waktu malaysia
 
galeri gambar
 
tempahan online


TEMPAHAN ONLINE

iklan

 





 

jadual  kursus/Seminar
BULAN KURSUS/SEMINAR
Kursus
 
dipejabat
Meru, Klang

sesi Consultant
No 69, Tgkt 2, Jalan Besar, Pekan Meru
(Atas Bank BSN depan RHB Bank)
iklan tajaan

 

 

 




 

Monday, May 24, 2010
Perjalanan Baru Mencapai Kejayaan
ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT SEJAHTERA, SALAM 1 MALAYSIA,
daripada Master / Cikgu Eddy Rosyadie b Mohd Samsury
Pengasas/ Konsultan Kaedah Perancangan Strategi Potensi dan Prestasi Dinamik
Pernomboran dan Astronumerologi - tarikh lahir, jam lahir, nama, nombor handphone, dsbnya - kitaran bulan, mingguan, harian dan jam.
.
Harga terbaru Pendant 769 kini adalah RM696 (termasuk keahlian/ ejen otomatik, kuliah percuma dan kad ahli). Juga, mendapat diskaun untuk memasuki kursus-kursus Ued2PRO yang akan datang seperti kursus 6E, Numbertech Advance dan sebagainya.
.
Terima kasih kepada ramai peminat Metafizik yang berminat untuk menjadi trainer dan telah menghantar maklumat diri ke qmas304@streamyx.com. Buat masa ini, pihak Ued2PRO mencadangkan anda menjadi ahli dahulu (dengan membeli pendant 769 anda adalah otomatik ahli dan trainer/ leader) dan dengan itu anda boleh membina network jualan anda sendiri juga. Dan pihak Ued2PRO akan membayar elaun trainer kepada anda apabila anda hantar claim ke pihak Ued2PRO (ada prosedur dan borang tertentu). Rancangan Ued2PRO adalah apabila syarikat dapat jualan yang baik, pihak Ued2PRO akan mengambil beberapa trainer tetap yang bekerja untuk pihak syarikat yang tiada kena mengena dengan pemasaran produk.
.
JEMPUTAN KE SESI KULIAH ASAS PERNOMBORAN PERCUMA DI PUCHONG PADA 6 JUN 2010 JAM 1 PETANG - 6 PETANG.
Kepada semua pemilik pendant 769 atau 969 atau 1 digit (1-9) yang dibeli daripada pihak kami, anda dijemput untuk menghadiri kuliah percuma untuk;
- mempelajari asas-asas pernomboran tarikh lahir menggunakan kaedah segitiga. Anda pelajari tentang beberapa tafsiran tambahan selain daripada kaedah pernomboran petak tarikh lahir seperti kelakuan ibu/ ayah dan seumpamanya.
- mempelajari cara-cara untuk menjual pendant / menjelaskan produk pendant kepada rakan-rakan.
- mempelajari cara-cara untuk key-in website akaun anda sendiri apabila anda memiliki networking untuk membina rangkaian dan mendapat untung bonus, komisen dsbnya.
- mempelajari pelan pemasaran dan cara-cara mendapat keuntungan dari pelan pemasaran serta cara untuk menceritakan pelan pemasaran kepada orang lain.
.
Kepada individu yang belum memiliki Pendant, tetapi berminat untuk membelinya pada hari tersebut dan terus menjadi ejen, anda dijemput hadir, bawa bayaran RM696.
.
Juga, kepada individu yang berminat untuk memiliki pendant dan berminat untuk mempelajari kaedah-kaedah di atas, anda boleh hadir tetapi ada deposit RM200 yang mana apabila anda cukup wang nanti boleh tambah untuk pakej penuh kemudian untuk menjadi ejen.
.
Setakat ini Ued2PRO telah berjaya menjana untung/ jualan sebanyak RM50 ribu dalam masa sebulan sahaja berkat kesungguhan dan tentunya pernomboran. Dan apabila program ini bergerak sepenuhnya mulai Julai ini, ianya dijangka boleh "hit" sebagai sumber pendapatan di samping memiliki ilmu pengetahuan serta dapat bahan kesihatan. Jadi, sangat berbaloi mendapatkan pakej Ued2PRO ini. Jika Ms Jenny pernah membantu menghasilkan 59 jutawan bumiputera semasa beliau mendokong tugas sebagai pengurus pembangunan perniagaan untuk satu bisnes MLM terkenal, kini misi Ued2PRO adalah untuk menjana RM10 juta jualan dan mencipta ramai jutawan lagi pada tahun 2011 nanti iaitu tahun kekayaan. Ingat, tahun 2010 adalah tahun kesihatan (pendant 769) manakala tahun 2011 pula adalah pelaburan (daripada networking) dan pendidikan (program-program pakej/pendidikan Ued2PRO yang anda boleh jual sebagai pakej - bawa kawan anda untung, kawan anda juga untung dapat pendant, ilmu dan sistem binari).
.
Untuk hadir, sila telefon Ms Jenny 0172261331 atau Ms Ginny 0124576396. Pejabat kami berada di hadapan Puteri Mart, Bandar Puteri 5, Puchong di atas Minx Hair Studio dan Pusat Perubatan Tabib China - Tingkat 2. Berdekatan dengan Giant Bandar Puteri.
.
Testimoni Pendant 769: cikgu, selepas sy memakai pendant 769,mmg banyak perubahan. saya betul-betul bersyukur dapat dipertemukan dgn cikgu dan hadir ke kursus tempoh hari (8 & 9 mei,JB)... terutama mengenai kedai saya,orang semakin ramai cikgu. saya betul-betul gembira. angka 7 networking tu mmg betul-betul ada "power"... dulu sebelum pakai pendant,setiap hari bangun pagi saya akan sakit kaki (sebab byk berjalan amik dan hantar pesanan/makanan di kedai). tapi selepas pakai pendant,alhamdulillah. sakit kaki dah tak ada. n betul-betul saya terkejut. saya tak pernah pi urut atau apa-apa. cuma lepas pakai pendant ni betul-betul saya terasa perubahannya.

