waktu malaysia
 
galeri gambar
 
tempahan online


TEMPAHAN ONLINE

iklan

 





 

jadual  kursus/Seminar
BULAN KURSUS/SEMINAR
Kursus
 
dipejabat
Meru, Klang

sesi Consultant
No 69, Tgkt 2, Jalan Besar, Pekan Meru
(Atas Bank BSN depan RHB Bank)
iklan tajaan

 

 

 




 

Tuesday, August 10, 2010
Kejayaan pasti datang!
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera, Salam 1 Malaysia.
daripada Cikgu/ Master Eddy Rosyadie b Mohd Samsury
Pengasas Kaedah Strategi Potensi dan Prestasi Dinamik Pernomboran
Tarikh lahir, Jam lahir, nama, nombor handphone, no plet kereta, no kad pengenalan, nombor akaun bank dan segala jenis pernomboran
Pengasas Team NumberPower Metaphysics769




.
JODOH YANG BERMASALAH: 2 tahun yang lalu, seorang client wanita mahu bertunang, jadi bertemu dengan saya untuk "mengira" keserasian dan seumpamanya. Katanya pilihan hati itu sudah 5 tahun berkawan hidup senang dan susah bersama malah kemalangan dan masuk hospital pun bersama, dan akhirnya mencapai persetujuan untuk bertunang. Apabila pengiraan dibuat, saya dapati sesuatu yang pelik kerana kiraan menunjukkan sesuatu yang kurang baik. Namun, takkanlah kita nak suruh orang putuskan je majlis pertunangan yang sudah dirancang di kedua belah pihak. Macam biasa, saya berikan cadangan-cadangan untuk tingkatkan keharmonian dan keserasian. 7 bulan kemudian kami bertemu sekali lagi dan beliau menyatakan pihak lelaki sudah memutuskan pertunangan. Menariknya kes ini terjadi berlaku hampir di kitaran 7 iaitu kitaran kehilangan (hilang tunang!). Di dapati si lelaki terbabit dalam cinta tiga segi dengan orang lain pula. Terpaksalah saya membantu beliau untuk mengurangkan stres dan kesedihan beliau itu dan hasilnya positif beliau dapat menerima dengan baik. Tapi, apakah kesudahan berkawan dan bertunang begitu lama tetapi tidak menjadi berkahwin? Hadirlah worksyop Teknik Jodoh pada 15 Ogos RM100 jam 9 pagi - 3 petang di pejabat saya di atas BSN Pekan Meru, Klang untuk saya kongsikan pelbagai pengalaman dalam teknik jodoh untuk panduan anda atau anak-anak anda. Janganlah jadi situasi begini lagi yang memeritkan dan memeningkan anda.
.
Syukurlah saya dan isteri berkenalan 4 bulan dan kami terus berkahwin! Apabila diperiksa kini, rupanya memang dah sampai masanya! Jadi, kami tak perlu berkawan 5 tahun tapi dah melayari rumahtangga selama 17 tahun sehingga kini. Anda bagaimana? Masih menunggu dengan tidak pasti? Mari kita "mengira" dan cari jalan penyelesaian.
.
Begitu juga dengan seorang client dari Johor yang sudah berkawan 3 tahun tapi masih belum dapat mencapai persetujuan berkahwin - asyik berselisih faham dan sebagainya dan banyak halangan. Rupanya tempoh jodoh belum sampai dan kiraan menunjukkan perlunya membuat sesuatu pembetulan. Marilah belajar teknik jodoh untuk panduan anda memilih jodoh atau ikhtiar untuk melayari perkahwinan dengan baik.
.
Kenapakah kaedah ini telah banyak membantu ramai orang betulkan masalah perkahwinan? Cara kami membantu masyarakat adalah cara berbeza dan tiada kaitan dengan tilikan.
.
ARAH YANG BERMASALAH: Ada satu kes di mana seorang usahawan melabur hampir RM3 juta untuk membangunkan sebuah kilang, pada mulanya bagus tetapi lama kelamaan makin parah dan teruk hingga hampir ditutup baru sahaja 2 tahun operasi. Apabila diperiksa potensi usahawan itu adalah bagus - banyak angka 6 dan lain-lain potensi bagus. Tapi kenapa gagal? Rupanya, arah yang salah! Mungkin anda juga hidup bermasalah bukan kerana potensi tapi kerana arah yang anda pergi buat bisnes atau jualan adalah salah!.
.
Hadirlah Mini Worksyop Teknik Arah pada Sabtu 14 Ogos ini di Seksyen 7, Shah Alam RM50 jam 2 petang - 4 petang, untuk ketahui bagaimana menggunakan teknik arah secara statik dan dinamik! Di sinilah satu-satunya kaedah yang menggunakan statik dan dinamik berbanding kursus-kursus orang lain.
.
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DI BULAN RAMADAN. SEMOGA KEBERKATANNYA MELIMPAHI KITA YANG MENCARI KEJAYAAN, KEBAHAGIAAN DAN KEKAYAAN DUNIA DAN AKHIRAT DI SEPANJANG BULAN RAMADAN INI.
.
WAKTU DOA KEJAYAAN:
JUMAAT HARI BERKAT ! 13 OGOS 2010 bersamaan 3 Ramadan 1431H
