waktu malaysia
 
galeri gambar
 
tempahan online


TEMPAHAN ONLINE

iklan

 





 

jadual  kursus/Seminar
BULAN KURSUS/SEMINAR
Kursus
 
dipejabat
Meru, Klang

sesi Consultant
No 69, Tgkt 2, Jalan Besar, Pekan Meru
(Atas Bank BSN depan RHB Bank)
iklan tajaan

 

 

 




 

Tuesday, October 5, 2010
Kekuatan Tenaga Dalam Untuk Kejayaan
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera, Salam 1 Malaysia, Selamat Hari Raya Aidilfitri.
daripada Cikgu/ Master EDDYROSYADI (A-D)
Pengasas Kaedah Strategi Potensi dan Prestasi Dinamik Pernomboran
Tarikh lahir, Jam lahir, nama, nombor handphone, no plet kereta, no kad pengenalan, nombor akaun bank dan segala jenis pernomboran.
Pencipta kaedah Graf Prestasi Bulanan, Mingguan, Harian & Jam, kaedah teknik kasih dua hala & petak pendua dan pentiga serta petak pembayang, kaedah Kiraan Nama, No handphone, No Kad Pengenalan, No Plet Kenderaan, Tafsiran Tambahan Graf Hayat, Kaedah CheckMate! Graf Hayat + Pernomboran, Teknik No Siri Duit 6.
.
PENGALAMAN POLA 38: Salah satu puluhan pengalaman saya berlaku pada raya ke-3 baru-baru ini. Pada jam 9 malam saya bertemu dengan saudara NazriKadir, penulis buku "Berfikir Gaya Trump" (PTS) yang juga akan menganjurkan kursus metafizik asas saya di Kuantan pada 13 November depan (nanti daftar dengan beliau ya, sila lihat flyer dibawah). Lebih kurang jam 10 malam lebih, tiba-tiba saya rasa berdebar-debar dengan kuat dan hati mengatakan kereta saya telah hilang dicuri. Sebelum itu saya parkir kereta agak jauh di satu sudut di tepi jalan dan ketika parkir terdapat beberapa kereta di situ. Setelah diperiksa, nasib baik kereta itu masih di situ tidak dicuri dan tiada apa-apa berlaku. Cuma kereta saya seolah terletak di tengah-tengah jalan yang kini gelap gelita tanpa ditemani sebarang kereta lain. Mungkin kereta saya itu "meminta" tolong ketakutan kot!. Apabila diperiksa, rupanya saya dalam waktu pola 38 ketika itu.
.
Hadirlah kursus Pola 38 di JB pada 17 Oktober (di Shah Alam mungkin Januari/ Febuari). Anda akan pelajari bagaimana membina tenaga dalaman dan menghubungkan kepada orang atau bahan milik anda. Ini boleh membantu anda jika tiba-tiba berlaku kesusahan kepada mereka atau barang itu. Tentu sekali teknik sebegini boleh membantu dalam bisnes, kerjaya malah kekeluargaan kerana anda memiliki tenaga tambahan yang membantu anda. Anda juga akan pelajari bagaimana untuk mengenali waktu pola 38 supaya anda dapat menggunakan tenaga dalaman pada waktu yang sesuai untuk lebih berkesan.
.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
.
Ayah Pin juga ada pola 38! Tapi tak perlulah anda risau akan menjadi sepertinya atau perlu jadi sepertinya jika ada pola tersebut. Individu yang ada pola 38 mesti membangunkan tenaga dalaman mereka, kali ini gunakan untuk kejayaan dan kekayaan bisnes, kerjaya, keluarga dan empayar kemewahan anda, juga keimanan dan kebajikan anda. Jika anda tiada pola 38, jangan risau, ada masanya peluang diberikan kepada anda. Untuk tahu lebih lanjut, hadirilah kursus Pola 38 di JB pada 17 Oktober nanti. Jumpa di sana.
.

------------------------------------------------------------------------------------------------- .
APA WARNA AURA ANDA?: Berita baik, pihak URDW kini mempunyai kamera fotografi aura untuk kegunaan ahli UED2PRO dan peminat metafizik. Harga sistem ini sangat mahal dan jika anda memerlukan gambar aura anda di pasaran kini harga boleh mencecah hingga RM150 sekeping. Apa kata anda mencuba memeriksa warna aura anda di tempat berikut;


