waktu malaysia
 
galeri gambar
 
tempahan online


TEMPAHAN ONLINE

iklan

 





 

jadual  kursus/Seminar
BULAN KURSUS/SEMINAR
Kursus
 
dipejabat
Meru, Klang

sesi Consultant
No 69, Tgkt 2, Jalan Besar, Pekan Meru
(Atas Bank BSN depan RHB Bank)
iklan tajaan

 

 

 




 

Monday, October 26, 2009
Perjalanan Ke Puncak Jutawan
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera, Salam Jutawan & Salam Kecemerlangan.
.
Kemaskini 29 Oktober:
Kursus Pola 336 Potensi Untung Pelaburan, Menang Peraduan dan Mula Jadi Jutawan;
30 Oktober di Meru, Klang. RM110
31 Oktober di Skudai, Johor (daftar: Lyn 019 7556102). Kemungkinan di Dewan Serbaguna MPJBT. 9 pagi - 5 petang. RM199 individu tetapi RM169 seorang jika datang kumpulan 3 orang (biasa RM250).
.
Temui saya dan Prof Dato' Dr. Ibrahim di Hotel Goodhope pada 1 November ini!.
.
Kemaskini 28 Oktober: Sila lawati http://www.millionairemindpower.blogspot.com/ untuk ketahui aktiviti program "Millionaire Mindpower" yang dianjurkan oleh Prof. Dato' Dr. Ibrahim.
.
Kursus Mindpower Asas "Laluan Jutawan" Oleh Prof. Dato' Dr. Ibrahim pada 1 November 2009 di Goodhope Hotel, Skudai, Johor. 9 pagi - 5 petang. Setiap peserta yang bawa 5 orang layak mendapat rebet yuran kursus. Pendaftaran: hubungi Master Syah 019 218 1886.
.
Saya baru pulang dari pejabat EPP di Subang Jaya untuk membantu seorang client yang ada hutang kad kredit RM167,000 (dari 6 kad kredit). Dahlah ada Vacuum Star dan tahun depan tiada angka 6 - memang perlu dibantu! Sebagai ejen EPP, jika transaksi berjaya pada minggu depan, komisen saya dianggarkan RM8,000. Ejen kerja mudah - jumpa dan cerita dengan client, bawa dia ke pejabat dan seterusnya pejabat akan uruskan hingga tamat. Juga, dapatlah membantu individu hadapi tahun 2010 yang dijangka tahun masalah kewangan.
.
Sebelum itu saya singgah di Wisma Radio RTM, Angkasapuri, KL berbincang untuk rakaman radio untuk slot motivasi selama 30 siri. Insyallah, bulan Disember akan muncul di radio.
.
Kemaskini 27 Okt: saya baru sahaja dihubungi oleh Encik Nor Edie Katiman (012-7990800) yang berkongsi pengalaman beliau di dalam usaha peningkatan perniagaan beliau. Beliau memilih bisnes tuala wanita kerana nasihat saya mengatakan tahun 2009 ini ada elemen kayu (produk herba) dan air (darah & wanita) dan kebetulan tahun depan 2010 tahun kesihatan, maka inilah peluang yang diambil.
.
Beliau juga menghadiri seminar Pola 336 Potensi Pelaburan pada 22 Ogos lalu dan seterusnya membuat pelaburan emas dengan Public Bank, itu juga menghasilkan keuntungan yang tinggi.
.
Majalah yang anda perlu baca:
Untuk melengkapkan diri anda untuk menjadi jutawan atau untuk tingkatkan kecekapan anda dalam kekayaan/ kewangan, berikut adalah beberapa majalah yang boleh anda baca sentiasa sepertimana saya membacanya setiap bulan;
1. Majalah Mingguan Wanita - itu sudah semestinya! mukasurat 54 dulu :)
2. MillionaireAsia (http://www.millionaireasia.com/)
3. Malaysian Business
4. Personal Money
5. Smart Investor
6. Islamic Finance Asia (http://www.islamicfinanceasia/)
7. Forbes Asia
8. Management (http://www.mim.org.my/)
.
Juga majalah-majalah tempatan berkaitan usahawan seperti Jutawan, Usahawan Sukses, Potensi dan sebagainya. Jika ada duit lebih sedikit, dapatkan majalah seperti Business Week, The Edge, Shares Investment dan sebagainya. Yang penting - BANYAKKAN MEMBACA terutamanya isu-isu terkini secara "pukal" dalam satu masa. Anda perlu ada pengetahuan dan juga perlu tahu situasi kewangan semasa kerana ianya sentiasa berubah-ubah. Juga, dapatkan pelbagai buku-buku yang berkaitan dengan kewangan, pelaburan dan sebagainya seperti buku "Secrets of Intelligent Investing" - Ken Lo & Yu Foong Sin terbitan Advantage Quest (http://www.advanquest.com/).
.
Kaedah numerologi pendekatan saya lebih kepada strategi bisnes dan pelaburan, dan sememangnya juga terdapat tentang profil personaliti, karekter, kesihatan, perkahwinan dan sebagainya. Seminar Pola 336 dan Pola 696 adalah antara modul yang berkesan untuk kewangan, pelaburan, kekayaan dan jutawan!
.
Terbaru: saya telah mendapat satu tawaran oleh seorang sifu Chinese yang sudi untuk berkongsi ilmu numerologi beliau yang pertama di dunia - sebentuk pengiraan segitiga atas bawah menyerupai buah nenas. Memang mengagumkan tafsirannya, termasuk teknik pembetulan arah supaya anda boleh ubah hidup menjadi untung selalu! Saya akan bawa beliau bersama nanti di seminar-seminar berkaitan kekayaan (seperti seminar 22 Nov di Shah Alam) serta seminar-seminar lain di Johor (beliau berminat untuk mula di Johor - baguslah untuk orang Johor dan juga untuk komuniti China di Johor dan Singapura).
.
_____________________________________________________________________

