waktu malaysia
 
galeri gambar
 
tempahan online


TEMPAHAN ONLINE

iklan

 





 

jadual  kursus/Seminar
BULAN KURSUS/SEMINAR
Kursus
 
dipejabat
Meru, Klang

sesi Consultant
No 69, Tgkt 2, Jalan Besar, Pekan Meru
(Atas Bank BSN depan RHB Bank)
iklan tajaan

 

 

 




 

Tuesday, March 2, 2010
PERJUANGAN KEJAYAAN $EPANJANG HAYAT
A$$ALAMUALAIKUM & $ELAMAT $EJAHTERA, $ALAM 1MALAYSIA
.

Dapatkan suratkhabar Harian Metro Ahad 14 Mac 2010, lihat mukasurat D9 - ada iklan mengenai program Millionaire Mindpower (Prof Dato Dr Ibrahim Ahmad) dan program Power Numerology (Master Eddy Rosyadie) yang diberi percuma jika anda menyertai program ini. Di dalam akhbar itu ada senarai 10 lelaki dan 10 wanita terkaya di dunia. Tahun 2011 tahun kekayaan - mari kita semua berikhtiar mendapatkan peluang yang Maha Pengasih berikan itu!
.
Jangan lupa berdoa 15 Mac esok. Kepada individu yang telah mendapatkan maklumat waktu berdoa tersebut, sila bersedia pada waktu itu. Kami di Pulau Tioman akan cuba juga doakan untuk anda semua, jika kita senada seirama pada waktu yang sama, insyallah energi lebih kuat dan mudah-mudahan diizinkan Nya untuk kita mencapati matlamat menjadi JUTAWAN! Ingatlah kami di Pulau Tioman sepertimana saya ingat kepada anda semua semasa kami berdoa itu nanti - semoga energi berjemaah ini membawa berkat, rahmat dan hasil berkesan. SELEPAS BERDOA, sila SMS hajat/niat/azam seumpamanya kepada saya untuk saya baca di Pulau Tioman nanti ke 019 6966929 (kalau ada line kat sanalah! - sebenarnya untuk saya pastikan anda tidak terlepas peluang itu dan untuk menunjukkan kesungguhan anda menjadi jutawan).
.
Saya baru pulang dari sesi konsultansi dengan seorang client. Beliau menceritakan bagaimana beliau rugi ribuan ringgit apabila membuat perniagaan dengan sebuah syarikat MLM terkenal. Syarikat MLM itu masih beroperasi dengan baik, tetapi kenapa pula beliau rugi? Kadang kala bukan kerana masalah syarikat. Mungkin salah upline yang tidak beretika? Bila diperiksa graf hayat, didapati beliau adalah berada dalam kedudukan Vacuum Star ketika kejadian rugi ini berlaku! Apabila Vacuum Star berada di tempat anda, apa jua cara akan menyebabkan anda kerugian. Ketahuilah lebih awal di mana Vacuum Star dan pelbagai star lagi yang ada.. hadirlah seminar graf hayat percuma pada 24 April di Shah Alam dan kemudian sambung pengajian graf hayat tahap seterusnya pada 25 April pada harga RM50 sahaja... GRAF HAYAT adala TALIAN HAYAT anda!
.
Pengumuman: Workshop "Millionaire Mindpower" bersama Prof Dato Dr Ibrahim Ahmad.
Tarikh: 20 Mac 2010
Masa: 2 pm - 5 pm
Yuran: RM50
Tempat: MATIC (Pusat Informasi Pelancongan Malaysia) di sebelah Saloma Bistro, Ampang, Kuala Lumpur
Daftar: 019 2131886 atau 019 2181886
.
Mari dapatkan tips-tips menarik tentang tenaga kewangan dan minda kekayaan. Satu sesi workshop yang sangat bernilai untuk anda transformasikan diri anda menjadi jutawan. Ramai individu seperti Puan Effa KL, Puan Alin/ Suzana / Alawiyah / Cikgu Fahmi Kuantan, Encik Shahrul Fahmi Pontian dan ramai lagi, telah menjadi lebih yakin dalam cita-cita mereka untuk menjadi jutawan dengan ilmu pengetahuan dan pendedahan tentang kekayaan! Mari buka minda anda untuk menjadi JUTAWAN!
.
Tawaran: jika anda bawa 10 orang, anda dapat langganan majalah Jutawan selama 6 bulan percuma. Anda juga dapat RM10 komisen untuk setiap orang yang anda bawa. Tawaran ini terbuka juga kepada Reiki Master atau peserta Millionaire Mindpower.
.
Lagi maklumbalas positif: tentang client saya yang buat Public Mutual tu yang dapat close RM380k cash sale hanya dari satu keluarga sahaja, urusan cuma 3 jam dan jumlah komisen adalah RM12 ribu ! Berbaloi ikhtiar berdoa dan guna arah kejayaan yang betul..anda bagaimana? Bekerja mati-matian 3 bulan pun belum tentu dapat RM12 ribu bukan? Mari sini belajar dan mari berikhtiar untuk kehidupan yang lebih cemerlang.
.
TAHNIAH!! Kepada seorang anak murid setia saya, Encik Shahrul Fahmi dari Pontian, Johor yang telah baru sahaja naik pangkat sebagai Pengurus Jualan untuk syarikat jualan kereta Perodua di Pontian. Walaupun beliau kitaran 7 tahun ini (selalunya kitaran tahun 7 adalah tahun kehilangan), tapi beliau ada perubahan positif pula, ini menunjukkan bahawa jika kita ikhtiar kita dapat keluar dari perangkap kehidupan. Beliau adalah pelajar saya dari tahun 2008 lagi, sanggup datang dari Pontian ke Shah Alam naik bas untuk belajar. Juga, sambung belajar dengan Prof Dato Dr Ibrahim Ahmad dalam Millionaire Mindpower di Skudai awal tahun ini. Beliau juga hadir pada 6 Febuari untuk berdoa menjadi pemimpin hebat, nah, kini tanpa disangka-sangka, menjadi pemimpin di syarikatnya! Kemudian pada 24 Febuari, beliau datang ke pejabat Lynjb untuk berdoa untuk kejayaan dan kekayaan, kini dengan kenaikan pangkat tentu ada ruang wang lebih. Pengorbanan + ilmu + doa = kejayaan! Anda bila lagi nak berjaya? Datanglah ke seminar percuma pada 27 Mac di MPJBT, Skudai (hubungi Lyn 019 7556102) dan juga seminar RM50 Tanya Apa Saja pada 28 Mac di tempat yang sama. Jumpa di sana!..

