waktu malaysia
 
galeri gambar
 
tempahan online


TEMPAHAN ONLINE

iklan

 





 

jadual  kursus/Seminar
BULAN KURSUS/SEMINAR
Kursus
 
dipejabat
Meru, Klang

sesi Consultant
No 69, Tgkt 2, Jalan Besar, Pekan Meru
(Atas Bank BSN depan RHB Bank)
iklan tajaan

 

 

 




 

Sunday, October 18, 2009
Perjuangan Kekayaan
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,
.
Pengumuman: Prof Dato' Dr. Ibrahim, Positive Mind Resources.
Saya dengan berbesar hati mengalu-alukan kesudian Prof. Dato' Dr. Ibrahim (pengasas Positive Mind Resources & Aura Seri) untuk bersama-sama kita untuk membimbing kita daripada pengetahuan dan pengalaman beliau (sila lihat majalah Maskulin ms 24). Prof Dato' akan melancarkan program "Millionaire Mindset / Millionaire Mindpower" mulai November 2009 ini. Dengan kesudian beliau untuk bersama di dalam perjuangan potensi dan prestasi diri dan perniagaan ini, dapatlah membantu kita semua untuk lebih berjaya dan kaya.
.
Sasaran / KPI saya ialah mencipta 60 orang jutawan pada tahun 2011 (tahun pelaburan / jutawan) tetapi anda perlu lalui saat-saat genting kewangan 2010 dahulu dan Prof Dato bersetuju untuk menyumbangkan masa dan tenaga beliau untuk saya merealisasikan sasaran saya ini. Jika anda sudi untuk kami bimbing anda menjadi jutawan pada 2011, silalah bersama-sama saya dalam siri-siri latihan akan datang seperti pada 7 Nov, 22 Nov dan sebagainya.
.
Prof Dato' akan bersama kita pada 24 Oktober ini, oleh itu kepada semua peserta kursus, anda mendapat pulangan berbaloi berbekal RM50 sahaja untuk mendapatkan tips2 kekayaan (Prof Dato menyimpan wang RM50 bernombor siri 1399999) daripada ramai pakar kekayaan & kewangan. Energi kekayaan begitu kuat pada 24 Okt ini tetapi tidak dilupakan juga perihal kesihatan/pemulihan dan kasih sayang untuk kita kaya secara holistik.
.
Penceramah untuk 24 Oktober ini adalah seperti berikut;
1. Encik Eddy Rosyadie - Potensi & Prestasi Dinamik
2. Dato' Dr. Roslizam Abd Rahman - Millionaire Mapping - pakar strategi kewangan adalah bekas penasihat kewangan Tun Dr. Mahathir.
3. Prof Dato Dr. Ibrahim - Millionaire Mindpower - pakar mindpower untuk kekayaan.
4. Encik Sabri - Millionaire Money - pengasas WHR sistem wang pos.
.
KURSUS/ SEMINAR:
.
7 NOVEMBER 2009 - KURSUS 3K SIRI 2
tempat: Hotel Carlton Holiday, Shah Alam
masa: 9 pagi - 5 petang.
Yuran: RM150 seorang.
Pendaftaran: Puan Hajar 0132029010
.
Siri ke-2 lanjutan dari siri pertama yang telah diadakan di Bukit Kemuning, Shah Alam pada 15 Ogos lalu. Seminar 3K memberikan pengetahuan perihal kajian tarikh dan jam lahir serta nama anda berkaitan Kewangan (K#1), Kesihatan (K#2) dan Kasih Sayang (K#3). Ini adalah seminar julung kali diadakan yang menggabungkan 3 tajuk dalam satu hari seminar. Ini bertujuan untuk memberikan peserta pelbagai teknik strategi peningkatan yang mana ianya berkait antara satu sama lain iaitu untuk menjadi kaya perlukan juga badan yang sihat dan kasih sayang yang berkesan dan seumpamanya.
.
Kepada peserta seminar 3K siri 1 tempohari, anda amat dialu-alukan untuk hadir sekali lagi untuk menambahkan pengetahuan dan kemahiran anda. Jika anda peserta baru yang berminat, boleh juga hadir sama walaupun anda telah ketinggalan siri 1, siri 2 ini masih anda boleh garapkan teknik-teknik yang ditawarkan.
.
tempat terhad 40 orang sahaja - cepat daftar!
.
15 NOVEMBER 2009 - KURSUS GRAF PRESTASI
Tempat: 69B, Atas Bank BSN, Meru, Klang, Selangor.
Masa: 9.30 pagi - 4.30 petang
Yuran: RM110 seorang (offer - biasa RM300)
Pendaftaran: SMS taip GP (nama) dan hantarkan ke 016 2379856.
(bayaran yuran boleh dibuat di sana nanti).
.
Kuliah kedua selepas kuliah julung kali diadakan pada 17 Oktober lalu (sila lihat dibawah). Perihal menggunakan tarikh lahir untuk melakarkan graf prestasi tahunan, bulanan, harian dan jam - satu teknik yang julung kali pertama di dunia hasil ciptaan dan kajian Encik Eddy Rosyadie sendiri - belum ada di mana-mana di dunia kecuali di sini. Kali ini anda mampu melakarkan graf prestasi anda secara manual tanpa menggunakan perisian komputer untuk mengetahui apa yang anda bakal hadapi untuk sesuatu tahun, bulan, hari dan jam yang akan datang. Ini membantu anda membuat strategi untuk persediaan dan sebagainya.
