waktu malaysia
 
galeri gambar
 
tempahan online


TEMPAHAN ONLINE

iklan

 





 

jadual  kursus/Seminar
BULAN KURSUS/SEMINAR
Kursus
 
dipejabat
Meru, Klang

sesi Consultant
No 69, Tgkt 2, Jalan Besar, Pekan Meru
(Atas Bank BSN depan RHB Bank)
iklan tajaan

 

 

 




 

Monday, October 26, 2009
Perjalanan Ke Puncak Jutawan
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera, Salam Jutawan & Salam Kecemerlangan.
.
Kemaskini 29 Oktober:
Kursus Pola 336 Potensi Untung Pelaburan, Menang Peraduan dan Mula Jadi Jutawan;
30 Oktober di Meru, Klang. RM110
31 Oktober di Skudai, Johor (daftar: Lyn 019 7556102). Kemungkinan di Dewan Serbaguna MPJBT. 9 pagi - 5 petang. RM199 individu tetapi RM169 seorang jika datang kumpulan 3 orang (biasa RM250).
.
Temui saya dan Prof Dato' Dr. Ibrahim di Hotel Goodhope pada 1 November ini!.
.
Kemaskini 28 Oktober: Sila lawati http://www.millionairemindpower.blogspot.com/ untuk ketahui aktiviti program "Millionaire Mindpower" yang dianjurkan oleh Prof. Dato' Dr. Ibrahim.
.
Kursus Mindpower Asas "Laluan Jutawan" Oleh Prof. Dato' Dr. Ibrahim pada 1 November 2009 di Goodhope Hotel, Skudai, Johor. 9 pagi - 5 petang. Setiap peserta yang bawa 5 orang layak mendapat rebet yuran kursus. Pendaftaran: hubungi Master Syah 019 218 1886.
.
Saya baru pulang dari pejabat EPP di Subang Jaya untuk membantu seorang client yang ada hutang kad kredit RM167,000 (dari 6 kad kredit). Dahlah ada Vacuum Star dan tahun depan tiada angka 6 - memang perlu dibantu! Sebagai ejen EPP, jika transaksi berjaya pada minggu depan, komisen saya dianggarkan RM8,000. Ejen kerja mudah - jumpa dan cerita dengan client, bawa dia ke pejabat dan seterusnya pejabat akan uruskan hingga tamat. Juga, dapatlah membantu individu hadapi tahun 2010 yang dijangka tahun masalah kewangan.
.
Sebelum itu saya singgah di Wisma Radio RTM, Angkasapuri, KL berbincang untuk rakaman radio untuk slot motivasi selama 30 siri. Insyallah, bulan Disember akan muncul di radio.
.
Kemaskini 27 Okt: saya baru sahaja dihubungi oleh Encik Nor Edie Katiman (012-7990800) yang berkongsi pengalaman beliau di dalam usaha peningkatan perniagaan beliau. Beliau memilih bisnes tuala wanita kerana nasihat saya mengatakan tahun 2009 ini ada elemen kayu (produk herba) dan air (darah & wanita) dan kebetulan tahun depan 2010 tahun kesihatan, maka inilah peluang yang diambil.
.
Beliau juga menghadiri seminar Pola 336 Potensi Pelaburan pada 22 Ogos lalu dan seterusnya membuat pelaburan emas dengan Public Bank, itu juga menghasilkan keuntungan yang tinggi.
.
Majalah yang anda perlu baca:
Untuk melengkapkan diri anda untuk menjadi jutawan atau untuk tingkatkan kecekapan anda dalam kekayaan/ kewangan, berikut adalah beberapa majalah yang boleh anda baca sentiasa sepertimana saya membacanya setiap bulan;
1. Majalah Mingguan Wanita - itu sudah semestinya! mukasurat 54 dulu :)
2. MillionaireAsia (http://www.millionaireasia.com/)
3. Malaysian Business
4. Personal Money
5. Smart Investor
6. Islamic Finance Asia (http://www.islamicfinanceasia/)
7. Forbes Asia
8. Management (http://www.mim.org.my/)
.
Juga majalah-majalah tempatan berkaitan usahawan seperti Jutawan, Usahawan Sukses, Potensi dan sebagainya. Jika ada duit lebih sedikit, dapatkan majalah seperti Business Week, The Edge, Shares Investment dan sebagainya. Yang penting - BANYAKKAN MEMBACA terutamanya isu-isu terkini secara "pukal" dalam satu masa. Anda perlu ada pengetahuan dan juga perlu tahu situasi kewangan semasa kerana ianya sentiasa berubah-ubah. Juga, dapatkan pelbagai buku-buku yang berkaitan dengan kewangan, pelaburan dan sebagainya seperti buku "Secrets of Intelligent Investing" - Ken Lo & Yu Foong Sin terbitan Advantage Quest (http://www.advanquest.com/).
.
Kaedah numerologi pendekatan saya lebih kepada strategi bisnes dan pelaburan, dan sememangnya juga terdapat tentang profil personaliti, karekter, kesihatan, perkahwinan dan sebagainya. Seminar Pola 336 dan Pola 696 adalah antara modul yang berkesan untuk kewangan, pelaburan, kekayaan dan jutawan!
.
Terbaru: saya telah mendapat satu tawaran oleh seorang sifu Chinese yang sudi untuk berkongsi ilmu numerologi beliau yang pertama di dunia - sebentuk pengiraan segitiga atas bawah menyerupai buah nenas. Memang mengagumkan tafsirannya, termasuk teknik pembetulan arah supaya anda boleh ubah hidup menjadi untung selalu! Saya akan bawa beliau bersama nanti di seminar-seminar berkaitan kekayaan (seperti seminar 22 Nov di Shah Alam) serta seminar-seminar lain di Johor (beliau berminat untuk mula di Johor - baguslah untuk orang Johor dan juga untuk komuniti China di Johor dan Singapura).
.
_____________________________________________________________________