Untuk dapat DUIT, anda kenalah mula dengan Doa, kemudian Usaha, ditambah Ilmu dan kemudian Tawakal (D-U-I-T), maka eloklah kita berdoa dulu.. tarikh power menjadi jutawan segera dan bertuah selalu pada 15 Mac ini... waktunya..sila sumbangkan RM50 dulu ye (sebelum 13 Mac Sabtu ini), untuk membantu saya dalam kos meneruskan perjuangan membantu SEMUA orang jadi jutawan berilmu, beriman dan berkebajikan!
.
Kebetulan, pada 15 Mac nanti, peserta-peserta Reiki Master yang berangkat ke Pulau Tioman bersama Prof Dato Dr Ibrahim akan bersama-sama kita berdoa di sana... bayangkan berdoa dipimpin oleh jutawan iaitu Dato' sendiri dan tumpang energi Dato' yang kuat Reikinya serta Dato' kitaran 9 tahun ini, digabung dengan doa di tengah-tengah lautan luas iaitu "tenaga air" serta tempat yang damai, akan sama-sama berdoa untuk kekayaan seluas lautan gitu! Rugi kepada sesiapa yang tidak ikut Dato! Jika nak ikut Dato', kena tunggu giliran lain selepas batch ini jadi jutawan dulu ye!
.
Maklumbalas: saya nasihatkan seorang client yang buat Public Mutual dari Batu Pahat, Johor untuk berdoa 6 Mac lalu dan beliau SMS tadi dapat close RM300K cash sales pada sebelah pagi dan sebelah petang dapat close sekali lagi RM80K cash sales, syukur beliau dapat jumlah jualan sebegitu dalam satu hari walaupun ketika ini industri kewangan agak suram, mudah-mudahan ikhtiar sebegini boleh membantu. Kebetulan juga arah sales yang beliau buat itu adalah arah Tenggara (iaitu JB dari Batu Pahat) iaitu memang arah bagus seperti yang saya sarankan kepada beliau dahulu (Anda akan belajar kaedah Arah Kejayaan dengan lebih mendalam pada 3 April di Meru atau 27 Mac di Skudai nanti!).
Inginkah anda berjaya seperti beliau?
Mahukah anda transformasi diri anda untuk menjadi lebih berjaya?
.
Percubaan pertama untuk berdoa bagi tujuan "hidup selalu bertuah dan menjadi jutawan dalam masa singkat" telah dilakukan pada 6 Mac antara jam 7.30 pagi - 9.30 pagi. Jika anda mengira petak pendua untuk tarikh 6 Mac terdapat 5x angka 6 menunjukkan kekayaan berganda. Ikhtiar ini pertama kali di adakan, jadi belum tahu kesan dan hasilnya serta belum ada testimoni setakat ini. Semoga ikhtiar ini dapat membantu kita sekelian untuk memudahkan perjalanan dan usaha kita mencapai kejayaan. Tengoklah nanti bagaimana hasilnya. Untuk saya, sewaktu berdoa itu dapat panggilan dari seorang client yang meminta saya bantu beliau untuk "mengira" untuk satu projek besar beliau - adalah rezeki untuk kami berdua di situ, mungkin. Sebenarnya agak sukar mencari tarikh dan waktu sebegitu kerana perlu mengira satu persatu dan perlu kira mengikut jantina lelaki dan wanita. Terdapat satu tarikh dan waktu yang seterusnya dalam seminggu akan datang, kali ini dikatakan lebih "power" kerana kod yang digambarkan itu memang berada pada kedudukan yang kita mahukan berbanding pada 6 Mac lalu yang mana kedudukan kod itu kurang jelas. Jika anda berminat untuk mendapatkan maklumat tersebut, tentunya emailkan ke qmas304@streamyx.com. Sila bank in RM50 ke Maybank 512464228716 atau CIMB 12900006910522 (atas nama Eddy Rosyadie). Ya, kali ini caj perkhidmatan mahal sikit kerana bukan senang nak mencari satu persatu! Alahai, lagipun nak jadi jutawan ni kenalah komitmen besar sikit lah, bukan begitu! Kata Prof Dato Dr Ibrahim, jika anda ingin kaya anda perlu bersedia untuk berkorban apa saja untuk jadi kaya! Jika anda dapati caj ini mahal, tidak mengapa anda tunggu rezeki di lain masa atau tunggu di giliran lain untuk beri laluan orang lain dahulu. Tapi kali ini doa itu anda perlu lakukan sendiri di rumah kerana waktunya adalah awal pagi - memang sesuai untuk digabung dengan qiamulail solat tahajjud gitu!




