waktu malaysia
 
galeri gambar
 
tempahan online


TEMPAHAN ONLINE

iklan

 





 

jadual  kursus/Seminar
BULAN KURSUS/SEMINAR
Kursus
 
dipejabat
Meru, Klang

sesi Consultant
No 69, Tgkt 2, Jalan Besar, Pekan Meru
(Atas Bank BSN depan RHB Bank)
iklan tajaan

 

 

 




 

Wednesday, March 23, 2011
Jalan kejayaan yang ditujui
Assalamualaikum & $elamat $ejahtera, $alam 1 Malaysia,
$alam 1Nusantara & 1Dunia.
daripada Cikgu/ Master EDDYROSYADI (Cikgu A-D)
Pengasas Kaedah Potensi, Strategi & Prestasi Pernomboran dan Graf Statik & Dinamik - semenjak 2004.
Tarikh lahir, Jam lahir, nama, nombor handphone, no plet kereta, no kad pengenalan, nombor akaun bank dan segala jenis pernomboran.
Penulis buku "Cinta, Jodoh & Perkahwinan", "Juara Pentas", "Kuasailah Diri Anda", "Teknik Menyusun Hidup Secara Graf Hayat",
"How to Calculate Your Fortune Pattern 336".
Kolumnis Mingguan Wanita (ms 54) semenjak 2005.
Pencipta kaedah Graf Prestasi Bulanan, Mingguan, Harian & Jam, kaedah teknik kasih dua hala & petak pendua dan pentiga serta petak pembayang, kaedah Kiraan Nama, No handphone, No Kad Pengenalan, No Plet Kenderaan, Tafsiran Tambahan Graf Hayat, Kaedah CheckMate! Graf Hayat + Pernomboran, Teknik No Siri Duit 6, Teknik Pola 38.
Bekas peserta kursus: YBhg Dato Dr Roslizam, YBhg Prof Dato Dr Ibrahim Ahmad, YBhg Dato Dr Norazmadinaz, Dr Azizan Osman, Nor Edie (Avail), Lynjb dan ramai lagi usahawan, pensyarah, guru, doktor, jurutera, MLM, mahasiswa/i > 3,000 peserta dari Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia.
Pendidikan: BSc Biology, Syracuse University, New York, USA (1993 - 1995).
Pengalaman melebihi 10 tahun: pengurus, pensyarah, konsultan.
.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------.
Testimoni Aktiviti Doa Waktu Kekayaan:
"Alhamdulillah segala puji selayaknya untuk Mu Ya Allah setelah berdoa pada 22 mac tempoh hari saya dikurniakan rezeki yang begitu baik, rezeki yang diluar jangkaan saya, t.kasih En A-D".
.
"salam...akak wt wk2 brdoa kekayaan swk2 akak sbok msk utk ctring klng kt prai..wk3 drive...wk2 anta mknan...syukur alhamdulillah...22-24 tu bz siang mlm...dn tnghari smlm GM klng 2 pnggl akak msuk office...offer kantin kt akak...subhanallah...bsrnya keagunganMu ya Allah..".
.
Jangan lupa untuk anda berdoa kekayaan pada 1 April 2011 bermula jam 1.30 pm - 3.30 pm untuk Malaysia, Singapura, Hong Kong dan Shanghai (Sabah & Sarawak dan lain-lain tempat di seluruh dunia 1.00 pm - 3.00 pm waktu tempatan anda). Kebetulan jatuh hari Jumaat pada waktu solat Jumaat!. Kepada rakan yang bukan beragama Islam anda juga dijemput berdoa juga mengikut kepercayaan anda.
.

Juga, peserta kursus teknik pola 38 pada 9 April akan dibekalkan dengan waktu berdoa Power38 (kebetulan 9 April memang pola 38 pun!), mudah-mudahan anda mendapat kekuatan daripada Nya mulai hari tersebut.


.
.
.
.

