waktu malaysia
 
galeri gambar
 
tempahan online


TEMPAHAN ONLINE

iklan

 





 

jadual  kursus/Seminar
BULAN KURSUS/SEMINAR
Kursus
 
dipejabat
Meru, Klang

sesi Consultant
No 69, Tgkt 2, Jalan Besar, Pekan Meru
(Atas Bank BSN depan RHB Bank)
iklan tajaan

 

 

 




 

Thursday, January 29, 2009
UPDATE FEBUARI - bah 1
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Saya baru bercakap dengan seorang penyanyi 90an terkenal bagi perihal bisnes dan beliau merupakan bekas peserta kursus asas saya di JB dulu. Saya adalah peminat beliau dan lagu yang saya minatilah tentulah lagu beliau "Takdir dan Waktu".

Bercakap tentang takdir tentunya ia dikaitkan dengan Qada' Qadar. Ianya adalah Rukun Iman yang mana umat Islam berimankan bahawa Tuhan telah membuat ketetapan (takdir) kepada hidup kita. Banyak kehidupan kita telah "ditakdirkan" atau dengan kata lainnya telah ditetapkan - lahir, ajal, rezeki, jodoh dan sebagainya.

Maksud Qada' adalah ketetapan atau peraturan dengan kata lain setiap perkara ada ketetapannya atau peraturannya. Contohnya, manusia yang lapar akan kenyang bila makan sesuatu dan setiap manusia lahir dengan 2 tangan. Itulah peraturan atau sunnah alam, cuma ada beberapa perkara yang tidak mengikut ketetapan berdasarkan Kuasa-Nya seperti kelahiran Nabi Isa a.s.

Maksud Qadar ialah pengukuran dengan kata lain setiap perkara ada ukurannya. Contohnya, setiap manusia ada 5 jari pada setiap tangan, umur manusia moden sekitar 70 tahun, orang Eropah lebih tinggi dari orang Asia dan sebagainya. Cuma ada beberapa perkara yang tidak mengikut pengukuran berdasarkan Kuasa-Nya.

Dengan kata lain, Qada dan Qadar ialah sebentuk ketetapan yang mempunyai ukuran. Iaitu apabila seseorang itu lahir, ianya telah ditetapkan untuk beberapa perkara mengikut ukuran yang ditetapkan juga. Setiap manusia memiliki DNA yang mana DNA yang diberikan oleh ibu dan ayah orang itu telah di"ukur" mengikut ketetapan tertentu dan kod-kod DNA yang menetapkan bagaimana manusia itu hidup telah wujud dalam DNA itu iaitu dengan kata lain perjalanan manusia telah "ditetapkan" atas DNA seumpama sebuah filem yang dimainkan di TV yang mana jalan ceritanya adalah berpunca dari rakaman dan mainan sekeping CD yang punyai kod-kod digital di dalamnya, jika CD itu cerita bisnes, maka TV akan memainkan cerita bisnes. Contohnya, seorang individu lahir sebagai usahawan sebab telah ditetapkan sebagai usahawan dalam DNA beliau dan ukuran kekayaannya adalah RM2 bilion ringgit. Ada juga individu yang telah ditetapkan sebagai usahawan tetapi ukuran kekayaannya pula RM10 juta ringgit. Jadi, setiap orang punyai ketetapan dan punyai ukuran kepada ketetapan itu. DNA adalah satu perkara yang sangat penting untuk memahami perjalanan hidup manusia kerana DNA adalah "blueprint" untuk manusia itu membesar seumpama "blueprint" untuk sebuah bangunan baru.

Apabila dilihat konteks ini, Qada Qadar ialah ketetapan yang mempunyai ukuran dan ukuran adalah sebentuk pengiraan sepertimana mengira bilangan atau kuantiti. Dengan kata lain, ketetapan manusia boleh diukur atau dikira menggunakan kaedah pengiraan iaitu matematik. Nampaknya, matematik digunakan untuk mengenali ketetapan hidup manusia. Kerana itulah, manusia mengkaji selama ribuan tahun dan akhirnya muncullah ilmu numerologi (kajian nombor).