TESTIMONI KEJAYAAN PESERTA KURSUS: Encik Nor Edie (Batu Pahat, Johor)


Sekali lagi, kaedah Potensi & Prestasi Dinamik telah dapat membantu peserta kursus untuk berjaya di dalam misi perjuangan mereka. Kali ini, kisah ini dipaparkan di majalah Mingguan Wanita (siri 1353: 23-29 Oktober 2009) mukasurat 100 iaitu Encik Nor Edie Katiman dari Batu Pahat, Johor telah mencapai jualan terkumpul RM500 ribu. Modal belajar dengan saya? cuma RM500 setelah menyertai dua kursus iaitu Modul Potensi Usahawan di Skudai sekitar Disember 2008 dan Modul Juara Jualan sekitar April 2009 dan telah dapat membantu untuk pulangan RM500 ribu. Beliau juga ada menghadiri Kursus Pola Pelaburan 336 pada 22 Ogos 2009 yang lalu.

Ini membuktikan bahawa kaedah ini dapat membantu individu/ organisasi untuk pertingkatkan prestasi mereka setelah kenal potensi yang sebenar dan kemudian tahu menguasai prestasi dengan lebih baik. Tidak silap saya, ketika beliau hadir di Kursus Potensi Usahawan dulu, beliau telahpun menjalankan perniagaan tetapi kurang berhasil. Setelah mengetahui potensi yang lebih baik dan setelah membuka perniagaan semula pada 25 Febuari 2009 lalu atas cadangan saya, kini usaha beliau bertambah baik dan berkesan. Di tambah dengan pengetahuan dari modul Juara Jualan, ianya dapat membantu beliau dan organisasi beliau untuk mencapai sasaran jualan dengan lebih baik dengan teknik jualan yang berkesan dari perspektif sains metafizik.

Oleh itu, adalah amat rugi jika anda/ organisasi anda tidak mahu mengambil inisiatif sebegini untuk meningkatkan prestasi usahawan/ jualan anda. Tahun 2010 dijangka terdapat banyak cabaran kewangan dan berita mutakhir 30 francaisi bumiputera dijangka gulung tikar, menjadikan suasana perniagaan mencabar pada masa akan datang. Maka, dapatkanlah modul-modul sebegini terus daripada saya. Beberapa organisasi yang pernah menolak modul-modul sebegini harus berubah dengan melihat sendiri bagaimana kini seorang usahawan makin bertambah maju dengan tambahan ilmu pengetahuan secara sains metafizik. Anda bila lagi?

Gambar bersama Prof. Dato' Dr. Ibrahim Ahmad, Positive Mind Resources, pakar Mindpower tersohor negara di Seminar 3P di Skudai pada 24 Oktober 2009.




Isteri saya kata muka kami ada iras, begitu juga muka saya dengan Dato' Hj Fadzilah Hj Kamsah (datuk saudara saya) Hmm, agaknya motivator muka sama kot :)





Seminar 3P (Pelaburan, Pemulihan & Pengasihan Kasih Sayang) yang berlangsung di Dewan Serbaguna MPJBT Skudai, Johor Bahru pada 24 Oktober 2009 dijalankan dengan baik. Pada mulanya ada ura-ura 150 orang dijangka hadir, tetapi cuma 70 orang sahaja, itupun sudah cukup membuatkan pihak saya dan urusetia kelam kabut dengan pelbagai persiapan.

Sebelah pagi, sesi Pola Pelaburan dibuat untuk memberikan pendedahan lebih mendalam tentang kegunaan pola 336 pola pelaburan.

Tawaran: Kursus Pola 336 Potensi Pelaburan, Untung Peraduan dan Mula Jadi Jutawan pada Sabtu 31 Oktober 2009 di Dewan Serbaguna MPJBT, Skudai, Johor Bahru jam 9 pagi - 5 petang. Harga RM199 jika mendaftar seorang (biasa RM250) atau RM169 setiap seorang jika daftar secara kumpulan 3 orang.