Peserta kursus pola 38 yang bersambung pada 10 April akan dibekalkan juga waktu berdoa superpower kekayaan (1, 10, 19 dan 28 April adalah pola statik sama yang banyak angka 6 serta tengah mata angin dan bakat 6! Waduh kaya betul2 power. Mudah-mudahan mendapat kekuatan daripada Nya bermula dari hari tersebut.
.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------- .
Workshop 26 Mac di Meru, Klang (2.30 ptg - 5.30 ptg) RM50:
Bertajuk "Perihal Potensi Pola 7 Dalam Kejayaan".
1. Pengenalan: Maksud angka 7 dalam metafizik - root, arah, kesihatan, dll.
2. Cara pengiraan Petak - Statik, Pembayang, Pendua, Pentiga, Perempat, Perlima.
3. Mengetahui fungsi pola 7 di setiap petak daripada pola 2 dan 3 serangkai.
4. Bagaimana maksimakan potensi pola 7 seperti pola 78, 72, 75 dan sebagainya.
5. Bagaimana untuk mendapatkan pola 7 dalam kehidupan.
6. Masalah terlebih angka 7 dalam diri/ syarikat.
7. Masalah tiada angka 7 dalam diri/ syarikat.
8. Kaedah Tenaga "7" untuk kejayaan diri/ syarikat.
9. Bagaimana mengurangkan kesan angka 7.
.
Daftar: SMS taip WS dan hantarkan ke 016 624 9666.
.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------- .
Perniagaan untuk dijual: kedai dobi di Seksyen 7, Putra Heights - berminat telefon Pn Rokiah 0126626300.
.
Produk "Air-boom" getah silicon bertenaga ion negatif tinggi - untuk penerangan produk dan menonton testimoni lawati (klik): http://osrairboom.blogspot.com.
.
Untuk mendapatkan nombor handphone menarik, hubungi Puan Effa KL 017 2727278 atau 012 3927286. Nombor handphone seperti 017 2727270 dan 017 2727279 masih ada!
.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
.
TAHUN 2011 TAHUN CECAIR - salah satu fenomena cecair berlaku tahun ini ialah pencemaran air di Jepun dek kerana masalah pencemaran radiasi. Dengan masalah sebegini ditambah dengan wabak penyakit dsbnya, maka cecair (minuman) terutamanya yang berkaitan kesihatan berpotensi meningkat jualannya, begitu juga cecair lain seperti minyak dek Libya diserang dan pelbagai lagi perihal cecair/ air. Perkara ini telah diumumkan semenjak tahun lepas lagi dan rugilah jika tak ambil peluang tahun ini.
.
------------------------------------------------------------------------------------------------- .
KITARAN TAHUN 7 KEHILANGAN - KRITIKAL!: Dalam seminggu ini saya dah bertemu dengan 2 pasangan suami isteri yang dalam masalah kewangan kritikal. Hari ini 24 Mac di Harian Metro menyatakan 80% kakitangan kerajaan bermasalah kewangan dan ada satu rencana tentang masalah kewangan, jadi marilah gunakan kaedah pernomboran dinamik untuk membuat perubahan dalam kewangan anda sekeluarga mahupun organisasi anda!.
.
Perihal 2 pasangan kritikal kewangan itu rupanya hampir sama;
1. Isteri graf gaung, suami vacuum star, no kedai 39 dan dicampur 2011 jadi 7 iaitu kehilangan dan mereka terpaksa "menghilangkan" kedai itu kerana dah tak mampu.
2. Suami Vacuum + Blocking + Gaung dan rumah mereka bernombor 12 dicampur 2011 jadi 7 iaitu kehilangan dan mereka terpaksa "menghilangkan" rumah kerana dah tak mampu.
.
Kereta cikgu AD juga nombor plet 304 dicampur 2011 jadi 7 iaitu kehilangan memang dah hilang enjin! Kena tukar enjin baru sebab bermasalah. Juga ada masalah-masalah lain... kereta isteri cikgu AD nombor plet 2117 dicampur 2011 jadi 7 iaitu kehilangan memang hilang pintu dan beberapa kerosakan kena langgar lori... jadi kitaran 7 memang ganas! Bersedialah!
.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
.
TEKNIK TERBARU: TAFSIRAN KITARAN BULANAN
.
Kaedah ini sebenarnya telah diumumkan di dalam buku “Kuasailah Diri Anda” versi lengkap mukasurat 367 yang lalu, namun belum pernah diajarkan di dalam seminar atau workshop. Elok jugalah kita menggunakan kaedah ini untuk membuat perancangan dan persediaan awal ditambah dengan kaedah Graf Prestasi Bulanan yang sedia ada.
.
Formula pengiraan agak panjang untuk ditunjukkan di sini, jadi disini diberikan contoh aplikasinya. Contohnya, untuk individu yang lahir pada 23.7.1953, maka pada bulan Mac 2011 adalah kitaran bulan 8 manakala bulan April 2011 pula kitaran bulan 9. Tafsiran ringkasnya;
.
Kitaran Bulan 8: Sesuai membantu orang susah – iaitu beliau membantu pelajar kita yang menghadapi kesusahan di Mesir serta membantu rakyat yang mengalami bencana banjir.
.
Kitaran Bulan 9: Buangkan semua pemikiran lama dan bersedia untuk cabaran yang baru – iaitu bersedia untuk pilihanraya negeri Sarawak.
Berhubung dengan orang yang jauh mungkin ada peluang di sana – ”orang yang jauh” mungkin merujuk kepada orang Sarawak atau pemimpin-pemimpin luar negara yang lain.
.
Dapatkan pengiraan dan tafsirannya di dalam Seminar atau Workshop nanti.
.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------- .