1. Di Pejabat URDW di Puchong. Hubungi Admin di 016 524 7936 untuk temujanji.


2. Mencuba semasa Worksyop Sabtu 16 Oktober (Shah Alam) jam 5 petang.
.
Penjelasan tentang teknik aura dan maksud warna aura ada banyak di internet. Di sini contoh saya dan RM Fizal yang mengambil gambar aura kami sebelum dan selepas memakai Samazon Energy Booster. Untuk saya, secara semulajadi warna merah adalah dominasi, melambangkan perjuangan yang cekal dan bersemangat, mungkin kebetulan saya elemen Api. Selepas memakai Energy Booster, warna kuning dan hijau pula wujud, melambangkan keceriaan dan keseimbangan.
.
Gunakan teknik foto aura untuk memeriksa diri anda secara semulajadi dan membandingkannya semasa/selepas anda menggunakan bahan peningkatan seperti mindpower, Reiki, wangian aura, energy booster, air boom, kristal dan sebagainya, serta untuk menguji produk-produk anda.
-------------------------------------------------------------------------------------------------.
Menurut satu sumber (belum disahkan), tarikh lahir jutawan kosmetik tersebut adalah 13 Julai 1963. Bermakna tahun 2010 adalah kitaran tahun 5 (banyak halangan) dan tengah mata angin juga 5 (halangan), manakala graf harian pada 30 Ogos, tarikh beliau dilaporkan hilang adalah mata 2 (sangat rendah). Jikalau beliau masih hidup dan masuk tahun depan, beliau bukan sahaja kitaran tahun 6 (tahun rezeki) tetapi juga tengah mata angin 6 (rezeki mudah masuk), memang berlipat kali ganda kekayaan. Berbalik kepada Graf Harian beliau jatuh mata 2 pada 30 Ogos, ini bermakna jika anda ada urusan yang melibatkan transaksi besar, anda perlulah sangat berhati-hati. Memang betul tindakan beliau membawa rakan-rakan bersama namun disebabkan "tenaga harian" yang rendah, boleh menjejaskan operasi atau transaksi.
.
------------------------------------------------------------------------------------------------- .
HARGA EMAS NAIK LAGI: 2 minggu sebelum raya saya beli Emas Dinar 916 dengan Lynjb pada harga RM585 untuk 4.25 gram. Kini, harga telah mencecah RM636, dah untung banyak kat situ tak payah buat apa-apa pun duit dah bertambah. Kan saya dah kata banyak kali tahun 2011 tahun pelaburan, jadi inilah peluangnya cari pelaburan-pelaburan yang baik untuk anda jadi kaya tahun depan.
.
------------------------------------------------------------------------------------------------- .
KES MAKHLUK HALUS - KAITAN DENGAN POLA 38:


http://www.bharian.com.my/articles/Gadis_ghaib_SMSdarikubur/Article
.