Oleh itu, kajian penyelidikan tentang nombor kepada kelakuan manusia seperti kajian penyelidikan angka tarikh lahir dibuat untuk mencuba berikhtiar mengukur ketetapan manusia. Ini disebabkan setiap manusia lahir tanpa kertas spesifikasi seumpama sebuah kereta yang keluar dari kilang memiliki spec sheet (brosur spesifikasi kereta). Apabila kajian penyelidikan pola-pola nombor tarikh lahir seperti kaedah Pola Nombor 3 Serangkai di dalam Kaedah Astronumerologi Dinamik dibuat, ianya seolah-olah menceritakan tentang perjalanan hidup manusia. Dengan mengetahui serba-sedikit ketetapan hidup, kita boleh bertindak dengan baik sebab sudah ada panduan.

Namun, Tuhan Maha Kuasa, manusia tidak dapat menggunakan model matematik yang bersifat logik untuk mengukur semua ketetapan kerana Tuhan membenarkan manusia untuk membuat PILIHAN dengan kata lain terdapatnya peluang untuk model matematik yang berasaskan logik itu (iaitu 1+1=2) menjadi anjal (1+1 = tidak semestinya 2). Oleh itu, sukar untuk manusia mengukur ketetapan manusia dengan tepat menggunakan model matematik logik semata-mata.

Kerana itulah, mempelajari Kaedah Astronumerologi Dinamik adalah penting untuk mengetahui ukuran POTENSI yang anda miliki dan kemudian membuat PILIHAN untuk berusaha memperbaikinya, mencegahnya atau meningkatkannya. Umpama sebuah padang bola yang mempunyai ukuran padang bola dan akan kekal sebagai padang bola, tetapi padang itu boleh menjadi sebuah tapak kompleks membeli belah jika pemilik padang itu MEMILIH untuk membuat perubahan setelah mengkaji POTENSI yang dimiliki oleh padang itu.

Oleh itu, kaedah Astronumerologi Dinamik bukanlah untuk menilik nasib atau mengubah nasib tetapi adalah untuk memberi peluang kepada manusia mengenali parameter (daripada pengiraan) atau dengan kata lain POTENSI berdasarkan ketetapan beliau dan seterusnya menjadikan potensi itu lebih terurus (sama ada ikut secara lurus ketetapan yang telah ada dengan lebih berkesan atau berikhtiar untuk membuat jajaran atau pembetulan, pencegahan dan sebagainya). Jika anda ada sebuah padang bola dan anda tahu padang itu ada masalah rumput dan sebagainya, maka anda membuat pembaikian lebih awal.

Jangan lepaskan peluang untuk mempelajari kaedah ini untuk meningkatkan POTENSI anda! Memahami perjalanan hidup anda secara matematik tetapi menggunakan pemahaman itu untuk menjadikan perjalanan hidup anda lebih berkesan. Memahami ketetapan menjadikan anda lebih redha dan rapat dengan Tuhan kerana anda tahu anda lemah di sisi-Nya kerana anda perlukan-Nya untuk hidup atas ketetapan anda itu (Qada Qadar anda) dan perlukan bantuan-Nya. Dengan redha atas "ketetapan" anda itu, maka anda menjadi lebih beriman dan tahu strategi-strategi untuk menjalani kehidupan dengan lebih redha dan berkesan tidak buang masa sia-sia.


E-BOOK

Tawaran membeli e-book masih dibuka untuk mendapatkan buku KUASAILAH DIRI ANDA edisi 2 (edisi lama). Edisi 3 yang baru mungkin Jun depan. Harga RM10 setiap tajuk. Bayaran bank in Maybank 512464228716 (Eddy Rosyadie), selepas bank in, sila emailkan (qmas304@streamyx.com) maklumat NAMA, TARIKH LAHIR, JAM LAHIR dan NEGERI LAHIR sert nyatakan tajuk-tajuk yang diperlukan;

1. Tafsiran Pola 3 Serangkai.

2. Kaedah Kitaran Tahunan

3. Kaedah Graf Hayat 12 Zon (graf hayat percuma diberi)

4. Kaedah Tafsiran Nama (2 perisian percuma diberi)

5. Kaedah Tafsiran Zodiak

6. Kaedah Mengira Arah Kejayaan.

BUKU CD GRAF HAYAT

Ramai peserta bertanyakan tentang perisian untuk membuat graf hayat / graf morfomatik. Saya tidak boleh berikan percuma kerana perisian itu ada hakcipta dan untuk menghormati guru saya yang mencipta CD itu, ianya ada dijual dalam bentuk CD beserta sebuah buku. Namun, harga buku itu adalah RM100 kerana cetakannya terhad susah nak dapat dan saya difahamkan kuantitinya sudah tinggal sedikit. Jika ada sesiapa berminat untuk mendapatkan buku itu, sila bank-in Maybank 512464228716 (Eddy Rosyadie) dan selepas bank-in emailkan NAMA, ALAMAT dan NO HANDPHONE untuk proses penghantaran (mungkin ambil masa 2-3 minggu untuk kumpul tempahan bagi pembelian secara pukal).

