waktu malaysia
 
galeri gambar
 
tempahan online


TEMPAHAN ONLINE

iklan

 





 

jadual  kursus/Seminar
BULAN KURSUS/SEMINAR
Kursus
 
dipejabat
Meru, Klang

sesi Consultant
No 69, Tgkt 2, Jalan Besar, Pekan Meru
(Atas Bank BSN depan RHB Bank)
iklan tajaan

 

 

 




 

Tuesday, November 10, 2009
Melangkah Strategi Jutawan
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera, salam perjuangan dan salam kecemerlangan.
.
Update 12 November: Panel Sifu Terbaru
Pada hari ini sukacita dimaklumkan kesudian seorang sifu numerologi untuk bersama-sama kita dalam perjuangan ke arah peningkatan diri serta kekayaan. Kaedah beliau adalah yang pertama di dunia dan banyak memberi kesan kepada ramai individu, namun sehingga kini beliau sekadar membimbing client secara tertutup. Kali ini beliau berkata sudah tiba masanya kaedah beliau dilancarkan ke serata dunia bermula di sini. Kaedah beliau adalah kaedah saintifik menggunakan quantum fizik dan sebagainya.
.
Beliau telah memilih saya untuk bersama perjuangan ini kerana beliau mendapati perjuangan yang saya bawa adalah ikhlas. Beliau pernah menawarkan kaedah beliau kepada banyak organisasi numerologi besar di Malaysia namun beliau tidak menyukai mereka kerana beliau mendapati majoriti pakar numerologi/ metafizik di negara ini sama ada Cina/ Melayu/ India menggunakan ilmu sampingan seperti ilmu hitam (anda patut berhati-hati!) serta kesahihan perjuangan mereka diragui. Beliau yakin dengan perjuangan kami di sini, walaupun kami adalah sebuah organisasi yang sangat kecil berbanding syarikat numerologi lain - ini menunjukkan dengan jelas bahawa perjuangan yang saya bawa adalah satu perjuangan yang jelas ikhlas. Kami tidak menggunakan sebarang ilmu termasuk ilmu hitam, khadam, jin dan sebagainya di dalam kaedah ini berbanding pakar lain yang nampak gah kerana mereka ada "khadamnya". Dalam kaedah kami tiada perasaan dendam, hasad dan sebagainya, semuanya adalah energi "putih".
.
Temui beliau pada 22 Nov ini dan beliau akan berikan satu preview pada jam 2 petang menceritakan tentang satu kaedah untuk menaikkan tenaga (energy enhancing) terutama kepada individu yang sering mengadu kurang tenaga, kurang tuah / luck atau mereka yang mahu tingkatkan tenaga atau tuah atau untung mereka dalam perniagaan atau hidup. Akhirnya kita menemui sebuah ubat penyelesaian kepada masalah energi lemah seperti graf gaung. Pihak saya dan beliau akan mengadakan kursus pada masa akan datang bermula di KL nanti. Jumpa nanti pada 22 Nov di Shah Alam!.

Tidak dilupakan kehadiran Prof Dato Dr Ibrahim, juga jemputan penceramah Dato Syed Ahmad serta kehadiran Dato Roslizam sebagai peserta kursus. Bayangkan pada 22 Nov nanti anda berjumpa dengan individu-individu hebat (5 pakar) dalam satu masa! Anda boleh berkenalan atau dapatkan pengalaman. Inilah masanya untuk anda ambil tips / aura kehebatan mereka untuk anda jadi lebih kaya, lebih berjaya dan lebih selesa dalam hidup anda!