Daftar: Lyn 019 7556102 sebelum Khamis 29 Oktober 2009 ini untuk tempahan.

Kursus pada 31 Oktober 2009 ini khusus untuk membimbing anda di dalam pola 336 tentang memeriksa kelayakan anda dan srategi mencari tahun/ bulan/ hari/ arah terbaik untuk membuat pelaburan. Kenali Awarding Star dan Vaccum Star lebih mendalam di dalam faktor pelaburan dan pelbagai teknik pengiraan seperti kitaran tahunan dan sebagainya. Tahun 2011 dijangka tahun untung pelaburan dan semua orang memiliki pola itu pada tahun 2011 nanti, maka kursus ini sesuai untuk semua orang. Namun, jika anda sememangnya lahir sudah ada pola 336 atau jika tiada pun angka 336, saya akan membimbing anda untuk menggunakan potensi itu sebaiknya.

Sesi kedua adalah perbincangan motivasi kewangan oleh Dato' Dr. Roslizam Abdul Rahman, seorang ahli perniagaan berpengalaman tinggi, konsultan pelaburan profil tinggi dalam / luar negara adalah bekas penasihat kewangan Tun Dr. Mahathir Mohamed. Teknik FOCUS beliau sangat menarik di dalam aspek usaha peningkatan kewangan yang lebih baik. Kini, beliau giat berusaha untuk projek tanaman cili dan seumpamanya (26 Agro) di Johor seperti di Felda Taib Andak dan beberapa buah negeri. Mana-mana individu/organisasi berminat untu mendapatkan tips nasihat dan pengalaman beliau sila hantarkan email ke 1ddar@26.com.my .

Selepas itu, Puan Siti Roslina dan Encik Samsuddin pula menceritakan tentang kaedah kekayaan secara sumbangan berkelompok yang mana memberikan pulangan dari RM10,000 hingga RM400,000 mengikut jumlah unit. Walaupun sistem ini dikecam kerana dituduh sebagai skim piramid, haram kerana hasil dan sebagainya, namun anda sebenarnya perlu datang dan periksa sendiri dengan pihak syarikat untuk mengetahui perkara yang sebenarnya (sama juga dengan kisah kaedah Potensi & Prestasi Dinamik yang dituduh sebagai tilik nasib tetapi kini diterima ramai kerana ianya adalah berbeza dari pendekatan yang biasa dipandang ramai).

Penjelasan tentang sistem wang pos: saya mempromosikan kaedah wang pos adalah sebagai salah satu cara alternatif untuk mengumpul modal selain dari memohon pinjaman bank/ tabung kerajaan, pelaburan emas, pelaburan unit amanah seperti Unit Trust atau Amanah Saham, pelaburan Takaful link investment, pelaburan hartanah, saham dan sebagainya. Saya boleh menyuruh anak-anak murid untuk mencari modal cara lain seperti cabutan nombor ekor dan sebagainya namun itu memang jelas kurang sesuai dengan majoriti. Ada ramai individu yang memerlukan modal untuk berniaga tetapi sukar mendapatkannya dengan pihak berwajib kerana masalah tertentu maka sistem wang pos adalah satu sumber. Ada orang berminat untuk masuk pelaburan yang lebih "halal" tetapi modalnya besar, jadi sistem wang pos memberikan modal permulaan. Untuk makluman, saya pernah terbaca satu surat daripada sebuah jabatan agama yang membenarkan industri takaful Islam menggunakan modal permulaan dari insuran konvensional (yang haram untuk umat Islam), oleh itu saya mohon dihentikan tuduhan sistem wang pos yang dipromosikan di sini dilabelkan sebagai haram kerana banyak perkara lain juga boleh dilabel haram jua. Jika ada pihak seperti organisasi kerajaan, swasta, GLC termasuk Zakat atau Baitulmal yang sudi menaja dan membantu perjuangan kami, lagi mudahlah kami tidak perlu mencari sumber sebegitu. Kepada individu yang menjana wang dari wang pos, anda dinasihatkan untuk tidak tamak berterusan dalam sistem wang pos dan apabila cukup modal yang dikehendaki, anda dinasihatkan menggunakan modal tersebut untuk melabur / berniaga dalam perniagaan yang lebih diiktiraf oleh institusi kewangan. Daripada pengalaman pengamatan saya, biasanya sistem-sistem sebegini jarang bertahan lama bukan disebabkan oleh syarikat, walaupun memang ada syarikat yang jelas tidak telus, tetapi disebabkan oleh sikap ahli peserta yang merosakkan sistem itu sendiri. Untuk makluman, wang pos digunakan di dalam sistem ini kerana jika menggunakan tunai, tentu dikebas orang, dan jika menggunakan cek, selalunya ada masalah cek tendang.