.
Tadi, saya baru berjumpa untuk sesi konsultansi bersama sdra Nor Edie dari Batu Pahat. Tiba di KFC Setia Alam dekat Meru dengan kereta Honda Accord putih yang baru dengan plet JMA 7279. Syukur dengan kejayaan beliau dan sesi tadi adalah untuk mendalami lagi potensi diri beliau serta melihat potensi serta peluang di bidang lain seperti industri kecantikan dan kesihatan. Semoga beliau berjaya sentiasa! Jika anda mahu dan bersedia untuk berjaya, tentu laluan untuk kejayaan itu dipermudahkan...
.
Permintaan diskaun: ramai individu yang tampil meminta bantuan perkhidmatan kaedah ini dan ada yang meminta diskaun, contohnya graf hayat diskaun dari harga RM1o kepada RM5 sekeping. Untuk makluman, tiada diskaun diberikan kerana harga yang ditawarkan di sini sangatlah murah berbanding kaedah tarikh lahir yang lain. Ada orang yang sanggup habis ribuan ringgit di kursus tarikh lahir yang lain tetapi mahu yang termurah untuk kaedah tarikh lahir yang ini, padahal kaedah tarikh lahir di sini lebih banyak perspektif dan meluas daripada kaedah tarikh lahir lain malah pelopor kaedah tarikh lahir adalah dari sini. Oleh itu, harga diskaun tidak dibenarkan kerana ianya memang telah dimurahkan. Ada juga individu yang mahu diskaun untuk tarikh/waktu doa kejayaan, walhal harga adalah RM10 sahaja, oleh itu jika anda belum bersedia atau ikhlas untuk berjaya, mungkin anda perlu tunggu giliran seterusnya.