.
Kursus Potensi Asas Modul 1 (Statik) pada 14 November 2009 di Tawau, Sabah (RM250). Jam 9 pagi - 5 petang. Daftar: Cik Harmawati: 0138819672.
.
Pelajarilah asas-asas pengiraan dalam kaedah Potensi dan Prestasi Dinamik seperti petak statik, statik pendua, kiraan arah, kenali karekter dari nama, no telefon dan no plet kenderaan (kaedah ini adalah ciptaan dan kajian saya, oleh itu anda dapat eksklusif dari saya - kaedah ini berbeza dengan kaedah kenali orang dari nombor telefon yang banyak di pasaran tapi tidak tepat kerana sekadar tahu root number sahaja, padahal kaedah saya boleh kenali lebih jauh pola-polanya).
.
Seminar Angka 6 Angka Kekayaan pada 22 November 2009 di Hotel Carlton Holiday, sebelah Tesco / Kolam Renang Shah Alam, Seksyen 13 berhampiran Stadium Shah Alam (RM100). 9 pagi - 5 petang. Daftar di sana jam 8.30 pagi. Untuk hadir SMS taip KAYA (nama) dan hantarkan ke 016 2379856.
.
Kenali teknik dari tarikh lahir anda bagaimana wang anda masuk, keluar dan terkumpul serta bagaimana duit boleh "bocor" serta teknik-teknik untuk tingkatkan frekuensi "untung" dari pengiraan angka seperti gabungan berduit dll. Bersedialah untuk jangkaan tahun 2010 tahun masalah kewangan dan juga untuk bersedia ambil peluang jadi jutawan pada tahun 2011. Dapatkan tips-tips mindpower jutawan dari Prof. Dato Dr. Ibrahim.
.
Kursus Ala Tuisyen di Meru, Klang pada 3 Disember 2009. Tajuk: Modul Juara Jualan Untuk Meningkatkan Keupayaan Membuat Jualan (Sales) Berkesan. menggunakan tarikh lahir anda dan prospek serta nama, nombor handphone dan plet kereta prospek dan kenali prospek yang mudah close sale dan yang sukar untuk close sale. Yuran RM110. Daftar SMS taip JJ (nama) dan hantarkan ke 016 2379856.
.
Seminar 2K Kewangan & Kekayaan pada 6 Disember 2009 di Hotel Seri Malaysia, Kuantan, Pahang (RM30). 9 pagi - 5 petang. Penampilan Prof Dato Dr Ibrahim (Positive Resources Millionaire Mindpower). Kenali teknik dalam kekayaan dan kewangan yang lebih berkesan berdasarkan tarikh dan jam lahir anda. Daftar SMS taip KK (nama) dan hantarkan ke 016 2379856.
.
Kursus Potensi Usahawan Pola 696 Asas pada 12 Disember 2009 dan Potensi Kekayaan Pola 666 pada 13 Disember 2009 di Dewan Serbaguna, MPJBT, Skudai, Johor Bahru.
.
Dapat percuma: buku pola 336 Edisi 2 (bernilai RM50) dan sebotol Aura Seri (bernilai RM68) JIKA DAFTAR SEBELUM 1 DISEMBER 2009 untuk kedua-dua hari 12hb dan 13hb.


(Individu yang telah tempah buku pola 336 pada 24 Okt lalu mendapat buku Edisi 3)


.
Yuran RM199 sehari jika datang individu sama ada untuk 12hb atau 13hb.


Yuran RM179 x 2 hari jika daftar untuk kedua-dua hari 12hb dan 13hb.


Yuran RM169 seorang jika datang bersama 3 orang (sama ada untuk 12hb atau 13hb atau kedua-duanya sekali).
.
Daftar: Lyn 019 7556102.
.
Hari Pertama (12hb) - Ketahuilah bisnes yang sesuai untuk anda dan kenali perkara-perkara yang perlu dibuat untuk bisnes anda untung selalu (kitaran tahun, pemilihan pekerja, dll) dari tarikh, jam lahir dan nama.