TESTIMONI KEJAYAAN PESERTA KURSUS: Encik Nor Edie (Batu Pahat, Johor)


Sekali lagi, kaedah Potensi & Prestasi Dinamik telah dapat membantu peserta kursus untuk berjaya di dalam misi perjuangan mereka. Kali ini, kisah ini dipaparkan di majalah Mingguan Wanita (siri 1353: 23-29 Oktober 2009) mukasurat 100 iaitu Encik Nor Edie Katiman dari Batu Pahat, Johor telah mencapai jualan terkumpul RM500 ribu. Modal belajar dengan saya? cuma RM500 setelah menyertai dua kursus iaitu Modul Potensi Usahawan di Skudai sekitar Disember 2008 dan Modul Juara Jualan sekitar April 2009 dan telah dapat membantu untuk pulangan RM500 ribu. Beliau juga ada menghadiri Kursus Pola Pelaburan 336 pada 22 Ogos 2009 yang lalu.

Ini membuktikan bahawa kaedah ini dapat membantu individu/ organisasi untuk pertingkatkan prestasi mereka setelah kenal potensi yang sebenar dan kemudian tahu menguasai prestasi dengan lebih baik. Tidak silap saya, ketika beliau hadir di Kursus Potensi Usahawan dulu, beliau telahpun menjalankan perniagaan tetapi kurang berhasil. Setelah mengetahui potensi yang lebih baik dan setelah membuka perniagaan semula pada 25 Febuari 2009 lalu atas cadangan saya, kini usaha beliau bertambah baik dan berkesan. Di tambah dengan pengetahuan dari modul Juara Jualan, ianya dapat membantu beliau dan organisasi beliau untuk mencapai sasaran jualan dengan lebih baik dengan teknik jualan yang berkesan dari perspektif sains metafizik.

