waktu malaysia
 
galeri gambar
 
tempahan online


TEMPAHAN ONLINE

iklan

 





 

jadual  kursus/Seminar
BULAN KURSUS/SEMINAR
Kursus
 
dipejabat
Meru, Klang

sesi Consultant
No 69, Tgkt 2, Jalan Besar, Pekan Meru
(Atas Bank BSN depan RHB Bank)
iklan tajaan

 

 

 




 

Tuesday, July 21, 2009
Rahsia Strategi Kebahagiaan dan Kekayaan
.
Pengumuman penting: tahun 2011 dijangka tahun pelaburan untuk semua orang, jadi ambil peluang dari sekarang. Individu yang berminat untuk kaya/ berjaya pada tahun 2011 dengan dunia pelaburan atau perniagaan, sila buat pendaftaran untuk satu syarikat anda sendiri pada Rabu ini 22 Julai 2009 di antara jam 11 pagi - 12.59 tghari (tidak kisah lelaki atau wanita yang daftarkan, kalau ada suami isteri dan kawan, buatlah untuk masing-masing. Pastikan Sijil SSM syarikat anda itu mempunyai tulisan cetakan tarikh dan waktu tersebut). Tarikh dan jam "lahir" itu sangat berpotensi besar untuk kaya pelaburan tahun 2011 nanti. Jangan lepaskan peluang sebab selepas ini kena tunggu tahun 2o11 pula untuk daftar syarikat mungkin dah terlewat. Sebab apa tarikh dan waktu ini dipilih, nantikan kursus 23 Ogos akan didedahkan rahsia dan tekniknya. Semoga berbaloi usaha anda itu (kursus RM100 + daftar syarikat RM60 = modal lebih kurang RM200 untuk anda untung RM2 juta atau lebih nanti tahun 2011)

.


.


Gambar peserta kursus Pemulihan Secara Pola Angka 19 Julai di Hotel Carlton Holiday. Seramai 16 orang telah hadir. Walaupun kelas peserta kecil namun suasana santai, penuh ilmiah serta gelak ketawa. Siap dengan haruman spa, makan kek pisang dan air mascotek & susu dihidangkan oleh kakitangan Anggun Timoer yang manis-manis macam pramugari dalam pesawat Business Class. Kelas gitu! Baru seronok belajar . . .
.


.

Gambar Puan Norhafizah pengasas dan pemilik Anggun Timoer Sanctuary, Bukit Jelutong, Shah Alam, seorang personaliti TV spt Astro dll sedang memberikan tunjuk ajar tentang cara-cara mudah untuk tingkatkan tenaga dalaman serta luahkan stres seperti teknik bernafas dan urutan dan sebagainya. Siap ada demo cara berbaring dengan betul. Siapa model tu, rahsia...Barulah tahu cara yang betul!


.



.

Gambar selingan motivasi oleh guru saya Dato' Dr. Syed Ahmad Syed Samsuddin As-Sagoff. Memang gelak sakan dengan gaya dan persembahan beliau tapi pengisian yang bermakna. Beliaulah yang mengajar saya seni berpidato dan beliaulah yang mencungkil potensi saya untuk jadi terkenal sekarang ini. Dalam sesi tersebut, beliau mengumumkan perlantikan saya untuk bersama dalam bahagian Sumber Manusia bagi Akademi Nusantara (http://www.akademinusantara.org/). Perjuangan kami berdua sangat mendalam, walaupun orang nampak kami tidak rapat tetapi ada satu sejarah yang telah kami lalui bersama semasa perjuangan Akademi Pidato Malaysia dahulu hingga ke tahap Pertandingan Piala Pidato Merdeka di PWTC yang dirasmikan oleh Perdana Menteri dahulu.

.

Puisi Perjuangan - nukilan Eddy Rosyadie.

Anak bangsa,

Akan ku pimpin tanganmu ke puncak jaya,

bersama ilmu penuh di dada,

bersama keringat dan semangat waja.

Teruskan usaha hingga berjaya,

kalaupun gagal akan sampai akhirnya jua.