.
Tempat terhad 15 orang - masih ada kekosongan 6 orang lagi.
___________________________________________________________________
.
"Destiny is not a matter of chance, it is a matter of choice. It is not a thing to be waited for, it is a thing to be achieved" - William Jennings Bryan.
.
"Whatever you mind can conceive and believe, your mind can achieve" - Dr. Napoleon Hill.
.
"Appreciate your potentials and make full use of your potentials before it is too late. You can become successful when you leans to and moves forward to success" - Eddy Rosyadie
.
Jadual Kursus/ Seminar:
.
24 Okt 2009 - Seminar 3P (Pelaburan, Pemulihan & Pengasihan) di Dewan Serbaguna Bangunan MPJBT Skudai. RM50. Jam 930 pagi - 5 petang.
Daftar: Lin 019 7556102.
.
Seminar yang julung kali yang menggabungkan elemen kekayaan, kewangan, kasih sayang dan pemulihan jiwa dalam sehari! Padat penuh nasihat pakar-pakar, pengalaman dan pengetahuan, berilmiah, berbaloi pada harga RM50 sahaja. Untuk anda mulakan kehidupan dan perniagaan yang lebih bahagia, tenang dan meningkat.
.
Dapatkan pengetahuan tentang pengiraan tarikh lahir untuk untung pelaburan, mengenalpasti pemulihan sesuai dan pengasihan (kasih sayang) yang lebih berkesan. Temui tetamu jemputan; pakar kewangan VIP, pasukan program EPP (easy payment plan credit card) dan pengarah WHR (sistem wang pos) serta dapat membina rangkaian luas dengan peserta-peserta kursus. Temui LynJb dan ramai lagi pejuang/ peminat kaedah Potensi & Prestasi Dinamik ini.
.
Dapatkan e-book Siri Jutawan oleh Bryan Tracy, T Harv Ekar dan David Bach.
.
Jualan buku "Cinta, Jodoh & Perkahwinan" serta tempahan buku "The Ultimate Secret to Become A Billionaire in Year 2011" tulisan saya.
.
Juga dapatkan graf hayat - sila bawa maklumat jam lahir anda/ ahli keluarga/ pasangan/ rakan kongsi dll.
.
30 Okt 2009 - Kursus Pola 336 Potensi Pelaburan di Meru, Klang. RM110. Jam 9.30 pagi - 5 petang.
Daftar: SMS taip PP (nama) hantarkan ke 016 2379856.
Pelajarilah teknik pola 336 untuk mengira potensi untung pelaburan atau perniagaan secara komprehensif (arah, masa dan pendekatan).
.
22 Nov 2009 - Seminar Angka 6 Angka Kekayaan di Hotel Carlton Holiday, Shah Alam. RM100. Jam 9.30pagi - 5 petang.
Daftar: SMS taip KAYA (nama) hantar ke 016 2379856.
Pelajarilah teknik menguasai pola 6 yang ada pada anda seperti 966, 456, 426, 786, 336, 666 dan seumpamanya untuk anda menjadi lebih kaya. Jika anda tiada pola sedemikian, anda akan dibimbing untuk mengetahui cara mendapatkan pola itu untuk berada pada diri anda.
.
6 Disember 2009 - Seminar 2K Kaya dan Kewangan di Kuantan, Pahang. RM30. Jam 9.30 pagi - 5 petang.
Daftar: SMS taip KK (nama) hantar ke 016 2379856.
Pelajarilah teknik untuk tambah dan kawal kekayaan dan kewangan anda dengan memeriksa status dan tahap kewangan anda dari tarikh lahir anda.
.
23 Jan 2010 - Seminar Pengurusan Diri Graf Hayat di Skudai. PERCUMA.
9.30 pagi - 5 petang.
Daftar: SMS taip JB (nama) hantar ke 016 2379856
Pelajarilah cara untuk menguruskan potensi anda sepanjang hayat menggunakan teknik graf hayat serta cara menghadapi pelbagai cabaran di sepanjang laluan hidup seperti Vaccum Star, Widowed Star, Ministerial Star, dll. Juga, pembentangan teknik-teknik terbaru seperti Teknik Graf Prestasi Harian dan Jam.
.
"Kita tahu bagaimana rasanya menjadi kaya tetapi kita sudah lupa bagaimana caranya untuk menjadi kaya. Setiap orang ada potensi kaya tetapi tidak ramai tahu potensi kaya mereka itu hanya berada depan mata mereka sahaja." - eddy rosyadie
"We know how it feels to become rich but we forgot the ways to become rich. Everybody has the potential to become rich but not many people know that the potential is just in front of them" - eddy rosyadie
.
Kursus Ala Tuisyen: Graf Prestasi pada 17 OKTOBER 2009 di Meru, Klang.
Kaedah ciptaan saya sendiri belum ada di mana-mana di dunia. Pertama di Malaysia dan di dunia, hanya di sini!
