waktu malaysia
 
galeri gambar
 
tempahan online


TEMPAHAN ONLINE

iklan

 





 

jadual  kursus/Seminar
BULAN KURSUS/SEMINAR
Kursus
 
dipejabat
Meru, Klang

sesi Consultant
No 69, Tgkt 2, Jalan Besar, Pekan Meru
(Atas Bank BSN depan RHB Bank)
iklan tajaan

 

 

 




 

Monday, January 17, 2011
Jalan-jalan Mencari kejayaan!
.
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam 1Nusantara Indonesia, Singapura & Brunei.
SELAMAT TAHUN BARU 2011 TAHUN KEKAYAAN
daripada Cikgu/ Master EDDYROSYADI (Cikgu A-D)
Pengasas Kaedah Strategi Potensi dan Prestasi Dinamik Pernomboran - semenjak 2004.
Tarikh lahir, Jam lahir, nama, nombor handphone, no plet kereta, no kad pengenalan, nombor akaun bank dan segala jenis pernomboran.
Penulis buku "Cinta, Jodoh & Perkahwinan", "Juara Pentas", "Kuasailah Diri Anda", "Teknik Menyusun Hidup Secara Graf Hayat", "How to Calculate Your Fortune Pattern 336".
Kolumnis Mingguan Wanita (ms 54) semenjak 2005.
Pencipta kaedah Graf Prestasi Bulanan, Mingguan, Harian & Jam, kaedah teknik kasih dua hala & petak pendua dan pentiga serta petak pembayang, kaedah Kiraan Nama, No handphone, No Kad Pengenalan, No Plet Kenderaan, Tafsiran Tambahan Graf Hayat, Kaedah CheckMate! Graf Hayat + Pernomboran, Teknik No Siri Duit 6, Teknik Pola 38.
Bekas peserta kursus: YBhg Dato Dr Roslizam, YBhg Prof Dato Dr Ibrahim Ahmad, YBhg Dato Dr Norazmadinaz, Dr Azizan Osman, Nor Edie (Avail), Lynjb dan ramai lagi usahawan, pensyarah, guru, doktor, jurutera, MLM, mahasiswa/i > 3,000 peserta dari Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia.
Pendidikan: BSc Biology, Syracuse University, New York, USA (1993 - 1995).
Pengalaman melebihi 10 tahun: pengurus, pensyarah, konsultan.
.
.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
.
Foto peserta Seminar di Batam 15 Januari 2011.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Foto backdrop dewan seminar di Wisma Batamindo.
Cerita lanjut tentang Batam ada di bawah (scroll ke bawah).
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------.
Dapat projek RM9 juta: Saya baru dihubungi oleh seorang client/ bekas peserta kursus yang sudah bersama saya sejak 5 tahun yang lalu menyampaikan khabar baik iaitu mendapat projek bernilai RM9 juta! Walaupun beliau dalam graf gaung, tetapi ianya dah nak naik. Kebetulan tahun ini beliau kitaran 9 iaitu kitaran tawaran/ kejayaan, apa lagi tentunya bagus tahun ini. Masalahnya kini adalah tak ada modal pulak nak fund, tetapi mungkin beliau sekadar makan komisen sahaja dengan menyerahkan projek ini kepada rakannya - komisen RM350,000!
.
5 tahun lalu semasa pertama kali berjumpa beliau ini dalam keadaan yang lemah, letih dan berduka, senyum pun tidak.. kerana menghadapi pelbagai masalah perniagaan, perkahwinan dan segalanya (graf hayat menurun). Setelah menggunakan beberapa teknik pola pernomboran secara berterusan (bersama saya setiap tahun sepanjang 5 tahun ini), maka satu persatu kejayaan diraih dari jualan ribuan ke jualan RM2.1 juta dan seterusnya projek RM2 juta yang lain dan banyak lagi main juta-juta.
.
Ini menunjukkan bahawa kita manusia diberi peluang oleh Yang Maha Kuasa untuk berikhtiar membuat perubahan, tetapi kena cara yang betul. Mudah-mudahan, target kita untuk melahirkan lebih ramai individu yang berjaya bakal berhasil nanti. Maka, jomlah bersama saya di sini untuk saya bantu anda berjaya! Tahun 2011 tahun kekayaan, mari ambil peluang ini SEGERA! Pilihan di tangan anda, temui saya di workshop Meru atau Seminar/ kursus atau di Klinik Bergerak nanti.
.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
.
MAKLUMBALAS PESERTA (DARI SESI KLINIK BERGERAK):
.
Saya ... yang berjumpa dengan Cikgu di Shah Alam pada 9 Januari 2011. Masa saya kecik dulu selalu impi nak jumpa Dato Dr Fadhillah Kamsah, tapi Allah makbulkan hajat saya dapat gak jumpa tapi dengan saudara dia, Alhamdulillah dapat gak! Alhamdulillah lepas saya jumpa cikgu banyak perubahan positif dalam hidup saya,contohnya saya tak takut lagi dengan perempuan sihir tu, team leader saya .... tu layan saya lebih baik, saya dapat sale selepas kemarau sale 2 hari....