Akan ku berikanmu keris dan pedang saktiku,

sebagai permainan dan alat perjuanganmu,

untuk kau hunus ke musuhmu,

dengan kalis ilmu di dadamu,

teruskan berjuang,

kalaupun gagal pasti bertemu,

kejayaan yang unggul tetap ditunggu.

Anak bangsa,

di manakah airmatamu,

di manakan sinar keikhlasanmu,

apakah kau hancur jika tidak disemai,

kan ku tanam potensimu hingga tumbuh dan dituai,

kejayaan abadi akan ku ingat,

supaya anakku... kau hidup bebas berdaulat.

.
SEMINAR PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN

Ahad, 2 Ogos 2009.

Bilik Al-Burj, Hotel Carlton Holiday, Shah Alam.
9 pagi - 5 petang.
RM200 (diskaun RM50 untuk pemilik buku Cinta, Jodoh dan Perkahwinan)

sila bawa buku CJP untuk pengesahan serta untuk tujuan huraian buku pada hari tersebut. Individu yang belum memiliki buku CJP boleh mendapatkannya pada pagi seminar dan seterusnya menikmati diskaun RM50.

Daftar sana 8.30 pagi bawa maklumat jam lahir.
Untuk hadir, sila SMS taip PKC (nama) dan hantarkan ke 016 2379856.
.
Kenali aspek perkahwinan dan perceraian dari perspektif sains metafizik menggunakan kajian tarikh dan jam lahir. Huraian buku Cinta, Jodoh dan Perkahwinan. Walaupun tajuk di sini agak serius tetapi pengetahuan tentangnya sangat perlu diketahui untuk anda hadapi dan layari liku-liku alam rumahtangga dengan baik. Kenalilah usia jodoh dan cara untuk mengatasi Widowed Star, Lonely Star malah Married Star dalam perkahwinan anda serta pelbagai pengetahuan dari sudut sains metafizik seperti kenali faktor cerai, orang ketiga dan sebagainya termasuk masalah zuriat lambat. Inilah seminar yang julung kali di adakan di dunia yang membicarakan perihal perkahwinan dan perceraian dari perspektif sains metafizik berasaskan tarikh dan jam lahir. Dapatkan buku Cinta, Jodoh dan Perkahwinan di sini pada harga diskaun. Sesuai untuk semua lapisan masyarakat sama ada sudah, pernah atau belum berkahwin atau yang akan / sedang bermadu untuk pengetahuan diri anda atau anak cucu anda. Juga sesuai untuk para kaunselor atau seumpamanya untuk tambahan kemahiran anda.
.
Berkongsi pengalaman saya yang berkahwin selama 16 tahun, syukur bahagia sehingga kini walau pola 11, 72 dan Widowed Star banyak menganggu dan pernah hampir merosakkan hubungan kami. Perjalanan alam perkahwinan kami masih jauh dengan bakal menghadapi Married Star, Graf Hayat turun dsbnya tidak lama lagi. Mudah-mudahan dengan ilmu kaedah ini, dapatlah kami bahagia hingga akhir hayat. Begitu juga dengan anda dan pasangan/ bakal pasangan dapatkanlah pengetahuan berguna ini.
.
"Isteriku sayang, terima kasih kerana menjadi isteri yang solehah, rakan yang memahami dan menyokong, kekasih yang manja, ibu yang penyayang, menantu yang bersopan dan pejuang bangsa, agama dan negara yang produktif" - eddy rosyadie.
.
"Dearest my loving wife, thank you for being a solehah wife, a supportive and understanding friend, a romantic lover, a passionate mother, a charming in-law and a productive fighter for community and country" - eddy rosyadie.
.
"Love never cold, Love never dies, Love that fill our souls, Together as one, we stand as one for the world to see, together as one we shine to eternity. All the dreams we dreamed for are now reality, now the dreams of a perfect love will always be... you and I in a perfect love faithfully" - song by US band Stryper "Together As One", my all time favorite song (see it in YouTube).