Sejak akhir-akhir ini terdapat dua kes berkaitan dunia mistik dilaporkan di akhbar nasional, yang terbaru ialah kes gadis bernama Siti Balqis dan yang kedua adalah wanita bernama Puri Yusof. Tahukah anda mereka berdua ada pola 38? Menggunakan kaedah Petak Digit ciptaan Eddy Rosyadie anda dapat melihat pola/ corak 38 di situ. Lebih-lebih lagi untuk gadis Siti Balqis yang mempunyai kedua-dua pola 38 dan 459. Menyeramkan, bukan?.
.
Namun, pola 38 sebenarnya boleh digunakan dengan cara positif, itupun anda perlu dapatkan bimbingan untuk cara menggunakannya secara berkesan, tak boleh main amal apa saja ilmu, nanti anda boleh terkena pola 38 yang gila pula. Kursus pola 38 akan membimbing anda untuk menggunakan teknik pola 38 dengan cara yang betul dan positif, jangan risau, tiada amalan mistik dalam kelas saya! Teknik pola 38 kini dalam versi moden menggantikan versi lama yang banyak simbolik, upacara dan sering digunakan oleh para pendekar/ kerabat diraja zaman dahulu.
.
Jika anda dapat menggunakan teknik pola 38 dengan baik, tidak mustahil anda boleh jadi seperti gadis Siti Balqis - boleh berada di mana-mana tempat dalam sekelip mata! Nak ke London sekarang? Jom, tak payah naik kapalterbang! Ini tidak mustahil kerana kita sering dengar cerita beberapa tok guru, kiyai dan wali-wali boleh berada di Mekah tadi tapi sekarang dah ada di Malaysia (sekarang ni pun dah boleh, naik je kapalterbang pagi dari Jeddah dan petang dah sampai KL - tapi zaman dulu, ianya mustahil mana ada kapalterbang). Tapi itu memerlukan latihan yang lama dan mendalam, jadi zaman moden sekarang ini dapat gunakan teknik pola 38 untuk bisnes dah kira bagus dah tu - kita gunakan untuk jadi kaya jutawan. Di samping anda menggunakan khidmat business consultant, memiliki minda positif, dapatkan market forecasting serta menggunakan strategi metafizik pernomboran, jika anda ada tambahan teknik pola 38, ianya sangat membantu anda di dalam membuat keputusan atau melakarkan persiapan untuk sesuatu tindakan, terutama dalam bisnes. Anda gabungkanlah teknik nyata dan tidak nyata supaya anda boleh "melihat" sesuatu dengan lebih luas dan tepat.
.
Contohnya, jika anda seorang peniaga mee goreng di sebuah pasar tani pagi. Sepatutnya, sebelum anda pergi berniaga, malam itu anda perlu tengok TV tentang ramalan kajicuaca, jika esoknya cerah, rezeki anda baik, jika esoknya hujan, bisnes anda terjejas. Selepas menonton ramalan kajicuaca, kemudian lihat pula Graf Prestasti Harian untuk meneliti sama ada esok rezeki baik atau tidak atas apa halangan yang perlu anda bersedia, kalau kitaran 8 dengan tengah mata angin 5, maka bersedialah sebiji tong gas tambahan sebagai persediaan, mana tau tengah memasak gas pula habis kedai pula jauh. Selepas itu, perlulah juga berdoa kepada Yang Maha Kuasa. Kemudian, akhir sekali, gunakan teknik pola 38 sebagai penyudah untuk meningkatkan tenaga dalaman serta "merasai" suasana perniagaan esoknya. Jadi, esoknya apabila anda berniaga, maka perniagaan anda tidak merugikan kerana anda telah bersedia awal.
.
Hadirlah Kursus Pola 38 di JB (pada 17 Oktober).
.
Buat masa ini, belum ada mana-mana guru mengajar teknik pola 38, maka anda akan jadi batch pertama di dunia. Setakat ini belum ada guru lain yang boleh kami rekomen anda guna/ belajar pola 38 kerana kami risau kerana terdapat individu yang boleh "melepaskan" ilmu mereka sama ada secara sengaja atau tidak sengaja kepada pelajar-pelajarnya, jadi hati-hatilah apabila anda memilih guru untuk pelajari teknik tenaga dalaman.
.
------------------------------------------------------------------------------------------------- .
Teknik Graf Prestasi ciptaan Eddy Rosyadie: sejak akhir-akhir ini pergerakan index saham KLCI makin memberangsangkan melepasi 1,450 mata. Kebetulan Malaysia tahun ini kitaran tahun 6, jadi keuntungan itu nampak lebih menyerlah tahun ini. Menggunakan lakaran teknik graf prestasi anda dapat lihat kenaikan 3 bulan berturut-turut sepertimana carta pergerakan index KLCI.







.







Gunakanlah teknik Graf Prestasi ciptaan saya untuk kajian;
1. bulanan
2. mingguan
3. harian
4. jam
kaedah ini adalah satu teknik forecasting yang menarik iaitu menggunakan parameter tarikh lahir/ tarikh daftar. Sepertimana teknik business forecasting lain menggunakan ANOVA, Regression dan seumpamanya, business forecasting secara metafizik adalah satu cara yang unik dan mudah! Ramai client yang terlibat dalam saham dan forex menggunakan teknik Graf Prestasi, termasuk juga para usahawan MLM dan ejen insuran yang menggunakan teknik ini untuk buat presentation ataupun closing. Inilah keunikan kaedah pernomboran dinamik metafizik, satu-satunya di dunia yang anda boleh gunakan dalam dunia perniagaan dan pelaburan, tidak sekadar tahu root number semata-mata sepertimana kaedah metafizik tarikh lahir yang lain. Di sini punca ia bermula dan marilah bersama saya untuk pelajarinya.

