waktu malaysia
 
galeri gambar
 
tempahan online


TEMPAHAN ONLINE

iklan

 





 

jadual  kursus/Seminar
BULAN KURSUS/SEMINAR
Kursus
 
dipejabat
Meru, Klang

sesi Consultant
No 69, Tgkt 2, Jalan Besar, Pekan Meru
(Atas Bank BSN depan RHB Bank)
iklan tajaan

 

 

 




 

Monday, May 4, 2009
Sukses Yang Sejati dan Berterusan
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.

Kepada individu yang menonton saya di TV9 tempohari dan ada menghantar SMS atau email mengikut yang tertera di kaca TV, sila emailkan semula ke qmas304@streamyx.com. Anda juga boleh SMS semula ke 016 2379856 kerana email dan no telefon yang dipaparkan di TV9 tempohari tidak lagi merujuk kepada saya. Mohon maaf atas kesulitan.


Untuk bulan April 2009 ini sahaja, terdapat tiga teknik terbaru diperkenalkan hasil dari kajian saya sendiri. Kaedah tersebut adalah;
1. Petak Pentiga
2. Potensi Anak-anak Mempengaruhi Ibu Bapa
3. Lakaran Graf Prestasi Bulanan

Ini menunjukkan bahawa kaedah saya adalah pengajian dan penyelidikan tarikh dan masa lahir yang berterusan dan nampaknya banyak lagi yang boleh dikaji dan didedahkan. Tidak sama seperti pengajar numerologi yang lain sekadar statik atau semata-mata karekter sahaja, tetapi kaedah saya lebih kepada pembinaan strategi jalan keluar dan penyelesaian bersistematik serta menyeluruh (sifat, masa, arah, kitaran, interaksi).

Kepada individu yang telah mempelajari kaedah Tarikh Lahir bersama saya pada tahun 2005, 2006 serta 2007 mahupun 2008 yang lalu, banyak perubahan telah diwujudkan, anda mungkin sudah ketinggalan dan perlu dapatkan pelbagai ilmu baru. Contohnya, Rajah Segitiga telah bertukar kepada Petak Statik yang lebih tepat yang juga bercambah menjadi Petak Pendua dan kini Petak Pentiga. Begitu juga dengan Graf Hayat yang dahulu sekadar graf turun naik tetapi kini penjelasan tentang kod-kod baik dan tidak baik serta penggunaan kaedah "Check-Mate" yang menggabungkan Petak Digit dan Graf Hayat. Setakat ini belum ada lagi di dunia seumpama itu tetapi di sinilah ianya bermula dari saya sendiri. Oleh itu, jika ada terdapat pihak yang memperkenalkan kaedah-kaedah seumpama itu bermakna pihak tersebut telah menciplaknya daripada saya. Begitu juga, lanjutan daripada Rajah Segitiga yang statik kini boleh digunakan untuk mengira Perlakuan Harian.

Baru-baru ini saya terserempak dengan satu group unit trust yang membuat latihan kumpulan mereka dan saya mengenali ketua kumpulan / penceramah tersebut. Maklumbalas yang diberikan ialah semenjak mempelajari kaedah ini, jualan group mereka semakin meningkat naik - mungkin hasil dari penggunaan beberapa pendekatan dan pengetahuan (tetapi mereka itu belum lagi didedahkan dengan banyak lagi ilmu yang menunggu untuk mereka seperti kenali prospek dari no handphone dan melakar graf bulanan untuk memantau target atau KPI group atau consultants mereka - itu lagi boleh melonjak sales mereka nanti). Syabas kepada group unit trust ini kerana inisiatif sendiri untuk membuat perubahan mempelajari kaedah saya walaupun HQ KL mereka sendiri pernah panggil saya datang untuk ceramah di HQ tetapi dibatalkan di saat akhir kerana tidak ramai yang berminat pula. Tidak mengapa, Tuhan telah memilih group anda untuk berjaya dan meninggalkan jauh dari group-group lain yang menggangap kaedah saya ini tiada membawa manafaat. Mereka mungkin tidak sedar tahun 2010 dijangkakan tahun masalah kewangan besar melanda untuk ramai orang dan organisasi, maka group andalah yang akan mendapat keuntungan daripada situasi itu nanti!

Bagaimana pula dengan anda yang membaca ruangan ini? Sudahkah anda mempelajari kaedah ini... atau belum... atau menunggu tangguh padahal banyak tarikh-tarikh cemerlang sudah berlalu disebabkan anda tangguh? Atau sudah belajar sekadar Rajah Segitiga yang sangat asas sahaja? Cukup ke untuk menyelamatkan anda dari tahun 2010 nanti? Ada diberi jalan penyelesaian atau strategi peningkatan tak? Atau sekadar buat ikut Root Number semata-mata? Itu tidak cukup! Maka sambunglah pengajian anda atau mulakan langkah persiapan anda bersama-sama saya di sini.