.
"Cintaku sayang, hanya senyumanmu yang ku mahukan, sinar ikhlas senyumanmu itu menaikkan semangat perjuanganku menghadapi cabaran dengan kuat dan senyumanmu itu sentiasa menyejukkan hatiku yang resah. Aku sanggup mati untuk senyummu itu" - eddy rosyadie.
.
"My love, your precious smile is all I wanted. Your genuine smile makes me fight better and your smile always cools me down. I rather die for your smile" - eddy rosyadie.
.
Senyum-senyumlah selalu ! :)
.
SEMINAR POLA 336 UNTUNG PELABURAN, MENANG PERADUAN DAN MULA JADI JUTAWAN.
Ahad, 23 Ogos 2009
Bilik Al-Burj, Hotel Carlton Holiday, Shah Alam
RM100 (Offer Hari Raya - biasa RM200)
Daftar jam 10.00 pagi bawa maklumat jam lahir.
Untuk hadir sila SMS taip MP (nama) dan hantarkan ke 016 2379856.
.
Anda sudah tahu bagaimana nak kaya/ jadi jutawan dengan pelaburan, forex, perniagaan, hartanah, dll tapi anda belum tahu BILA (tahun, bulan dan hari serta usia) anda boleh untung dan mula jadi jutawan, menang peraduan (jutawan power root?) dan untung pelaburan (apa jua termasuk unit trust, wang pos, saham dll) serta untung dalam forex. Kajian saya mendapati pola 336 memainkan peranan penting dalam keuntungan dan kemenangan. Kenalilah tahun/ bulan/ hari anda boleh untung dan menang serta arah kejayaan untuk untung serta kenali pola individu yang boleh bantu anda menang atau untung dalam pelaburan atau kekayaan sentiasa. Ketahui masa yang sebenarnya untuk anda boleh mula jadi jutawan. Pelajarilah kaedah sebegini untuk mengelakkan dari anda terpaksa bersusah payah bertahun-tahun tanpa hasil dengan mengetahui MASA yang sebenarnya anda boleh menang/untung sesuatu. Inilah seminar yang julung kali di dunia yang membimbing anda tentang persoalan masa dan tempat serta cara serta individu yang boleh anda gunakan untuk menang peraduan, untung pelaburan dan mula jadi jutawan.
.
Saya sendiri telah menggunakan teknik pola 336 dan untung pelaburan BSKL sebanyak dua kali berjumlah RM150K pada tahun ini. Lihat juga pola 336 yang ada pada Bill Gates (Richest Person in World) dan Tan Sri Khalid Ibrahim (bekas CEO Guthrie terkenal dengan sejarah "London Raid" iaitu mengambil alih Guthrie dari kerajaan British hanya dalam masa 2 jam) kedua-duanya ada pola 336 dan menggunakan teknik yang dikaitkan dengan pola 336. Tahun 2011 nanti, semua orang ada pola 336, apakah anda buat persediaan untuk ambil peluang itu nanti untuk jadi kaya (bulan dan hari yang sesuai? mengikut tarikh lahir anda).
.
(walaupun berpuasa, belajar nak jadi kaya mesti diteruskan. Kita bermula jam 10.00 pagi supaya jam 9.45 pagi anda boleh tinggalkan isteri/suami/anak anda di SACC Mall/ Kompleks PKNS/ Plaza Alam Sentral/ Anggerik Mall/ Giant/ Tesco, biar mereka boleh bershopping untuk raya sementara anda belajar di kelas. Mungkin kelas tamat jam sekitar 4.30 petang untuk anda sekeluarga bersiap untuk berbuka puasa).
.
"Ramai orang berimpian untuk jadi kaya dan mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk jadi kaya namun mereka masih belum ada impian untuk BILA boleh jadi kaya dan mereka belum berusaha bersungguh-sungguh untuk mula BILA boleh jadi kaya" - eddy rosyadie
.
"There are many people who desire to become rich and they work hard to become rich but yet they not desire WHEN to become rich and not yet work hard for WHEN become rich" - eddy rosyadie
