waktu malaysia
 
galeri gambar
 
tempahan online


TEMPAHAN ONLINE

iklan

 





 

jadual  kursus/Seminar
BULAN KURSUS/SEMINAR
Kursus
 
dipejabat
Meru, Klang

sesi Consultant
No 69, Tgkt 2, Jalan Besar, Pekan Meru
(Atas Bank BSN depan RHB Bank)
iklan tajaan

 

 

 




 

Thursday, June 2, 2011
Networking untuk Kejayaan
Assalamualaikum & $elamat $ejahtera, Salam 1Malaysia & 1Nusantara.
dari Cikgu A-D, pengasas Teknik Metafizik Pernomboran dan Graf Dinamik
.
“The richest people in the world look for and build networks; everyone else looks for work” – Robert T. Kiyosaki.
.

.
.
.
.
.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
.


Tahun 2011 adalah tahun pelaburan, tetapi sejenis pelaburan hingga RM200 juta telah menjadi berita hangat kini. Daripada nama syarikat, di dapati ada angka 456 iaitu dunia kewangan, 279 iaitu tarikan pelaris. Dalam kaedah pernomboran biasanya angka 735 DAN 495 di dapati dalam kes "putar alam" (muslihat, penipuan seumpamanya). Jadi, jika anda berurusan dengan syarikat atau individu yang ada 2 pola tersebut, sila hati-hati. Di sini bukanlah nak menuduh atau menilik setiap orang atau syarikat yang ada 2 pola tersebut adalah penipu, tetapi eloklah beringat dan dalamilah sesuatu perniagaan dengan betul.

.

Bila tengok balik kes-kes Bank Negara memang tidak disangka terdapat banyak syarikat telah dihadapkan mahkamah atas akta BAFIA dan AMLATFA... itu belum yang dah lari sebelum ditangkap. Syarikat hartanah, produk seramik dan tentunya emas dan pelaburan bermacam-macam modus operandi. Jadi, kini agak sukar nak percaya dengan tawaran-tawaran "pelaburan".

.

Sebelum ini cikgu A-D pernah mempromosikan beberapa syarikat atas dasar membantu rakan/ klien, namun semuanya tak bertahan lama kerana pelbagai masalah malah ada yang ditangkap Bank Negara. Kerana itu cikgu A-D kini tidak lagi promosi mana-mana syarikat perniagaan persendirian. Tidaklah semua perniagaan tidak baik namun syarikat perlu patuhi peraturan Bank Negara yang agak ketat. Jadi jika anda bercadang membuka syarikat berasaskan networking, sila rujuk Bank Negara tapi biasanya perlukan modal besar, difahamkan setiap syarikat jualan langsung perlu ada deposit sekurangnya RM1 juta... jadi bukan mudah untuk membina dan mengekalkan serta meningkatkan perniagaan jika belum cukup mahir dalam aspek perundangan perniagaan.

.