.
Satu kelas khas akan dibuat jika ada 10 - 15 orang di tempat anda (yuran RM350 seorang percuma software2). Atau boleh datang belajar di pejabat saya (yuran RM250 seorang percuma software2). Email ke qmas304@streamyx.com.
.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------.
KELAS DI LUAR KL: pihak saya selalu menerima permintaan untuk menganjurkan kelas di luar KL/ JB seperti di Kangar, Kota Bahru, Brunei, Kota Kinabalu dan sebagainya. Namun pihak saya sering menolak kerana kami mempunyai masalah untuk mengumpulkan ramai peserta untuk tampung kos pada kursus berharga sekitar RM300. Untuk mengelakkan masalah ini, pihak saya bersedia untuk datang ke tempat anda tetapi yuran adalah RM2,000 - RM3,000 seorang (mengikut tempat) untuk tampung kos perjalanan, penginapan dan sewa dewan/ makan. Jika berminat, email ke qmas304@streamyx.com
.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------- .
Kursus Pola 38 di Johor Bahru (17 Oktober): Teknik Pola 38 adalah satu teknik meningkatkan tenaga dalaman anda, kali ini menggunakan pernomboran untuk kenali jenis tenaga dalaman dan cara berkesan menggunakan teknik tenaga dalaman menggunakan pernomboran sebagai panduan. Terdapat banyak teknik meningkatkan tenaga dalaman di pasaran seperti kuasa minda, minda separa sedar, Chakra, Reiki, Yoga, Meditasi, Tenaga Aura dan sebagainya namun ianya diajar secara umum untuk semua orang tanpa ada penjelasan tentang perbezaan setiap orang itu - daripada perspektif metafizik pernomboran, lain orang lain cara dan pendekatan tenaga dalaman. Kerana itulah ramai orang yang mempelajari teknik tenaga dalaman tidak berjaya mengamalkan teknik-teknik tersebut kerana tersalah pendekatan, waktu dan sebagainya. Kursus ini adalah kursus asas teknik tenaga metafizik dan bukan kursus kenali potensi dari pola-pola tarikh lahir atau angka-angka. Ini adalah kursus istimewa yang berbeza, pertama kali kami anjurkan. Sebelum ini kami tidak mahu dedahkan keistimewaan pola 38 kerana kesan kuasanya, tetapi kami rasa elok juga dikongsi dengan individu-individu yang memerlukannya.
.
Maaf, yuran kursus adalah RM380 dan tiada diskaun. Kami perlu kekalkan angka 38 itu kerana ada sebab berkaitan pola 38. Jika kursus berharga RM38, ianya tidak tampung kos kami, sepatutnya RM3800 lebih sempurna. Kursus ini untuk individu yang serius, bukan sekadar nak main-main belajar tarikh lahir. Kehebatan pola 38, tahukah anda pola 38 sering terdapat pada kerabat Raja, kerana itulah kursus ini bukan mainan. Terutamanya individu yang ada pola 38 dijemput hadir, tetapi yang tidak ada pola 38 pun boleh hadir juga untuk ketahui bagaimana anda juga boleh sebaris dengan individu-individu hebat yang tenaga dalamannya tinggi. Jika anda telah atau belum pelajari teknik-teknik lain di pasaran itu, sambunglah belajar di sini sebagai satu komplimentari melengkapkan pembelajaran anda.
.
Salah seorang yang mengamalkan pola 38 selama ini adalah tentunya Lynjb. Walaupun dalam gaung dan Vacuum Star, tetapi kehidupan mudah rezekinya. Individu seperti Donald Trump ada pola 38 dan dia ada berkata tentang sesuatu perkara yang menjadi kekuatan dan perniagaan beliau, ianya berkaitan dengan satu teknik pola 38 yang akan kita ceritakan nanti.
Daftar: Puan Lynjb 019 755 6102.
.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
KURSUS ISTIMEWA - Di Johor Bahru 2 hari 1 malam termasuk penginapan pada 1 dan 2 Januari 2011. Sila lihat jadual dibawah atau hubungi Puan Lynjb 019 7556102.
------------------------------------------------------------------------------------------------- .
Maklumbalas - Air Minuman AURADA: Pihak kami dengan kerjasama AURADA telah keluarkan batch pertama sampel air minuman dengan ikhtiar frekuensi tinggi iaitu gabungan air dari sumber SYABAS yang ditapis secara moden untuk kebersihan dan tingkatkan kandungan oksigen + bacaan Ayat suci Al-Quran seperti Surah Yassin, Doa Penghalau Sihir, Azan + batu kristal Calcite dan Ruby Quartz untuk ketenangan dan buang tenaga negatif. Kos perkhidmatan penyediaan air ini tinggi, malah batu Calcite + Ruby sahaja berharga RM3,500. Frekuensi tinggi adalah satu amalan baik untuk meningkatkan kesihatan sel-sel dalam badan dan dalam perubatan alternatif, untuk menghalau makhluk halus, kerana itulah individu atau tempat yang frekuensi tinggi selalunya positif berbanding individu atau tempat berfrekuensi rendah seperti dalam gua selalunya memiliki sesuatu yang negatif. Amalan sunnah Nabi saw menjamah garam sebelum makan dikatakan untuk meningkatkan metabolisma badan serta tingkatkan frekuensi dalam badan. Insyallah batch kedua yang akan dikeluarkan nanti ditambah Doa kejayaan, Doa Petunjuk serta wangian aura.
.
.
.
Peserta worksyop Sabtu lalu telah mencuba dan peserta kursus 31 Oktober (Pola Kesihatan) akan mendapat sebotol percuma. Air ini tidak dijual di pasaran umum dan hanya dibekalkan semasa kursus atau untuk edaran dalaman sahaja. Jika berminat untuk mendapatkannya dalam kuantiti kecil 500ml atau 1000 ml atau bekas besar seperti botol air 5 kg, sila hubungi Puan Zuhaida 016 2063496.
.
Testimoni peserta yang mencuba minuman ini:
