waktu malaysia
 
galeri gambar
 
tempahan online


TEMPAHAN ONLINE

iklan

 





 

jadual  kursus/Seminar
BULAN KURSUS/SEMINAR
Kursus
 
dipejabat
Meru, Klang

sesi Consultant
No 69, Tgkt 2, Jalan Besar, Pekan Meru
(Atas Bank BSN depan RHB Bank)
iklan tajaan

 

 

 




 

Wednesday, April 20, 2011
Sinar pengharapan kejayaan
PENEMUAN TERBARU: GRAF HAYAT ANDA BOLEH DIBACA UNTUK TAHUNAN, BULANAN, HARIAN DAN JAM!











.
.
.
Foto Cikgu A-D di China (April 1- 20) Shanghai, Hangzhou & Zhangjiagang





















.
.
.



















.
.
.























.
.
.






















.
.
.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
.
Assalamualaikum... Ni Hao Ma… apa khabar dari Shanghai, China!
.
Cikgu A-D sebenarnya berada di China dari 1 April hingga 20 Apriluntuk membantu satu organisasi dalam persiapan untuk program audit sistem pengurusan kualiti (berkaitan FDA, Quality System Regulation – Amerika Syarikat yang akan datang audit organisasi tersebut pada bulan Mei nanti – mereka yang terlibat dalam industri produk kesihatan dieksport ke Amerika tentu tahu sistem tersebut). Cuaca di sana sejuk: 10 – 20 C.
.
Seperti yang Cikgu A-D beritahu sebelum ini, Cikgu A-D berada di dalam bidang Sistem Pengurusan Kualiti (Quality Management System) dan daripada 13 tahun pengalaman dalam bidang itu digunakan untuk bidang Sistem Pengurusan Halatuju Hidup dan Perniagaan (iaitu Kaedah Pernomboran dan Graf Dinamik) kini. Oleh itu, pendekatan Cikgu A-D berbeza dengan tenaga pengajar lain kerana bidang Cikgu A-D adalah berkaitan sistem, produktiviti, peningkatan dan seumpamanya, lebih teknikal dan menggunakan data, audit dan seumpamanya.
.
Cikgu A-D akan ke China lagi pada 15 Mei – 5 Jun untuk fasa terakhir projek tersebut, oleh itu semua jadual temujanji atau kursus dalam tarikh tersebut di TANGGUHKAN selepas 5 Jun. TEMUJANJI PADA 14 DAN 15 MEI DI KOTA TINGGI DAN JOHOR BAHRU DITANGGUHKAN.
.
Blogspot tidak akan diupdate pada waktu tersebut. Email dan SMS akan lewat dijawab dan panggilan telefon tidak akan diangkat (sila email jika ada perihal penting).
.
Untuk makluman, Cikgu A-D tidak dapat kemaskini blog semasa di China kerana laman Blogspot dihalang (blocked) oleh kerajaan China, begitu juga laman Facebook, YouTube dan banyak lagi laman tak dapat dilayari. Syukurlah kita di negara Malaysia boleh akses kepada semua apa jua laman web tanpa batasan yang baik atau yang buruk, nak tulis apa saja dalam internet pun boleh, jadi tak salahkan kerajaan 100% perihal kebebasan bersuara… ada batasan perlu dibuat, ada fleksibiliti perlu diberikan… cikgu A-D juga kesukaran untuk email streamyx kerana berbeza sistem. Jadi mohon maaf jika ada email atau SMS yang lewat dijawab. Walau bagaimanapun, baru-baru ini didapati ada satu sistem untuk buang blocking tersebut tetapi perlu membuat bayaran dan beberapa perisian percuma juga didapati ada di pasaran yang boleh membuka halangan tersebut.
.
TAHUN 2011 TAHUN PELABURAN: seperti yang cikgu A-D dah bilang banyak kali tahun ini tahun pelaburan dan tentunya tahun kekayaan kepada mereka yang memahaminya;
1. Pada 15 April 2011, harga emas pecah rekod USD1486 per auns di US.
2. PHB telah beri dividen dan akan tambah dana untuk AHB (Amanah Hartanah Bumiputera).