Banyak kata-kata motivasi luar negara mengatakan jika mahu berbisnes perlu terus berjuang dalam jatuh bangun, tapi lain negara lain perundangannya maka lain cara permainannya. Kadang kala di negara kita ini belum naik dah jatuh! Oleh itu, dalam perniagaan, bukan sahaja 4P (people, plan, price, product) tetapi ada P yang lain iaitu Perundangan, Percukaian, Peningkatan Kos, Pengurangan Subsidi dan macam-macam P lagi... nak jadi businesman/ businesswoman berjaya bukan mudah, tetapi boleh mudah dengan strategi yang betul.
.
.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
.
Cikgu A-D baru terima panggilan dari seorang klien yang bertemu di sesi Klinik Konsultansi Bergerak di Juru, Pulau Pinang lalu. Menyatakan kesyukuran dan terima kasih kerana kini telah mendapat tender katering/ kantin berterusan dengan mudah. Beliau menggunakan kaedah tarikh dan waktu berdoa kekayaan - beliau berdoa ketika kebetulan sedang satu seminar diadakan dan beliau sibuk menguruskan katering - beliau berdoa untuk mendapatkan tender sebanyak mungkin walaupun tak menang tangan dari sesiapa pun!. Selepas tamat majlis dan dalam perjalanan pulang ke rumah, beliau dapat panggilan untuk buat katering lagi dan berterusan menjadi peluang. Kini sibuk menguruskan katering di beberapa bandar di Utara. Cikgu A-D berpesan untuk beliau kumpul modal nanti berdoa kekayaan superpowerweatlh pada 4 Julai, mudah-mudahan dapat projek mega maka adalah modal pusingan dan seumpamanya.
.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------- .
Dapatkan majalah Sukses Bil 16 terbaru dengan cover depan En. Azman Bidin, jutawan MLM. Cikgu A-D pernah dipanggil untuk datang ke rumahnya di Bukit Jelutong, Shah Alam bagi satu sesi konsultansi tahun lepas. Beliau adalah upline dan mentor kepada Sdra Nor Edie, menyatakan kehairanan kenapa sdra Nor Edie boleh cepat naik rupanya ada kaedah tersendiri, salah satunya kaedah pernomboran. Dalam sesi konsultansi, graf hayat beliau sedang naik dan sedang dalam kod Virtuous Star (kekayaan) padanlah jutawan. Menggunakan kaedah pernomboran untuk membuat strategi-strategi baru untuk produk baru dan sebagainya. Kebetulan dalam salah satu bisnes kad beliau ada pola 246 dunia pendidikan dan memang betul beliau ada perancangan untuk kerjasama usahawan di IPT seperti UiTM dan sebagainya.
.
.
.
.
.




-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------.
Juga, dalam majalah Sukses itu tentunya ada artikel tentang sdra Nor Edie. Tengok Honda putih tu. Yang penting, nombor plet kereta tu cikgu A-D yang bagi!

.

Bagi meneruskan kejayaan beliau kepada semua, maka cikgu A-D bercadang untuk menganjurkan kursus Pola 729 Juara Jualan di Parit Raja, Batu Pahat pada Julai nanti. Kursus yang pernah dihadiri oleh beliau di JB pada 2 tahun lalu membuahkan hasil. Tapi kali ini kursus terbaru lebih mantap dengan pelbagai teknik terbaru, termasuk percuma software pengiraan graf prestasi harian ciptaan cikgu A-D. Yuran RM350 akan diumumkan kelak.
.

.

.


.

.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------.





























.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

.

Cikgu A-D dijadualkan ke China pada 14 Jun – 30 Jun, sekali lagi! Projek ini dah bertahun bertangguh dan tahun 2011 ini sahaja dah 3 kali bertangguh. Tahun 2011 arah dari KL ke China adalah Timur Laut yang mana arah Timur Laut adalah 8 Tekanan – kebetulan? Alamat organisasi di sana adalah 53 (iaitu 8) dan kod firma adalah F8. Terletak dekat lebuhraya S38.
.
Wabak Penyakit 2011: Seperti tertulis dalam satu kitab bahawa tahun 2011 berpotensi masalah kemarau dan wabak penyakit, ini telah terjadi dengan berlakunya beberapa wabak yang kini melanda luar negara. Juga, kemarau berlaku di Timur China menyebabkan krisis air dan makanan. Jadi, kita semua di negara ini pastikan mengamalkan hidup sihat dan berjimat dalam sumber bekalan.
.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

.
SUCCESS: satu majalah yang sangat sesuai untuk bacaan individu yang mahu kejayaan dalam kehidupan. Rujuk ke laman web: www.successmagazine.com.
Majalah ini cikgu A-D beli di KLIA tempohari yang mana di dalam keluaran ini menceritakan tentang satu artikel menarik perihal “Connection” yang mana perihal bisnes yang berkesan adalah menghubungkan produk dan perkhidmatan kita dengan kehendak dan keperluan pelanggan.
.



.