Oleh itu, adalah amat rugi jika anda/ organisasi anda tidak mahu mengambil inisiatif sebegini untuk meningkatkan prestasi usahawan/ jualan anda. Tahun 2010 dijangka terdapat banyak cabaran kewangan dan berita mutakhir 30 francaisi bumiputera dijangka gulung tikar, menjadikan suasana perniagaan mencabar pada masa akan datang. Maka, dapatkanlah modul-modul sebegini terus daripada saya. Beberapa organisasi yang pernah menolak modul-modul sebegini harus berubah dengan melihat sendiri bagaimana kini seorang usahawan makin bertambah maju dengan tambahan ilmu pengetahuan secara sains metafizik. Anda bila lagi?

Gambar bersama Prof. Dato' Dr. Ibrahim Ahmad, Positive Mind Resources, pakar Mindpower tersohor negara di Seminar 3P di Skudai pada 24 Oktober 2009.




Isteri saya kata muka kami ada iras, begitu juga muka saya dengan Dato' Hj Fadzilah Hj Kamsah (datuk saudara saya) Hmm, agaknya motivator muka sama kot :)





Seminar 3P (Pelaburan, Pemulihan & Pengasihan Kasih Sayang) yang berlangsung di Dewan Serbaguna MPJBT Skudai, Johor Bahru pada 24 Oktober 2009 dijalankan dengan baik. Pada mulanya ada ura-ura 150 orang dijangka hadir, tetapi cuma 70 orang sahaja, itupun sudah cukup membuatkan pihak saya dan urusetia kelam kabut dengan pelbagai persiapan.

Sebelah pagi, sesi Pola Pelaburan dibuat untuk memberikan pendedahan lebih mendalam tentang kegunaan pola 336 pola pelaburan.

Tawaran: Kursus Pola 336 Potensi Pelaburan, Untung Peraduan dan Mula Jadi Jutawan pada Sabtu 31 Oktober 2009 di Dewan Serbaguna MPJBT, Skudai, Johor Bahru jam 9 pagi - 5 petang. Harga RM199 jika mendaftar seorang (biasa RM250) atau RM169 setiap seorang jika daftar secara kumpulan 3 orang.

Daftar: Lyn 019 7556102 sebelum Khamis 29 Oktober 2009 ini untuk tempahan.

Kursus pada 31 Oktober 2009 ini khusus untuk membimbing anda di dalam pola 336 tentang memeriksa kelayakan anda dan srategi mencari tahun/ bulan/ hari/ arah terbaik untuk membuat pelaburan. Kenali Awarding Star dan Vaccum Star lebih mendalam di dalam faktor pelaburan dan pelbagai teknik pengiraan seperti kitaran tahunan dan sebagainya. Tahun 2011 dijangka tahun untung pelaburan dan semua orang memiliki pola itu pada tahun 2011 nanti, maka kursus ini sesuai untuk semua orang. Namun, jika anda sememangnya lahir sudah ada pola 336 atau jika tiada pun angka 336, saya akan membimbing anda untuk menggunakan potensi itu sebaiknya.

Sesi kedua adalah perbincangan motivasi kewangan oleh Dato' Dr. Roslizam Abdul Rahman, seorang ahli perniagaan berpengalaman tinggi, konsultan pelaburan profil tinggi dalam / luar negara adalah bekas penasihat kewangan Tun Dr. Mahathir Mohamed. Teknik FOCUS beliau sangat menarik di dalam aspek usaha peningkatan kewangan yang lebih baik. Kini, beliau giat berusaha untuk projek tanaman cili dan seumpamanya (26 Agro) di Johor seperti di Felda Taib Andak dan beberapa buah negeri. Mana-mana individu/organisasi berminat untu mendapatkan tips nasihat dan pengalaman beliau sila hantarkan email ke 1ddar@26.com.my .

Selepas itu, Puan Siti Roslina dan Encik Samsuddin pula menceritakan tentang kaedah kekayaan secara sumbangan berkelompok yang mana memberikan pulangan dari RM10,000 hingga RM400,000 mengikut jumlah unit. Walaupun sistem ini dikecam kerana dituduh sebagai skim piramid, haram kerana hasil dan sebagainya, namun anda sebenarnya perlu datang dan periksa sendiri dengan pihak syarikat untuk mengetahui perkara yang sebenarnya (sama juga dengan kisah kaedah Potensi & Prestasi Dinamik yang dituduh sebagai tilik nasib tetapi kini diterima ramai kerana ianya adalah berbeza dari pendekatan yang biasa dipandang ramai).

