mingguan Wanita.

Kursus ini walaupun asas adalah berbeza dengan mana-mana kursus tarikh lahir yang lahir kerana ianya adalah kursus sehari dan bukan sekadar pengiraan asas tetapi lebih jauh meliputi Graf Hayat dan kenali orang dari nombor handphone dsbnya. Jika anda pernah menghadiri kursus tarikh lahir yang asas sebelum ini yang diajar oleh seorang motivator terkenal (iaitu anak murid saya juga), anda juga dijemput untuk hadir untuk menambahkan pengetahuan dan kemahiran anda kerana kursus ini lebih mendalam (contohnya, kaedah Petak Pendua yang dicipta oleh saya sendiri berdasarkan kajian 5 tahun dan belum ada lagi mana-mana motivator yang mengajarkannya selain saya di dunia ini).

Rebutlah peluang ini untuk masyarakat di Pantai Timur (bukan selalu saya ke sana!)

Daftar SEKARANG! SMS taip KT (nama) dan hantarkan ke 016 2379856.


Program bulan Mei di Johor Bahru.

Kursus Perlakuan Harian pada 23 dan 24 Mei di Larkin, Johor Bahru.
- 23 hb kursus Pola Kombinasi Perlakuan Harian; RM350
- 24 hb kursus Perlakuan Kitaran Harian; RM350
tenaga pengajar: Encik Yuswan, pengasas kaedah perlakuan harian.
tempat: Caliph Management, Larkin depan Balai Bomba Larkin, JB.

Sambutan menggalakkan pada 19 April lalu membuatkan pihak kami sekali lagi menganjurkan kursus seumpama itu - kali ini dibuat dalam bentuk dua hari (Asas Kombinasi dan Perlakuan Asas) untuk lebih mendalam dan jelas. Kepada anda yang pernah mempelajari kaedah numerologi atau tarikh lahir yang asas sebelum ini, marilah hadir untuk melanjutkan lagi pengetahuan anda di dalam aspek kenali apa yang terjadi esok hari menggunakan kiraan dari rajah segitiga. Sebelum ini rajah segitiga adalah untuk kenali karekter atau kerjaya seseorang namun di dalam kursus ini rajah segitiga digunakan untuk mengira apakah anda akan demam esok hari (pola 347), tersesat (pola 189), keliru (pola 843) atau untung (pola 696).

Terdapat maklumbalas menyatakan kenapa perlu belajar kaedah ini untuk mengetahui apa yang terjadi esok hari padahal Tuhan telah tetapkan takdir untuk kita. Memang betul Tuhan telah tetapkan tetapi kita mahu ketahui apa yang ditetapkan itu? Jika kita dapat ketahui sedikit pun apa yang terjadi esok hari, ianya lebih bermakna kerana kita boleh aturkan strategi dan buat keutamaan tertentu untuk membuat pembetulan atau pencegahan. Ikhtiarlah dan berdoa; janganlah pula bila terjadi musibah baru nak salahkan Tuhan padahal jika kita boleh "mengira" lebih awal, tentu kita akan lebih redha dengan ketentuan-Nya itu. Contohnya, jika anda tahu anda akan demam esok, maka mulai hari ini anda perlu merancang untuk menjadikan demam anda itu berkesan seperti tidaklah membuat projek besar-besaran yang mungkin gagal atau bolehlah sediakan ubat lebih awal. Sekadar contoh jenaka, jika anda tahu esok suami/isteri/anak anda akan bercumbuan (pola 1234) tetapi bukannya dengan anda, tentunya anda boleh perancangan awal, bukan?

Daftar: SMS taip salah satu kod dibawah ini (L23 atau L24 atau LK)
taip L23 (nama) untuk kursus Asas Kombinasi Perlakuan Harian
taip L24 (nama) untuk kursus Perlakuan Harian
taip LK (nama) untuk kedua-dua hari Kursus
dan hantarkan ke 016 2379856


Diskaun diberikan kepada individu yang datang berkumpulan 4 orang (RM25 untuk setiap seorang kumpulan) atau bekas peserta kursus 19 April lalu yang ingin refresher course (ulangkaji) pada harga RM170 sahaja (untuk 24 Mei sahaja).


SESI KONSULTANSI PERSENDIRIAN BERSAMA EDDY ROSYADIE
(pengasas Kaedah Potensi Diri Dinamik Astronumerologi:
pada 23hb dan 24hb Mei di Caliph Management, Larkin, JB.