Rezeki kekayaan/ keuntungan / bisnes: 3.30 petang - 5.30 petang (untuk penduduk di Semenanjung Malaysia, Singapura, Shanghai serta kawasan GMT +8 jam. Bagi penduduk di luar GMT +8 jam adalah 3.00 petang - 5.00 petang).
.
(Ujikaji) Memohon "keajaiban" berlaku dari Yang Maha Kuasa untuk Keberkatan hidup: 1.30 pagi - 3.30 pagi (Jika anda menggunakan waktu doa ini, sila maklumbalas kepada saya di qmas304@streamyx.com atau SMS ke 016 624 9666 pengalaman anda semasa/ keberkesanan selepas menggunakan waktu berdoa ini kerana saya sedang mengkaji waktu doa Lailatul Qadar).
.
Berminat untuk mendapatkan nota percuma tentang cara pengiraan petak tarikh lahir dan previu keterangan tentang pola nombor kewangan? sila email ke qmas304@streamyx.com.
.
Masalah Pulangan Keuntungan dari Perniagaan Syarikat: Sejak akhir-akhir ini pihak kerajaan telah menguatkuasakan tindakan yang lebih tegas untuk semua perniagaan yang mengandungi unsur skim secara bertingkat. Beberapa syarikat, termasuk beberapa syarikat yang dipromosikan di blog ini selama ini sama ada secara online atau bukan, juga telah disiasat menyebabkan gangguan kepada operasi syarikat tersebut dan masih belum dapat memberikan pulangan yang dicadangkan. Saya juga sebagai seorang peserta ada bertanya kepada mereka dan jawapannya diberikan adalah mereka hadapi masalah. Ada yang telah tutup sepenuhnya dan ada yang masih beroperasi seperti biasa namun perlukan masa untuk membina semula mengikut garis panduan terkini. Oleh itu, ramai peserta metafizik termasuk saya yang telah menyertai beberapa perniagaan yang dicadangkan di sini telah terjejas. Mari kita doakan mudah-mudahan syarikat-syarikat tersebut dapat bangun semula dan memberikan pulangan sewajarnya. Begitulah adat perniagaan, pasti ada jatuh bangun dan sebagai seorang yang "melabur" tentu perlu sedar risiko untung besar atau rugi besar. Jika anda adalah Vaccum Star atau Graf Gaung atau Kitaran Tahunan 1, 4 atau 7 pada tahun ini, anda tentunya merasai masalah sebegini.
.
Untuk itu bermula hari ini, pihak saya tidak lagi promosikan perniagaan-perniagaan sebegitu di sini kerana tujuan sebelum ini adalah untuk promosi dan tentunya mendapat bonus rangkaian, namun sebaliknya pula yang terjadi. Jika anda masih berminat untuk mencuba, anda bolehlah terus ke tuanpunya perniagaan di alamat perniagaan tertera.
.
Salah Arah: Baru-baru ini dalam satu sesi konsultansi, sepasang suami isteri menceritakan kepayahan dalam hidup untuk mencapai kejayaan. Setelah diperiksa dari pelbagai sudut pernomboran berdasarkan cerita pengalaman mereka, tiada di dapati perkara serius atau kritikal berlaku ketika ini. Mereka telah menghabiskan ribuan ringgit menghadiri pelbagai seminar serta mendapatkan khidmat nasihat di sana sini namun kehidupan mereka masih tidak berubah. Namun, apabila dikira arah untuk gabungan mereka berdua menunjukkan arah mereka berpindah sebelum ini adalah arah 5 iaitu arah "halangan". Barulah mereka tersedar bahawa mereka sebenarnya berada di tempat yang salah!.
.
Sebenarnya, kadang kala anda tiada masalah dengan potensi atau apa yang anda lakukan, yang menjadi masalah kepada ramai orang adalah SALAH ARAH. Itu sahaja sudah cukup membuatkan anda sukar untuk berjaya. Oleh itu, mengetahui arah yang betul sangat boleh membantu anda untuk melancarkan kemampuan potensi anda dan anda tidak perlu bersusah payah mengatasi masalah kehidupan apabila berada di arah yang betul.
.
Dijemput hadir ke Worksyop Teknik Jualan dan Networking pada 14 Ogos ini di Shah Alam (RM50) jam 2 petang - 4 petang. Di sana anda akan diberikan panduan untuk mengira arah mata angin anda secara statik dan dinamik, juga diberikan panduan untuk membaca arah menggunakan peta, sama ada peta bercetak atau digital (Google Map). Sebenarnya tidak perlu menggunakan kompas. Ramai orang masih kurang memahami bagaimana mencari arah kejayaan mereka. Maka di worksyop itu nanti akan diberikan tunjuk ajar yang betul. Sila bawa sekeping peta (dapatkan dari stesen minyak atau kedai buku atau pinjam buku Atlas/ Geografi dari anak-anak) kalau boleh peta negeri anda, untuk kita tunjukkan bagaimana mencari arah dari peta.