.
Seminar/ Aktiviti yang dirancangkan seterusnya;
.
Oktober - Disember: Cadangan Road Tour di Kuala Terengganu & Kuantan.
.
Juga beberapa seminar jemputan di Shah Alam, Muar dan Ipoh.
.
20 dan 21 Oktober 2009 - seminar dua hari 3 dalam 1 - Rahsia Kehebatan Diri bersama UTM-Space, Airborne (analisa potensi dari cap jari) dan Eddy Rosyadie (analisa potensi dari tarikh dan jam lahir) di KL - belum tahu tempat. Mgkn sekitar RM400 untuk seminar 2 hari. Dapatkan laporan analisa cap jari percuma serta graf hayat percuma. Nantikan pengumuman dan flyer seminar ini nanti.
.
Januari 2010: Kursus PERCUMA untuk 1,000 orang di JB
(tiada bayaran sesen pun untuk belajar tapi bawalah duit sedikit untuk tambang balik rumah :) atau untuk beli graf hayat ahli keluarga, makanan ringan, CD, buku, poster, susu kambing, wang pos, premium insuran dan sebagainya).
Tajuk: Menyusun Strategi Hidup Untuk Kehidupan dan Perniagaan yang Lebih Bermakna (daripada kaedah Graf Hayat dan Kitaran Tahunan yang lebih mendalam).
9 pagi - 5 petang. Daftar jam 8.30 pagi.
Sila bawa graf hayat anda (jika belum ada graf hayat, boleh dapatkan di sana nanti)
Daftar dengan SMS taip EDDY JB dan hantarkan ke 36553.
Dijemput semua bekas peserta kursus saya atau individu yang baru dari seluruh Johor, Singapura dan Batam serta peserta dari mana-mana guru / motivator yang lain. Juga, dijemput anda dari seluruh Malaysia atau Brunei juga. Tambahkan pengetahuan anda dari perkongsian ilmu kami. Sokonglah bersama kami dalam aktiviti amal jariah kami ini untuk pembangunan produktiviti negara.
.
Semoga berjaya sentiasa.
Eddy Rosyadie
posted by eddy Rosyadie Mohd Samsury @ 12:56 AM   0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Tuesday, July 14, 2009
PEMULIHAN DIRI UNTUK KEJAYAAN
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera, salam perjuangan...
.
Tempahan buku CINTA, JODOH DAN PERKAHWINAN di blog ini. Sila SMS nama, alamat dan poskod lengkap ke 016 2379856 selepas bank in RM25 Maybank 512464228716 (EDDY ROSYADIE). Mohon maaf borang tempahan online di sebelah sedang diperbaiki. Kepada individu yang telah menghantar borang untuk mendapatkan Graf dan CD, penghantaran akan dihantar secara berperingkat kerana terlalu banyak surat tempahan yang kami terima. Jika anda nak cepat Graf Hayat, boleh emailkan maklumat anda seperti yang diminta dalam buku ke qmas304@streamyx.com
.
SEMINAR PEMULIHAN DIRI DARI POLA ANGKA
Ahad, 19 JULAI 2009
9 pagi - 5 petang
Bilik Al-Burj, Tgkt 1 (di dalam Akademi Carlton),
Hotel Carlton Holiday, Shah Alam, Selangor.
.
RM200.
Daftar di sana jam 8.30 pagi. Sila bawa maklumat jam lahir.
Untuk hadir, sila SMS taip PA (nama) dan hantarkan ke 016 2379856.
Pakaian: Smart Casual.
.
Pelajarilah teknik ABC (Aware, Balance & Control) untuk proses pemulihan diri untuk kekal sihat dan bertenaga positif sepanjang masa untuk menjadi berjaya. Dengan wujudnya banyak masalah penyakit sekarang, amat penting anda punyai tenaga dalaman yang kuat untuk bertahan sihat. Tahun 2010 dijangka tahun lebih tertekan dan inilah masanya untuk anda pelajari teknik kenali kelemahan tenaga anda dan cara untuk meningkatkan tenaga dalaman anda, menggunakan analisa dari Tarikh dan Jam lahir, supaya anda menjadi positif dan kekal sihat berjaya. Antara teknik yang akan dibimbing ialah Kenali dan Rawat Elemen Terlebih (contohnya, terlebih besi menyebabkan sakit mental dan apa punca terlebih besi tersebut), Kenali dan Rawat Frekuensi Minda Positif, Membina Chakra yang lebih kuat dan sebagainya. Ini adalah seminar yang pertama di Malaysia menggunakan kaedah Tarikh dan Jam lahir dan digabungkan dengan perspektif holistik.