Perihal nombor siri cantik duit: Untuk nombor siri duit, apa saja nombor yang anda sukai maka anda teruskan cari dan simpan. Daripada pandangan Pernomboran Dinamik, siri angka 6,7 dan 9 disimpan manakala angka 67, 71 dan 73 tidak disimpan. Tetapi terpulanglah jika anda minat angka 2 ke, 4 ke dan lain-lain - janji simpan!.
.
Contoh cikgu A-D di sini adalah dompet lama yang kini tempat menyimpan semua nombor siri yang double 6, double 7 atau double 9, kini sudah ada RM2 ribu lebih! Cara ini walaupun pelik tapi yang penting dah dapat simpan duit juga! Pelik juga cara simpanan sebegini boleh kekal dan meningkat berbanding simpanan di bank yang makin berkurangan!
.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
.
Artikel yang menarik tentang kekayaan (klik hyperlink): http://finance.yahoo.com/career-work/article/112341/how-to-make-1-million-before-you-graduate.
.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
.
LATIHAN TEKNIK POLA 38 – MENYENTUH TANPA PERGERAKAN.
.
Testimoni untuk latihan sebelum ini: "Askm, en AD baru kali ni sy berkesempatan melatih guna pola 38 utk dptkn jwpn soalan en AD, jawapan tepat ‚bunyi duit syiling 20 sen jatuh ke lantai’; Alhamdulillah"
.
Ini adalah latihan terakhir di sini, satu daripada 38 latihan untuk 5 bahagian latihan di dalam kursus teknik pola 38 pada 9 dan 10 April nanti. Kali ini, cikgu A-D akan buat “sentuhan” dan anda perlu merasai di mana sentuhan itu telah berlaku. Bagi mengawal latihan ini, bahagian yang disentuh ialah sekitar tangan anda sahaja (kalau anda rasa tempat lain yang disentuh, itu bukan cikgu A-D buat tau!). Dapatkah anda merasai sentuhan tersebut?
.
Soalan: Sebentar tadi Cikgu A-D telah mencubit dengan sekuat hati di satu tempat di sekitar tangan – yang mana satu tempat yang dicubit itu?
.
a. Jari kelingking (jari kecil) sebelah tangan kiri.
b. Tapak tangan kiri di bahagian tengah.
c. Jari manis sebelah tangan kanan.
d. Belakang tapak tangan di bahagian tengah.
e. Di hujung jari tengah tangan kiri.
f. Di ibu jari tangan kanan.
.
Setelah membuat latihan, sila lihat jawapan di bawah (skrol tetikus ke bawah untuk perkataan berwarna ungu). Mohon jangan ditulis jawapan di chatroll. Hantarkan maklumbalas latihan sama ada tepat atau tidak ke qmas304@streamyx.com atau SMS ke 016 6249666.
.
Di dalam kursus teknik pola 38 nanti, terdapat 5 bahagian dengan 38 latihan yang mana menggunakan tenaga dalaman untuk meneliti petunjuk-petunjuk. Ada beberapa teknik mudah yang akan diajarkan untuk mengetahui jawapan-jawapan. Teknik pola 38 adalah untuk meningkatkan keupayaan tenaga dalaman anda supaya anda boleh melihat pelbagai petunjuk yang ada di alam sekitar dari segi peluang kewangan, bisnes dan sebagainya. Terutamanya jika kita berada dalam kitaran tahun 3, 5 atau 8 serta berada dalam Blocking Star dan Vacuum Star, semua yang ada depan kita telah “ditutup” terhijab maka terperangkaplah kita dalam kegagalan padahal orang yang tenaga dalaman yang tinggi atau berada dalam kitaran yang baik serta Virtuous Star sering saja nampak peluang kejayaan. Meru, 9 dan 10 April!
.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
.
TESTIMONI PENGGUNA KAEDAH:
"Assalamualaikum.... Cikgu. Masih Cikgu ingat pd saya … yg membuat temujanji dgn Cikgu...? Dah sebulan lebih pertemuan saya dgn Cikgu. Alhamdulillah banyak perubahan berlaku pd saya dr sudut positif. Energy saban hari makin ok, sejak bln Mac ni setiap hari saya keluar rumah utk buat sale. Syukur hampir hari2 saya dpt close. Dahulu nak dpt close setiap minggu pun susah, nak close RM20K sebulan pun tak pernah mimpi.
.
Setakat hari ini saya dah dapat close hampir RM50K. Mungkin bagi perunding unit trust yg lain RM50K tu terlalu sikit, tapi bagi saya yg berada di zon vacum star ia amat besar.
.
Saya juga telah menukar no hp baru … dan email add utk client2 unit trust… Ribuan terima kasih pd Cikgu
."
.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
.
Temui cikgu A-D dan para kolumnis Majalah Mingguan Wanita pada 30 March ini di Hotel Holiday Villa, Subang Jaya – kepada mereka yang telah mendaftar di satu iklan di Mingguan Wanita mukasurat 135.