melalui graf hayat tertera saya punya energi sgt rendah. saya akui mmg saya cpt letih, asyik mengantuk. tapi selepas pakai pendant,saya betul-betul bertenaga. sekarang saya boleh berada di kedai sampai pukul 12mlm sebab tak rasa penat dan tak mengantuk... saya betu-betul bersyukur.

dengan duit RM1 yg cikgu "terbagi" (wang balik selepas beli pendant) saya pun saya masih simpan. saya syg agt duit tue.. saya lekatkan didinding kedai... mudah-mudahan ada rahmat disebaliknya.

harap,saya dapat jumpa cikgu lagi... terima kasih cikgu
.

.
Mencari trainer baru: Agak lama tidak update blog kerana kesibukan masa, sekarang ini saya penuh dengan permintaan untuk buat kursus sana sini dan rasa nak pengsan dibuatnya! Rasanya sudah tiba masanya untuk bentuk kumpulan trainer baru untuk membantu saya terutamanya untuk modul asas. Jika anda sudi dan berminat untuk menjadi trainer kami (permulaan di Puchong), terutamanya untuk projek Ued2PRO nanti, sila hantar email ke qmas304@streamyx.com, sila berikan maklumat anda seperti nama, tarikh lahir, jam lahir, nombor handphone, kelayakan akademik, pengalaman kerja dan sebagainya. Setakat ini sudah ada beberapa individu yang berminat, nanti kami akan panggil anda ke pejabat kami di Puchong untuk ujibakat serta penerangan silibus, bayaran dan seumpamanya!
.
Testimoni Pendant 769: testimoni kebaikan dari penggunaan pendant 769 mula bertambah. Salah seorang pemakai tentunya Lynjb yang menceritakan bagaimana ianya membantu dalam masalah tidur serta membantu meningkatkan peluang perniagaan seperti perniagaan emas yang diceburinya kini. Kepada semua pemakai pendant 769, ada hadiah untuk anda jika anda berikan testimoni bertulis iaitu satu pendant Jade dari Korea (nilainya RM169 tetapi untuk anda percuma). Hantarkan testimoni anda ke qmas304@streamyx.com dengan menyertakan nama, nombor telefon, alamat, tarikh lahir serta gambar anda memakai pendant. Terhad kepada 10 orang testimoni sahaja!

