waktu malaysia
 
galeri gambar
 
tempahan online


TEMPAHAN ONLINE

iklan

 





 

jadual  kursus/Seminar
BULAN KURSUS/SEMINAR
Kursus
 
dipejabat
Meru, Klang

sesi Consultant
No 69, Tgkt 2, Jalan Besar, Pekan Meru
(Atas Bank BSN depan RHB Bank)
iklan tajaan

 

 

 




 

Thursday, January 31, 2008
Biografi secara Sains Metafizik.
TAHUN 2008 – tahun kematian ramai pembesar negara/ orang terkenal (berdasarkan kajian penyelidikan berasaskan pola dan kitaran peristiwa).

Benazir Bhutto (Pakistan), Megat Junid (Malaysia), Gordon B. Hinckley (USA), Soeharto (Indonesia) dan ...???


SELAMAT JALAN (1921 – 2008)

AL-MARHUM MANTAN PRESIDEN REPUBLIK INDONESIA KE 2 H.M. SOEHARTO

Seorang pemimpin masyarakat yang mahir merancang namun memiliki penyakit paru-paru, jantung dan buah pinggang.



PROFIL KEKUATAN:

573 – Pola orang kenamaan / orang terkenal

13 - Pola aktif (kekuatan fizikal)

5955 – Pemimpin yang tegas, keras hati dan kekuatan fizikalnya serta mahu buat perubahan

459 dan 549 – bijak dalam muslihat perancangan. Ada gerak hati yang bagus.

545544 – perancang yang hebat.

494 – memiliki pengetahuan yang tinggi

426 – penceramah yang bagus

9 di tengah – hidup untuk berbakti kepada masyarakat (humanity). Seorang yang penampilannya bersih dan kemas.

7 di tengah arah mata angin – mudah disenangi ramai pengikut.

Memiliki kesemua nombor 1 hingga 9 = seimbang dan sempurna.


PROFIL KELEMAHAN:

456 – dituduh salahguna wang (Thaksin juga punyai pola nombor 456 dituduh rasuah)

PROFIL KESIHATAN (NOMBOR KESIHATAN DI TENGAH SEGITIGA):

Tiada nombor 1-6 = masalah paru-paru

Tiada nombor 3-8 = masalah jantung

Tiada nombor 2-7 = masalah buah pinggang

Ketiga-tiga masalah ini merupakan antara beberapa masalah besar kesihatan beliau.

MENGGALI POTENSI DIRI: JIKA ANDA ATAU ANAK ANDA MEMPUNYAI POLA SEBEGINI, MAHUKAH ANDA MENCIPTA ARAH TUJU HIDUP YANG LEBIH CEMERLANG? GUNAKANLAH SAINS METAFIZIK UNTUK PERUBAHAN YANG CEMERLANG.

Catatan lain untuk tahun 1996 dan 1998:

Pada tahun 1998, Al-marhum mantan Presiden meletak jawatan kerana desakan pihak mahasiswa dan rakyat. Tahun 1998 adalah tahun kitaran nombor 5 iaitu “TAHUN HALANGAN” (kerana nombor 5 bermaksud halangan)

Pada tahun 1996, Al-marhumah Ibu Tien (isteri al-marhum Soeharto) meninggal, iaitu “TAHUN KEMUSNAHAN” kepada Al-marhum Soeharto (kerana Al-marhum adalah “Rooster bertentang Tahun Rooster 1996” menghasilkan kemusnahan

Labels:

posted by eddy Rosyadie Mohd Samsury @ 4:18 PM   0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Wednesday, January 30, 2008
Catatan Perjalanan ke Jakarta, Indonesia Januari 2008

Misi: mencari peluang untuk mengembangkan ilmu ini di Indonesia.

25hb Jan 08 – bertolak ke Jakarta menggunakan penerbangan KLM. Sampai di Jakarta, menginap di Hotel Sofyan Betawi, katanya satu-satunya hotel di Jakarta yang berasaskan syariah Islam. Terdapat tiga cawangan di sekitar Jakarta.

26hb Jan 08 – seminar sebelah pagi, hampir 60 orang telah hadir. Majlis diserikan dengan pertunjukan silap mata serta kehadiran pelakon Eddi Brokoly. Sejurus selepas kursus terus diadakan sesi konsultansi seramai 5 orang. Kemudian ke Bangunan JI Ekspo untuk berjumpa dengan pihak Metro TV, stesen TV terbesar Indonesia, tidak disangka dapat bertemu dengan tuan punya stesen TV seorang wanita yang sangat terkenal di Indonesia serta mendapat lamaran untuk membuat seminar di tempat itu (boleh menampung 10,000 ribu orang).

27hb Jan 08 – bersambung sesi konsultansi. Salah seorang peserta ialah seorang bakal Bupati bagi sebuah daerah di Papua (Irian Jaya). Beliau sangat berpuashati dengan kaedah ini dan terus memberitahu pihak penganjur untuk menyusun saya ke Papua nanti. Pada jam 13.10 petang waktu Indonesia, pengumuman di TV berkenaan kewafatan mantan Presiden Republik Indonesia ke-2 iaitu Al-marhum Suharto.

Malam 27hb Jan 08 – jam 7 malam baru keluar makan tetapi dapat jemputan untuk masuk ke dalam kawasan rumah Al-marhum Suharto melalui seorang kenalan. Kebetulan hotel sudah hampir dengan kediaman Cendana. Dapat menyaksikan upacara solat jenazah beliau dari dekat (rakyat jelata dan pihak media hanya berada di luar pintu depan tidak boleh masuk!). Kemudian ke Cibubur untuk makan malam.