.
Dapatkan baucer RM15 untuk sesi Spa dan Refleksologi serta temui seorang personaliti TV dan pengasas produk yang cantik dan sihat yang akan membimbing anda teknik untuk tingkatkan kekuatan tenaga dalaman dan pengurusan stres seperti teknik pernafasan dan sebagainya. Juga, rasailah pengalaman pelbagai bentuk refleksologi seperti urutan tangan serta produk aromaterapi yang ditawarkan di tempat seminar nanti, termasuk haruman untuk menghindar anda dari pola mistik 38.
.
"In order to become wealthy, you need to stay healthy and happy!" - eddy rosyadie
"Untuk menjadi kaya, anda perlu kekal sihat dan gembira" - eddy rosyadie
.
SEMINAR PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN
Ahad, 2 Ogos 2009
Bilik Al-Burj, Hotel Carlton Holiday, Shah Alam.
9 pagi - 5 petang.
RM200 (diskaun RM50 untuk pemilik buku Cinta, Jodoh dan Perkahwinan)
Daftar sana 8.30 pagi bawa maklumat jam lahir.
Untuk hadir, sila SMS taip PKC (nama) dan hantarkan ke 016 2379856.
.
Kenali aspek perkahwinan dan perceraian dari perspektif sains metafizik menggunakan kajian tarikh dan jam lahir. Huraian buku Cinta, Jodoh dan Perkahwinan. Walaupun tajuk di sini agak serius tetapi pengetahuan tentangnya sangat perlu diketahui untuk anda hadapi dan layari liku-liku alam rumahtangga dengan baik. Kenalilah usia jodoh dan cara untuk mengatasi Widowed Star, Lonely Star malah Married Star dalam perkahwinan anda serta pelbagai pengetahuan dari sudut sains metafizik seperti kenali faktor cerai, orang ketiga dan sebagainya termasuk masalah zuriat lambat. Inilah seminar yang julung kali di adakan di dunia yang membicarakan perihal perkahwinan dan perceraian dari perspektif sains metafizik berasaskan tarikh dan jam lahir. Dapatkan buku Cinta, Jodoh dan Perkahwinan di sini pada harga diskaun. Sesuai untuk semua lapisan masyarakat sama ada sudah atau belum berkahwin untuk pengetahuan diri anda atau anak cucu anda. Juga sesuai untuk para kaunselor atau seumpamanya untuk tambahan kemahiran anda.
.
"Whatever you throw into your marriage you will receive the result of it. If you shower it with love, you get wet with love. But many people shower it with tears of hate, so they get wet with tears of hate" - eddy rosyadie
"Apajua yang anda masukkan dalam perkahwinan anda akan dapat hasilnya. Jika anda hujaninya dengan cinta, anda akan basah dengan cinta. Ramai orang hujaninya dengan air mata kebencian, maka mereka basah dalam air mata kebencian" - eddy rosyadie.
.
SEMINAR POLA 336 UNTUNG PELABURAN, MENANG PERADUAN DAN MULA JADI JUTAWAN.
Ahad, 23 Ogos 2009
Bilik Al-Burj, Hotel Carlton Holiday, Shah Alam
RM100 (Offer Hari Raya - biasa RM200)
Daftar jam 10.30 pagi bawa maklumat jam lahir.
Untuk hadir sila SMS taip MP (nama) dan hantarkan ke 016 2379856.
.