Waktu berdoa 28 Mei: Hari Jumaat ini mempunyai pola 356, 456 dan 696 serta 729 dan 7 tengah mata angin, dikatakan bagus untuk berdoa kekayaan dan networking sepertimana 1 Mei dan 19 Mei lalu. Kebetulan jatuh hari cuti untuk beberapa buah negeri tapi yang pentingnya ialah khasiat hari Jumaat untuk orang Islam! Rakan-rakan bukan Islam juga boleh berdoa pada waktu tersebut mengikut cara kepercayaan masing-masing. Jika anda berminat untuk mendapatkan waktu berdoa tersebut yang berlaku sekitar petang, sila bank in sumbangan RM10 ke Maybank 512464228716 (eddy rosyadie) atau CIMB 12900006910522 (eddy rosyadie) dan selepas itu SMS ke 016 624 9666 atau email di qmas304@streamyx.com.
.
Dijemput kepada kaum wanita sekitar JB untuk hadir ke pejabat Lynjb (019 7556102) pada 28 Mei ini untuk bersama beliau dalam majlis membaca doa serta memulakan keuntungan perniagaan. Sila datang stand-by 12.30 tengahari (wania sahaja kerana lelaki akan solat Jumaat, tetapi sesudah sola Jumaat, para lelaki boleh juga hadir). Pada 1 Mei lalu, Lynjb telah memulakan satu bisnes baru HKY dan berdoa, kini sudah dapat lebih RM2 ribu dalam masa 2 minggu. Bayaran dibuat syarikat secara on-line, bisnes ini lebih cepat dan selamat. Pada 28 Mei ini, khasiat yang sama dengan 1 Mei dan kita akan duplikasikan kejayaan ini untuk anda pula, maka dijemput hadir untuk sama-sama mencipta kekayaan, terutamanya tahun 2011 yang semakin hampir iaitu tahun kekayaan (persoalannya, apa yang anda telah mulakan untuk jadi kaya pada 2011 nanti? Tambahlah dengan sistem HKY). Jika anda baca blog ini dan hadir (bersama kawan-kawan lagi bagus untuk mereka jadi downline anda), sila beritahu Lynjb yang anda adalah pembaca blog ini supaya anda boleh masuk dalam kumpulan saya di sana nanti.
.
Seorang peserta kursus Graf Hayat 8 Mei lalu di JB menceritakan bahawa walaupun beliau dalam graf gaung, tetapi syukur dengan usaha beliau yang rajin solat sunat Dhuha dan mengamalkan surah Al-Waqiah berserta WAKTU DOA KEKAYAAN dari saya, perniagaan beliau makin meningkat, terutama sekali apabila mengamalkan waktu doa kekayaan. Ini menunjukkan bahawa kaedah metafizik saya bukan untuk menyesatkan orang sepertimana dakwaan ramai, tetapi untuk membantu meningkatkan keupayaan anda dengan menggunakan platform agama jua.
.
Masalah Memilih Kerjaya dari Root Number: Sejak akhir-akhir ini saya menerima banyak pertanyaan - kenapa individu tidak berjaya dalam kerjaya apabila mengikut root number? Seperti biasa, saya tahu ramai orang mendapatkan pengetahuan kaedah tarikh lahir dari seminar orang lain tetapi mengadu masalah kepada saya pula... tidak mengapa saya boleh membantu tetapi perlu diingatkan bahawa tidak ramai pengamal metafizik di luar sana yang boleh menjelaskan kaedah tarikh lahir dengan lebih praktikal. Memilih kerjaya bukan sekadar dari root number semata-mata - itulah kesilapan ramai individu dan kesilapan ramai pengajar kaedah tarikh lahir.
.
Saya bagi satu contoh: seorang lelaki lahir 23.5.1979 bekerja sebagai seorang jurutera di sebuah kilang komponen elektronik. Masuk tahun 2010, dek kerana kitaran 4, beliau pun rasa terbeban bekerja di situ. Seorang kawannya yang "pakar" nombor memberitahu bahawa beliau Root 9 iaitu elemen kayu maka tidak sesuailah bekerja di kilang berasaskan elemen besi. Maka beliau ambil keputusan berhenti kerja. Kawannya kata Root 9 sesuai di bidang elemen kayu seperti perubatan atau pendidikan. Melihatkan banyak MLM produk kesihatan, maka beliau join satu MLM dengan modal yang besar. Untuk permulaan ada sambutan, lama kelamaan ianya menjadi MLM (Makin Lama Malap). Maka bermulalah masalah kewangan bertimbun-timbun dan...biasalah... ada masalah tu konsultansi dengan sayalah...
.