Tiap-tiap hari saya mandi garam dan team leader saya ade suruh kita baca yassin tiap hari...Makin lama saya tengok perempuan sihir tu makin kurus padahal makan banyak.. Mungkin inilah balasan Allah pada dia...

Terima kasih Cikgu... InsyaAllah saya akan forward updated resume saya pada Cikgu untuk saya cuba peluang baru dalam bidang penyiaran pula.. sekali lagi terima kasih Cikgu tawarkan peluang untuk saya maju kehadapan....Terima kasih Cikgu, take care and have a good day!
.
Ulasan: Teknik Pernomboran Arah & Potensi dan Teknik Pola 38 digunakan untuk membantu peserta melakarkan strategi baru untuk kejayaan.
.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
.
PROGRAM KLINIK BERGERAK 2011 - IPOH
maklumat lanjut: SMS ke 016 624 9666.
.
22 & 23 JAN - IPOH - Restoran Nasmir, Medan Tasik dekat Tesco.
.
Sesi konsultansi bersama Cikgu A-D (1 sesi 2 jam RM150): Untuk tempahan masa sila SMS ke 016 624 9666. Sila bawa maklumat jam lahir atau apa jua maklumat yang relevan dengan apa jua soalan anda:
22 Jan - SABTU:
9 pagi - 11 pagi - ditempah
11 pagi - 1 tghari - ditempah
2 ptg - 4 petang - ditempah
4 ptg - 6 ptg - ditempah
7 ptg - 9 mlm - KOSONG.
23 Jan - AHAD:
9 pagi - 11 pagi - Ditempah
11 pagi - 1 tghari - KOSONG
2 ptg - 4 ptg - Ditempah
4 ptg - 6 ptg - KOSONG
.
2) Sesi konsultansi asas / pembelajaran asas pernomboran / graf hayat bersama Sdra Zuhaili atau Zuhaida: 10 pagi - 5 petang. Masih kosong. Boleh datang secara sendiri atau berkumpulan. Tel untuk tempah masa: Zuhaida 016 206 3496. Juga jualan buku-buku.
Dijemput peserta metafizik atau lain-lain untuk datang promosikan produk anda juga di sana.
.
19 & 20 FEB - Restoran Nasmir, Autocity, SEBERANG JAYA.
5 & 6 MAC - Taman University, BATU PAHAT
19 MAC - KEMAMAN
20 MAC - KUANTAN
2 & 3 APRIL - PUCHONG
16 & 17 APRIL - SG PETANI
14 MEI - KOTA TINGGI
15 MEI - JOHOR BAHRU
28 MEI - SEREMBAN
29 MEI - MELAKA
.
-------------------------------------------------------------------------------------------------.
SEMINAR ASAS DI BATAM 15 JANUARI 2011: Bertempat di Wisma Batamindo dan dihadiri lebih kurang 120 orang. Ini pengalaman saya yang pertama memberi ceramah di Batam. Berbekal sedikit pengalaman menyampaikan ceramah di Jakarta lalu, tetapi di Batam nyata berbeza. Peserta seminar lebih kritis dan soalan banyak ditumpukan tentang kesahihan, dasar dan asal-usul kaedah ini.
.
Kaedah Pernomboran Dinamik versi saya memang baru di pasaran berusia 5 tahun. Memang kaedah ini mengambil inspirasi daripada numerologi namun untuk menjadikan kaedah ini lebih moden dan mempunyai asas atau latar belakang sains penyelidikan, maka kaedah ini tidak mahu dikaitkan dengan kaedah numerologi yang sedia ada. Pendekatan saya ialah tidak mahu disamakan dengan kaedah tarikh lahir yang lain seperti Primbon, Feng Shui dan sebagainya. Ini juga kerana kaedah sedemikian sudah ada guru dan pakarnya, jadi saya tidak mahulah bulat-bulat menggunakan kaedah sedemikian. Kaedah Pernomboran Dinamik ini telah disusun semula dari segi dasar, tafsiran dan sebagainya dan diberi jenama yang lebih moden. .
Walaupun kajian pernomboran ini banyak menggunakan masyarakat Malaysia sebagai sampel populasi untuk mencari tafsirannya, namun tafsirannya masih relevan untuk masyarakat Indonesia juga. Ini menunjukkan bahawa kaedah pernomboran ini adalah universal bukan digunakan untuk semua orang di dunia. Contohnya;
.
1. Seorang ibu mengadu anaknya sukar belajar. Tentu sekali apabila diperiksa tarikh lahir anaknya itu tiada angka 4!
2. Seorang peserta suka menyanyi tetapi tiada angka 2 di dalam Petak Statik. Apabila dibina Petak Pembayang jelas sekali angka 2 dan 72 di sebelah ibu dan beliau menyatakan ibunya suka juga menyanyi.
3. Seorang peserta bekerja makan gaji dan ada pola 843 dan 393 iaitu membuat macam-macam. Memang beliau juga buat macam-macam di luar waktu kerja dan sebenarnya dalam pekerjaannya memang melibatkan macam-macam produk secara bermusim.