Maklumbalas: ikhtiar doa pada 24hb Febuari - seorang peminat metafizik datang ke pejabat Lynjb untuk bersama berdoa pada tarikh dan waktu ditetapkan pada 24hb Febuari lalu. Maklumbalas diberikan ialah sebelum ini beliau menjual baju secara on-line dan untuk mendapat tempahan 10 pasang seminggu agak sukar. Tetapi selepas 2-3 hari berdoa, jualan meningkat kepada lebih kurang 25 pasang SEHARI!.
.
Sehari selepas berdoa 24hb Feb, saya dihubungi oleh satu kumpulan Chinese yang aktif MLM dan Forex. Setelah membuat presentation, mereka kagum dengan kaedah ini dan bersedia untuk memasarkan kaedah ini dalam komuniti Chinese nanti serta mengembangkan kaedah ini dalam web-based dan berkonsepkan binary system seperti MLM. Ini satu peluang besar, mungkin hasil berdoa untuk kekayaan dan untung bisnes pada 24 hb Feb lalu.
.
Doa ikhtiar seterusnya adalah untuk mendapatkan Great Pioneer + Monetary Force iaitu "memiliki peluang yang terbina. Hidup selalu bertuah dan kekayaan sentiasa mengikutinya ke mana sahaja dia pergi. Berpotensi menjadi JUTAWAN dalam masa singkat". Inginkah anda mendapatkan tarikh dan waktu berdoa sebegini? Ada berani untuk lakukan perubahan dalam hidup anda? Jika YA, nantikan pengumumannya - jika anda berminat & hanya untuk yang benar-benar mahu jadi sebegitu, sila emailkan hasrat anda ke qmas304@streamyx.com. Nyatakan dalam email anda itu sekurangnya 6 perkara yang anda akan lakukan jika anda benar-benar menjadi seorang jutawan singkat hasil ikhtiar dari doa itu nanti pada tarikh dan waktu yang ditetapkan.
.

Peserta Kursus di Tawau, Sabah pada 28 Febuari lalu. Kursus teknik Juara Jualan dan teknik Pola 6 Angka Kekayaan. Sebelah petang mendapat banyak tips dari Prof Dato Dr Ibrahim tentang mindset kekayaan. Sebelah malam saya dan Dato kami makan besar berdua mengadap seafood macam untuk makan 10 orang. Esoknya, 5 orang peserta kursus yang bersarapan dengan kami dapat duit USD1 sumbangan dari simpanan khas Dato Ibrahim - Dapat aura kaya gitu!

Kursus seterusnya di Tawau - Potensi Perniagaan & Millionaire Mindpower. Hubungi Puan Harmawati 013 8819672

.
.
.
.
.
.
.