KURSUS
Kursus Potensi Usahawan Pola Perniagaan - 15 Feb di Larkin

mengetahui dan mempelajari teknik-teknik meningkatkan prestasi sebagai usahawan dan membangunkan perniagaan dengan berkesan - kaedah Statik dan Dinamik untuk Sifat, Masa, Arah, Kitaran dan Gabungan.


satu-satunya modul di dunia kini!

RM200
9 pagi - 5 petang
Daftar di sana jam 8.30 pagi bawa maklumat jam lahir

Alamat: Caliphs Management, No 1-02, Impian Business Park, Jln Dato' Jaafar 1, Taman Dato' Onn, 80350, Larkin, Johor.

Berminat SMS taip LK (nama) ke 0162379856



Kursus Graf Morfomatik Graf Hayat - 1 Mac di Setiawangsa.

mempelajari dan mengetahui potensi perjalanan hidup sepanjang usia berdasarkan "spesifikasi" hidup serta menjelaskan fenomena kehidupan seperti rezeki, jodoh, kesihatan, kerjaya, hartanah, masa susah, masa senang, kenapa sukar berjaya dan sebagainya. Membaca graf ini memberikan anda kelebihan untuk membuat persiapan dalam kehidupan menghadapi masa senang atau susah akan datang.

RM150

9 Pagi - 5 petang
Daftar 830 pagi bawa maklumat jam lahir


1 Mac di Pejabat Setiawangsa - dekat stesen LRT Setiawangsa.
Keramat Business Park, Depan Desa Hussein Onn.
Berminat SMS taip GM (nama) ke 0162379856


Konvensyen Sains Metafizik Ke-2: 15 Mac di Hotel Carlton Holiday, Shah Alam

RM50

9 pagi - 5 petang

Daftar 8.30 pagi bawa maklumat jam dilahirkan.

berminat SMS taip KM (nama) ke 0162379856

Pertemuan istimewa untuk semua bekas peserta kursus dan pelanggan konsultansi serta individu yang belum pernah mengetahui kaedah ini untuk mempelajari dan mengetahui penemuan kajian terbaru seperti;

1. Petak Digit Tarikh Lahir

2. Petak Digit Pendua Tarikh Lahir

3. Kitaran Petak Digit Pendua

4. Kitaran Harian, Nombor Handphone, Plet Kereta dan Alamat Rumah.

5. Pola-pola terbaru seperti tafsiran baru pola 38, Widowed Star dan lain-lain.

Istimewa: Preview Perlakuan Harian (pengasas: Encik Yuswan Yusof). serta temui para konsultan Kelab Sains Metafizik (EMR)

Terdapat juga pameran-pameran Kesihatan, Kewangan dan Kecantikan serta Kerjaya.

juga, kemungkinan besar PELANCARAN BUKU CINTA,JODOH & PERKAHWINAN (mungkin dijual pada harga RM19.90).

Harap Maklum.














posted by eddy Rosyadie Mohd Samsury @ 10:27 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

About Me


EDDY ROSYADIE MOHD SAMSURY

(Perancang pengurusan Hala
Tuju Hidup)
Penulis Kolumunis `Mingguan Wanita `Penulis buku `CJP`
Email:
qmas304@streamyx.com

http://eddyrosyadi.weebly.com

Previous Post
Archives
ADMIN BLOG EDDY


ARY
Phone :012 902 6972
my facebook

محمد أشعري عبد الرزاق

Reka Lencana Anda
CONSULTANT 

Zaini ahmad 
     019-2676727
Azli Shah            012-3127296
Nor Azlina            019-3869011
Dr Aniza              019-2438151
 

FORUM CHAT

Template by

image link to web design website

Provided by website design company .

 

widgeo.net

Site Meter
Blogger Templates