WAKTU BERDOA KEKAYAAN: MALAM JUMAAT ! MALAM BERKAT !
Pada 28 April 2011 bermula jam 7.30 malam – 9.30 malam
(maghrib ke Isyak)
(untuk rakan-rakan di Sabah dan Sarawak adalah 7 malam – 9 malam)
Sama ada anda saudara beragama Islam atau rakan bukan beragama Islam, ambil kesempatan ini untuk berdoa kekayaan, mudah-mudahan kayalah anda.
.
DIMINTA KEPADA SEMUA PEMINAT METAFIZIK UNTUK MENGANJURKAN MAJLIS DOA SELAMAT PADA 28 APRIL TERSEBUT. Sama anda di rumah anda atau di masjid/surau (jamuan kecil-kecilan untuk para jemaah pun ok). Pastikan anda bersama atau boleh wakilkan jemaah untuk doakan anda semasa atau selepas waktu solat maghrib tu untuk anda kaya, mewah, bebas hutang, sihat, bahagia dan sebagainya. Yang penting, ghoyat ore kelate: I love pitih!
.
Jika pada malam itu berlaku hujan di tempat anda, sila tadahkan air hujan tersebut (pastikan ditapis bekas dengan kain) kerana petua orang tua-tua, air hujan malam jumaat banyak berkat. Teringat dulu semasa di sekolah SEMSAS, Kuantan, cikgu A-D selalu kumpul air hujan untuk air penerang hati dan pernah sekali tu hujan turun semasa bacaan yasin malam jumaat dapat satu jag dan lepas tu teguk air sampai habis! Nak lulus peperiksaan air penerang hati katakan!
.
Cikgu A-D ada menyimpan beberapa botol kecil air hujan yang dikumpul pada malam Jumaat tidak lama dulu. Kebetulan tempohari cikgu A-D masukkan air hujan malam jumaat tersebut di dalam air minuman kristal dirumah (biasanya anak-anak dan cikgu A-D yang minum), kini anak sulung Cikgu A-D dilantik jadi pengawas sekolah. Kini, anak-anak cikgu A-D semua beruniform – dua orang anak PRS (Pembimbing Rakan Sebaya) dan seorang pengawas sekolah. Ciptalah rumah yang harmoni untuk anak-anak dan isteri (isteri-isteri?) serta cucu anda juga lah menggunakan teknik air frekuensi tinggi.
.
JANGAN LUPA UNTUK MEMAKAI WANGIAN HARUMAN 38 PADA MALAM TERSEBUT, nak ke masjid / surau ikutlah juga sunnah nabi saw memakai wangian.
.
PENEMUAN TERBARU SANGAT MENARIK: GRAF HAYAT ANDA ADA TAHUNAN, BULANAN, HARIAN DAN JAM!
.
Tahukah anda bahawa Graf Hayat anda boleh digunakan untuk TAHUNAN, BULANAN, HARIAN dan JAM? Semasa di China, cikgu A-D berkesempatan untuk mendalami perihal ini dan ianya boleh digunakan selari dengan graf pretasi bulanan, harian dan jam! Sangat menarik kerana anda boleh mengetahui tahun, bulan, hari malah jam berapa anda ada Vacuum Star, Blocking Star, Virtuous Star dan sebagainya! Contohnya, pada 8 April 2011 lalu, cikgu A-D dibayar elaun oleh organisasi dan sebenarnya pada bulan dan hari tersebut memang ada Virtuous Star! Jadi, menggunakan graf hayat anda boleh periksa tahunan, bulanan, harian dan jam. Untuk tahun 2011 bulan April, cikgu A-D memang ada Virtuous Star, memang bulan April ini duit lebat juga masyuk banyak, tapi ada Vaccum Star juga iaitu duit ada habis sikit pasal gila shopping kat China!
.
Menggunakan graf hayat lebih tepat kerana mengandungi fenomena (star) berbeza dengan pernomboran yang boleh berikan nombor tetapi tidak jelas sangat masalah di dalamnya. Jadi, cikgu A-D, sekali lagi adalah orang yang pertama di dunia, menggabungkan graf hayat dan pernomboran untuk mengkaji prestasi dengan lebih mendalam! Menarik, kerana anda tahu jika anda dalam kitaran teruk pada tahun berapa, bulan berapa malah hari dan jam berapa! Jadi, anda boleh buat perancangan dan strategi persediaan untuk kehidupan anda dengan lebih baik lagi.
.
Mahukah anda menjadi batch pertama yang mempelajari teknik ini? Memang telah ada pengajian sebegini tetapi dalam bahasa Cina dan sukar nak pelajarinya dalam bentuk Cina klasikal. Kini, ianya dibawakan secara moden oleh cikgu A-D untuk anda. Rasanya setakat ini cikgu A-D adalah satu-satunya orang Melayu dan orang Islam di dunia ini yang mengetahui perkara sebegini dan ianya akan dikongsi dengan anda.