4. Seorang peserta mempunyai pola 426 dunia pendidikan dan memang beliau adalah seorang trainer.
.
Walau bagaimanapun, terdapat soalan tentang satu tarikh lahir milik seseorang yang dikatakan mempunyai kelakuan yang tidak baik kepada masyarakat. Di dalam kaedah pernomboran, kita tidak menjuruskan kepada mengenali sama ada seseorang itu baik atau jahat.
.
Pendekatan kami ialah semua orang boleh berubah kepada kebaikan menggunakan kaedah pernomboran sebagai satu cara panduan, tidak mengira sama ada orang itu pernah atau memang seorang yang baik atau jahat. Setakat ini kajian belum memfokuskan untuk mencari pola-pola orang jahat kerana buat masa ini secara default seorang orang boleh membuat perubahan yang lebih baik dalam hidup. Walaupun saya tidak dapat memberi jawapan yang baik tentang kejahatan dilakukan oleh orang itu, uniknya orang yang dimaksudkan itu memiliki pola 459 yang mana secara negatifnya memang melibatkan tipu muslihat.
.
Namun, terdapat satu tarikh yang kontroversi iaitu tarikh kemerdekaan negara Indonesia iaitu 17 Ogos 1945. Apabila dikira petak statik, pola negara Indonesia memiliki angka 6 yang baik (kaya seperti 966 dan 366) tetapi realitinya, negara Indonesia bukanlah dalam negara maju. Terus sahaja peserta mahu bandingkan dengan tarikh kemerdekaan Malaysia iaitu 31 Ogos 1957 yang mana dalam petak statik TIADA ANGKA 6 LANGSUNG, tetapi lebih “kaya” daripada Indonesia. Seperti yang diberitahu, kaedah pernomboran adalah untuk mencari potensi untuk ditingkatkan dan mencari pembetulan. Jadi, memang negara Indonesia berpotensi lebih kaya daripada Malaysia, tetapi realiti belum berhasil kerana khabarnya terdapatnya beberapa masalah dalaman negara yang berkaitan dengan kekayaan negara. Oleh itu, ini menunjukkan potensi kekayaan negara Indonesia cuma ada pada potensi sahaja (tetapi ruang dan peluang untuk membetulkan kepada kekayaan masih ada, hanya menunggu tindakan seterusnya yang sewajarnya).
.
Menariknya, dalam kitaran tahunan untuk tarikh kemerdekaan Indonesia 17 Ogos 2011 mengandungi 6 angka 6 dan dalam kitaran yang baik 2, melebihi kitaran tahun negara Malaysia cuma ada 2 sahaja angka 6 yang kitarannya pula kitaran 7 (kehilangan). Sekali lagi, ini menunjukkan negara Indonesia diberi peluang untuk kaya tahun 2011, persoalannya apakah tindakan yang perlu dilakukan? Terpulang kepada pihak pemerintah dan rakyat Indonesia kerana kami dapat mencampuri urusan mereka (kalau boleh teruskan pengajian dengan kaedah pernomboran bersama saya secepat mungkin sebelum tamat tahun 2011 untuk mewujudkan individu dan masyarakat yang lebih produktif dan kaya). Jika negara Indonesia belum bersedia untuk kaya walaupun diberi peluang ini, maka boleh juga tunggu tahun 2015 atau 2020 nanti.
.
Jadi, secara umumnya, kaedah pernomboran ini mencari ruang dan peluang untuk tindakan – ianya bukan alat untuk menilik dan mencari ketepatan kerana di dalam banyak kes, ada kalanya potensi itu tidak dilaksanakan kerana terdapatnya masalah tertentu atau potensi itu telah berubah daripada realitinya. Yang penting, gunakan kaedah pernomboran sebagai satu alat untuk membuat persiapan dan panduan untuk membuat perubahan, sama ada ianya tepat menjelaskan siapa diri anda itu tidak penting. Satu sebabnya ialah kita tidak mahu kaedah pernomboran ini juga terkena tempias kritikan orang bahawa tafisran tarikh lahir berunsur psikologi semata-mata seperti angka 2 iaitu suara (memang semua orang bersuara! Kalau orang bisu ada angka 2 bagaimana pula?).
.