Penjelasan tentang sistem wang pos: saya mempromosikan kaedah wang pos adalah sebagai salah satu cara alternatif untuk mengumpul modal selain dari memohon pinjaman bank/ tabung kerajaan, pelaburan emas, pelaburan unit amanah seperti Unit Trust atau Amanah Saham, pelaburan Takaful link investment, pelaburan hartanah, saham dan sebagainya. Saya boleh menyuruh anak-anak murid untuk mencari modal cara lain seperti cabutan nombor ekor dan sebagainya namun itu memang jelas kurang sesuai dengan majoriti. Ada ramai individu yang memerlukan modal untuk berniaga tetapi sukar mendapatkannya dengan pihak berwajib kerana masalah tertentu maka sistem wang pos adalah satu sumber. Ada orang berminat untuk masuk pelaburan yang lebih "halal" tetapi modalnya besar, jadi sistem wang pos memberikan modal permulaan. Untuk makluman, saya pernah terbaca satu surat daripada sebuah jabatan agama yang membenarkan industri takaful Islam menggunakan modal permulaan dari insuran konvensional (yang haram untuk umat Islam), oleh itu saya mohon dihentikan tuduhan sistem wang pos yang dipromosikan di sini dilabelkan sebagai haram kerana banyak perkara lain juga boleh dilabel haram jua. Jika ada pihak seperti organisasi kerajaan, swasta, GLC termasuk Zakat atau Baitulmal yang sudi menaja dan membantu perjuangan kami, lagi mudahlah kami tidak perlu mencari sumber sebegitu. Kepada individu yang menjana wang dari wang pos, anda dinasihatkan untuk tidak tamak berterusan dalam sistem wang pos dan apabila cukup modal yang dikehendaki, anda dinasihatkan menggunakan modal tersebut untuk melabur / berniaga dalam perniagaan yang lebih diiktiraf oleh institusi kewangan. Daripada pengalaman pengamatan saya, biasanya sistem-sistem sebegini jarang bertahan lama bukan disebabkan oleh syarikat, walaupun memang ada syarikat yang jelas tidak telus, tetapi disebabkan oleh sikap ahli peserta yang merosakkan sistem itu sendiri. Untuk makluman, wang pos digunakan di dalam sistem ini kerana jika menggunakan tunai, tentu dikebas orang, dan jika menggunakan cek, selalunya ada masalah cek tendang.

Seterusnya, sesi ketiga dihidangkan pula dengan pola pemulihan yang pasti menarik perhatian ialah pola mistik 3 tengah mata angin, pola 459, pola 38 dan angka-angka masalah keturunan.

Encik Rusli (tel no: 0122863424) pula membentangkan perihal pelaburan emas. Ramai teruja melihat dan memegang sendiri sebuah jongkong emas berharga RM135,000. Beliau menawarkan sistem perniagaan pelaburan emas dengan pulangan keuntungan sekitar 2.5% setiap bulan.

Sesi seterusnya menarik perhatian ramai orang tentunya motivasi daripada Prof. Dato' Dr. Ibrahim Ahmad. Banyak pengetahuan dan pengalaman yang dikongsi selama 2 jam termasuk membetulkan banyak persepsi minda tentang kekayaan. Salah satunya ialah jangan terlalu fokus terhadap hutang tetapi bersemangat untuk menarik tenaga kekayaan. Banyak ilmu dibentangkan disulami jenaka gelak ketawa dan demonstrasi oleh Prof. Dato sendiri menggunakan produk Aura Seri.

Selepas itu, sesi majlis potong kek (cake-cutting ceremony) untuk meraikan harijadi Prof Dato Dr. Ibrahim (serta Dato' Dr. Roslizam) dan 4 orang peserta kursus yang berkongsi harijadi pada bulan Oktober.