Perihal Perkahwinan Yang Merana: Akhbar Harian Metro 2 Mac 2010 melaporkan peningkatan kes cerai pada tahun 2008. Antara faktor penyebab seperti suami atau isteri tidak bertanggungjawab... seperti yang saya beritahu pada tahun 2008 yang lalu jika anda masih ingat, bahawa perkahwinan tahun 2008 agak panas kerana terdapat angka 3 dan 8. Begitu juga dengan tahun ini 2010, saya ada memberitahu tentang terdapat angka 235 iaitu mudah terusik/ terasa menyebabkan cepat marah, yang mana ianya boleh menyumbang kepada konflik yang tidak disedari. Tidak disangka pula pakar Feng Shui Cina juga menyatakan perkara yang sama. Kebetulan pula, seorang selebriti terkenal tanahair yang berkahwin pada tahun 2008 baru-baru menceritakan masalah keretakan rumah tangga. Oleh itu, jika anda ingin menlangsungkan perkahwinan pada tahun 2010 ini, kalau boleh ditunda ke tahun depan atau anda boleh teruskan perkahwinan dengan syarat menggunakan banyak elemen air seperti tema warna biru, pernikahan di sekitar kawasan air seperti Masjid Terapung di Kuala Terengganu atau di Masjid Wilayah Persekutuan juga terdapat kawasan air.
.
Tapi sebelum bernikah, periksalah dahulu tarikh DAN WAKTU NIKAH yang sesuai dan tentulah periksalah dahulu potensi jodoh masing-masing dahulu. Penggunaan Graf Hayat sangat membantu, jika sekadar tarikh lahir kurang berkesan dalam kajian perjodohan.
.
Selalunya talian telefon saya adalah tempat para isteri-isteri mengadu masalah perkahwinan, alahai saya dah jadi kaunselor perkahwinan pula. Ada beberapa wanita asyik telefon minta menjelaskan perihal perkahwinannya yang bermasalah, saya sebenarnya tidak berapa berkenan nak melayan kerana sebelum kahwin tak nak tanya dulu dan ada di antara mereka yang saya cadangkan tangguhkan perkahwinan tapi nak teruskan juga. Bila bermasalah, cari saya, mana boleh macam tu, lagi satu sebagai isteri anda sebenarnya tidak dibenarkan bercakap tentang masalah perkahwinan anda kepada lelaki yang bukan muhrim anda ataupun tanpa kebenaran suami, melainkan dengan pegawai Jabatan Agama yang telah diperuntukan kebenaran secara syarie.
.
Saya ada satu kes seorang lelaki mengadu isterinya "kaki jantan" iaitu bertukar-tukar teman lelaki secara sulit. Bila periksa Graf Hayat isterinya itu padanlah, Main Structure Great Controller + Great Entertainer iaitu individu yang ada dorongan untuk melakukan seks luar nikah/ skandal seks... Anda yang dah pilih isteri macam itu, maka anda perlulah uruskan hakmilik anda itu dengan baik. Apakah isteri atau suami atau anak lelaki atau anak perempuan anda Main Structure Great Controller + Great Entertainer?.
.
Saya juga ada satu kes seorang wanita mengadu suaminya jenis yang kurang mahu berjuang meningkatkan kualiti kehidupan iaitu sekadar cukup-cukup makan dan balik kerja tengok TV dan memancing. Bila periksa Graf Hayat suaminya itu padanlah, Main Struture Great Controller + Great Aggressor iaitu individu yang ada dorongan untuk perasaan beremosi dan rasa pesimis serta tidak produktif.
.
Kenapa anda tidak pilih dan kahwin individu Main Structure Great Martial Artist + Great Treasurer iaitu individu yang mempunyai kapasiti seorang korporat berjaya. Kenapa anda tidak pilih kahwin dengan individu Main Structure Great Pioneer + Great Assistant iaitu individu yang punyai kapasiti untuk sentiasa dibantu orang untuk berjaya... bila sudah pilih yang betul, sudah tak payah nak susah-susah lagi dan tidak perlu merana dalam perkahwinan. Ini tidak, main pilih tanpa periksa. Kalau kahwin ni macam jual beli kereta itu mudah, tapi sekali anda bernikah, perjalanan itu begitu besar kudratnya.
.
Itulah, ramai orang tidak mahu menghadiri kursus Graf Hayat Tahap 2 dengan alasan harga kursus yang saya tawarkan mahal RM199, padahal kursus Graf Hayat yang sebenarnya mencecah RM1500 di pasaran kaum Cina. Bila dah bermasalah perkahwinan, anda dah rugi banyak sebenarnya. Ramai orang tak nak periksa Graf Hayat.. bukannya kita nak menilik, tapi kita nak tahu kualiti dan jenis orang yang kita pilih itu. Kalau ok, tentunya diteruskan. Jika tidak ok, terpulang kepada anda untuk membuat tindakan pembetulan sebaiknya dengan pasangan.
.
Saya pun dah malas nak melayan masalah perkahwinan, terutamanya wanita yang menjadi isteri nombor dua sering ada masalah kerana sebab mereka didapati tidak buat pilhan yang betul dan tidak mahu mendalami selok belok perjalanan kehidupan, pada mereka yang penting kahwin dulu, masalah cerita kemudian. Kaedah saya sebenarnya lebih kepada mencipta kejayaan dan kekayaan (bila dah kaya nanti, pilihlah yang terbaik untuk hidup anda) ni dah dekat tahun 2011 iaitu tahun kekayaan, dah tak nak buang masa dalam masalah perkahwinan yang ANDA SENDIRI MEMILIH.
.
Ingat, jangan sesekali katakan "dah takdir, nak buat macam mana". Dari kajian saya mendapati, SEMUA ORANG memiliki tempoh masa ujian untuk berjaya, gagal, kaya, miskin, masalah kewangan, masalah perkahwinan dan seumpamanya. Takkanlah bila dah sampai masanya, kita ikut sahajalah, kalau begitu SEMUA ORANG bermasalah. Pesan Prof Dato Ibrahim, hidup ini adalah untuk dimengertikan, kita ketahui selok belok konflk hidup kita dan kita uruskan dengan baik dan berikhtiar untuk tidak terus ikut dorongan ujian. Ramai orang boleh lulus tempuhi tempoh ujian dengan baik, itupun dengan ilmu, amal, semangat, doa, ikhtiar dan tawakal serta bertindak positif.
.
Ramai yang nak bercadang untukberkahwin menghantar SMS atau email kepada saya bertanyakan tarikh sesuai nikah, ITU BUKAN CARANYA! Lagipun perkhidmatan saya berbayar. Kita kena periksa dari segala sudut dahulu barulah boleh cerita panjang, sebab itulah elok hadir kursus Pola 729 Kasih Sayang Jodoh & Konflik Perkahwinan, atau sekurangnya datang berjumpa saya dalam sesi konsultansi. Kaedah kami bukan lagi macam kaedah orang tua dulu-dulu sekadar kira tarikh sesuai. Kita kena tengok lebih mendalam, mana tau setahun lepas kahwin ada masalah kewangan Vacuum Star lah, masalah Widowed Star lah dan lain-lain menyebabkan seri perkahwinan itu menjadi kurang nikmat. Zaman dulu kalau lepas kahwin ada Vacuum Star boleh makan kangkong tepi sungai, tapi zaman ini dah lain... dunia dah berubah. Masa itulah siap menyoal adakah anda serasi dengan pasangan, padahal semasa cinta tak ingat dunia!
.
Saya sendiri sebagai "guru" metafizik tidak terlepas dari masalah perhubungan juga, tapi berkat ilmu metafizik dapatlah saya teruskan perhubungan ini dengan baik setakat ini sudah 17 tahun. Antara petua yang saya gunakan ialah;
.
1. Ambil peluang untuk solat jemaah. Kadang tu kami suami isteri balik lewat kerja sebab mesyuarat lewat dan tidak sempat solat di surau maka sampai di rumah kami solat bersama. Selepas solat, automatik saya dan isteri bersalam. Kalau kami ada berselisih faham sebelum itu, nak tak nak, kena salam jugak! Itulah kunci untuk kami berbaik semula.
.
2. Membuat upacara doa tidur bersama. Setiap hari saya membaca doa tidur dan ayat kursi kepada isteri saya dan selepas itu mencium isteri. Beliau pula akan bersalam dan memohon ampun manakala saya pula memohon maaf, seolah-olah saat itu kali terakhir untuk bersama jika ajal tiba masa tidur. Sekali lagi, kaedah ini dapat merapatkan kami berdua.
.
Dan banyak lagi tips-tips yang saya lakukan, tak bolehlah nak cerita semua di sini, nak tahu kenalah jadi isteri saya! Gurau je, kalau nak tahu rahsianya, nanti kita cerita dalam kelas, malah boleh buat sesi praktikal jika yang datang kelas adalah suami isteri.
.
Jika suami anda bukan jenis nak jadi imam untuk solat jemaah dengan isteri/ anak-anak atau isteri anda bukan jenis nak mendoakan suami atau mengajar anak-anak mengaji... tak payahlah nak cerita masalah anda jika anda bergaduh suami isteri, faham-faham sendirilah... anda berdua TIADA USAHA BERSAMA untuk hidup bersama lepas tu berharap pakar motivasi menyelesaikan masalah perkahwinan anda pula.
.
Kursus perkahwinan yang ada sekarang kurang mencukupi, kena ditambah perspektif perkahwinan secara metafizik (dari siapa lagi jika bukan di sini?). Kalau ada beberapa motivator/ penceramah tarikh lahir yang ada masalah perkahwinan, anda bagaimana? Seperkara lagi, janganlah tak nak belajar kaedah ini ... apa jua alasan anda, sebenarnya anda yang memilih takdir dan perjalanan anda sendiri, nanti bila dah bermasalah tak bahagia dalam perkahwinan baru nak cari saya, maaflah jika saya kurang melayan anda, saya lebih tertumpu untuk membantu orang jadi lebih kaya dan sasaran 60 jutawan pada tahu depan 2011.
.
Adakah anda / suami atau isteri anda Main Structure Great Controller + Great Aggressor iaitu hidup selalu malang dan rugi atau Main Structure Great Pioneer + Monetary Force iaitu hidup sentiasa bertuah dan berpotensi menjadi jutawan dalam sekelip mata. Siapakah pilihan yang anda pilih untuk jadi teman hidup anda selamanya. THE CHOICE IS YOURS! Pilihan di tangan anda. Pesan saya... take charge of your life - Kuasailah Diri Anda!