Kembali kepada seminar di Batam, nampaknya untuk presentation untuk masyarakat Indonesia, kaedah ini perlu dibuat dalam cara persembahan / isi kandungan ceramah yang berbeza yang lebih menyakinkan dengan banyak fakta dan bukti kerana mereka sudah sebati dengan kaedah tarikh lahir yang lain seperti Primbon, Shio, Feng Shui dan sebagainya jadi mereka mungkin menjangkakan kaedah pernomboran juga mempunyai asas seperti Primbon. Sekali lagi dinyatakan bahawa kaedah ini mengkaji pola dan sebenarnya semua orang boleh membuat tafsiran polanya sendiri juga namun anda perlu pastikan tafsiran itu ada asasnya dan hasilnya yang baik. Setakat ini maksud pola-pola yang dikaji oleh saya memberikan hasil yang baik bermakna kajian saya ada kesan yang baik.
.
Cadangan seterusnya ialah workshop berkaitan Enterpreneur dan Human Resource pada bulan April 2011 nanti di Batam. Dua bidang ini nampaknya ada permintaan di sana. Jadi, kita jumpa lagi di sana. Juga ada permintaan untuk seminar di Tg Pinang dan Surabaya, insyallah kami ke sana nanti. Yuk, kita ke sana aja!
.
Jutaan terima kasih kepada pihak Panitia Talenta Group di atas keramah-tamahan yang diberikan. Enak sekali menjamu selera di Restoran Golden Prawn, Bengkong seterusnya sempat saya dijemput menyanyikan lagu Isabella di restoran itu. Terima kasih kepada participants yang sudi hadir untuk mendekati dan mempelajari kaedah ini. Mudah-mudahan Club Sains Metafisic (CSM) Batam bakal bekerjasama dengan Kelab Sains Metafizik Malaysia nanti.
.
Buku Kenali Potensi Diri kini dijual khusus untuk member Club Sains Metafisic (CSM) pada harga Rp190,000 (termasuk kos pos ke rumah dari Malaysia). Jika berminat, bolehlah email ke qmas304@streamyx.com. Buku berharga Rp220,000 (non-member) tetapi dijual Rp150,000 pada hari kursus untuk peserta kursus sahaja.
.
WORKSYOP BATAM / TG PINANG:
1 APRIL 2011 – BATAM – Worksyop Aplikasi Pernomboran dalam Recruitmen (HR)
2 APRIL 2011 – TG PINANG – Seminar Pengenalan Pernomboran Dinamik
3 APRIL 2011 – BATAM – Teknik Pernomboran untuk Keberhasilan Entreprenir Menguntungkan.
.
EXPLORE BATAM ENERGY :
.
1. Pakej Pulau Penyengat/Batam: 14 & 15 Mei 2011. Melawat tapak sejarah kerajaan Melayu lama di Kepulauan Riau dan menikmati suasana kedamaian di sana (untuk energy38). Terdapat sebuah masjid digelar Masjid Keramat dikatakan berdoa di situ mudah makbul, jadi mari kita berdoa di sana untuk kekayaan dan kejayaan di sana pula. Insyallah ini satu ikhtiar kita juga. Untuk mengikuti pakej ini, boleh email terus ke qmas304@streamyx.com. Dari KL, kita akan naik pesawat Firefly ke Batam manakala orang Johor boleh tunggu kita di Batam Center.
.
2. Pakej Energy38 Outbound di Batam: Bertandang ke Batam 3 hari 2 malam untuk menikmati suasana serta berlatih untuk teknik pola 38 di sana.
Hari 1 Jumaat: Tiba di Pulau Batam (Firefly atau Feri ke Batam Center). Ke tempat penginapan dan makan malam di Golden Prawn, Bengkong.
Hari 2 Sabtu: Sarapan dan seterusnya ke Jambatan Batam dan ke Pantai Morita/ Jambatan 5 Balerang. Aktiviti pola 38 serta piknik.
Hari 3 Ahad: Aktiviti membeli-belah ole-ole dan pulang ke Malaysia.
Berminat, kita pergi satu kumpulan sekurangnya 10 orang. Bajet lebihkurang RM1,000 seorang. Email ke: qmas304@streamyx.com.
.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------.
KURSUS STRATEGI 2011 SECARA PERNOMBORAN DAN GRAF HAYAT:
Percuma Graf Asas, Graf Bulanan, Graf Hayat.
Tempat: BATU PAHAT, Johor.
Alamat: No. 16, Jalan Universiti 1, Taman Universiti, 86400 Parit Raja, Batu Pahat.
Pada: Ahad, 30 Januari 2011
Jam: 10 pagi - 4 petang.
Yuran: RM200 seorang (datang 6 orang berkumpulan bayar RM150 seorang).
Daftar: Pn Zuhaida 016 209 3496.
.
Kini, kursus Strategi 2011 akan dianjurkan di Batu Pahat, Johor. Dijemput semua dari Batu Pahat, Muar, Melaka, Johor Bahru dan seluruh Johor dijemput hadir untuk mempelajari teknik Strategi 2011 menggunakan tarikh dan jam lahir anda.
.
Pelajarilah;
1. Menyingkap Peristiwa 2010 dan Sinopsis Tahun 2011
2. Pengiraan Pola Potensi Anda (Statik dan Pembayang) untuk kenali Potensi anda.