BERBALOI DAN RUGI TAK DATANG! Hanya pada harga RM50 sahaja, anda mendapat ilmu dari Encik Eddy Rosyadie, 2 orang Dato' dan banyak tips kewangan yang lain. Jika ada kesempatan dan kesudian dari anda serta ada pihak penganjur/ penaja, kami bersedia datang ke tempat anda untuk berkongsi lebih banyak ilmu dengan anda!

Pada sebelah malam, kami menjamu Prof Dato di Restoran Singgah Selalu, JB. Salah seorang peserta dari Kuantan iaitu Encik Zaidi yang juga mempunyai pola tarikh lahir yang sama (sebelah kiri) dengan Prof Dato dan Dato' Roslizam juga hadir. Semasa majlis tersebut sekitar jam 8 malam, saya menunjukkan demonstrasi Teknik Graf Prestasi untuk beliau. Pada tarikh 24 Oktober itu, beliau ada pola 426 (iaitu belajar), pola 156 (outstation) dan 11556 (dalam besi iaitu bas) juga pola 944 (makan). Pengiraan untuk jam 8 malam, di dapati beliau ada pola 944 (makan) dan 537 (bergaul orang kenamaan)! Tepat! .... Kebetulan?

Kepada individu/organisasi yang berminat untuk mendapatkan bimbingan dari Prof Dato' Dr Ibrahim melalui program terbaru beliau iaitu Millionaire Mindpower dan Millionaire Soul Power, sila hubungi Encik Syah 019-3308636.













































Temui Prof Dato' Dr Ibrahim di dalam program saya seterusnya pada 22 November 2009 (Shah Alam) dan 6 Disember 2009 (Kuantan) untuk membantu anda mencapai impian menjadi jutawan/ lebih kaya, terutamanya mengambil kesempatan tahun 2011 yang dikatakan sangat baik untuk pelaburan/ menjadi jutawan. BERTINDAK SEKARANG!

KURSUS/SEMINAR:

30 Oktober 2009: Kursus Pola 336 Potensi Pelaburan (RM110). Jam 930 pagi - 430 petang di pejabat saya bernombor 69B, Tgkt 2, Atas Bank BSN Pekan Meru, Klang, Selangor. Gunakan NKVE untuk ke Pelabuhan Klang, selepas susur Shah Alam, terus ke depan lagi masuk susur Setia Alam hingga ke Tesco. Pergi ke arah kanan melalui Mc Donald dan terus ke Petronas Meru dan berhenti di depan RHB Bank - BSN bank berada bertentangan. Jika naik bas ekspres, terus dari tempat anda ke Klang Sentral. Daftar SMS taip PP (nama) dan hantar ke 016 2379856

Pelajarilah teknik pola 336 untuk mengira potensi untung pelaburan atau perniagaan secara komprehensif (arah, masa dan pendekatan).
.

31 Oktober 2009. Kursus Pola 336 Potensi Untung Pelaburan, Menang Peraduan & Mula Jadi Jutawan. RM199 / RM169. Dewan MPJBT Skudai, Johor Bahru. 9 pagi - 5 petang. Daftar: Lyn 019 7556102

.
8 November 2009 (ditunda dari 7 November ke 8 November)
KURSUS 3K SIRI 2

tempat: Hotel Carlton Holiday, Shah Alam

masa: 9 pagi - 5 petang.

Yuran: RM150 seorang termasuk makan tengahari dan petang disediakan di hotel.
Pendaftaran: Puan Hajar 0132029010
bayaran yuran kursus ke akaun Maybank atau CIMB
Maybank 512464228716 (eddy rosyadie)
CIMB 12900006910522 (eddy rosyadie)
.
Siri ke-2 lanjutan dari siri pertama yang telah diadakan di Bukit Kemuning, Shah Alam pada 15 Ogos lalu. Seminar 3K memberikan pengetahuan perihal kajian tarikh dan jam lahir serta nama anda berkaitan Kewangan (K#1), Kesihatan (K#2) dan Kasih Sayang (K#3). Ini adalah seminar julung kali diadakan yang menggabungkan 3 tajuk dalam satu hari seminar. Ini bertujuan untuk memberikan peserta pelbagai teknik strategi peningkatan yang mana ianya berkait antara satu sama lain iaitu untuk menjadi kaya perlukan juga badan yang sihat dan kasih sayang yang berkesan dan seumpamanya.