.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
.
JADUAL KURSUS CIKGU A-D: MAC & APRIL
.
26 Mac – Worksyop “Angka 7 Pola Kejayaan” RM50 (2.30 ptg – 5.30 ptg) di Meru, Klang
27 Mac - Bengkel Bergerak - Meru (penuh).

.
9 April – Kursus "Teknik Pola 38 Tenaga Dalaman Kuasa Positif“ Bahagian 1 RM138 (2.30 ptg – 6.30 ptg) di Meru, Klang.
10 April – Kursus "Teknik Pola 38 Tenaga Dalaman Kuasa Positif“ Bahagian 2 RM238 (10 pg – 5 ptg) di Meru, Klang

.
16 April – Klinik Bergerak di Melaka (penuh).
17 April – Klinik Bergerak di Seremban (penuh).
.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------- .
Worksyop Sabtu 26 Mac - Pola 7 (penjelasan segala-galanya tentang pola 7 dalam networking, kerohanian, arah, kitaran tahun dan sebagainya). Pekan Meru, Klang, 2.30 ptg - 5.30 ptg, RM50. Daftar SMS taip WS dan hantarkan ke 016 624 9666 (bayaran di sana nanti).
.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

.
KURSUS “TEKNIK POLA 38 TENAGA DALAMAN KUASA POSITIF”.
Diadakan di pejabat Pekan Meru, Klang (cadangan untuk buat di resort dibatalkan untuk mengelakkan masalah keselamatan, wabak penyakit dan seumpamanya).
Sabtu, 9 April – Bahagian 1 (RM138)
Ahad, 10 April – Bahagian 2 (RM238).
Daftar: SMS taip TD dan hantarkan ke 016 624 9666 (bayaran di sana nanti) atau email ke qmas304@streamyx.com. Terhad kepada 20 orang sahaja.
.
Pengenalan: Kursus unik satu-satunya dan yang pertama seumpamanya di dunia dibangunkan sendiri oleh cikgu A-D daripada kajian selama 5 tahun. Teknik Pola 38 adalah satu teknik awalan dan permulaan di dalam kaedah menjana tenaga dalaman. Kaedah tenaga dalaman adalah satu cara untuk meningkatkan keupayaan diri secara metafizik dan kerohanian di dalam mengharungi kehidupan yang penuh cabaran dengan lebih yakin dan lancar. Di dalam metafizik, setiap orang pasti mengalami kejatuhan tenaga dalaman secara semulajadi pada tahun atau usia tertentu yang menyebabkan prestasi atau tuah dirinya tidak lagi bagus seterusnya mengalami kejatuhan, kegagalan atau kesusahan dalam bisnes, kerjaya, rumahtangga, kewangan, kesihatan dan sebagainya. Ketika itulah, pandangan, pendengaran dan perasaan kita seupama “ditutup” daripada melihat banyak petunjuk kejayaan yang terdapat di alam sekitar yang demikiannya anda mula terperangkap dan buntu di dalam pelbagai masalah kehidupan.
.
Jadi, adalah penting untuk kita sentiasa berada dalam tenaga dalaman yang tinggi untuk mengelakkan kita daripada terdorong kepada fenomena kejatuhan tersebut. Maka, untuk meneruskan atau meningkatkan momentum tenaga dalaman yang baik, perlu ada cara untuk menjana tenaga dalaman secara berterusan menggunakan kesemua deria yang ada secara fizik dan metafizik.
.