.
Daftar: Puan Suraya
012 318 5523.

Tempat: Brilliant Sixtyninerz Training Center, No 10a, Jalan AK7/AK, Pusat Perniagaan Bukit Raja, Seksyen 7, Shah Alam - Kawasan Perindustrian Bukit Raja Selatan. Berdepan Pharmaniaga Seksyen 7, Shah Alam. Berdekatan ICT & Jusco Bandar Baru Bukit Raja, Klang.







.
.
.
Kursus Pola 38 di Jb pada Ahad 17 Oktober 2010; 9 pagi - 5 petang. Boleh daftar dengan Lynjb (019 755 6102).
.
Dijemput hadir Worksyop Teknik Jodoh pada 15 Ogos di Meru, Klang dari 9 pagi - 3 petang. Yuran RM100 sahaja dan dapat pelbagai teknik termasuk teknik terbaru ciptaan cikgu Eddy Rosyadie untuk kenali jodoh anda dari tarikh lahir dan nama anda. Daftar: SMS taip JD dan hantarkan ke 016 624 9666. Bayaran di sana nanti. Jumpa di sana!
.

Soal&Jawab:

S: Tuan, sila berikan penjelasan tetang tarikh lahir saya 18.3.1976 (soalan secara email).
J:. Terima kasih kerana berminat kaedah pernomboran. Untuk menjelaskan tentang tarikh lahir dalam SMS agak sukar kerana pada kebiasannya untuk mengetahui perihal tarikh lahir memerlukan masa sekurangnya 2 jam (konsultansi) atau hadir seminar. Penjelasana secara SMS atau email agak sukar kerana kita perlu bersua untuk kita periksa beberapa perkara yang dikaitkan dengan tarikh lahir. Secara amnya, tarikh saudari itu mengandungi pola 933 iaitu perlu bergerak secara jangka pendek, selalunya pola ini ditemui pada para kontraktor. Namun, untuk benar-benar menggunakan potensi itu, elok berjumpa atau hadir seminar untuk disesuaikan dengan kehendak dan keupayaan saudari.