"selepas minum air dan semasa minum saya da rasa tak kena gaya. Mlm saya mimpi ada budak pakai loket saya warna biru. Hari ni saya masuk wad. Rasa mcm benda nak terkeluar dr perut...its true ke kalau ada terkena sihir?".
.
Penjelasan: Fenomena sihir memang wujud. Frekuensi tinggi daripada air berpotensi bertindak dengan sel dan organ dalam tubuh badan (secara fizikal untuk mengerakkan molekul supaya lebih cergas dan membersihkan mengeluarkan toksin) dan bertindak dengan tenaga negatif dalam badan (secara mistikal menghalau sesuatu yang menumpang dalam badan anda). Ianya satu cara untuk mengenalpasti (detection) dan tindakbalas awal kepada sesuatu yang negatif dalam badan. Elok dapatkan rawatan susulan dengan pakar agama untuk periksa perihal sihir (rujuk Dr Anaz di http://www.madaniah.com/ atau Dr. Aniza Pusat Rawatan Islam An-Nisa 0192438151), serta dapatkan juga pemeriksaan kesihatan secara moden seperti scanning untuk kenalpasti potensi masalah penyakit dalam perut seperti ketumbuhan dan sebagainya.
.
Ini menunjukkan badan terdedah dengan pelbagai perkara negatif, terutama sekali peserta ini yang dalam graf hayat GAUNG (kekurangan tenaga dalaman). Ini juga menunjukkan perlunya perlindungan secara berterusan dengan meningkatkan tenaga dalaman / frekuensi tinggi dengan pemakanan dan gaya hidup sihat, berfikir positif, tenang, tabah, amalan ibadah & jariah dan ikhtiar-ikhtiar tenaga dalaman. Tambahlah tenaga dalaman anda sentiasa, sama ada anda dalam gaung atau tidak. Gunakan ikhtiar cara kami ini.
.
Hadirlah kursus Pola Kesihatan pada 31 Oktober (Shah Alam) untuk pelajari pola-pola kesihatan dan cara menggunakannya. Elok untuk semua pengamal perubatan moden/ alternatif, orang MLM jual ubat/ vitamin/ makanan kesihatan atau untuk semua orang yang mahu menjaga kesihatan - memudahkan anda kenalpasti penyakit secara mudah. Tahukah anda bahawa individu yang tiada angka 5 dalam petak Digit Tarikh lahir selalunya mengalami sakit perut? Gunakan elemen kayu untuk memelihara perut. Maklumat lebih lanjut akan diceritakan di sana nanti!
+ dapat air Aurada percuma.
+ dapat 15 botol wangian percuma.
= sihat, cergas & kaya.
.
------------------------------------------------------------------------------------------------- .
Kuiz Minggu Ini: Seperti biasa, hantarkan jawapan anda ke qmas304@streamyx.com
.
Individu yang mempunyai pola mana yang selalunya mudah terkena sihir, santau, dipukau dan seumpamanya? Pilih satu jawapan sahaja.
A. Pola 279
B. Pola 336
C. Pola 459
D. Pola 123
E. Kesemua pola di atas
F. Tiada satu pun pola di atas
G. Entah la, saya ni tak belajar lagi lah (sebenarnya jawapan ada dalam tulisan2 sebelum ini).
H. Ye ke ada pola macam tu?
.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
WORKSYOP GRAF HAYAT 16 OKTOBER: Sabtu 9 Oktober ini tiada kelas di Shah Alam dan bersambung semula 16 Oktober untuk Graf Hayat bahagian 3 iaitu tentang spesifikasi diri anda daripada 12 zon. Mengetahui spesifikasi diri anda memudahkan anda kenali kekuatan dan kelemahan diri anda dan seterusya membuat tindakan yang lebih wajar. Jika anda ada Wealth Great Strategist maka elok terlibat dalam dunia pelaburan kerana itulah diri anda berbanding anda buat macam-macam kerja yang yang bukan diri anda sebenarnya. Atau jika anda berminat sangat pelaburan tapi selalu rugi, mungkin anda bukan Wealth Great Strategist, maka apakah tindakan yang boleh anda lakukan untuk anda berjaya juga dalam pelaburan? Jumpa saya di sana nanti dan bawa graf hayat (atau sesiapa yang walk in sila bawa maklumat jam lahir atau boleh email maklumat ke qmas304@streamyx.com).
.
------------------------------------------------------------------------------------------------- .
IMAGINATIVE STAR dalam graf hayat - Delusi, Fantasi, Khayalan, Imaginasi: Akhirnya, dapatlah kita ketahui kenapa seseorang itu mengalami fenomena "delusi" seperti nampak hantu (Jangan Pandang Belakang anda!), berkhayal, cakap sorang-sorang, seolah skizofernia dan seumpamanya seperti seorang gila dan sakit mental. Apabila seseorang itu ada pola 38 dan/atau banyak pola besi, terutamanya apabila masuk graf gaung dan terkena pula tempoh Imaginative Star, selalunya berpotensi macam skru longgar "gila isim" - mudah dihantui, rasa seperti dirasuk, nampak bayangan, cakap tak betul dan sebagainya. Jadi, jika anda sebegini, cepat-cepat pulihkan dan lindungi diri anda atau ahli keluarga anda supaya mereka tidak jadi gila dan menjadi penghuni wad psikitarik / neurologi atau penghuni Hospital Bahagia. Jika pasangan anda atau anak-anak atau ibu bapa anda akan mengalami fenomena ini, maka bertindak segera. Yang positif tentang Imaginative Star adalah anda ada banyak idea dan mampu berimaginasi dengan tinggi untuk melakarkan sesuatu rancangan.
.
Untuk ketahui Imaginative Star dalam graf hayat anda atau ahli keluarga, sila hadir Worksyop Graf Hayat yang sedang berlangsung di Shah Alam (pada 16 Oktober) serta pada kursus 31 Oktober nanti di Shah Alam (Pola Kesihatan).
.
------------------------------------------------------------------------------------------------
.
MAJLIS WAKTU BERDOA KEKAYAAN JUTAWAN: SABTU 6 NOVEMBER 2010.