Oleh itu, teknik pola 38 mengandungi beberapa latihan untuk menjana dan mengekalkan tenaga dalaman. Teknik pola 38 ini membantu jurus metafizik yang lain seperti Reiki, Aura, NLP dan sebagainya. Sama ada anda memang memiliki pola 38 di dalam tarikh lahir anda atau tidak, anda perlu ada kekuatan tenaga dalaman. Ramai orang terkenal berjaya memiliki pola 38 di dalam tarikh lahir mereka. Oleh itu, jika anda mempunyai pola 38 di dalam tarikh lahir anda, maka marilah maksimumkan kekuatan anda untuk kejayaan. Jika anda tidak mempunyai pola 38 anda sepatutnya ditinggalkan jatuh di belakang tetapi marilah di sini juga untuk anda mempelajari teknik tersebut supaya anda juga setaraf dengan mereka yang berjaya yang lain.
.
Teknik Pola 38 seolah menajamkan keupayaan metafizik anda untuk telepati, gerak hati, “mulut masin” dan teknik visualization (Law Of Attraction). Teknik ini boleh digabungkan dengan teknik tenaga dalaman yang lain seperti Reiki, Silat dan sebagainya. Apabila tenaga dalaman anda tinggi, anda dapat melihat, mendengar, merasa dan menyentuh pelbagai petunjuk yang ada di alam sekitar anda untuk mendapatkan kejayaan.
.
9 April Bahagian 1: 2.30 petang – 6.30 petang (RM138).
Untuk bahagian pertama adalah siri pengenalan kepada mereka yang belum pernah menghadiri kursus teknik pola 38, atau mereka yang ada bajet untuk siri pengenalan dahulu sebelum ke bahagian 2. Namun, digalakkan untuk anda mengambil bahagian 1 dan 2 sekaligus. Dijemput semua bekas peserta kursus Pola 38 (Batch JB dan Meru) untuk hadir ulangkaji (bayaran RM38 sahaja). Di dalam bahagian 1 mempelajari konsep dan beberapa teknik ringkas awalan.
a. Pengenalan mengenali konsep Pola 38.
b. Mengenali Punca, Cara Pengiraan dan Aplikasi.
b. Mengenali 2 Teknik Utama Menjana Tenaga Dalaman Pola 38.
c. Latihan Awalan 5 Teknik Pola 38 secara sendirian.
.
10 April Bahagian 2: 10 pagi – 5 petang (RM238).
Percuma: CD Brainwave dan Haruman Auralife 38 (untuk peserta baru).
Bahagian 2 adalah sambungan kepada Bahagian 1 yang mengandungi pelbagai jenis latihan praktikal. Semua bekas peserta kursus Pola 38 (Batch JB dan Meru) dijemput hadir untuk ulangkaji (bayaran RM138 sahaja).
a. Memahami Konsep 38 di dalam bisnes, kerjaya dan keluarga.
b. Sambungan 5 Teknik Pola 38 secara sendirian dan berkumpulan.
c. Teknik Menjana Tenaga dari Elemen Alam daripada Root Number.
d. Teknik Terapi Pendengaran (CD Brainwave).
e. Teknik Mendapatkan dan Mengetahui Masa Sesuai Pola 38.
f. Teknik Mengawal Konflik Tenaga Dalaman.
g. Teknik Gabungan Pola 38.
.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------.
Jawapan latihan teknik pola 38: A - cubitan berlaku di jari kelingking (jari kecil) di tangan sebelah kiri.