Seterusnya, sesi ketiga dihidangkan pula dengan pola pemulihan yang pasti menarik perhatian ialah pola mistik 3 tengah mata angin, pola 459, pola 38 dan angka-angka masalah keturunan.

Encik Rusli (tel no: 0122863424) pula membentangkan perihal pelaburan emas. Ramai teruja melihat dan memegang sendiri sebuah jongkong emas berharga RM135,000. Beliau menawarkan sistem perniagaan pelaburan emas dengan pulangan keuntungan sekitar 2.5% setiap bulan.

Sesi seterusnya menarik perhatian ramai orang tentunya motivasi daripada Prof. Dato' Dr. Ibrahim Ahmad. Banyak pengetahuan dan pengalaman yang dikongsi selama 2 jam termasuk membetulkan banyak persepsi minda tentang kekayaan. Salah satunya ialah jangan terlalu fokus terhadap hutang tetapi bersemangat untuk menarik tenaga kekayaan. Banyak ilmu dibentangkan disulami jenaka gelak ketawa dan demonstrasi oleh Prof. Dato sendiri menggunakan produk Aura Seri.

Selepas itu, sesi majlis potong kek (cake-cutting ceremony) untuk meraikan harijadi Prof Dato Dr. Ibrahim (serta Dato' Dr. Roslizam) dan 4 orang peserta kursus yang berkongsi harijadi pada bulan Oktober.

BERBALOI DAN RUGI TAK DATANG! Hanya pada harga RM50 sahaja, anda mendapat ilmu dari Encik Eddy Rosyadie, 2 orang Dato' dan banyak tips kewangan yang lain. Jika ada kesempatan dan kesudian dari anda serta ada pihak penganjur/ penaja, kami bersedia datang ke tempat anda untuk berkongsi lebih banyak ilmu dengan anda!

Pada sebelah malam, kami menjamu Prof Dato di Restoran Singgah Selalu, JB. Salah seorang peserta dari Kuantan iaitu Encik Zaidi yang juga mempunyai pola tarikh lahir yang sama (sebelah kiri) dengan Prof Dato dan Dato' Roslizam juga hadir. Semasa majlis tersebut sekitar jam 8 malam, saya menunjukkan demonstrasi Teknik Graf Prestasi untuk beliau. Pada tarikh 24 Oktober itu, beliau ada pola 426 (iaitu belajar), pola 156 (outstation) dan 11556 (dalam besi iaitu bas) juga pola 944 (makan). Pengiraan untuk jam 8 malam, di dapati beliau ada pola 944 (makan) dan 537 (bergaul orang kenamaan)! Tepat! .... Kebetulan?

Kepada individu/organisasi yang berminat untuk mendapatkan bimbingan dari Prof Dato' Dr Ibrahim melalui program terbaru beliau iaitu Millionaire Mindpower dan Millionaire Soul Power, sila hubungi Encik Syah 019-3308636.













































Temui Prof Dato' Dr Ibrahim di dalam program saya seterusnya pada 22 November 2009 (Shah Alam) dan 6 Disember 2009 (Kuantan) untuk membantu anda mencapai impian menjadi jutawan/ lebih kaya, terutamanya mengambil kesempatan tahun 2011 yang dikatakan sangat baik untuk pelaburan/ menjadi jutawan. BERTINDAK SEKARANG!

KURSUS/SEMINAR:

30 Oktober 2009: Kursus Pola 336 Potensi Pelaburan (RM110). Jam 930 pagi - 430 petang di pejabat saya bernombor 69B, Tgkt 2, Atas Bank BSN Pekan Meru, Klang, Selangor. Gunakan NKVE untuk ke Pelabuhan Klang, selepas susur Shah Alam, terus ke depan lagi masuk susur Setia Alam hingga ke Tesco. Pergi ke arah kanan melalui Mc Donald dan terus ke Petronas Meru dan berhenti di depan RHB Bank - BSN bank berada bertentangan. Jika naik bas ekspres, terus dari tempat anda ke Klang Sentral. Daftar SMS taip PP (nama) dan hantar ke 016 2379856

Pelajarilah teknik pola 336 untuk mengira potensi untung pelaburan atau perniagaan secara komprehensif (arah, masa dan pendekatan).
.

31 Oktober 2009. Kursus Pola 336 Potensi Untung Pelaburan, Menang Peraduan & Mula Jadi Jutawan. RM199 / RM169. Dewan MPJBT Skudai, Johor Bahru. 9 pagi - 5 petang. Daftar: Lyn 019 7556102

.
8 November 2009 (ditunda dari 7 November ke 8 November)
KURSUS 3K SIRI 2

tempat: Hotel Carlton Holiday, Shah Alam

masa: 9 pagi - 5 petang.