Eksperimen kami untuk waktu berdoa kekayaan Jutawan Segera pada 6 Febuari lalu bersama Prof Dato Dr Ibrahim dan MMP nampaknya ada kesan baik, dengan kumpulan MMP, terutamanya Prof Dato mencapai kejayaan yang besar. Kali ini, pengiraan 6 November 2010 menyamai 6 Febuari 2010, iaitu banyak angka 6 (serta angka 5 yang boleh menjadi angka 6 juga disebelahnya) dan 6 di tengah mata angin serta 6 status kewangan - memang duit je! Jadi sekali lagi pihak saya akan menganjurkan majlis waktu berdoa kekayaan Jutawan Segera pada;
6 November 2010 - Sabtu (untuk makluman 5 November adalah hari cuti umum).
Tempat: belum dipastikan tetapi kemungkinan besar di Taman Tasik Shah Alam - kita perlukan suasana air.
Masa: Sebelah petang. Oleh itu, worksyop setiap sabtu pada 6 November diganti dengan majlis ini.
.
Jika berminat, sila email ke qmas304@streamyx.com. Kita cuba menjemput beberapa individu penting untuk hadir dan mengadakan jamuan makan ringkas serta beberapa program. Yuran RM50 untuk tampung kos tersebut.
.
Bukan sahaja angka 6 di tengah mata angin yang bermaksud wang mudah masuk ke dalam diri anda, tetapi juga 4 penjuru dunia adalah arah yang baik! Barat Laut (ke Dubai, Eropah), Timur Laut (ke Jepun, China), ke Tenggara (Jakarta, Australia) dan Barat Daya (Sumatera), mudah-mudahan rezeki anda berlipat ganda dari pelbagai arah jua. Kita berikhtiar berdoa nanti dalam satu kumpulan, terutamanya bersama individu-individu yang mempunyai tenaga positif yang tinggi, sebagai ikhtiar supaya doa itu dapat dimakbulkan. Mungkin selama ini anda berdoa keseorangan dan tiada kesan secara mendadak, jadi kita cuba untuk berdoa dalam bentuk yang lebih besar. Serta teknik-teknik dan bacaan doa sepertimana yang kami buat 6 Febuari lalu.
.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------.
JADUAL WORKSYOP SETIAP SABTU DI SEKSYEN 7, SHAH ALAM:
Teruskan pengajian bersama kami di sini. Juga kesempatan untuk kita bertemu berbincang ilmu di satu sesi yang khusus. Jika anda terlepas mana-mana worksyop atau baru mahu masuk worksyop boleh saja terus menyertainya kerana setiap worksyop adalah tahap asas. Anda boleh terus walk-in sahaja tetapi elok juga daftar awal: Dr Suraya: 0123185523 setiap hari Khamis/Jumaat iaitu 1-2 hari sebelum worksyop. Walau bagaimanapun, jadual boleh berubah, jadi sila sentiasa update dengan merujuk blog ini atau Dr Suraya. Yuran worksyop adalah RM50 sahaja setiap kali worksyop, melainkan jika terdapat worksyop, seminar atau kursus khas yang berlainan harga yuran.
.
9 Oktober - tiada kelas.
.
16 Oktober - Graf Hayat Bahagian 3: Spesifikasi 12 Zon - Wealth, Spouse, Profession dan seumpamanya.
.
17 Oktober - Ahad - Kursus Pola 38 di Johor Bahru.
.
23 Oktober - belum confirm.
.
30 Oktober - worksyop istimewa - Teknik Memilih Kerjaya & Bisnes Pilihan (2 Petang - 6 petang) - pola pernomboran dan graf hayat di dalam memilih kerjaya atau bisnes yang sesuai dengan anda/ pasangan/ ahli keluarga.
.
31 Oktober - Ahad - Seminar Khas Teknik Kesihatan & Aura Dipertingkatkan (RM300) sila lihat flyer di bawah.
.
6 November - Tiada kelas tetapi diganti dengan Majlis Bacaan Doa Kekayaan - Shah Alam.
.
13 November - tiada kelas (diganti kursus Intensif Asas Tahap 1 Kuantan).
.
20 November - tiada kelas.
.
27 November - Worksyop Khas - Teknik Pola 336 Potensi Pelaburan: Pengenalan. Untuk makluman, pada tahun lepas, saya berpola 336 dan dikesempatan itu saya masuk Bursa Saham dan mendapat cek RM75,269.93, kemudian RM83,778.29 dan seterusnya RM98,981.82 (3 kali untung meningkat secara berturut-turut! Berkat teknik pernomboran dinamik) dari Bursa Saham. Di worksyop ini, saya akan berkongsi teknik-teknik secara metafizik pernomboran dinamik yang anda boleh gunakan di dalam apa jua pelaburan termasuk Bursa Saham, Forex, Unit Trust, hartanah dan sebagainya. Teknik pengiraan mudah. Kan tahun 2011 tahun pelaburan, maka ambillah peluang ini untuk pelajarinya sebelum masuk tahun 2011. .
.
28 November - Ahad - Seminar Khas Penemuan Terbaru (RM100) 9 pagi - 5 petang. Dijemput semua peserta lama dan baru untuk mendapatkan pelbagai teknik-teknik terbaru dan tambahan (update) di dalam metafizik pernomboran dinamik.
.
4 Disember - tiada kelas.
.
11 Disember - tiada kelas (kemungkinan berada di Dungun atau JB).
.
18 Disember - belum confirm
.
25 Disember - tiada kelas.
.
1 Januari 2011 - Seminar Khas di Johor Bharu - Kursus Lengkap Istimewa 2 hari 1 malam termasuk penginapan - RM3960. Daftar awal sebelum Disember 15 dapatkan diskaun RM2990 - graf hayat lengkap, teknik 966 bisnes, teknik 336 pelaburan, teknik 729 juara jualan + strategi melangkah tahun baru 2011.
-------------------------------------------------------------------------------------------------.
Kini dah tiba! teknik kuasa positif dalaman versi metafizik- gabungan teknik pola 38 dengan kuasa positif - pertama di dunia.