.
Hantarkan maklumbalas anda, sama ada dapat jawapan betul atau tidak, ke qmas304@streamyx.com atau SMS ke 016 624 9666. Cikgu A-D memerlukan maklumbalas untuk mengetahui sejauh mana keupayaan sensitiviti anda supaya latihan-latihan seterusnya dibuat dengan lebih berkesan.
.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------- .
PROGRAM KLINIK BERGERAK (KONSULTANSI & KURSUS PERIBADI).
Maklumat lanjut SMS ke 016 624 9666
.
1) Sesi Konsultansi bersama cikgu A-D (Sesi 2 jam RM150).
Sila SMS ke 016 624 9666 untuk tempah hari, masa dan tempat.
Sesi konsultansi: cikgu A-D akan menganalisa potensi anda daripada Pernomboran dan Graf Hayat dan seterusnya menganalisa prestasi anda daripada Pernombora dan Graf Hayat. Dalam sesi perbincangan dua hala ini, mencari penyelesaian dan cadangan peningkatan potensi dan prestasi. Anda boleh bertanya apa saja semasa sesi konsultansi - bisnes, kerjaya, perkahwinan, kesihatan dan sebagainya. Jika anda ingin menempah sesi di luar tarikh-tarikh yang diberikan sama ada di Shah Alam/ Klang/ Kuala Lumpur, sila SMS ke 016 624 9666.
.
2) Sesi Belajar Asas Pernomboran dan/atau Asas Graf Hayat secara peribadi bersama Sdra Zuhaili atau Pn. Zuhaida (RM150 setiap sesi). Tel: 016 206 3496.
3) Jualan buku-buku & perisian software Graf Prestasi.
.
14 MEI - KOTA TINGGI

9 pg - 11 pg:
11 pg - 1 ptg:
2 ptg - 4 ptg:
4 ptg - 6 ptg:
6ptg - 8 mlm:
.
15 MEI - JOHOR BAHRU

Penuh ditempah.
.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------.
PAKEJ POLA38 - 38InnerEnergyPower (38IEP)
Dapatkan haruman Auralife Nombor 38 untuk membantu anda tingkatkan keupayaan tenaga dalaman anda dalam gerak hati, firasat, petunjuk, tenaga aura, seumpamanya untuk kegunaan dalam bisnes, kasih sayang dan sebagainya, melancarkan kehidupan dan atasi masalah kehidupan dengan mudah. Membantu anda mengatasi konflik kehidupan seperti "blocking star", "vacuum star", kitaran tahun 5 atau 8 dan sebagainya.
.
Harga: RM238
7 botol haruman 38 dan percuma 1 CD Brainwave Pola38 mengandungi 38 jenis audio/video frekuensi/ brainwave dan cara penggunaannya (CD dipasang di komputer sahaja).
.
Tambah RM15 untuk kos pos. Tempah: Pn Zuhaida 016 206 3496.
.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
.
WORKSHOP Sabtu Mac 26, 2011 - POLA ANGKA 7: Jam 2.30 petang – 4.30 petang di pejabat Pekan Meru, Klang (RM50). Boleh walk-in tapi elok daftar SMS ke 016 624 9666 kalau nanti ada notis perubahan. Ketahui kesemua aspek pola 7 seperti pola 729, 786, 777, 753, 7 tengah mata angin dan seumpamanya 7 iaitu cara bacaan, fungsi, kebaikan dan keburukan setiap pola 7 di dalam mencipta networking yang banyak dan kukuh, dalam bisnes, kerjaya atau kehidupan. Serta mendapatkan penyelesaian dan teknik peningkatan.
- Kenapa pola 729 dikatakan pelaris? Sebenarnya pola 786 dan 777 juga pelaris!
- Bagaimanakah cara untuk mendapatkan pola-pola 7 dan menggunakannya dengan baik dalam sales?
- Bagaimana mencipta pola 7 di dalam plet kereta dan nombor handphone?
- Tahukah anda individu pola 786 menjual cara yang berbeza dengan 729 atau 753?
- Apa maksud kitaran 7, Root No 7, terlebih angka 7, tiada angka 7, kesihatan angka 7, warna angka 7.
.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------- .
Worksyop Setiap Sabtu Terpilih: di No 69B, Tgkt 2, Atas bank BSN, Pekan Meru, Klang.
Jika anda menggunakan GPRS, masukkan BSN Pekan Meru atau Klang Sentral. Pekan Meru berada jauh daripada bandar Klang dan ianya berada ke laluan ke Kapar atau Puncak Alam.
.