.
SEKADAR MENGIRA TARIKH LAHIR TIDAK MENCUKUPI. GRAF HAYAT DIPERLUKAN JUGA UNTUK KENALI DIRI ANDA/ PASANGAN ANDA. Kursus percuma graf hayat pada 24 April nanti di Shah Alam silalah hadir.
.

Untuk makluman, mulai Mac ini, semua kursus akan dibuat sama ada di Pekan Meru, Klang atau di Skudai Johor sahaja. Jika anda mahukan kursus untuk kumpulan anda sila buat di salah satu tempat ini. Ini bertujuan mengelakkan kesukaran mengumpul minima 15 orang peserta pada harga kursus RM150 - RM250 di tempat anda. Anda boleh hadir dalam kumpulan 3-4 orang jika kursus di Meru, Klang atau minima 10 orang jika di Skudai. Jika anda dari bandar lain luar KL/ Skudai, datanglah ke tempat kami. Pejabat saya di Meru Klang berhampiran exit lebuhraya NKVE dan hampir dengan terminal bas Klang Sentral (iaitu perhentian untuk semua bas ekspress dari KT, KB, KTN, JB, Ipoh, Pulau Pinang dan sebagainya). Hubungi qmas304@streamyx.com.
.
SEMINAR SETERUSNYA;
.
SETIAP ISNIN BERMULA 8 MAC
Kursus Ala Tuisyen Kaedah Pernomboran Metafizik.
Bermula dari Asas hingga Tahap Tinggi (mungkin ambil masa 5 - 6 bulan)
9 pm - 11 pm
Pejabat saya di Meru, Klang.
No 69B, Tgkt 2, Atas BSN Pekan Meru, Klang. Berhadapan RHB Bank.
Yuran: RM25 setiap kehadiran
Daftar: SMS ke 016 2379856 atau email ke qmas304@streamyx.com