Yuran: RM150 seorang termasuk makan tengahari dan petang disediakan di hotel.
Pendaftaran: Puan Hajar 0132029010
bayaran yuran kursus ke akaun Maybank atau CIMB
Maybank 512464228716 (eddy rosyadie)
CIMB 12900006910522 (eddy rosyadie)
.
Siri ke-2 lanjutan dari siri pertama yang telah diadakan di Bukit Kemuning, Shah Alam pada 15 Ogos lalu. Seminar 3K memberikan pengetahuan perihal kajian tarikh dan jam lahir serta nama anda berkaitan Kewangan (K#1), Kesihatan (K#2) dan Kasih Sayang (K#3). Ini adalah seminar julung kali diadakan yang menggabungkan 3 tajuk dalam satu hari seminar. Ini bertujuan untuk memberikan peserta pelbagai teknik strategi peningkatan yang mana ianya berkait antara satu sama lain iaitu untuk menjadi kaya perlukan juga badan yang sihat dan kasih sayang yang berkesan dan seumpamanya.

Kepada peserta seminar 3K siri 1 tempohari, anda amat dialu-alukan untuk hadir sekali lagi untuk menambahkan pengetahuan dan kemahiran anda. Jika anda peserta baru yang berminat, boleh juga hadir sama walaupun anda telah ketinggalan siri 1, siri 2 ini masih anda boleh garapkan teknik-teknik yang ditawarkan.

tempat terhad 40 orang sahaja - cepat daftar!
.
22 November 2009 - Seminar Angka 6 Angka Kekayaan di Hotel Carlton Holiday, Shah Alam. RM100. Jam 9.30pagi - 5 petang.
Daftar: SMS taip KAYA (nama) hantar ke 016 2379856.
Pelajarilah teknik menguasai pola 6 yang ada pada anda seperti 966, 456, 426, 786, 336, 666 dan seumpamanya untuk anda menjadi lebih kaya. Jika anda tiada pola sedemikian, anda akan dibimbing untuk mengetahui cara mendapatkan pola itu untuk berada pada diri anda.