SEMINAR 17 OKTOBER TEKNIK POLA 38 PERNOMBORAN DINAMIK - KUASA POSITIF DALAM UNTUK CIPTA KEJAYAAN
.
klik gambar
.
untuk dapatkan flyer ini, sila email ke qmas304@streamyx.com.
.
Pada Ahad, 17 Oktober 2010
Di pejabat Lynn, Taman Tampoi Indah, JB
Daftar: Lynn 019 755 6102.

Daftar sekarang - tempat terhad 20 orang
.

.
.
.
.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
.
SEMINAR 31 OKTOBER SHAH ALAM: TEKNIK POLA KESIHATAN
Dengan kerjasama Aurada Resources
.
klik gambar.
.
untuk dapatkan flyer ini, sila emailkan ke qmas304@streamyx.com
.
.
Jadual seminar percuma 31 Oktober:
.
9 pagi - 10.30 pagi: Seminar percuma (tanpa bayaran; semua dialu-alukan tetapi tempat terhad sila daftar segera dengan Puan Zuhaida 016-2063496): Tajuk - Aplikasi menggunakan kaedah pernomboran di dalam kesihatan dan aura.
.
11 pagi - 5 petang: Seminar berbayar (RM300). Kepada yang mahu teruskan berseminar pada hari itu, teruskan bersama kami dari 11 pagi itu hingga ke 5 petang untuk belajar teknik pengiraan petak potensi & petak kesihatan, juga kenalpasti pasaran jualan, arah kejayaan, hari untung serta mengira pola kesihatan dan menggunakan pernomboran untuk menggunakan aura/teknik chakra lebih berkesan untuk kesihatan. Juga termasuk program cara menggunakan produk Auralife dengan berkesan serta pelan pemasaran. Belajar Metafizik Pernomboran Dinamik 3 dalam 1 = Ilmu + Sihat + Pendapatan
.
Maklumat Lesen AJL no 931825.
.
------------------------------------------------------------------------------------------------
.