.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

.
Sinambungan kepada kursus cikgu A-D pola 696 potensi bisnes menguntungkan, anda perlu mengetahui apakah yang menjadi pilihan kepada pembeli untuk mendapatkan produk anda?
1. Ada orang membeli kerana jenama yang telah terkenal mengaitkan nama dengan fungsinya. Contohnya, ramai orang tahu jenama Colgate untuk ubat gigi (namun, Colgate bukan sekadar ubat gigi tetapi produk penjagaan kesihatan gigi, gusi dan mulut tetapi ramai yang belum dapat ”menghubungkan” fungsi dan jenama dengan baik).
2. Ada orang membeli bukan kerana jenama tetapi kerana kepercayaan kepada produk atau kepercayaan kepada penjual (terutamanya produk baru). Walaupun produk Loreal adalah jenama terkenal, terdapat pembeli yang membeli produk tempatan jua. Satu penyebab adalah harga, tetapi peranan kepercayaan kadang kala mengatasi harga. Jadi, jika produk anda adalah produk baru, anda perlu dapatkan kepercayaan pembeli.
3. Ada orang membeli kerana produk itu sahaja yang ada fungsi yang diperlukan. Antara contoh, kadang kala pembeli mahu membeli ubat gigi di kedai tetapi disebabkan jenama Colgate sudah habis stok, maka apa jua jenama akan diambil, namun jika jenama yang tidak dikenali kemungkinan pembeli tidak mengambilnya juga. Dalam perihal ini, anda perlu pastikan produk anda dikenali fungsinya di samping jenama terkenal.
4. Ada orang membeli kerana ”perbezaan” mahupun ”hubunga”. Jika menyebut Jakel, ramai wanita tahu di mana tempatnya. Ada kelainan yang dilakukan oleh Jakel yang mana cara jualannya adalah berbeza. Antaranya, jualan potongan harga secara mengejut untuk kain terpilih dalam masa 1 jam sahaja, malah pengurusnya yang selalu muncul di iklan TV3 juga turun padang melayan pelanggan yang mana pelanggan boleh ada “hubungan” (connection) dengan apa yang mereka tonton di TV. Secara amnya, anda perlu ada ”hubungan” (connection & association) di produk anda supaya pembeli mengenali, mencari dan mendapatkan produk anda berbanding produk orang lain.
.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