Kenalilah tahun/ bulan/ hari anda boleh untung dan menang serta arah kejayaan untuk untung serta kenali pola individu yang boleh bantu anda menang atau untung sentiasa. Ketahui masa yang sebenarnya untuk anda boleh mula jadi jutawan. Pelajarilah kaedah sebegini untuk mengelakkan dari anda terpaksa bersusah payah bertahun-tahun tanpa hasil dengan mengetahui MASA yang sebenarnya anda boleh menang/untung sesuatu. Inilah seminar yang julung kali di dunia yang membimbing anda tentang persoalan masa dan tempat serta cara untuk menang peraduan, untung pelaburan dan mula jadi jutawan.
.
"Love what you want and make the best of what you want. You will get the best of what you want" - eddy rosyadie
"Cintailah apa yang anda mahukan dan buatlah yang terbaik dari apa yang anda mahukan. Anda akan dapat yang terbaik dari apa yang anda mahukan" - eddy rosyadie
.
Seminar/ Aktiviti yang dirancangkan seterusnya;
Oktober - Disember: Road Tour di Kuala Terengganu & Kuantan.
Juga beberapa seminar jemputan di Shah Alam dan Ipoh.
November: bersama UTM mgkn di KL utk seminar profiling diri.
Januari 2010: Kursus PERCUMA untuk 1,000 orang di JB. Tajuk belum ditetapkan lagi - anda boleh beri cadangan dengan SMS taip EDDY KOMEN (cadangan anda) dan hantarkan ke 36553. Kursus ini tidak mengenakan sebarang bayaran satu sen pun sebagai satu aktiviti amal jariah kami. Anda juga boleh daftar mulai sekarang dengan SMS taip EDDY JB dan hantarkan ke 36553.
Pelancaran buku Edisi 3 - Kuasailah Diri Anda.
.
Testimoni: Kepada individu yang ingin mengetahui bagaimana kaedah ini sangat berkesan untuk peningkatan perniagaan anda, hubungi sdra Nor Edie (Batu Pahat) 012 7885236 untuk mendapatkan pengalaman daripada beliau menggunakan kaedah ini bimbingan saya serta kenali perniagaan-perniagaan beliau.
.
Salam Perjuangan... semoga anda berjaya sentiasa!
Eddy Rosyadie.
posted by eddy Rosyadie Mohd Samsury @ 10:11 PM   0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Thursday, July 2, 2009
Persediaan Melangkah Menjadi Jutawan
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera, salam perjuangan...
.
KONVENSYEN KEBANGSAAN SAINS METAFIZIK KE-2 TAHUN 2009
Konvesyen kebangsaan yang julung kali dibuat di Malaysia; dianjurkan oleh Envision Resources dengan kerjasama Kelab Sains Metafizik Malaysia Johor. Konvensyen ini adalah siri yang ketiga selalunya di buat di Shah Alam, kini di JB! Rebutlah peluang ini untuk bersama kami di sana!
.
Bertempat di Bilik Audio Visual, Dewan Serbaguna Skudai, Bangunan Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah, Skudai, JB, Johor
Pada : 11 Julai 2009
Masa : 9 pagi - 5 petang
Bayaran: RM50 (nota disediakan tetapi tiada makanan disediakan)
RM100 (pakej nota, 3X makanan disediakan dan buku percuma diberikan)
Pendaftaran: hubungi sekarang Puan Lin 019-7556102
.
sila bawa maklumat jam dilahirkan.
.
Dijemput semua warga Johor, Singapura dan Batam serta lain-lain negeri untuk turut serta bersama. Sama ada anda pelajar Encik Eddy Rosyadie ataupun atau pelajar dari guru/ motivator numerologi/ sains metafizik yang lain dialu-alukan untuk hadir tambah pengetahuan yang lebih (mungkin lebih dari guru anda sendiri!). Juga, semua peminat dan pengamal sains metafizik termasuk individu yang baru mahu mengenali sains metafizik dengan dekat. Serta para penuntut atau penyelidik yang mahu melihat teknik kajian penyelidikan yang dijalankan di dalam kajian sains metafizik. DATANGLAH BERAMAI-RAMAI, DAFTAR SEGERA kerana tempat terhad!
.
Aturcara majlis;
8.30 pagi : Pendaftaran
9.00 pagi : Majlis pembukaan majlis