28hb Jan 08 – Makan tengah hari di pusat beli-belah Sarinah Thamrin dan kemudian naik ke satu pejabat pelaburan kewangan bersama Eddi Brokoly yang menjadi ahli di sana dan sempat berbual sebentar dengan pengurus besar dan beberapa kakitangan. Pengurus besar itu memiliki pola nombor 456, 696 dan 729 – sangat bagus di dalam perniagaan berasaskan kewangan. Kemudian, bertolak ke pejabat MetroTV bertemu dengan pihak penerbit MetroTV dan menawarkan satu program 30 minit untuk sesi promosi.

Petang 28hb Jan 08 sudah check-in untuk balik Malaysia. Khabarnya ada 5 orang bersedia untuk sesi konsultansi, tetapi maaf, masa tidak mengizinkan. Kemudian dapat berita 30 orang sudah bersedia untuk mendaftar kursus pada 1 dan 2 March nanti.

Sementara itu, pihak penganjur sedang berusaha untuk mencari penaja dan membuat perancangan untuk seminar dengan kerjasama MetroTV – sasaran 10,000 orang atau paling tidakpun 2,000 orang.

Misi ini berjaya dengan perjalanan yang baik walaupun penampilan ringkas dan sekejap telah mendapat sambutan hangat, dan dengan kerjasama MetroTV nanti, misi ini akan lebih berjaya ke seluruh 200 juta penduduk Indonesia. Jumpa anda di Jakarta atau Papua atau Bandung atau Surabaya atau Bali nanti!


Gambar: Penulis bersama Eddi Brokoly (pelakon Dealova & Ada Apa Dengan Cinta) semasa menunggu penerbangan balik ke Malaysia. Di sebelahnya adalah Dato Dr. Roslizam.


Labels:

posted by eddy Rosyadie Mohd Samsury @ 1:23 AM   0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Pengumuman aktiviti

1. Kursus Intensif sehari (9 pagi hingga 11 malam) Sains Metafizik Potensi Diri bakal di adakan di Hotel Sofyan di Cibubur, Jakarta pada 1 dan 2 March 2008.

(Tanggal 1 dan 2 Maret 2008 - yuran kursus 3 juta rupiah seorang).

Percuma nota 100 muka surat, CD perisian komputer, graf hayat, Kad Keahlian Kelab Sains Metafizik Indonesia, T-Shirt dan peluang menjadi agen komisyen.

Hubungi Rosma di talian 0818 0296 6662.

Setakat ini sudah 30 orang telah mendaftar..

2. Dijemput semua pembaca Mingguan Wanita, bekas peserta-peserta kursus dan pelanggan dari seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia untuk hadir ke Majlis Persidangan Sains Metafizik Pertama 2008 yang dirancangkan pada 6 April 2008 di Shah Alam. Bersama-samalah di dalam pelbagai aktiviti seperti ceramah perkembangan terbaru, buku terbaru, perkongsian testimoni, cabutan bertuah dan sebagainya. Yuran RM50 sahaja. Untuk hadir, sila SMS MP ke 0162379856.

3. Kelab Sains Metafizik Malaysia akan mengadakan perjumpaan mingguan di Mutiara Damansara (No 15, Jalan 7/2 dekat Balai Polis Mutiara Damansara, depan The Curve) setiap Isnin jam 8 malam hingga 10 malam. Di jemput semua bekas peserta kursus dan pelanggan untuk menghadiri perjumpaan ilmiah membincangkan perkara-perkara baru, berkongsi pengalaman dan sebagainya. Bayaran adalah RM10 seorang. Boleh bawa kawan untuk mengenali kaedah ini dengan lebih dekat. Untuk hadir perjumpaan, sila SMS dulu pagi Isnin untuk pengesahan di 0162379856.

4. Buku setebal 400 mukasurat telah siap! Hard cover dijual pada harga RM150 senaskah. Satu-satunya buku seumpama ini di dunia yang lengkap dan menyeluruh, dalam Bahasa Malaysia. Tidak perlu beli lain-lain buku perihal sains metafizik potensi diri kerana semuanya ada di sini.

p/s: Ianya tidak akan dijual secara umum, hanya boleh dapati di perjumpaan Kelab atau semasa seminar sahaja.

Labels:

posted by eddy Rosyadie Mohd Samsury @ 12:22 AM   0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Tuesday, January 29, 2008
TARIKH 8.2.2008

Jangan lupa 8.2.2008 (hari cermin) Jumaat, jam 12.30 tgh hari – 1.30 tgh hari adalah sesuai untuk berniat dengan ikhlas atau memulakan sesuatu (masa terbaik ialah Khamis malam Jumaat tersebut iaitu 12.30 tgh malam – 1.30 pagi). Kebetulan ini adalah hari ke-2 cuti raya cina dan pada 7 Febuari fenomena bulan bakal berlaku. Ini adalah satu-satunya hari untuk tahun 2008 ini, jangan lepaskan peluang!






Labels:

posted by eddy Rosyadie Mohd Samsury @ 11:58 PM   0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

About Me


EDDY ROSYADIE MOHD SAMSURY

(Perancang pengurusan Hala
Tuju Hidup)
Penulis Kolumunis `Mingguan Wanita `Penulis buku `CJP`
Email:
qmas304@streamyx.com

http://eddyrosyadi.weebly.com

Previous Post
Archives
ADMIN BLOG EDDY


ARY
Phone :012 902 6972
my facebook

محمد أشعري عبد الرزاق

Reka Lencana Anda
CONSULTANT 

Zaini ahmad 
     019-2676727
Azli Shah            012-3127296
Nor Azlina            019-3869011
Dr Aniza              019-2438151
 

FORUM CHAT

Template by

image link to web design website

Provided by website design company .

 

widgeo.net

Site Meter
Blogger Templates