.
PENEMUAN TERBARU – kajian terbaru cikgu A-D.
.
Dalam kaedah pernomboran untuk tarikh lahir versi cikgu A-D adalah mengaitkan tarikh lahir dengan keturunan, barulah lebih berkesan cara sedemikian kerana secara saintifiknya kejadian manusia tentunya berkaitan dengan genetik DNA secara keturunan.
.
Kajian dan penemuan terbaru cikgu A-D mendapati bahawa;
1. Angka paling awal dalam tarikh lahir anda menceritakan isu-isu (biasanya yang negatif) yang dilalui oleh AYAH kandung anda (atau jika anak angkat adalah ayah angkat) =
ISU AYAH
2. Angka paling hujung dalam tarikh lahir anda menceritakan isu-isu (biasana yang negatif) yang dilaui oleh IBU kandug anda =
ISU IBU
.
Objektif kajian ini: Mengenali sejarah keturunan adalah penting untuk kita memahami apa yang kita warisi daripada keturunan dan seterusnya tingkatkan mana yang baik dan ikhtiar buangkan mana yang negatif. Yang penting memahami apa yang kita wariskan secara negatif dan kita ikhtiar buangkan sejarah ulangannya (break the cycle).
.
Contoh individu yang lahir pada 8.2.1985;
Angka 8 merujuk kepada ISU AYAH manakala angka 5 merujuk kepada ISU IBU
.
Untuk ayah individu ini terlibat dengan perihal tanggungjawab (8). Kemungkinan besar si ayah adalah anak sulung yang juga memiliki ahli keluarga dan adik beradik yang ramai yang beliau perlu bawa tanggungjawab besar, maka telah melalui tekanan dan bebanan termasuk tekanan dalam kewangan. Manakala si ibu pula menghadapi pelbagai cabaran (5) dalam membantu si ayah yang mana juga membantu dalam pelbagai perkara untuk mencari pendapatan. Oleh itu, individu yang lahir 8.2.1985 perlu membuat sesuatu tindakan yang lebih positif dalam hidupnya, menggunakan konsep ABC versi cikgu A-D iaitu;
A) Aware – Sedar – Individu ini perlu sedar bahawa beliau dilahirkan ke dunia ini sebagai seorang yang perlu pikul tanggungjawab maka uruskan tanggungjawab dengan baik dan positif. Beliau juga perlu sedar bahawa perubahan-perubahan dalam hidup adalah cara semulajadi dalam kehidupan.
B) Balance – Seimbangkan - Cari jalan untuk memikul tanggungjawab dengan baik, jika tidak individu ini mengulangi jalan kehidupan yang perit. Seimbangkan tanggungjawab orang lain dengan diri sendiri jua. Juga seimbangkan perubahan mengikut keperluan.
C) Control – Selia kawal – mengawal diri dan emosi supaya tidak menjadikan tanggungjawab menjadi bebanan. Amalan ibadat dan zikir, pemulihan seumpamanya digunakan untuk kawal diri kita manusia yang lemah ini.
.
Apakah angka ISU AYAH dan angka ISU IBU anda? Hantarkan maklumbalas anda ke qmas304@streamyx.com. Satu workshop khas akan dianjurkan nanti untuk membincangkan perihal ini.
.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------.
GERHANA BULAN 15 Jun 2011: Seperti biasa, dalam kaedah metafizik, gerhana bulan adalah simbol untuk kita “keluar” dari satu “dunia” atau kehidupan. Selama ini hidup kita susah, sukar seumpamanya, maka gunakan Teknik Gerhana sebagai satu ikhtiar untuk “keluar” daripada kehidupan sedemikian. Mereka yang telah pelajari Teknik Gerhana sebelum ini serta mereka yang telah pelajari Teknik Pola 38 bolehlah mengamalkan ilmu pembelajaran. Semoga anda berjaya “keluar” dari perangkap kehidupan yang susah selama ini.
.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------.
Rancangan Jadual Kelas Cikgu A-D pada Julai 2011;
09 Julai – Setia Tropika, Kempas, JB – Kursus Asas Pernomboran Tahap 1.
10 Julai – Larkin, JB – Sesi Klinik Konsultansi Bergerak
16 Julai – Meru - Workshop Pernomboran RM50: Teknik Arah Dalam Rumah/ Pejabat
17 Julai – Meru – Sesi Klinik Konsultansi Bergerak
23 Julai – Batu Pahat – Kursus Pola 729 Juara Jualan
24 Julai – Batu Pahat - Kursus Pola 38 Bahagian 1.
30 Julai – Meru - Workshop Graf Hayat RM50: Teknik Tahun, Bulan & Hari Graf Hayat
.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------- .
KURSUS DATO’ DR ROSLIZAM26 Jun.
Bersama Ybhg Dato' Dr Roslizam
"Fast Track to Kaya Bertuhan"
Hubungi: 016 206 3496
.
Double klik untuk besarkan imej



.













.