9.15 pagi : Pembentangan 1
.
PENEMUAN DAN TEKNIK TERBARU 2009
disampaikan oleh Encik Eddy Rosyadie
.
Pengasas Kaedah Potensi Dinamik Astronumerologi pertama di dunia
Pengumuman, pembentangan dan kupasan serta bimbingan tentang penemuan terbaru dalam kaedah sains metafizik numerologi berasaskan kajian tarikh lahir, jam lahir, nama dan fenomena angka. Dapatkan pengetahuan dan kemahiran tambahan tentang pengiraan dan tafsiran. Antara penemuan dan teknik terbaru adalah seperti berikut;
- Kaedah Petak Pendua dan Petak Pentiga (ciptaan Encik Eddy Rosyadie).
- Pengenalan Vaccuum Star dan Awarding Star dalam Graf Hayat.
- Rakan Zon Graf Hayat.
- Petak Sumbangan Ayah dan Ibu.
- Graf Prestasi Bulanan (ciptaan Encik Eddy Rosyadie).
- Kiraan Bulanan dan Harian.
dan beberapa lagi teknik terbaru seperti teknik Rawatan Menyedarkan dan Menyelaras Potensi (MMP).
.
10.15 pagi : Rehat
10.45 pagi : Majlis bersambung - Testimoni 1
11.00 pagi : Pembentangan 2
.
BILAKAH AKU BOLEH MULA JADI JUTAWAN?
disampaikan oleh Encik Eddy Rosyadie
Pengasas Kaedah Potensi Dinamik Astronumerologi yg pertama di dunia.
.
Mengupas dan memberi bimbingan tentang teknik mengetahui/ mendapatkan usia, tahun malah hari yang sesuai yang boleh menjadikan anda bermula menjadi jutawan. Pernahkah anda bekerja teruk siang malam tapi tidak kaya-kaya juga, tetapi kawan ada sekali jual barang terus jadi jutawan? Itu adalah kerana faktor MASA untuk setiap individu kerana perbezaan tarikh dan MASA lahir. Apabila kena pada masanya, maka berlakulah perjalanan itu. Tuhan memang telah tetapkan rezeki dan Dia juga telah tetapkan MASA untuk kita - masa untuk kaya, masa untuk sakit dsbnya. Kenalilah faktor MASA di dalam mengejar impian anda untuk menjadi jutawan. Ini masanya setelah anda pelajari pelbagai pengetahuan rahsia jutawan dari beberapa mentor atau motivator untuk anda tahu pula bila MASAnya sesuai untuk anda jadi jutawan, jadi tidaklah anda terpaksa kerja teruk hari-hari kerana tidak mengetahui MASA sesuai jadi jutawan. Antara teknik yang dibimbing adalah pola pelaburan 336, Awarding Star, pola 456, 696, termasuk arah 6, tengah mata angin 6 dsbnya. Juga teknik untu KEKAL jutawan (kalau jadi jutawan tapi tak dapat kekalkan jutawan pun tak berguna juga) seperti teknik musuh Vaccum Star, Wealth Great General. Bonus: Teknik Gabungan Pasangan Hasilkan Telaga Duit (dikenali dulu sebagai Petak Gabungan Untung Selamanya).
.
12.00 tengah hari : Testimoni 2
12.30 tengah hari : Makan Tengah hari, Lawatan Meja Pameran dan Solat
2.00 petang : Majlis bersambung: Testimoni 3
2.15 petang : Pembentangan 3
.
FENOMENA TAHUN 2009 DAN PERSIAPAN TAHUN 2010
disampaikan oleh Encik Eddy Rosyadie
Pengasas Kaedah Potensi Dinamik Astronumerologi yg pertama di dunia.
.
Mengupas tentang perjalanan tahun 2009 seperti yang telah dijangkakan semenjak tahun 2008 lagi termasuk tahun 2009 adalah tahun masalah penerbangan (yang memang terjadi sangat kerap tahun 2009) serta beberapa fenomena lain. Kemudian, melihat apa yang dijangkakan untuk tahun 2010 sebagai satu persediaan awal termasuk warna yang sesuai untuk tahun 2010, arah tahun 2010, cabaran perniagaan tahun 2010 dan sebagainya.
.
3.15 petang : Testimoni 4
3.30 petang : Rehat
4.00 petang : Pembentangan 4.
.