Seramai 6 orang telah hadir untuk kursus ini di pejabat saya di Meru, Klang. Mereka ini adalah batch pertama yang mempelajari kaedah Graf Prestasi yang lengkap (Tahunan, Bulanan, Harian dan Jam). Yuran RM110 cukup berbaloi walaupun seorang pelajar belum ada asas pun lagi. Kelas kecil ini memudahkan interaksi yang lebih berkesan (jika anda perlukan kursus sebegini, sila email ke qmas304@streamyx.com, beritahu tajuk dan tarikh dan datanglah bersama 3-4 orang rakan pada harga tawaran RM110 seorang - sehingga Mac 2010 depan).
.
Menariknya, semua pelajar mengira apa yang berlaku pada 17 Okt dan semua pelajar ada pola 426 (dunia pendidikan), tentunya datang belajar. Kemudian, kita mengira apa yang berlaku pada 1 petang 17 Okt (tentunya makan) untuk pastikan betul ke ada pola makan 944. Sekali lagi, dengan tepat, semua pelajar ada pola 944 iaitu pola dunia makanan, termasuk diri saya juga ada pola 944. Kecuali seorang pelajar yang tiada pola 944 - gabra juga saya sampai kira pentiga tapi tak dapat juga 944! Rupanya dia bercadang nak puasa hari tu, jadi tiadalah pola 944 - tapi makanlah juga sebab saya belanja (sebab saya pola 67)!. Menariknya lagi, saya dan dua orang pelajar ada pola 11566 pola besi iaitu dunia polis/penguatkuasa. Kemungkinan besar kami akan makan sebelah meja orang penguatkuasa. Memang masa kami makan sebelah meja kami ada satu kumpulan macam pegawai penguatkuasa berpakaian biasa (dan dua orang pelajar sebenarnya penguatkuasa).
.
Jadi, teknik Graf Prestasi ini sangatlah berguna untuk anda buat perancangan dan strategi. Tentunya teknik Graf Prestasi Bulanan cukup tepat menjelaskan kenapa beberapa peserta kursus menghadapi masalah dalam bulan tertentu yang lalu. Dengan mengetahui kaedah ini, anda boleh hadapi hidup dengan lebih yakin, tenang dan membuat keputusan yang lebih ilmiah.
.
Tambah menarik apabila seorang peserta menyatakan pola harian beliau pada 16 Okt ada pola 456, 777, 11566, 696 dan 944. Iaitu beliau pergi bank - pola 456 (dan apabila dikira jam 10 dan 11 pagi memang ada pola 456 iaitu dia telah berada dua jam dalam bank). Kemudian pergi makan (944) di sebelah mejanya ada polis (11566) dan kemudian solat jemaah (pola 777 ramai orang) Jumaat. Selepas itu beliau singgah kedai membeli (pola 696 dunia perniagaan) sebuah kepala paip besi (pola 11566 iaitu besi dan 777 - iaitu air). Pola 7 dikatakan kehilangan, dan beliau tertukar selipar di masjid! Cukup jelas jalan ceritanya ! Apakah kebetulan atau sudahpun suratan?
.
Kaedah ini ada kaitan dengan Kaedah Perlakuan Harian (Encik Yuswan), walaupun ia berbeza dari segi cara pengiraan dan pendekatan (kaedah perlakuan harian melibatkan emosi), tetapi ada persamaan dari falsafahnya. Anda akan menjadi lebih mahir jika dapat menguasai kedua-dua kaedah saya dan Encik Yuswan.
.
Kaedah ini bukan untuk menilik nasib tetapi untuk anda sedar apa yang bakal anda hadapi pada satu masa ke hadapan, dan berikhtiar buat perubahan sedaya mampu. Tidak semestinya anda berserah sahaja kepada takdir kerana Tuhan Maha Kaya berikan anda peluang untuk membuat perubahan untuk peningkatan/ pembetulan/ pencegahan, itupun jika anda mendalami ilmu-Nya. Jika takdir telah memang menguasai anda, sekurangnya anda sudah tahu apa yang anda bakal hadapi dan redha serta tenang.
.
Modul ini akan ditawarkan nanti kepada umum pada harga RM300 mulai Januari depan. Setakat ini masih di pejabat saya di Meru pada harga RM110 sahaja.
.
Ramai individu telah berjaya mencapai impian mereka untuk berjaya setelah mempelajari kaedah ini. Modal mereka tidak sampai RM1000 tetapi bakal mendapat pulangan yang lumayan kerana mereka faham potensi dan prestasi mereka. Adakah anda sudi untuk mendapatkan bimbingan saya untuk menjadi jutawan? Beberapa individu telah menjadi jutawan dan ada yang popular di media cetak hasil dari ilmu dan bimbingan saya. Impian dan tugasan saya di dunia ini adalah untuk membantu masyarakat menjadi kaya, sihat dan berilmu serta berkasih sayang - itulah amanah saya sebagai Main Structure Sun, pola 123459, pola 494, Virgo - penasihat dan pembantu. Moyang saya dikatakan adalah seorang Raden yang pernah menjadi penasihat kepada raja di sebuah istana (Kraton) di Surabaya, kini saya pula diamanahkan untuk menjadi penasihat kepada anda semua. Mari dapatkan pengetahuan untuk kebaikan anda, negara dan sejagat jua.
.
Gambar peserta kursus Graf Prestasi di pejabat saya Meru Klang pada 17 Nov lalu.