.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------- .
MAJLIS DOA KEKAYAAN SUPERWEATLHPOWER 4 Julai.
PROGRAM DOA BERDOA KEKAYAAN SUPERWEALTHPOWER kembali lagi!
Kali ini ada power kekayaan! Jom, mari kita ikhtiar bersama berusaha ke arah kekayaan.
Main Structure (Diri) : Virtuous Star – Jutawan.
Great Treasurer + Great Martial Artist – Dapat projek-projek mega.
Great Entertainer + Great Mediator – Berterusan dapat kejayaan dan keuntungan.
.
Kepada kaum lelaki, kalau boleh bawa seorang wanita bersama anda – isteri, kakak, ibu, adik/anak perempuan/ setiausaha/ girlfriend /tunang/ staf wanita atau ex-girlfriend pun jadi juga, kerana Great Entertainer adalah datang dari doa wanita, kalau tak ada tak pe kita kaum lelaki tumpanglah berkat mana-mana makcik yang ada kat situ nanti.
.
Pada : Isnin, 4 Julai 2011.
Tempat : Restoran mamak paling hujung di Cova Square, Kota Damansara
(berdepan Segi College / Sekolah Menengah Sri KDU)
Berkumpul : Mulai 8 malam.
.
Sila solat Maghrib di kawasan rehat Tol Kota Damansara atau di surau-surau berdekatan.
Lihat peta Google Map yang dilampirkan di sini ada kedudukan surau-surau serta kedudukan Cova Square adalah bersebelahan Tropicana Hospital (GPS: Jalan Teknologi, Petaling Jaya / Tropicana Medical Center / Sekolah Menengah Sri KDU). Jika tersesat juga, SMS ke 016 624 9666 dan anda akan dihubungi semula.
.
Tahukah anda tarikh 4 Julai adalah tarikh apa? Itulah tarikh kemerdekaan Amerika (4th of July Independent Day), dan arah berdoa pada 4 Julai nanti adalah networking ke arah Amerika sana jua. Jadi, kalau anda ada duit US Dollar, sila bawa semasa majlis berdoa nanti untuk energi kekayaan dari dunia maju.
.
Yuran : RM100 seorang
Jika hadir 2 orang pertalian darah - suami isteri, adik-beradik, anak-ibu: RM150. Kalau terpaksa bawa anak-anak kecil adalah dibenarkan.
Bank in : Maybank 512464228716 atau CIMB 12900006910522 (Eddy Rosyadie).
Selepas bank in sila SMS taip DA dan hantarkan ke 016 624 9666 (nyatakan berapa orang datang seperti DA1 untuk seorang, DA2 untuk 2 orang) sebelum 3 Julai untuk pastikan jumlah peserta nanti nak sediakan tempat makan yang cukup.
Tetamu khas : Dato’ Dr. Rosliza – pakar kewangan, pelaburan, kekayaan dan usahawan.
.
Bonus: 2 doa akan dibacakan – versi cikgu A-D dan kemudiannya versi Dato’ Dr Roslizam
.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
.
Kursus Pernomboran Asas Tahap 1 pada Sabtu, 9 Julai 2011 di Setia Tropika, Johor Bahru.
10 pagi – 5 petang.
Yuran: RM350 – pakej istimewa: nota, buku percuma, software percuma dan makan tengahari.
Anjuran sepenuhnya: Albatross Platinum Group Sdn Bhd.
Ada hotel bersebelahan tempat kursus ini.
Pendaftaran/ Pertanyaan hubungi: 019 7450580 atau 013 7777902 atau 013 7778774.
.
Kandungan kursus adalah seperti berikut. Kursus ini sesuai untuk individu yang baru mula mengetahui/ baru mahu menggunakan kaedah pernomboran atau individu yang belum mengambil kursus asas sebelum ini serta individu yang mahu tambahan pengetahuan. Dijemput warga Johor sekitarnya untuk hadir, juga individu dari negeri lain juga dijemput hadir sama.

1. Kenali Angka Asas dan Pengiraan Petak
Untuk membimbing peserta mengenali asas di dalam pernomboran.

2. Kenali Status Kewangan
Untuk membimbing peserta mengenali potensi status kewangan dalam kehidupannya.

3. Kenali Kitaran Tahun
Untuk membimbing peserta mengenali proses turun naik dalam kehidupan dan bagaimana untuk memaksimakan potensi yang baik dan mengurangkan konflik yang kurang baik.

4. Kenali Arah Kejayaan dan Tekanan
Untuk membimbing peserta mengetahui arah-arah yang sesuai atau konflik dan teknik bagaimana untuk memaksimakan setiap arah.

5. Kenali Pola Potensi (Asas)
Untuk membimbing peserta mengenali pola potensi diri iaitu kecenderungan kepada fenomena atau kelompok tertentu.

.
$alam Kejayaan,

Cikgu A-D

Rakan Konsulantan Organisasi, Bisnes dan Kehidupan Anda.






.










.
posted by eddy Rosyadie Mohd Samsury @ 7:03 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

About Me


EDDY ROSYADIE MOHD SAMSURY

(Perancang pengurusan Hala
Tuju Hidup)
Penulis Kolumunis `Mingguan Wanita `Penulis buku `CJP`
Email:
qmas304@streamyx.com

http://eddyrosyadi.weebly.com

Previous Post
Archives
ADMIN BLOG EDDY


ARY
Phone :012 902 6972
my facebook

محمد أشعري عبد الرزاق

Reka Lencana Anda
CONSULTANT 

Zaini ahmad 
     019-2676727
Azli Shah            012-3127296
Nor Azlina            019-3869011
Dr Aniza              019-2438151
 

FORUM CHAT

Template by

image link to web design website

Provided by website design company .

 

widgeo.net

Site Meter
Blogger Templates