Temuilah Prof Dato Dr Ibrahim di situ untuk tips mindpower kekayaan ! Juga, penampilan istimewa beberapa pakar motivasi lain.
.
6 Disember 2009 - Seminar 2K Kaya dan Kewangan di Dewan Seri Pekan, Hotel Seri Malaysia, Kuantan, Pahang. RM30. Jam 9.30 pagi - 5 petang.
Daftar: SMS taip KK (nama) hantar ke 016 2379856.
Pelajarilah teknik untuk tambah dan kawal kekayaan dan kewangan anda dengan memeriksa status dan tahap kewangan anda dari tarikh lahir anda.
.
temuilah Prof Dato Dr Ibrahim di situ nanti untuk tips mindpower jutawan!
.
23 Januari 2010 - Seminar Pengurusan Diri Graf Hayat di Skudai. PERCUMA JANGAN BAYAR APA-APA LANGSUNG (kecuali jika berminat untuk membeli CD, dapatkan graf hayat, nota dan set makanan tengahari & petang).
9.30 pagi - 5 petang.
Daftar: SMS taip JB (nama) hantar ke 016 2379856
Pelajarilah cara untuk menguruskan potensi anda sepanjang hayat menggunakan teknik graf hayat serta cara menghadapi pelbagai cabaran di sepanjang laluan hidup. Juga, pembentangan teknik-teknik terbaru seperti Teknik Graf Prestasi Harian dan Jam.
.
Temui Prof Dato' Dr. Ibrahim di situ untuk tips mindpower untuk jutawan, kebahagiaan dan kejayaan!
.
Salam Kejayaan,
Eddy Rosyadie
Rakan Konsultan Hidup & Perniagaan Anda
posted by eddy Rosyadie Mohd Samsury @ 7:09 PM   0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sunday, October 18, 2009
Perjuangan Kekayaan
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,
.
Pengumuman: Prof Dato' Dr. Ibrahim, Positive Mind Resources.
Saya dengan berbesar hati mengalu-alukan kesudian Prof. Dato' Dr. Ibrahim (pengasas Positive Mind Resources & Aura Seri) untuk bersama-sama kita untuk membimbing kita daripada pengetahuan dan pengalaman beliau (sila lihat majalah Maskulin ms 24). Prof Dato' akan melancarkan program "Millionaire Mindset / Millionaire Mindpower" mulai November 2009 ini. Dengan kesudian beliau untuk bersama di dalam perjuangan potensi dan prestasi diri dan perniagaan ini, dapatlah membantu kita semua untuk lebih berjaya dan kaya.
.
Sasaran / KPI saya ialah mencipta 60 orang jutawan pada tahun 2011 (tahun pelaburan / jutawan) tetapi anda perlu lalui saat-saat genting kewangan 2010 dahulu dan Prof Dato bersetuju untuk menyumbangkan masa dan tenaga beliau untuk saya merealisasikan sasaran saya ini. Jika anda sudi untuk kami bimbing anda menjadi jutawan pada 2011, silalah bersama-sama saya dalam siri-siri latihan akan datang seperti pada 7 Nov, 22 Nov dan sebagainya.
.
Prof Dato' akan bersama kita pada 24 Oktober ini, oleh itu kepada semua peserta kursus, anda mendapat pulangan berbaloi berbekal RM50 sahaja untuk mendapatkan tips2 kekayaan (Prof Dato menyimpan wang RM50 bernombor siri 1399999) daripada ramai pakar kekayaan & kewangan. Energi kekayaan begitu kuat pada 24 Okt ini tetapi tidak dilupakan juga perihal kesihatan/pemulihan dan kasih sayang untuk kita kaya secara holistik.
.
Penceramah untuk 24 Oktober ini adalah seperti berikut;
1. Encik Eddy Rosyadie - Potensi & Prestasi Dinamik
2. Dato' Dr. Roslizam Abd Rahman - Millionaire Mapping - pakar strategi kewangan adalah bekas penasihat kewangan Tun Dr. Mahathir.
3. Prof Dato Dr. Ibrahim - Millionaire Mindpower - pakar mindpower untuk kekayaan.
4. Encik Sabri - Millionaire Money - pengasas WHR sistem wang pos.
.
KURSUS/ SEMINAR:
.
7 NOVEMBER 2009 - KURSUS 3K SIRI 2
tempat: Hotel Carlton Holiday, Shah Alam
masa: 9 pagi - 5 petang.
Yuran: RM150 seorang.
Pendaftaran: Puan Hajar 0132029010
.
Siri ke-2 lanjutan dari siri pertama yang telah diadakan di Bukit Kemuning, Shah Alam pada 15 Ogos lalu. Seminar 3K memberikan pengetahuan perihal kajian tarikh dan jam lahir serta nama anda berkaitan Kewangan (K#1), Kesihatan (K#2) dan Kasih Sayang (K#3). Ini adalah seminar julung kali diadakan yang menggabungkan 3 tajuk dalam satu hari seminar. Ini bertujuan untuk memberikan peserta pelbagai teknik strategi peningkatan yang mana ianya berkait antara satu sama lain iaitu untuk menjadi kaya perlukan juga badan yang sihat dan kasih sayang yang berkesan dan seumpamanya.
.
Kepada peserta seminar 3K siri 1 tempohari, anda amat dialu-alukan untuk hadir sekali lagi untuk menambahkan pengetahuan dan kemahiran anda. Jika anda peserta baru yang berminat, boleh juga hadir sama walaupun anda telah ketinggalan siri 1, siri 2 ini masih anda boleh garapkan teknik-teknik yang ditawarkan.
.
tempat terhad 40 orang sahaja - cepat daftar!
.
15 NOVEMBER 2009 - KURSUS GRAF PRESTASI
Tempat: 69B, Atas Bank BSN, Meru, Klang, Selangor.
Masa: 9.30 pagi - 4.30 petang
Yuran: RM110 seorang (offer - biasa RM300)
Pendaftaran: SMS taip GP (nama) dan hantarkan ke 016 2379856.