Akan diumumkan nanti. Mungkin pembentangan Kitaran Perlakuan Harian oleh Encik Yuswan, pengasas kaedah kitaran Perlakuan Harian. Akan mendapatkan pengesahan dari beliau dahulu.
.
4.45 petang : Penutup majlis
5.00 petang : Bersurai dan lawatan pameran meja jualan.
.
"If you keep thinking to do something, you are trying to get on it. But If you start something, you have it going on already" - Eddy Rosyadie"
.
"Jika anda sentiasa berfikir untuk lakukan sesuatu, anda sedang mencuba untuk melakukannya. Tetapi jika anda sentiasa cuba melakukan sesuatu, anda sudahpun mula melakukannya" - Eddy Rosyadie.
.
KURSUS MODUL JUARA JUALAN
pada 12 Julai 2009 di PROMATT, Taman Mount Austin, Tebrau, Johor Bahru.
9 pagi - 5 petang (daftar 8.30 pagi)
RM220 (termasuk nota, makan 3x dan door gift percuma).
Hubungi Puan Mazni 0127284956
.
Sila bawa maklumat jam dilahirkan.
.
Sangat sesuai untuk para konsultan jualan, para usahawan MLM, Networkers, pemasaran dan seumpamanya untuk ketahui cara yang terbaik untuk meningkatkan prestasi jualan anda. Jika anda tahu sifat yang sesuai, arah yang sesuai, masa yang sesuai, interaksi yang sesuai dan bulan dan hari yang sesuai, maka anda meraih jualan yang bagus. Ketahui musuh dalam jualan seperti pola 67, 393, 843 dan seumpamanya. Serta ketahui sifat prospek dari nombor handphone dan nombor plet kereta. Mengira bulan dan hari apa yang sangat sesuai untuk close sale yang terbaik termasuk warna pakaian sesuai bertemu prospek dan sebagainya.
.
"I would be rather die trying than die hoping" - Eddy Rosyadie
.
"Saya lebih rela mati kerana mencuba daripada mati kerana berharap semata-mata"- Eddy Rosyadie.
.
KURSUS PEMULIHAN SECARA ANGKA
Pada 19 Julai 2009.
Hotel Carlton Holiday, Shah Alam.
9 pagi - 5 petang.
Sila bawa maklumat jam lahir dan pakai pakaian smart casual (selesa dan longgar untuk sesi senaman ringkas).
RM200.
Daftar: Sila SMS taip EDDY PA dan hantarkan ke 36553.
.
Mempelajari kaedah pemulihan diri secara alternatif dan komplementari menggunakan petunjuk angka dalam tarikh lahir dan kesedaran anda. Ketahui kenapa anda sakit di bahagian tertentu disebabkan oleh kejadian lampau yang mampu anda buangkan sendiri. Pola kesakitan seperti 83, banyak angka 1, pola trauma dan sebagainya. Memulihkan diri secara holistik. Sesuai untuk semua golongan termasuk golongan berkerjaya untuk mengawal stres di tempat kerja dan hidup serta untuk individu/ anak yang tidak produktf ditukar menjadi produktif, juga untuk menukar diri anda dari kesedaran miskin/ sakit kepada kesedaran kaya/ sihat. Ketahui pola angka yang ada pada diri anda dan pulihkan diri anda sewajarnya supaya anda lebih sihat jasmani dan rohani.
.
Jumpa anda di sana!
Eddy Rosyadie.
.


posted by eddy Rosyadie Mohd Samsury @ 6:35 AM   0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

About Me


EDDY ROSYADIE MOHD SAMSURY

(Perancang pengurusan Hala
Tuju Hidup)
Penulis Kolumunis `Mingguan Wanita `Penulis buku `CJP`
Email:
qmas304@streamyx.com

http://eddyrosyadi.weebly.com

Previous Post
Archives
ADMIN BLOG EDDY


ARY
Phone :012 902 6972
my facebook

محمد أشعري عبد الرزاق

Reka Lencana Anda
CONSULTANT 

Zaini ahmad 
     019-2676727
Azli Shah            012-3127296
Nor Azlina            019-3869011
Dr Aniza              019-2438151
 

FORUM CHAT

Template by

image link to web design website

Provided by website design company .

 

widgeo.net

Site Meter
Blogger Templates