--> soalan secara SMS atau email adalah sukar untuk dijawab kerana tiada sesi perbincangan kerana perihal pernomboran perlu disesuaikan dengan beberapa perkara juga.
.

S: Saya bercadang membeli sebuah kereta, apa nombor yang bagus? (soalan secara SMS)
J: . Terima kasih berminat kaedah pernomboran. Saya perlu ketahui apakah tujuan kereta itu sama ada sekadar untuk pengangkutan biasa atau untuk perniagaan. Jika perniagaan, apakah untuk networking atau tidak.


--> soalan secara SMS atau email tanpa memberikan latarbelakang adalah sukar dijawab kerana perihal pernomboran perlu disesuaikan dengan keperluan anda. Jika anda menggunakan kereta untuk tujuan networking bisnes makanan, maka angka sesuai adalah 7294. Jika sekadar makan gaji tapi mahu dapat peluang rezeki baik/naik pangkat, mungkin 6279. Sila hadir worksyop mini pada 28 Ogos untuk ketahui teknik pernomboran dari plet kereta, nombor handphone serta nama.

Tempahan Laporan Graf Hayat: berminat untuk dapatkan graf hayat anda atau rakan atau ahli keluarga dan laporannya setebal lebih kurang 9 mukasurat yang dihantar kepada anda bercetak secara pos dalam bentuk binding (keterangan graf hayat sahaja dan tiada penjelasan pola nombor), sila hubungi Puan Zuhaida 016 2063496 atau email: zuha80@yahoo.com. Sila berikan maklumat nama, jantina, tarikh lahir, jam lahir, negeri kelahiran serta alamat dan poskod serta nombor telefon. Cara bayaran bank-in akan diberitahu. Harga RM70 untuk setiap individu.
.
Jika memerlukan laporan graf hayat beserta pola-pola nombor dan sesi konsultansi 1 jam, boleh hubungi Encik Zaini Ahmad (0192676727 atau email:
zainifruta@gmail.com. Harga RM150 untuk setiap perkhidmatan tersebut.
.
Samazon Energy Booster:

Dua hari lepas 9 Ogos, saya mengalami rasa mengantuk yang keterlaluan, apabila dilihat graf prestasi harian, padanlah, graf adalah mata 2, memang lemah badan. Yang mengusarkan ialah daripada graf prestasi harian adalah 3 hari berturut-turut (9, 10 dan 11 Ogos) graf mata 2! Jadi, saya perlukan satu booster untuk cergas, maka saya memakai Samazon Booster yang digantung di butang baju pada malam tersebut untuk dibawa tidur (saya cabutkan rantai loket yang sememangnya diberikan percuma dan gantikannya dengan seutas tali kecil untuk dimasukkan dalam butang baju). Hasilnya, esoknya saya berasa mudah untuk bangun pagi dan tidak mengantuk. Malah sempat juga "projek" dengan isteri selepas subuh (belum sarapan tu!). Anda gunakanlah booster sebegini untuk kecergasan dan kesihatan anda juga!
.
Tempah sekarang RM696 di Admin URD di telefon 016 216 3796.
.

MINI WORKSHOP POTENSI SALES & NETWORKING DI SHAH ALAM:
SETIAP SABTU 2 pm - 4 pm.
Yuran: RM50 setiap hadir kelas (RM50 x 6 = RM300)
Diskaun 10% jika bayar sekaligus (RM270)
Ahli Ads4bucks bayar RM250 sahaja untuk bayaran terus.
.
Tempat: Brilliant Sixtyninerz Training Center, No 10a, Jalan AK7/AK, Pusat Perniagaan Bukit Raja, Seksyen 7, Shah Alam.
Daftar: Puan Suraya 012 318 5523.
.
Sesi 1: 7 Ogos: Kenali Diri dari Potensi Kekayaan