.
27 Mac 2010 - Skudai, Johor
Sama ada di UTM atau MPJBT, Skudai
9.30 pagi - 3 petang.
Kursus PERCUMA Teknik Arah Kejayaan Statik & Dinamik.
RM0 tanpa bayaran langsung - SEMUA DIJEMPUT HADIR
Daftar: Lyn 019 7556102
.
tambahan RM20 jika anda perlukan nota dan RM15 untuk 3x makan.
.
Julung kali diadakan, pertama kali di dunia dalam subjek sebegini, tambahkanlah pengetahuan anda di dalam mempraktikkan teknik arah yang lebih mendalam. Selama ini kaedah mengira arah tidak sangat diberi perhatian mendalam, sebenarnya terlalu banyak rahsia di dalam menentukan arah kejayaan seperti melaraskan arah statik dan dinamik tahunan. Juga, kaedah bagaimana untuk menjadikan setiap arah menjadi arah kejayaan. Serta pelbagai teknik berkaitan arah!
.
28 Mac 2010 - Skudai, Johor
Sama ada di UTM atau MPJBT, Skudai
RM50
Daftar: Lyn 019 755 6102
9 pagi - 5 petang.
Atas permintaan ramai, kursus Gabungan Pola ditawarkan pada harga RM50 sahaja. Kursus ini unik kerana ini pertama kali dibuat iaitu tajuk bebas; biasanya saya mengajar apa yang saya rasa anda perlu tahu tapi kali ini saya mengajar apa yang anda nak tahu.
.
Pagi:
Teknik Kiraan Waktu Untung
Teknik Gabungkan Tafsiran Pola.
Penjelasan Teknik Pilihan Elemen
Terbaru: Teknik kenali orang dari nama (2 teknik terbaru).
Petang:
Tanyalah apa sahaja yang anda nak belajar! Kita berkongsi ilmu bersama-sama semua peserta kursus.
.
Tambahan bayaran RM15 untuk pakej makan 3X (pagi Mee Goreng, tghari Nasi Briyani, Petang kuih).
.
3 April 2010 - Meru, Klang
Kursus Teknik Arah Sekeliling Tenaga Rumah & Pejabat (Tahap 1)
RM110 termasuk nota dan makan.

9.30 pagi - 4 petang.
Daftar: SMS taip TA (nama) hantar ke 016 2379856.
Tempat terhad 20 orang.
.
Kursus julung-julung kali di adakan - modul terbaru 2010! Belum pernah diajar sebelum ini.


.
Perhatian: Kursus ini ada sedikit elemen Feng Shui seperti teknik warna dan batu kristal untuk energize rumah/pejabat anda menjadi penjana kekayaan dan kebahagian, oleh itu kursus ini hanya untuk individu yang terbuka dengan pengetahuan sedemikian sahaja. Juga kenalipasti sama ada rumah atau pejabat anda mudah dimasuki makhluk halus atau tidak serta cara mengatasinya.
Sesuai untuk semua orang, termasuk anda yang mahukan bisnes atau rumahtangga anda punyai tenaga yang bagus. Juga sesuai untuk pengamal/peminat feng shui / konsultan untuk anda membantu pelanggan anda.
.
4 April 2010 - Meru, Klang
Kursus Teknik Warna (Tahap 1)
RM110 termasuk nota dan makan
9.30 pagi - 4 petang