Kepada individu yang berminat untuk hadir kursus ala tuisyen di pejabat saya di Meru, Klang pada harga RM110, sila email qmas304@streamyx.com atau SMS 016 2379856 dan nyatakan tajuk yang anda perlukan. Sama ada anda seorang atau berkumpulan, saya akan cuba susun jadual untuk anda nanti. Antara tajuk-tajuk yang ditawarkan;

1. Potensi Asas - Statik / Dinamik

2. Graf Prestasi (Tahunan, Bulanan, Harian dan Jam)

3. Pola 696 Potensi Usahawan.

4. Pola 279 Potensi Juara Jualan.

5. Modul Cinta Kasih Sayang, Jodoh dan Perkahwinan.

6. Kaedah Graf Hayat

7. Modul Pemulihan dan Kesihatan.

8. Modul Kerjaya Atau Bisnes Pilihan.

9. Potensi Kewangan Pola Kekayaan.

10. Pola 336 Potensi Untung Pelaburan, Menang Peraduan dan Mula Jadi Jutawan.

Pejabat saya berhampiran Klang Sentral, Meru, Klang - sangat mudah dari NKVE atau jika anda naik bas ekspress dari tempat anda ke pejabat saya.

Jumpa anda nanti! Semoga berjaya sentiasa.

Eddy Rosyadie

Rakan Konsultan Strategi Hidup dan Perniagaan Anda.

posted by eddy Rosyadie Mohd Samsury @ 4:11 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

About Me


EDDY ROSYADIE MOHD SAMSURY

(Perancang pengurusan Hala
Tuju Hidup)
Penulis Kolumunis `Mingguan Wanita `Penulis buku `CJP`
Email:
qmas304@streamyx.com

http://eddyrosyadi.weebly.com

Previous Post
Archives
ADMIN BLOG EDDY


ARY
Phone :012 902 6972
my facebook

محمد أشعري عبد الرزاق

Reka Lencana Anda
CONSULTANT 

Zaini ahmad 
     019-2676727
Azli Shah            012-3127296
Nor Azlina            019-3869011
Dr Aniza              019-2438151
 

FORUM CHAT

Template by

image link to web design website

Provided by website design company .

 

widgeo.net

Site Meter
Blogger Templates