3. Membandingkan pola anda dengan Potensi Peluang Tahun 2011.
4. Kiraan Kitaran Tahunan 2011 dan membandingkan peluang, potensi dan konflik tahun 2011.
5. Analisis Graf Bulanan dari Januari hingga Disember - Graf Bulanan, Pola Bulanan dan Arah Bulanan.
6. Kenali Tarikh Bagus dan Tarikh Kurang Bagus (untuk kekayaan atau networking).
7. Teknik Graf Hayat - menyingkap peluang atau konflik Tahun 2011 (Fenomena "Star", Bar Tahunan dan Garisan Hayat).
8. Kegunaan Gerhana Matahari dan Bulan pada tahun 2011.
9. Membandingkan dan teknik maksimakan Arah Statik, tahunan dan bulanan.
.
Sangat sesuai dipelajari oleh semua golongan. Ini adalah kursus satu-satunya seumpama ini di dunia dan anda boleh pelajarinya di sini.
.
Seorang peserta kursus Strategi 2011 pada 1 Jan 2011 di Meru lalu mendapati beliau memiliki pola 573 di setiap bulan dari bulan Jan hingga Mei, dan pada bulan Mei, graf bulanan sangat tinggi dan cermin! Daripada sini, dapatlah beliau nampak laluan / peluang untuk mencipta kejayaan pada Mei 2011 nanti menggunakan teknik pola 573!
.
Bagaimana anda nak lalui tahun 2011 ini? Nak teruskan hidup sepertimana tahun-tahun lalu, hentam sajalah dari bulan ke bulan, janji boleh hidup! Tidak mahukah anda satu cara yang boleh berikan anda panduan untuk membuat persediaan dan melakarkan kejayaan sepanjang bulan di tahun 2011 tahun kekayaan? Itu lebih baik bukan?
.
Juga, bertemu dan berkongsi tips dengan sdra Nor Edie Batu Pahat, seorang peserta kursus cikgu A-D yang kini berpendapatan RM30,000 sebulan hasil daripada menggunakan teknik pernomboran dinamik. Kalau sebelum menggunakan kaedah ini tahun 2008, kereta kena tarik, rumah kena lelong, hidup tak tenang. Kini, beliau mampu hidup tenang, bahagia, beriman dan berkarisma! Jika beliau berjaya dengan kaedah cikgu A-D, kini cikgu A-D nak transformasikan anda untuk kaya melebihi daripada beliau! Nak tak? Mahu atau tidak, jawapannya ada pada anda sendiri. Jumpa anda di sana! Jangan lepaskan peluang ini.
.
Juga, jualan buku Kenali Potensi & Cinta, Jodoh, Perkahwinan dan Graf Hayat (terbaru!) pada harga diskaun promosi.
.
-------------------------------------------------------------------------------------------------.
NANTIKAN WAKTU BERDOA KEKAYAAN 5 FEBUARI 2011 – akan diberikan secara percuma kepada anda semua di blog ini untuk anda buat bersama kumpulan anda sendiri nanti.
.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------.
PAKEJ II POLA38 - 38InnerEnergyPower (38IEP) Package
Dapatkan haruman Auralife Nombor 38 untuk membantu anda meningkatkan keupayaan tenaga dalaman anda dalam gerak hati, firasat, petunjuk, tenaga aura dan seumpamanya.
.
Harga: RM238
7 Botol haruman 38 dan percuma 1 CD Brainwave Pola38 mengandungi 38 jenis audio/video frekuensi/ brainwave dan cara penggunaannya.
.
Tambah RM10 untuk kos pos di Semenanjung Malaysia.
Tempah: Pn Zuhaida 016 206 3496.
Dapatkan sekarang sebelum kehabisan. Setakat ini di dunia belum ada lagi haruman pola38 selain Auralife ini, jadi jangan ketinggalan.
.
Haruman 38 ini berwarna ungu adalah untuk Crown Chakra iaitu menghubungkan kita dengan dunia spiritual dan berikan kesedaran tahap tinggi. Dapatkan sekarang.
.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------.
Bulan Febuari 2011 - Seminar Keserasian Perkahwinan PERCUMA! secara graf hayat dan kaedah pernomboran dinamik. Anda datang percuma dengan pasangan anda (suami/isteri, tunang, boyfriend/girlfriend). Hadir berpasangan yuran RM150 manakala hadir berseorangan yuran adalah RM150. Berminat untuk hadir seminar (tempat Shah Alam/ Klang dan tarikh akan diberitahu nanti) sila hantar nama anda ke email: qmas304@streamyx.com.
.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
.
JADUAL SEMINAR CIKGU A-D
22 & 23 Jan - Klinik Bergerak di Ipoh, Perak
29 Jan - Workshop Sabtu di Meru - Teknik Kejayaan Pola 7 (RM50).