Hari Kedua (13hb) - ketahuilah teknik meningkatkan kekayaan dengan kenali potensi kekayaan anda dari tarikh dan jam lahir serta nama. Serta dapatkan tips-tips kekuatan minda (mindpower) dari Prof Dato' Dr. Ibrahim.
.
Kursus seterusnya;


23 Januari 2010 di Skudai (Percuma) - Teknik Pengurusan Diri dari Graf Hayat.


31 Januari 2010 di Muar Johor (RM250) - Kursus Asas Potensi (Modul 1).


.
Kursus berterusan (di pejabat saya no 69, atas BSN Meru, Klang): RM110 untuk semua tajuk dan hadir sekurangnya 3 orang - tawaran hingga Mac 2010.
.
PENEMUAN TERBARU!!
1. Lanjutan daripada pertanyaan seseorang tentang mengira prestasi MINGGUAN untuk tahu apa yang terkandung dalam sesuatu minggu, kaedah pengiraan prestasi untuk MINGGUAN telah dijumpai saya dan kini dalam proses kajian. Cara kiraan, campurkan tarikh lahir anda yang asal dengan bulan dan tahun. Contohnya, jika anda lahir 13 Mei 1970 maka dibariskan dalam kedudukan petak dan bulan November 2009 dibariskan selari dengan Mei 1970. Kemudian dicampurkan seperti kaedah gabungan. Selepas mendapat pola lapisan pertama, lakukan pengiraan bentuk L terbalik sepertimana Graf Prestasi untuk dapatkan 4 pola iaitu mewakili 4 pola mingguan. Selamat mencuba!
.
Penemuan terbaru akan diumumkan semasa pembentangan di Konvensyen 2010 nanti di Shah Alam & JB. Kaedah Graf Prestasi Mingguan akan dimasukkan dalam kursus Graf Prestasi yang akan datang.
.
2. Ada individu bertanya apa yang membezakan Graf Prestasi seseorang dengan orang yang lain yang sama tarikh lahir. Secara umumnya, ianya sama (dipanggil Astro-twin iaitu "kembar" secara pola). Namun, untuk membuat Graf Prestasi lebih unik untuk seorang itu, perlu dicampur dengan pola nama kerana nama berbeza. Ini adalah penemuan terbaru tetapi masih dalam kajian.


.
Kursus Ala Tuisyen Graf Prestasi Harian pada 8 November 2009 lalu.





