Daftar: SMS taip WR (nama) hantar ke 016 2379856
Tempat terhad 20 orang.
.
Modul terbaru 2010 dan belum pernah diajar sebelum ini! Jadilah batch pertama yang pelajari teknik warna dan kitarannya secara pernomboran metafizik tarikh lahir. Kaedah mengenalpasti warna dari Root Number adalah tidak tepat kerana anda perlu lihat situasi, lokasi dan keseluruhan elemen pola angka dari statik dan pendua anda. Bayangkan jika seseorang elemen air (Root 2 atau 7) menggunakan warna merah atau hijau berkemungkinan akan terserempak dengan hantu jika nombor tengah mata anginnya adalah 3, jadi warna merah tidak semestinya sesuai untuk orang elemen air.
.
10 April 2010 - Skudai
Kursus Teknik Warna (Tahap 1)
RM100 termasuk makan 3X dan nota
RM80 jika datang bersama 1 kawan.
9.30 pagi - 4 petang
Daftar: Lyn 019 7556102.
.
11 April 2010 - Skudai
Kursus Arah Tahap 2 (Bersama Teknik Batu Gemstone untuk Arah Kejayaan)
RM100 termasuk makan 3x dan nota
RM80 jika datang bersama 1 kawan
9.30 pagi - 4 petang
Daftar: Lyn 019 7556102.
.
Tahukah anda bahawa setelah anda mengira arah kejayaan dari tarikh lahir anda, sebenarnya setiap arah itu ada batu gemstone tersendiri? Contohnya arah nombor 7 sesuai diletak batu Agate supaya energi kerohanian dan networking menjadi lebih berkesan kepada anda. Bagaimana untuk menentukan batu-batu tersebut dan cara menyusunnya? Dikatakan bahawa energi anda boleh dibaiki (iaitu hidup anda lebih cemerlang) apabila setiap arah itu diaktifkan dengan batu-batu tertentu. Juga pelajari kaedah batu Gemstone & Kristal untuk ketahui khasiat kegunaan beberapa jenis batu sebagai satu ikhtiar membantu anda dalam hidup anda;
- Batu untuk memudahkan anda mendapat kerja setelah lama menggangur
- Batu untuk memudahkan anda naik pangkat setelah lama tiada kenaikan pangkat
- Batu untuk tingkatkan kesuburan / kehamilan setelah lama tiada anak.
- Batu untuk fokuskan minda supaya akademik cemerlang (untuk anak-anak).
dan pelbagai lagi rahsia khasiat batu gemstone, tapi dikira dari tarikh lahir anda!
.
24 April 2010 - Shah Alam
Auditorium SHRDC, Bangunan Worldwide Business Center, Seksyen 13, Shah Alam, berhampiran Tesco Shah Alam
RM0 PERCUMA TANPA BAYARAN LANGSUNG
Kursus Graf Hayat Tahap 1 Edisi 1 - PERCUMA
Terhad 150 orang sahaja
Daftar: SMS taip PA (nama) hantar ke 016 2379856
.
Sila bawa graf hayat anda atau boleh dibeli di sana nanti (RM10 sekeping - sila bawa maklumat tarikh dan jam lahir). Jika berminat dapatkan nota RM20. Adalah sangat menarik jika anda dapat cetak graf ibu bapa dan anak-anak anda bersama kerana jalan hidup anda juga boleh dilihat daripada graf hayat mereka. Kenali kaedah Graf Hayat di dalam mengenalpasti potensi anda lebih mendalam tambahan kepada Rajah Segitiga atau Petak Digit Tarikh Lahir. Bimbingan menyusun hidup anda berdasarkan fenomena "star" serta kenali tahap turun naik prestasi atau tenaga hayat anda.
.
25 April 2010 - Shah Alam
Auditorium SHRDC
RM50
Kursus Graf Hayat Tahap 2 Edisi 1
Daftar: SMS taip PB (nama) hantarkan ke 016 2379856.
.
Setelah pelajari teknik dari Tahap 1, teruskan belajar graf hayat untuk kenali potensi anda dari graf hayat ke tahap yang lebih mendalam iaitu dari Petak-Petak Zon.
.
Daftarlah untuk 24 April dan 25 April iaitu kursus Graf Hayat tahap 1 (percuma) dan tahap 2 iaitu kursus 2 hari pada harga RM50 sahaja. SMS taip PC (nama) hantar ke 016 2379856 untuk daftar hadir kedua-dua hari tersebut.
.
Teruskan berjuang, $alam Perjuangan
Eddy Ro$yadie
Rakan konsultan Hidup & Perniagaan Anda.

posted by eddy Rosyadie Mohd Samsury @ 9:45 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

About Me


EDDY ROSYADIE MOHD SAMSURY

(Perancang pengurusan Hala
Tuju Hidup)
Penulis Kolumunis `Mingguan Wanita `Penulis buku `CJP`
Email:
qmas304@streamyx.com

http://eddyrosyadi.weebly.com

Previous Post
Archives
ADMIN BLOG EDDY


ARY
Phone :012 902 6972
my facebook

محمد أشعري عبد الرزاق

Reka Lencana Anda
CONSULTANT 

Zaini ahmad 
     019-2676727
Azli Shah            012-3127296
Nor Azlina            019-3869011
Dr Aniza              019-2438151
 

FORUM CHAT

Template by

image link to web design website

Provided by website design company .

 

widgeo.net

Site Meter
Blogger Templates