30 Jan - Kursusu Potensi Juara Jualan (RM200)
12 Feb - Wokshop Sabtu di Meru - Pola 6 Angka Kekayaan (RM50).
19 & 20 Feb - Klinik Bergerak di Autocity, Seberang Jaya
26 feb - Workshop Sabtu di Meru - Pola 426/123/729 - Teknik Ucapan Awam (RM50) 27 Feb - Kursus Keserasian Perkahwinan - Meru (RM150 percuma hadir pasangan).
.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------- .
WORKSHOP Sabtu 29 Jan 2011 - POLA ANGKA 7: Jam 2.30 petang – 4.30 petang di pejabat Pekan Meru, Klang (RM50). Boleh walk-in tapi elok daftar SMS ke 016 624 9666 kalau nanti ada notis perubahan. Ketahui kesemua aspek pola 7 seperti pola 729, 786, 777, 753, 7 tengah mata angin dan seumpamanya 7 iaitu cara bacaan, fungsi, kebaikan dan keburukan setiap pola 7 di dalam mencipta networking yang banyak dan kukuh, dalam bisnes, kerjaya atau kehidupan. Serta mendapatkan penyelesaian dan teknik peningkatan.
- Kenapa pola 729 dikatakan pelaris? Sebenarnya pola 786 dan 777 juga pelaris!
- Bagaimanakah cara untuk mendapatkan pola-pola 7 dan menggunakannya dengan baik dalam sales?
- Bagaimana mencipta pola 7 di dalam plet kereta dan nombor handphone?
- Tahukah anda individu pola 786 menjual cara yang berbeza dengan 729 atau 753?
- Apa maksud kitaran 7, Root No 7, terlebih angka 7, tiada angka 7, kesihatan angka 7, warna angka 7.
.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------- .
Worksyop Sabtu: di No 69B, Tgkt 2, Atas bank BSN, Pekan Meru, Klang.
Jika anda menggunakan GPRS, masukkan BSN Pekan Meru atau Klang Sentral. Pekan Meru berada jauh daripada bandar Klang dan ianya berada ke laluan ke Kapar atau Puncak Alam.
.