Kursus seramai 5 orang dijalankan dengan lancar berbanding 15 orang yang daftar (tapi saya tidak kisah sebab tempat sendiri tak perlu bayar lebih kepada hotel jika orang kurang). Sekali lagi kita test sama ada pukul 1 petang 8 Nov adakah peserta kursus pergi makan bersama saya. Kali ini pengiraan dibuat SELEPAS makan untuk tahu keberkesanannya. Daripada 5 orang, hanya 3 orang yang turun makan (saya juga sebab saya ada pola 944) manakala 2 orang lain tak ikut kami makan. Selepas makan kami mengira dan memang pun yang 3 orang termasuk saya ada pola 944 manakala yang tak ikut kami pergi makan tiada pola 944! Menariknya 3 orang peserta yang turun makan bersama saya ada pola 76 iaitu "orang belanja" - memang pun saya yang belanja mereka makan!.
.
Dalam kelas itu ada peserta menyatakan kemungkinan kaedah ini boleh digunakan dalam CSI (siasatan jenayah). Saya rasa boleh, contohnya jika seorang suspek ditahan kerana dituduh melakukan jenayah di sebuah restoran tapi suspek tidak mengaku melakukannya dan menyatakan beliau berada di rumah bersama isteri ketika hari dan jam kejadian. Kita kiralah Graf Prestasi beliau dan katakan pada waktu kejadian beliau tiada pola 944, maka beliau bukan berada di restoran. Jika ada pola 729 iaitu bersama wanita, mungkin itu menjelaskan beliau berada di rumah bersama isteri.
.
Peserta 5 orang itu juga mendapat tahu rahsia awal bagaimana untuk kenali orang dari nama. Setakat ini belum ada orang lain tahu (nak tahu nanti pada 3 Disember untuk kursus Juara Jualan akan didedahkan untuk memudahkan anda kenali karekter prospek anda). Ini adalah kaedah unik yang tiada di mana-mana di dunia. Menariknya, pola nombor dari nama seorang peserta sama dengan pola nombor tarikh lahirnya! Juga, seorang peserta kursus ada anak kembar lelaki dan perempuan, memang jelas nama anak-anak itu berbeza tetapi dari kaedah pola nama, kedua-duanya mempunyai pola yang sama walaupun nama berbeza - memanglah kembar katakan bukan sekadar pola tarikh lahir sama.
.
Yang peliknya, semua peserta kursus pada hari tersebut memiliki pola 573 iaitu bergaul dengan orang kenamaan, tapi mana ada orang kenamaan di dalam kelas itu (atau mungkin merujuk kepada saya kot!).
.
Mungkin kita boleh buat siri TV siasatan polis semacam "Numbers", kali ini bertajuk "Nombor" pula! Pelakon utama yang buat kira-kira tu biarlah saya ye! Sape nak jadi hero lelaki dan hero wanita dan siapa pula nak pegang watak penjahat?
.
Terbaru: Maklumbalas dari seorang peserta lelaki Kursus Graf Prestasi yang minat memancing - beliau mendapat jumlah ikan yang banyak menggunakan kaedah Graf Prestasi! Hmm, memang banyak kegunaan Graf Prestasi ni! tangkap ikan pun boleh - untuk keuntungan! Dah tahu HARI dan JAM apa yang boleh dapat ikan banyak, itu lebih menarik! tak susah-susah terduduk tunggu ikan tapi terus datang pada hari dan jam sesuai dan ikan datang bergolek menyerah diri kepada anda!
.
Tahun ini genap 10 tahun (1999 - 2009) rumah saya di Desa Kerayong Indah, Kuala Selangor di bawah anjuran Kerajaan Negeri Selangor (Barisan Nasional) masih terbengkalai dan saya masih ada hutang RM200 ribu kepada bank. Tiada pihak dari Barisan Nasional sudi tampil membantu untuk menyelesaikan masalah ini (sudah bertukar 2 Menteri Besar BN dan 3 Perdana Menteri BN). Kes ini sekarang di mahkamah tetapi hingga kini pihak kontraktor masih terlepas dengan hukuman yang jelas kesalahan mereka. Kami bayar bulan-bulan untuk sesuatu yang tiada! Bank dah mula nak menyaman kami sejak akhir-akhir ini dan kami tiada duit sebanyak itu untuk dijelaskan dalam masa yang singkat, hidup kami tertekan, memohon pinjaman ditolak kerana nama dah buruk di CCRIS. INILAH BAHANA MEMBELI RUMAH SEMASA VACUUM STAR! (tapi masa tu saya belum belajar lagi kaedah ini)

.
Oleh kerana perihal terdesak ini tiada satu cara cepat untuk dapatkan wang sejumlah itu (melainkan ada pihak sudi bagi kami RM200 ribu), saya terpaksa anjurkan beberapa siri kursus kontroversi yang akan diumumkan nanti yang mana diharapkan dapat memberikan saya lebihan pendapatan (selama ini kursus ini tersimpan).
.
Salam Perjuangan!
Eddy Rosyadie
Rakan Konsultan Bisnes dan Kehidupan Anda.


posted by eddy Rosyadie Mohd Samsury @ 12:10 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

About Me


EDDY ROSYADIE MOHD SAMSURY

(Perancang pengurusan Hala
Tuju Hidup)
Penulis Kolumunis `Mingguan Wanita `Penulis buku `CJP`
Email:
qmas304@streamyx.com

http://eddyrosyadi.weebly.com

Previous Post
Archives
ADMIN BLOG EDDY


ARY
Phone :012 902 6972
my facebook

محمد أشعري عبد الرزاق

Reka Lencana Anda
CONSULTANT 

Zaini ahmad 
     019-2676727
Azli Shah            012-3127296
Nor Azlina            019-3869011
Dr Aniza              019-2438151
 

FORUM CHAT

Template by

image link to web design website

Provided by website design company .

 

widgeo.net

Site Meter
Blogger Templates