SEMINAR PERNOMBORAN DINAMIK TAHAP 1: KUANTAN 13 NOVEMBER 2010.
.
klik gambar
.
untuk dapatkan flyer ini, sila emai ke qmas304@streamyx.com
















.
.
.
.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Webinar Percuma Secara On-line pada setiap SELASA, 9pm bersama Master Eddy Rosyadie, semua dijemput hadir, kita bertemu secara on-line di depan komputer anda di rumah anda sendiri atau di mana-mana tempat yang ada WIFI:
Daftar di http://www.urdworld.org/modules/events/event.php?eid=12

.
-----------------------------------------------------------------------------------------------

Energy Booster: Dapatkan dari Admin URD di talian 016 524 7936 - dapat produk, dapat ilmu dan dapat peluang duit!




.
.
.




-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------WORKSYOP DI SHAH ALAM SETIAP SABTU: Seperti biasa setiap Sabtu 2 ptg - 4 ptg (RM50).

Daftar: Dr. Suraya
012 318 5523.

Tempat: Brilliant Sixtyninerz Training Center, No 10a, Jalan AK7/AK, Pusat Perniagaan Bukit Raja, Seksyen 7, Shah Alam - Kawasan Perindustrian Bukit Raja Selatan. Berdepan Pharmaniaga Seksyen 7, Shah Alam dan kilang CFIW. Bersebelahan kedai Dr. Eyes. Berdekatan kawasan ICT Shah Alam.




.
.
.
.
.
.
------------------------------------------------------------------------------------------------- Berminat untuk mendapatkan nota percuma tentang cara pengiraan petak tarikh lahir dan previu keterangan tentang pola nombor kewangan? sila email ke qmas304@streamyx.com.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Tempahan Laporan Graf Hayat: berminat untuk dapatkan graf hayat anda atau rakan atau ahli keluarga dan laporannya setebal lebih kurang 9 mukasurat yang dihantar kepada anda bercetak secara pos dalam bentuk binding (keterangan graf hayat sahaja dan tiada penjelasan pola nombor atau konsultansi dibuat berasingan), sila hubungi Puan Zuhaida 016 2063496 atau email: zuha80@yahoo.com. Sila berikan maklumat nama, jantina, tarikh lahir, jam lahir, negeri kelahiran serta alamat dan poskod serta nombor telefon. Cara bayaran bank-in akan diberitahu. Harga RM70 untuk setiap individu.
.
Jika memerlukan laporan graf hayat beserta pola-pola nombor DAN sesi konsultansi 1 jam, boleh hubungi Encik Zaini Ahmad (019 267 6727 atau email:
zainifruta@gmail.com. Harga RM150 untuk setiap perkhidmatan tersebut.

.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------- .
Samazon Energy Booster:
.
Tempah sekarang di Admin URD di telefon 016 216 3796.


Testimoni: cikgu, selepas sy memakai pendant 769, mmg banyak perubahan. saya betul-betul bersyukur dapat dipertemukan dgn cikgu dan hadir ke kursus tempoh hari (8 & 9 mei,JB)... terutama mengenai kedai saya, orang semakin ramai cikgu. saya betul-betul gembira. angka 7 networking tu mmg betul-betul ada "power"... dulu sebelum pakai pendant, setiap hari bangun pagi saya akan sakit kaki (sebab byk berjalan amik dan hantar pesanan/makanan di kedai). tapi selepas pakai pendant, alhamdulillah. sakit kaki dah tak ada. n betul-betul saya terkejut. saya tak pernah pi urut atau apa-apa. cuma lepas pakai pendant ni betul-betul saya terasa perubahannya.
.
.
.
.
.
.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------- .
Salam Perjuangan dan Kejayaan Berkekalan Sepanjang Hayat Sepanjang Masa,
Cikgu Eddyrosyadi (A-D)
Rakan Konsultan Halatuju Hidup dan Perniagaan Anda!









































posted by eddy Rosyadie Mohd Samsury @ 10:44 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

About Me


EDDY ROSYADIE MOHD SAMSURY

(Perancang pengurusan Hala
Tuju Hidup)
Penulis Kolumunis `Mingguan Wanita `Penulis buku `CJP`
Email:
qmas304@streamyx.com

http://eddyrosyadi.weebly.com

Previous Post
Archives
ADMIN BLOG EDDY


ARY
Phone :012 902 6972
my facebook

محمد أشعري عبد الرزاق

Reka Lencana Anda
CONSULTANT 

Zaini ahmad 
     019-2676727
Azli Shah            012-3127296
Nor Azlina            019-3869011
Dr Aniza              019-2438151
 

FORUM CHAT

Template by

image link to web design website

Provided by website design company .

 

widgeo.net

Site Meter
Blogger Templates