Sesi 2: 14 Ogos: Strategi Arah Kejayaan
Sesi 3: 28 Ogos: Teknik Hari dan Jam Menguntungkan
Sesi 4: 4 Sept: Teknik kenali Prospek dari nama, no plet kereta, no handphone
Sesi 5: 25 Sept : Teknik Bina Downline berkesan
Sesi 6: 2 Oktober : Teknik Kumpulan Rangkaian Sentiasa Maju.
.
Workshop ini adalah tahap asas, jadi ianya sesuai untuk individu yang baru mahu pelajari kaedah ini, terutamanya menggunakan teknik pernomboran dalam bidang berkaitan sales dan networking seperti MLM, jualan, pemasaran dan seumpamanya. Juga dijemput peserta kursus lama untuk mengulangkaji/ mendalami pengetahuan. Untuk memiliki pengetahuan yang berguna untuk digunakan secara mudah dan praktikal di dalam membuat jualan, pemasaran dan rangkaian. Dengan pelajari perihal potensi yang betul, arah yang betul, hari / jam yang betul serta downline yang betul dan seumpamanya, maka perniagaan sepenuh atau separuh masa anda dapat dijalankan dengan berkesan - tidak perlu letih kejar kekayaan kerana anda tahu di mana kekayaan itu telah diletakkan untuk anda. Menariknya, setiap sesi workshop adalah modul tersendiri, bermaksud jika anda tertinggal salah satu sesi (tetapi sesi 1 wajib hadir dahulu), ianya tidak menjejaskan sesi seterusnya dan anda boleh datang ke sesi yang anda tertinggal itu pada batch seterusnya.
.
Teknik pernomboran sales dan networking ini sering saya kongsikan dengan golongan sales/ MLM seperti usahawan Ads4bucks, wang pos WHR, Avail, Luxor, Amway, Hai-O, Public Mutual, Takaful dan seumpamanya. Ramai yang telah berjaya hasil dari penggunaan teknik-teknik pilihan. Kini giliran anda pula untuk berjaya seperti mereka yang terdahulu pelajari kaedah ini... marilah dijemput datang! Jumpa anda di sana.
.
SEMINAR SETERUSNYA BERSAMA CIKGU EDDY ROSYADIE:
.
Kursus Asas Intensif di Kuantan, Pahang pada 13 November - RM350.
.
15 OGOS 2010 - Ahad (puasa)
Workshop Teknik Jodoh Secara Metafizik
RM100
9 am - 3 pm (di pejabat Meru, Klang).
berminat: email ke
qmas304@streamyx.com atau SMS taip JD ke 016 624 9666
Pelajari teknik kaji usia jodoh dari graf hayat, pengiraan tahun kahwin, kenali siapa jodoh anda dari pernomboran serta pelbagai perkara berkaitan jodoh. Sesuai untuk individu belum berkahwin, ibu bapa yang akan bimbing jodoh anak-anak dan sebagainya.
.
Salam Perjuangan dan Kejayaan Berkekalan Sepanjang Hayat Sepanjang Masa,
Cikgu Eddy Rosyadie
Rakan Konsultan Halatuju Hidup dan Perniagaan Anda!






posted by eddy Rosyadie Mohd Samsury @ 3:21 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

About Me


EDDY ROSYADIE MOHD SAMSURY

(Perancang pengurusan Hala
Tuju Hidup)
Penulis Kolumunis `Mingguan Wanita `Penulis buku `CJP`
Email:
qmas304@streamyx.com

http://eddyrosyadi.weebly.com

Previous Post
Archives
ADMIN BLOG EDDY


ARY
Phone :012 902 6972
my facebook

محمد أشعري عبد الرزاق

Reka Lencana Anda
CONSULTANT 

Zaini ahmad 
     019-2676727
Azli Shah            012-3127296
Nor Azlina            019-3869011
Dr Aniza              019-2438151
 

FORUM CHAT

Template by

image link to web design website

Provided by website design company .

 

widgeo.net

Site Meter
Blogger Templates