(bayaran yuran boleh dibuat di sana nanti).
.
Kuliah kedua selepas kuliah julung kali diadakan pada 17 Oktober lalu (sila lihat dibawah). Perihal menggunakan tarikh lahir untuk melakarkan graf prestasi tahunan, bulanan, harian dan jam - satu teknik yang julung kali pertama di dunia hasil ciptaan dan kajian Encik Eddy Rosyadie sendiri - belum ada di mana-mana di dunia kecuali di sini. Kali ini anda mampu melakarkan graf prestasi anda secara manual tanpa menggunakan perisian komputer untuk mengetahui apa yang anda bakal hadapi untuk sesuatu tahun, bulan, hari dan jam yang akan datang. Ini membantu anda membuat strategi untuk persediaan dan sebagainya.
.
Tempat terhad 15 orang - masih ada kekosongan 6 orang lagi.
___________________________________________________________________
.
"Destiny is not a matter of chance, it is a matter of choice. It is not a thing to be waited for, it is a thing to be achieved" - William Jennings Bryan.
.
"Whatever you mind can conceive and believe, your mind can achieve" - Dr. Napoleon Hill.
.
"Appreciate your potentials and make full use of your potentials before it is too late. You can become successful when you leans to and moves forward to success" - Eddy Rosyadie
.
Jadual Kursus/ Seminar:
.
24 Okt 2009 - Seminar 3P (Pelaburan, Pemulihan & Pengasihan) di Dewan Serbaguna Bangunan MPJBT Skudai. RM50. Jam 930 pagi - 5 petang.
Daftar: Lin 019 7556102.
.
Seminar yang julung kali yang menggabungkan elemen kekayaan, kewangan, kasih sayang dan pemulihan jiwa dalam sehari! Padat penuh nasihat pakar-pakar, pengalaman dan pengetahuan, berilmiah, berbaloi pada harga RM50 sahaja. Untuk anda mulakan kehidupan dan perniagaan yang lebih bahagia, tenang dan meningkat.
.
Dapatkan pengetahuan tentang pengiraan tarikh lahir untuk untung pelaburan, mengenalpasti pemulihan sesuai dan pengasihan (kasih sayang) yang lebih berkesan. Temui tetamu jemputan; pakar kewangan VIP, pasukan program EPP (easy payment plan credit card) dan pengarah WHR (sistem wang pos) serta dapat membina rangkaian luas dengan peserta-peserta kursus. Temui LynJb dan ramai lagi pejuang/ peminat kaedah Potensi & Prestasi Dinamik ini.
.
Dapatkan e-book Siri Jutawan oleh Bryan Tracy, T Harv Ekar dan David Bach.
.
Jualan buku "Cinta, Jodoh & Perkahwinan" serta tempahan buku "The Ultimate Secret to Become A Billionaire in Year 2011" tulisan saya.
.
Juga dapatkan graf hayat - sila bawa maklumat jam lahir anda/ ahli keluarga/ pasangan/ rakan kongsi dll.
.
30 Okt 2009 - Kursus Pola 336 Potensi Pelaburan di Meru, Klang. RM110. Jam 9.30 pagi - 5 petang.
Daftar: SMS taip PP (nama) hantarkan ke 016 2379856.
Pelajarilah teknik pola 336 untuk mengira potensi untung pelaburan atau perniagaan secara komprehensif (arah, masa dan pendekatan).
.
22 Nov 2009 - Seminar Angka 6 Angka Kekayaan di Hotel Carlton Holiday, Shah Alam. RM100. Jam 9.30pagi - 5 petang.
Daftar: SMS taip KAYA (nama) hantar ke 016 2379856.
Pelajarilah teknik menguasai pola 6 yang ada pada anda seperti 966, 456, 426, 786, 336, 666 dan seumpamanya untuk anda menjadi lebih kaya. Jika anda tiada pola sedemikian, anda akan dibimbing untuk mengetahui cara mendapatkan pola itu untuk berada pada diri anda.
.
6 Disember 2009 - Seminar 2K Kaya dan Kewangan di Kuantan, Pahang. RM30. Jam 9.30 pagi - 5 petang.
Daftar: SMS taip KK (nama) hantar ke 016 2379856.
Pelajarilah teknik untuk tambah dan kawal kekayaan dan kewangan anda dengan memeriksa status dan tahap kewangan anda dari tarikh lahir anda.
.
23 Jan 2010 - Seminar Pengurusan Diri Graf Hayat di Skudai. PERCUMA.
9.30 pagi - 5 petang.
Daftar: SMS taip JB (nama) hantar ke 016 2379856
Pelajarilah cara untuk menguruskan potensi anda sepanjang hayat menggunakan teknik graf hayat serta cara menghadapi pelbagai cabaran di sepanjang laluan hidup seperti Vaccum Star, Widowed Star, Ministerial Star, dll. Juga, pembentangan teknik-teknik terbaru seperti Teknik Graf Prestasi Harian dan Jam.
.
"Kita tahu bagaimana rasanya menjadi kaya tetapi kita sudah lupa bagaimana caranya untuk menjadi kaya. Setiap orang ada potensi kaya tetapi tidak ramai tahu potensi kaya mereka itu hanya berada depan mata mereka sahaja." - eddy rosyadie
"We know how it feels to become rich but we forgot the ways to become rich. Everybody has the potential to become rich but not many people know that the potential is just in front of them" - eddy rosyadie
.
Kursus Ala Tuisyen: Graf Prestasi pada 17 OKTOBER 2009 di Meru, Klang.
Kaedah ciptaan saya sendiri belum ada di mana-mana di dunia. Pertama di Malaysia dan di dunia, hanya di sini!