Peta ke pejabat saya di Meru, Klang. Paling mudah ikut NKVE menghala ke Pelabuhan Klang/Shah Alam tetapi keluar di susur Setia Alam dan anda akan sampai di Tesco Setia Alam, Giant, Mc Donald dan Stesen Klang Sentral. Buat U-turn dibawah flyover selepas Tesco. Lalu depan Mc Donald terus ke depan dalam 1 km hingga nampak Petronas di sebelah kiri dan lebih kurang 30 meter nampak RHB Bank di sebelah kiri. Berdepannya ada BSN dan saya berada di tingkat dua atas bank BSN. Pejabat saya bernombor 69, Tgkt 2, Atas BSN Pekan Meru. Jika pintu atau pagar berkunci, boleh tekan loceng di peti surat atau telefon 016 624 9666.
.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
.
Webinar Percuma Secara On-line pada setiap SELASA, 9pm bersama Master Eddy Rosyadie, semua dijemput hadir, kita bertemu secara on-line di depan komputer anda di rumah anda sendiri atau di mana-mana tempat yang ada WIFI:
Daftar di http://www.urdworld.org/modules/events/event.php?eid=12

.
-----------------------------------------------------------------------------------------------

.
Berminat untuk mendapatkan nota percuma tentang cara pengiraan petak tarikh lahir dan previu keterangan tentang pola nombor kewangan? sila email ke qmas304@streamyx.com.
.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------- .
Tempahan Laporan Graf Hayat: berminat untuk dapatkan graf hayat anda atau rakan atau ahli keluarga dan laporannya setebal lebih kurang 9 mukasurat yang dihantar kepada anda bercetak secara pos dalam bentuk binding (keterangan graf hayat sahaja dan tiada penjelasan pola nombor atau konsultansi dibuat berasingan), sila hubungi Puan Zuhaida 016 2063496 atau email: zuha80@yahoo.com. Sila berikan maklumat nama, jantina, tarikh lahir, jam lahir, negeri kelahiran serta alamat dan poskod serta nombor telefon. Cara bayaran bank-in akan diberitahu. Harga RM90 untuk setiap individu.
.
Jika memerlukan laporan graf hayat beserta pola-pola nombor DAN sesi konsultansi 1 jam, boleh hubungi Encik Zaini Ahmad (019 267 6727 atau email:
zainifruta@gmail.com. Harga RM150 untuk setiap perkhidmatan tersebut.