.
Berminat? Jemputlah hadir ke worksyop Sabtu “Graf Hayat: Teknik Tahunan, Bulanan, Harian dan Jam” pada Sabtu 2 Julai (yuran RM50) jam 2.30 petang – 5.30 petang di Pekan Meru, Klang. Dibuka untuk individu yang pernah belajar / mengetahui Graf Hayat sahaja atau memiliki buku Strategi Menyusun Hidup Secara Graf Hayat. Pendaftaran akan dibuka pada 5 Jun nanti selepas cikgu A-D pulang dari China. Elok ditambah pengetahuan anda, jadi anda boleh jadi orang yang terlebih biasa hebat!
.
KURSUS POLA 38 PADA 7 dan 8 MEI 2011: kursus yang sepatutnya pada 9 dan 10 April lalu ditunda ke tarikh ini, menariknya kedua-dua tarikh bulan Mei ini mengandungi pola 38 dan peserta kursus akan diberikan waktu berdoa untuk pola 38 serta berkesempatan untuk bersama-sama berdoa pola 38 dengan cikgu A-D pada 8 Mei nanti.
.
Bekas peserta kursus pola 38 (JB dan Meru) dijemput hadir untuk ulangkaji RM38 sahaja pada Sabtu 7 Mei (2.30 petang – 6.30 petang) ada beberapa update terutamanya teknik pernafasan untuk anda dengar degupan jantung anda sendiri! Mereka yang baru dan berminat pelajari teknik pola 38 dijemput hadir 7 Mei (yuran RM138) dan boleh bersambung ke bahagian 2 pada 8 Mei (RM238 untuk peserta baru atau lama). Peserta 8 Mei dapat percuma sebotol wangian 38 dan CD Brainwave. Banyak latihan menarik seperti telepati handphone dan sebagainya pada 8 Mei.
.
Pendaftaran dibuka semula, jadi sila daftar semula – terbuka untuk 20 orang sahaja:
1. SMS taip TA untuk hadir 7 Mei sahaja
2. SMS taip TB untuk hadir 7 dan 8 Mei dan hantarkan ke 016 624 9666.
3. Email ke qmas304@streamyx.com
.
Untuk dapatkan flyer maklumat tentang kursus Pola 38 secara email, anda email pertanyaan ke qmas304@streamyx.com atau SMS ke 016 624 9666 (nyatakan alamat email anda dalam SMS).
.
Semasa cikgu A-D di China, banyak juga perkara “38” yang berlaku, nak kata kebetulan tak juga sebab banyak yang berlaku seperti sudah dirancang hidup kita ini menjadi mudah sahaja! Contohnya, pada hari cikgu A-D berangkat ke China, makcik yang tinggal bersama kami membantu urusan rumah sebelum ini sudah 3 bulan sakit berada di kampung, tapi tiba-tiba sihat dan datang semula ke rumah untuk bersama isteri dan anak-anak! Dan banyak lagi peristiwa “38”… jadi, mahukah hidup anda dipermudahkan, senang mendapat kejayaan dikala anda kesusahan? Maka tiada lagi Vacuum Star lah, Blocking Star lah, Gaung lah dan sebagainya. Meru, 7 Mei!
.
Pembaharuan di pejabat Meru, Klang: sebuah air-cond baru dipasang di dalam bilik kuliah (kini ada 3 unit) untuk keselesaan peserta dan sebuah unit peti sejuk mini (jenis mudahalih boleh dipasang dalam kereta) juga diletakkan di meja minuman bagi keselesaan anda untuk minuman sejuk/ ais.

.
Cikgu EddyRosyadi







Rakan Konsultan Kehidupan, Perniagaan dan Organisasi anda.







.







posted by eddy Rosyadie Mohd Samsury @ 11:26 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

About Me


EDDY ROSYADIE MOHD SAMSURY

(Perancang pengurusan Hala
Tuju Hidup)
Penulis Kolumunis `Mingguan Wanita `Penulis buku `CJP`
Email:
qmas304@streamyx.com

http://eddyrosyadi.weebly.com

Previous Post
Archives
ADMIN BLOG EDDY


ARY
Phone :012 902 6972
my facebook

محمد أشعري عبد الرزاق

Reka Lencana Anda
CONSULTANT 

Zaini ahmad 
     019-2676727
Azli Shah            012-3127296
Nor Azlina            019-3869011
Dr Aniza              019-2438151
 

FORUM CHAT

Template by

image link to web design website

Provided by website design company .

 

widgeo.net

Site Meter
Blogger Templates