.
.

Peta ke pejabat saya di Meru, Klang. Paling mudah ikut NKVE menghala ke Pelabuhan Klang/Shah Alam tetapi keluar di susur Setia Alam dan anda akan sampai di Tesco Setia Alam, Giant, Mc Donald dan Stesen Klang Sentral. Buat U-turn dibawah flyover selepas Tesco. Lalu depan Mc Donald terus ke depan dalam 1 km hingga nampak Petronas di sebelah kiri dan lebih kurang 30 meter nampak RHB Bank di sebelah kiri. Berdepannya ada BSN dan saya berada di tingkat dua atas bank BSN. Pejabat saya bernombor 69, Tgkt 2, Atas BSN Pekan Meru. Jika pintu atau pagar berkunci, boleh tekan loceng di peti surat atau telefon 016 624 9666.
.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
.
Webinar Percuma Secara On-line pada setiap SELASA, 9pm bersama Master Eddy Rosyadie, semua dijemput hadir, kita bertemu secara on-line di depan komputer anda di rumah anda sendiri atau di mana-mana tempat yang ada WIFI:
Daftar di
http://www.urdworld.org/modules/events/event.php?eid=12

.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
.
Berminat untuk mendapatkan nota percuma tentang cara pengiraan petak tarikh lahir dan previu keterangan tentang pola nombor kewangan? sila email ke qmas304@streamyx.com.
.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------- .
Samazon Energy Booster769 atau 9$9:
.
Tempah sekarang di Admin URD di telefon 016 216 3796.
Testimoni: cikgu, selepas sy memakai pendant 769, mmg banyak perubahan. saya betul-betul bersyukur dapat dipertemukan dgn cikgu dan hadir ke kursus tempoh hari (8 & 9 mei,JB)... terutama mengenai kedai saya, orang semakin ramai cikgu. saya betul-betul gembira. angka 7 networking tu mmg betul-betul ada "power"... dulu sebelum pakai pendant, setiap hari bangun pagi saya akan sakit kaki (sebab byk berjalan amik dan hantar pesanan/makanan di kedai). tapi selepas pakai pendant, alhamdulillah. sakit kaki dah tak ada. n betul-betul saya terkejut. saya tak pernah pi urut atau apa-apa. cuma lepas pakai pendant ni betul-betul saya terasa perubahannya.


.
.
.
.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------- .
$alam Perjuangan dan Kejayaan Berkekalan $epanjang Hayat $epanjang Masa









posted by eddy Rosyadie Mohd Samsury @ 6:32 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

About Me


EDDY ROSYADIE MOHD SAMSURY

(Perancang pengurusan Hala
Tuju Hidup)
Penulis Kolumunis `Mingguan Wanita `Penulis buku `CJP`
Email:
qmas304@streamyx.com

http://eddyrosyadi.weebly.com

Previous Post
Archives
ADMIN BLOG EDDY


ARY
Phone :012 902 6972
my facebook

محمد أشعري عبد الرزاق

Reka Lencana Anda
CONSULTANT 

Zaini ahmad 
     019-2676727
Azli Shah            012-3127296
Nor Azlina            019-3869011
Dr Aniza              019-2438151
 

FORUM CHAT

Template by

image link to web design website

Provided by website design company .

 

widgeo.net

Site Meter
Blogger Templates