"Ramai orang bertangguh-tangguh mencari pelbagai alasan mengelak untuk mempelajari sesuatu yang baik kerana mereka itu memilih untuk ditangguh-tangguhkan untuk mendapat sesuatu yang baik. Maka orang lain yang tidak bertangguh akan terlebih dahulu berjaya kerana mereka memilih untuk tidak bertangguh untuk berjaya" - eddy rosyadie


Program Kursus/ Seminar Tahun 2009 - Mei, Jun, Julai, Ogos
(maklumat pendaftaran ada di ruangan dibawah)

MEI

23 Mei Larkin - Kursus Pola Kombinasi Perlakuan Harian RM350
24 Mei Larkin - Kursus Perlakuan Harian RM350
bersama Encik Yuswan; pengasas Kaedah Perlakuan Harian

23 dan 24 Mei Larkin - Sesi Konsultansi bersama Encik Eddy Rosyadie
(telah habis ditempah, namun jika ada permintaan, sila SMS ke 016 2379856)

23 Mei JB (8.00 malam - 10 malam) - Kursus Mini RM50 Potensi Juara Jualan
kenali orang dari no handphone, mencari arah kejayaan anda, melakarkan graf prestasi bulanan anda dsbnya untuk anda menjadi seorang MLM atau Sales/Marketing Consultant yang mendapat jualan tertinggi sepanjang masa!
Hubungi Encik Lukman 0127741582

JUN

Pelancaran Program Pemantauan Prestasi
Pelancaran buku Kuasailah Diri Anda Bahagian 1 - Edisi 3

27 Jun Shah Alam - Executive Lunch Talk RM100
11:00 am to 3.00 pm.
Come experience the knowledge and get to see the live application of Potential Dynamics Techniques to enhance the productivity and profitability of your enterprise or organization. You will also get to know the real case studies of success and failures stories based on this technique so that you will be able to experience it further. Exclusively for Executives, Managers, Directors, Managing Directors or CEO for registered companies Sdn Bhd, Berhad, locally owned or multinational firm.
Please contact us at qmas304@streamyx.com for further information and registration NOW!

28 Jun Shah Alam - JOM JADI USAHAWAN RM200
Kenali teknik-teknik di dalam kaedah Potensi Dinamik Astronumerologi untuk membina perniagaan yang cemerlang. Elakkan menjadi salah seorang usahawan gagal kerana tidak tahu potensi bisnes yang cemerlang.
- memilih tarikh/masa pendaftaran syarikat, memilih no telefon syarikat, memilih no plet kereta syarikat, memilih pekerja (mengikut posisi/ jawatan) dsbnya.


JULAI
11 Julai JB - Konvensyen Sains Metafizik RM50
Pendedahan teknik-teknik terbaru hasil kajian Potensi Dinamik iaitu kaedah yang pertama seumpamanya di dunia ini oleh Encik Eddy Rosyadie - pengasas kaedah Potensi Dinamik.
- Kaedah "Pentiga"
- Kaedah Potensi Anak Mempengaruhi Ibu bapa.
- Kaedah Graf Prestasi Bulanan
- Kaedah "Check Mate" dan "Cross Matching"
dan beberapa teknik terbaru yang unik !

Pameran / jualan meja / booth ada ditawarkan!

OGOS
2 Ogos Shah Alam - Kursus Potensi Perkahwinan dan Perceraian RM200
Diskaun RM50 untuk pemilik buku Cinta, Jodoh & Perkahwinan

"Anda tidak dapat mengawal apa yang akan berlaku kepada anda, tetapi anda boleh menguasai diri anda untuk mengawal sikap anda terhadap apa yang akan berlaku kepada anda. Jika anda positif dan bersedia, apa jua perkara yang bakal berlaku adalah hikmah kepada anda, namun jika anda negatif dan tiada persediaan, maka apa jua yang bakal berlaku kepada anda adalah musibah kepada anda" - Eddy Rosyadie.

maklumat tentang kursus / seminar;


Kursus Perlakuan Harian pada 23 dan 24 Mei di Larkin, Johor Bahru.
- 23 hb kursus asas Kombinasi Perlakuan Harian; RM350
- 24 hb kursus Perlakuan Kitaran Harian; RM350
tenaga pengajar: Encik Yuswan, pengasas kaedah perlakuan harian.
tempat: Caliph Management, Larkin depan Balai Bomba Larkin, JB.

Sambutan menggalakkan pada 19 April lalu membuatkan pihak kami sekali lagi menganjurkan kursus seumpama itu - kali ini dibuat dalam bentuk dua hari (Asas Kombinasi dan Perlakuan Asas) untuk lebih mendalam dan jelas. Kepada anda yang pernah mempelajari kaedah numerologi atau tarikh lahir yang asas sebelum ini (seperti Rajah Segitiga), marilah hadir untuk melanjutkan lagi pengetahuan anda di dalam aspek kenali apa yang terjadi esok hari menggunakan kiraan dari rajah segitiga. Sebelum ini rajah segitiga adalah untuk kenali karekter atau kerjaya seseorang namun di dalam kursus ini rajah segitiga digunakan untuk mengira apakah anda akan demam esok hari (pola 347), tersesat (pola 189), keliru (pola 843) atau untung (pola 696).