Sebenarnya walaupun beliau Root 9, tetapi cuba anda tengok pola-pola disekeliling iaitu pola 55166 iaitu pola BESI. Maka, sebenarnya, beliau boleh terus bekerja di kilang itu, lagipun, memanglah kitaran 4 kalau berhenti kerja akan tiada duit (sebab kitaran 4 bawahnya 3 iaitu status tiada duit). Bila diperiksa, rupanya arah pun salah! Dari rumah ke pejabat adalah arah 8, padanlah!. Jadi, tidak sepatutnya berhenti kerja dulu, mungkin boleh buat pembetulan cara lain seperti teknik pembetulan arah dan seumpamanya. Tahukah anda individu bernama Mittal adalah orang terkaya di Eropah adalah Root 9 (Kayu) tetapi pemegang syer utama kilang BESI terbesar di dunia kerana beliau ada pola 6611 iaitu pola besi. Jadi, jangan terus tengok Root semata-mata... itulah, lain kali datang ke kursus saya untuk mendapatkan penjelasan yang lebih tepat tentang pemilihan kerjaya iaitu memilih industri dan fungsi. Ramai individu / pengajar metafizik sekadar bagi anda industri tetapi tidak diceritakan arah, kitaran, mungkin graf sedang Blocking/ Vaccum Star seumpamanya. Anda pun percayakan orang lain dan andalah yang mencipta malang untuk diri anda sendiri. Belajarlah kaedah saya atau sekurangnya konsultansi (kalau tak sempat masa) untuk lihat secara jelas dan meluas. Kaedah saya adalah untuk anda mencipta kejayaan anda dengan pilihan anda sendiri dan bukannya ikut sahaja cakap orang tengok Root Number semata-mata.
.
Individu itu berkata bisnes online tak sesuai untuk dia kerana kawan dia kata dia Root 9 Kayu tidak sesuai dengan elemen api. Alahai, saya kata kalau begitu jangan beli komputer, jangan tengok TV, jangan pakai handphone (sebab handphone komponen besi dan ada elektrik elemen api), senang cerita orang Root 9 duduk di hutan Rompin sana tanam jagung... anda perlu sedar bahawa di dalam zaman sekarang ini kaitan elemen sudah bercampur-campur! Ada orang kerja di kilang besi (elemen besi) tetapi menjaga bahagian sumber manusia (elemen kayu dan air).
.
Tengok, siapa yang rugi, kini beliau kena mula balik kehidupan, dalam Kitaran 4 dan tahun depan kitaran 5 bukan mudah... katanya, saya tahu pasal cikgu Eddy dalam blog tapi tiada kesempatan nak berjumpa...kalaulah saya berjumpa cikgu Eddy dulu taklah jadi macam ni... apa nak buat, nasi dah jadi sup...
.
Menyimpan di Bank CIMB: Sebelum ini saya memang perasan, kemudian ada seseorang pernah bercakap tentangnya, lepas tu Lynjb pula bercakap, maka sahlah ini satu penemuan menarik. Kisahnya adalah wang yang saya simpan dalam bank CIMB seolah tidak terusik berbanding simpanan saya di bank-bank lain. Apabila diperiksa tarikh penubuhan bank CIMB, rupanya tiada angka 67 tidak seperti bank-bank lain yang ada angka 67! (malah ada satu bank yang ada pola 67 akan dijual kepada bank lain). Oleh itu, apalagi, jika ini ada kebenarannya, jom simpan di CIMB. Ini dah macam promote bank CIMB pulak! Tak mengapa, janji ianya boleh bantu kita jadi kaya tahun 2011 nanti, mungkin ini salah satu caranya.
.
Siapa Juara World Cup 2010? Dari kaedah pernomboran, biasanya saya gunakan pengiraan kitaran tahun dan arah berasaskan tarikh iaitu tarikh kemerdekaan. Namun, saya tidak dapatlah cerita panjang sebab England tiada tarikh kemerdekaan, lagipun tidak sempatlah saya nak periksa pola-pola lain sebab kesuntukan masa. Berdasarkan secara sepintas lalu kitaran tahun dan arah, nampaknya Slovakia menjadi juara (hmm.. boleh ke?) atau Uruguay.
.
Dari kumpulan A: France dan Uruguay tapi Uruguay melepasi peringkat seterusnya.
Kumpulan B, D, E - tiada
Kumpulan C - Algeria
Kumpulan F - Slovakia
Kumpulan G - Ivory Coast
Kumpulan H - Honduras
.
Tapi janganlah gunakan forecast ini pula sebab tidak cukup data! Ini sekadar main-main sepintas lalu...jika anda boleh kira lebih mendalam, silalah berkongsi!
.
$alam Kejayaan!
Eddy Rosyadie
Rakan Konsultan Perniagaan / Kekeluargaan Anda.
.



posted by eddy Rosyadie Mohd Samsury @ 6:38 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

About Me


EDDY ROSYADIE MOHD SAMSURY

(Perancang pengurusan Hala
Tuju Hidup)
Penulis Kolumunis `Mingguan Wanita `Penulis buku `CJP`
Email:
qmas304@streamyx.com

http://eddyrosyadi.weebly.com

Previous Post
Archives
ADMIN BLOG EDDY


ARY
Phone :012 902 6972
my facebook

محمد أشعري عبد الرزاق

Reka Lencana Anda
CONSULTANT 

Zaini ahmad 
     019-2676727
Azli Shah            012-3127296
Nor Azlina            019-3869011
Dr Aniza              019-2438151
 

FORUM CHAT

Template by

image link to web design website

Provided by website design company .

 

widgeo.net

Site Meter
Blogger Templates