.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------- .
Samazon Energy Booster769 atau 9$9:
.
Tempah sekarang di Admin URD di telefon 016 216 3796.

Testimoni: cikgu, selepas sy memakai pendant 769, mmg banyak perubahan. saya betul-betul bersyukur dapat dipertemukan dgn cikgu dan hadir ke kursus tempoh hari (8 & 9 mei,JB)... terutama mengenai kedai saya, orang semakin ramai cikgu. saya betul-betul gembira. angka 7 networking tu mmg betul-betul ada "power"... dulu sebelum pakai pendant, setiap hari bangun pagi saya akan sakit kaki (sebab byk berjalan amik dan hantar pesanan/makanan di kedai). tapi selepas pakai pendant, alhamdulillah. sakit kaki dah tak ada. n betul-betul saya terkejut. saya tak pernah pi urut atau apa-apa. cuma lepas pakai pendant ni betul-betul saya terasa perubahannya.
.
.
.
.
.
.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------- .
Salam Perjuangan dan Kejayaan Berkekalan Sepanjang Hayat Sepanjang Masa,
Cikgu Eddyrosyadi (A-D)
Rakan Konsultan Halatuju Hidup dan Perniagaan Anda
posted by eddy Rosyadie Mohd Samsury @ 4:20 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

About Me


EDDY ROSYADIE MOHD SAMSURY

(Perancang pengurusan Hala
Tuju Hidup)
Penulis Kolumunis `Mingguan Wanita `Penulis buku `CJP`
Email:
qmas304@streamyx.com

http://eddyrosyadi.weebly.com

Previous Post
Archives
ADMIN BLOG EDDY


ARY
Phone :012 902 6972
my facebook

محمد أشعري عبد الرزاق

Reka Lencana Anda
CONSULTANT 

Zaini ahmad 
     019-2676727
Azli Shah            012-3127296
Nor Azlina            019-3869011
Dr Aniza              019-2438151
 

FORUM CHAT

Template by

image link to web design website

Provided by website design company .

 

widgeo.net

Site Meter
Blogger Templates