Terdapat maklumbalas menyatakan kenapa perlu belajar kaedah ini untuk mengetahui apa yang terjadi esok hari padahal Tuhan telah tetapkan takdir untuk kita. Memang betul Tuhan telah tetapkan tetapi kita mahu ketahui apa yang ditetapkan itu? Jika kita dapat ketahui sedikit pun apa yang terjadi esok hari, ianya lebih bermakna kerana kita boleh aturkan strategi dan buat keutamaan tertentu untuk membuat pembetulan atau pencegahan. Ikhtiarlah dan berdoa; janganlah pula bila terjadi musibah baru nak salahkan Tuhan padahal jika kita boleh "mengira" lebih awal, tentu kita akan lebih redha dengan ketentuan-Nya itu. Contohnya, jika anda tahu anda akan demam esok, maka mulai hari ini anda perlu merancang untuk menjadikan demam anda itu berkesan seperti tidaklah membuat projek besar-besaran yang mungkin gagal atau bolehlah sediakan ubat lebih awal. Sekadar contoh jenaka, jika anda tahu esok suami/isteri/anak anda akan bercumbuan (pola 1234) tetapi bukannya dengan anda, tentunya anda boleh perancangan awal, bukan?

Daftar: SMS taip salah satu kod dibawah ini (L23 atau L24 atau LK)
taip L23 (nama) untuk kursus Asas Kombinasi Perlakuan Harian
taip L24 (nama) untuk kursus Perlakuan Harian
taip LK (nama) untuk kedua-dua hari Kursus
dan hantarkan ke 016 2379856


Diskaun diberikan kepada individu yang datang berkumpulan 4 orang (RM25 untuk setiap seorang kumpulan) atau bekas peserta kursus 19 April lalu yang ingin refresher course (ulangkaji) pada harga RM170 sahaja (untuk 24 Mei sahaja).


SESI KONSULTANSI PERSENDIRIAN BERSAMA ENCIK EDDY ROSYADIE - HABIS DITEMPAH

pada 23hb dan 24hb Mei di Caliph Management, Larkin, JB.


Jika anda menghadapi masalah hidup / kewangan dan mahu cari jalan keluar atau merancang untuk membuka perniagaan atau meluaskan perniagaan dengan lebih untung atau mahu melangsungkan perkahwinan / menyelesaikan masalah perkahwinan atau sekadar mahu tahu potensi diri/keluarga (tidak berkesempatan untuk hadir kursus sebelum ini atau anda telah hadir kursus tetapi mahu lebih mendalam penjelasan), bolehlah tempah sesi untuk bersama saya secara privacy (persendirian) di Caliph Management, Larkin, JB.

Setiap sesi adalah 2 jam; caj bayaran adalah RM150 untuk setiap sesi (tidak kira apa jua dan berapa banyak soalan dalam sesi itu). Bayaran tambahan dikenakan jika ada graf-graf tambahan yang perlu dibuat. Sila bawa maklumat diri termasuk jam lahir atau Sijil SSM syarikat dan sebagainya.

Konvensyen Sains Metafizik di Johor Bahru pada 11 Julai 2009 - Julung kali di adakan di Johor Bahru (biasanya dibuat di Shah Alam sahaja sebelum ini)
Khusus untuk rakyat Johor, Singapura dan Indonesia.
RM50

Dapatkan pengetahuan dan pendedahan tentang penemuan-penemuan terbaru kaedah kami seperti kaedah Graf Prestasi Bulanan, Perlakuan Harian/ Handphone dan sebagainya. Terkini; hanya di konvensyen itu nanti - kaedah Cross Matching dan Check Mate yang sangat berkesan di dalam menentukan kejayaan dan kegagalan anda di dalam satu-satu perkara dalam satu-satu masa!

DIJEMPUT UNTUK BUKA PAMERAN / BOOTH pada hari konvensyen tersebut.
Bayaran RM100 untuk setiap meja - sila SMS tempahan di 016 2379856.

SALAM KEJAYAAN !

Eddy Rosyadie

posted by eddy Rosyadie Mohd Samsury @ 11:44 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

About Me


EDDY ROSYADIE MOHD SAMSURY

(Perancang pengurusan Hala
Tuju Hidup)
Penulis Kolumunis `Mingguan Wanita `Penulis buku `CJP`
Email:
qmas304@streamyx.com

http://eddyrosyadi.weebly.com

Previous Post
Archives
ADMIN BLOG EDDY


ARY
Phone :012 902 6972
my facebook

محمد أشعري عبد الرزاق

Reka Lencana Anda
CONSULTANT 

Zaini ahmad 
     019-2676727
Azli Shah            012-3127296
Nor Azlina            019-3869011
Dr Aniza              019-2438151
 

FORUM CHAT

Template by

image link to web design website

Provided by website design company .

 

widgeo.net

Site Meter
Blogger Templates