Jika anda menghadapi masalah hidup / kewangan dan mahu cari jalan keluar atau merancang untuk membuka perniagaan atau meluaskan perniagaan dengan lebih untung atau mahu melangsungkan perkahwinan / menyelesaikan masalah perkahwinan atau sekadar mahu tahu potensi diri/keluarga (tidak berkesempatan untuk hadir kursus sebelum ini atau anda telah hadir kursus tetapi mahu lebih mendalam penjelasan), bolehlah tempah sesi untuk bersama saya secara privacy (persendirian) di Caliph Management, Larkin, JB.

Setiap sesi adalah 2 jam; caj bayaran adalah RM150 untuk setiap sesi (tidak kira apa jua dan berapa banyak soalan dalam sesi itu). Bayaran tambahan dikenakan jika ada graf-graf tambahan yang perlu dibuat. Sila bawa maklumat diri termasuk jam lahir atau Sijil SSM syarikat dan sebagainya.

Slot terhad untuk 11 orang sahaja (sila lihat jadual dibawah), sila tempah awal!

Jadual 23 Mei 2009: - HABIS DITEMPAH
1) 9.30 pagi - 11.30 pagi
booked - telah ditempah

2) 11.30 pagi - 1.30 petang
booked - telah ditempah

3) 2.30 petang - 4.30 petang
booked - telah ditempah

4) 4.30 petang - 6.30 petang
5) 8.30 malam - 10.30 malam
6) 10.30 malam - 12.30 malam
booked - telah ditempah

Jadual 24 Mei 2009:

7) 9.30 pagi - 11.30 pagi
Booked - telah ditempah

8) 11.30 pagi - 1.30 petang
Booked - telah ditempah

9) 2.30 petang - 4.30 petang
masih kosong

10) 4.30 petang - 6.30 petang
belum ditempah

11) 6.30 petang - 8.30 malam
belum ditempah

untuk tempahan sesi, sila hantar pertanyaan ke 016 2379856 dan nyatakan tarikh dan jam pertemuan yang diperlukan.


Konvensyen Sains Metafizik di Johor Bahru pada 11 Julai 2009 - Julung kali di adakan di Johor Bahru (biasanya dibuat di Shah Alam sahaja sebelum ini)
Khusus untuk rakyat Johor, Singapura dan Indonesia.
RM50 - nantikan pengumuman.

Dapatkan pengetahuan dan pendedahan tentang penemuan-penemuan terbaru kaedah kami seperti kaedah Graf Prestasi Bulanan, Perlakuan Harian/ Handphone dan sebagainya. Terkini; hanya di konvensyen itu nanti - kaedah Cross Matching dan Check Mate yang sangat berkesan di dalam menentukan kejayaan dan kegagalan anda di dalam satu-satu perkara dalam satu-satu masa!

DIJEMPUT UNTUK BUKA PAMERAN / BOOTH pada hari konvensyen tersebut.
Bayaran RM100 untuk setiap meja - sila SMS tempahan di 016 2379856.

Salam Kejayaan.

Memang benar Tuhan telah menetapkan takdir untuk manusia, tetapi manusia di beri pilihan untuk menjadikan takdir dirinya itu lebih baik. Setiap orang ditakdirkan mati, tetapi manusia diberi pilihan (iaitu dari ikhtiar dan doa) untuk menjadikan mati itu lebih kaya atau manusia juga ada pilihan untuk menjadikan mati itu lebih miskin. Kaedah kami bukan untuk mengubah takdir atau menilik nasib tetapi untuk menjadikan takdir itu lebih berkesan, manis, lebih redha, kita lebih yakin, ikhlas dan tahu merancang dan berikhtiar, tidaklah sentiasa buntu dan menyalahkan makhluk Tuhan yang lain atau menyalahkan Tuhan. Tuhan amat penyayang sering berikan manusia banyak petunjuk untuk jalan keluar musibah atau untuk mempertingkatkan potensi diri. Gunakanlah kaedah kami sebagai satu usaha dan panduan untuk anda lebih redha dan kuat dengan ketentuan hidup anda.



posted by eddy Rosyadie Mohd Samsury @ 5:55 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

About Me


EDDY ROSYADIE MOHD SAMSURY

(Perancang pengurusan Hala
Tuju Hidup)
Penulis Kolumunis `Mingguan Wanita `Penulis buku `CJP`
Email:
qmas304@streamyx.com

http://eddyrosyadi.weebly.com

Previous Post
Archives
ADMIN BLOG EDDY


ARY
Phone :012 902 6972
my facebook

محمد أشعري عبد الرزاق

Reka Lencana Anda
CONSULTANT 

Zaini ahmad 
     019-2676727
Azli Shah            012-3127296
Nor Azlina            019-3869011
Dr Aniza              019-2438151
 

FORUM CHAT

Template by

image link to web design website

Provided by website design company .

 

widgeo.net

Site Meter
Blogger Templates