Kepada peserta seminar 3K siri 1 tempohari, anda amat dialu-alukan untuk hadir sekali lagi untuk menambahkan pengetahuan dan kemahiran anda. Jika anda peserta baru yang berminat, boleh juga hadir sama walaupun anda telah ketinggalan siri 1, siri 2 ini masih anda boleh garapkan teknik-teknik yang ditawarkan.

tempat terhad 40 orang sahaja - cepat daftar!
.
22 November 2009 - Seminar Angka 6 Angka Kekayaan di Hotel Carlton Holiday, Shah Alam. RM100. Jam 9.30pagi - 5 petang.
Daftar: SMS taip KAYA (nama) hantar ke 016 2379856.
Pelajarilah teknik menguasai pola 6 yang ada pada anda seperti 966, 456, 426, 786, 336, 666 dan seumpamanya untuk anda menjadi lebih kaya. Jika anda tiada pola sedemikian, anda akan dibimbing untuk mengetahui cara mendapatkan pola itu untuk berada pada diri anda.




Temuilah Prof Dato Dr Ibrahim di situ untuk tips mindpower kekayaan ! Juga, penampilan istimewa beberapa pakar motivasi lain.
.
6 Disember 2009 - Seminar 2K Kaya dan Kewangan di Dewan Seri Pekan, Hotel Seri Malaysia, Kuantan, Pahang. RM30. Jam 9.30 pagi - 5 petang.
Daftar: SMS taip KK (nama) hantar ke 016 2379856.
Pelajarilah teknik untuk tambah dan kawal kekayaan dan kewangan anda dengan memeriksa status dan tahap kewangan anda dari tarikh lahir anda.
.
temuilah Prof Dato Dr Ibrahim di situ nanti untuk tips mindpower jutawan!
.
23 Januari 2010 - Seminar Pengurusan Diri Graf Hayat di Skudai. PERCUMA JANGAN BAYAR APA-APA LANGSUNG (kecuali jika berminat untuk membeli CD, dapatkan graf hayat, nota dan set makanan tengahari & petang).
9.30 pagi - 5 petang.
Daftar: SMS taip JB (nama) hantar ke 016 2379856
Pelajarilah cara untuk menguruskan potensi anda sepanjang hayat menggunakan teknik graf hayat serta cara menghadapi pelbagai cabaran di sepanjang laluan hidup. Juga, pembentangan teknik-teknik terbaru seperti Teknik Graf Prestasi Harian dan Jam.
.
Temui Prof Dato' Dr. Ibrahim di situ untuk tips mindpower untuk jutawan, kebahagiaan dan kejayaan!
.
Salam Kejayaan,
Eddy Rosyadie
Rakan Konsultan Hidup & Perniagaan Anda
posted by eddy Rosyadie Mohd Samsury @ 7:09 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

About Me


EDDY ROSYADIE MOHD SAMSURY

(Perancang pengurusan Hala
Tuju Hidup)
Penulis Kolumunis `Mingguan Wanita `Penulis buku `CJP`
Email:
qmas304@streamyx.com

http://eddyrosyadi.weebly.com

Previous Post
Archives
ADMIN BLOG EDDY


ARY
Phone :012 902 6972
my facebook

محمد أشعري عبد الرزاق

Reka Lencana Anda
CONSULTANT 

Zaini ahmad 
     019-2676727
Azli Shah            012-3127296
Nor Azlina            019-3869011
Dr Aniza              019-2438151
 

FORUM CHAT

Template by

image link to web design website

Provided by website design company .

 

widgeo.net

Site Meter
Blogger Templates