Seramai 6 orang telah hadir untuk kursus ini di pejabat saya di Meru, Klang. Mereka ini adalah batch pertama yang mempelajari kaedah Graf Prestasi yang lengkap (Tahunan, Bulanan, Harian dan Jam). Yuran RM110 cukup berbaloi walaupun seorang pelajar belum ada asas pun lagi. Kelas kecil ini memudahkan interaksi yang lebih berkesan (jika anda perlukan kursus sebegini, sila email ke qmas304@streamyx.com, beritahu tajuk dan tarikh dan datanglah bersama 3-4 orang rakan pada harga tawaran RM110 seorang - sehingga Mac 2010 depan).
.
Menariknya, semua pelajar mengira apa yang berlaku pada 17 Okt dan semua pelajar ada pola 426 (dunia pendidikan), tentunya datang belajar. Kemudian, kita mengira apa yang berlaku pada 1 petang 17 Okt (tentunya makan) untuk pastikan betul ke ada pola makan 944. Sekali lagi, dengan tepat, semua pelajar ada pola 944 iaitu pola dunia makanan, termasuk diri saya juga ada pola 944. Kecuali seorang pelajar yang tiada pola 944 - gabra juga saya sampai kira pentiga tapi tak dapat juga 944! Rupanya dia bercadang nak puasa hari tu, jadi tiadalah pola 944 - tapi makanlah juga sebab saya belanja (sebab saya pola 67)!. Menariknya lagi, saya dan dua orang pelajar ada pola 11566 pola besi iaitu dunia polis/penguatkuasa. Kemungkinan besar kami akan makan sebelah meja orang penguatkuasa. Memang masa kami makan sebelah meja kami ada satu kumpulan macam pegawai penguatkuasa berpakaian biasa (dan dua orang pelajar sebenarnya penguatkuasa).
.
Jadi, teknik Graf Prestasi ini sangatlah berguna untuk anda buat perancangan dan strategi. Tentunya teknik Graf Prestasi Bulanan cukup tepat menjelaskan kenapa beberapa peserta kursus menghadapi masalah dalam bulan tertentu yang lalu. Dengan mengetahui kaedah ini, anda boleh hadapi hidup dengan lebih yakin, tenang dan membuat keputusan yang lebih ilmiah.
.
Tambah menarik apabila seorang peserta menyatakan pola harian beliau pada 16 Okt ada pola 456, 777, 11566, 696 dan 944. Iaitu beliau pergi bank - pola 456 (dan apabila dikira jam 10 dan 11 pagi memang ada pola 456 iaitu dia telah berada dua jam dalam bank). Kemudian pergi makan (944) di sebelah mejanya ada polis (11566) dan kemudian solat jemaah (pola 777 ramai orang) Jumaat. Selepas itu beliau singgah kedai membeli (pola 696 dunia perniagaan) sebuah kepala paip besi (pola 11566 iaitu besi dan 777 - iaitu air). Pola 7 dikatakan kehilangan, dan beliau tertukar selipar di masjid! Cukup jelas jalan ceritanya ! Apakah kebetulan atau sudahpun suratan?
.
Kaedah ini ada kaitan dengan Kaedah Perlakuan Harian (Encik Yuswan), walaupun ia berbeza dari segi cara pengiraan dan pendekatan (kaedah perlakuan harian melibatkan emosi), tetapi ada persamaan dari falsafahnya. Anda akan menjadi lebih mahir jika dapat menguasai kedua-dua kaedah saya dan Encik Yuswan.
.
Kaedah ini bukan untuk menilik nasib tetapi untuk anda sedar apa yang bakal anda hadapi pada satu masa ke hadapan, dan berikhtiar buat perubahan sedaya mampu. Tidak semestinya anda berserah sahaja kepada takdir kerana Tuhan Maha Kaya berikan anda peluang untuk membuat perubahan untuk peningkatan/ pembetulan/ pencegahan, itupun jika anda mendalami ilmu-Nya. Jika takdir telah memang menguasai anda, sekurangnya anda sudah tahu apa yang anda bakal hadapi dan redha serta tenang.
.
Modul ini akan ditawarkan nanti kepada umum pada harga RM300 mulai Januari depan. Setakat ini masih di pejabat saya di Meru pada harga RM110 sahaja.
.
Ramai individu telah berjaya mencapai impian mereka untuk berjaya setelah mempelajari kaedah ini. Modal mereka tidak sampai RM1000 tetapi bakal mendapat pulangan yang lumayan kerana mereka faham potensi dan prestasi mereka. Adakah anda sudi untuk mendapatkan bimbingan saya untuk menjadi jutawan? Beberapa individu telah menjadi jutawan dan ada yang popular di media cetak hasil dari ilmu dan bimbingan saya. Impian dan tugasan saya di dunia ini adalah untuk membantu masyarakat menjadi kaya, sihat dan berilmu serta berkasih sayang - itulah amanah saya sebagai Main Structure Sun, pola 123459, pola 494, Virgo - penasihat dan pembantu. Moyang saya dikatakan adalah seorang Raden yang pernah menjadi penasihat kepada raja di sebuah istana (Kraton) di Surabaya, kini saya pula diamanahkan untuk menjadi penasihat kepada anda semua. Mari dapatkan pengetahuan untuk kebaikan anda, negara dan sejagat jua.
.
Gambar peserta kursus Graf Prestasi di pejabat saya Meru Klang pada 17 Nov lalu.


Kepada individu yang berminat untuk hadir kursus ala tuisyen di pejabat saya di Meru, Klang pada harga RM110, sila email qmas304@streamyx.com atau SMS 016 2379856 dan nyatakan tajuk yang anda perlukan. Sama ada anda seorang atau berkumpulan, saya akan cuba susun jadual untuk anda nanti. Antara tajuk-tajuk yang ditawarkan;

1. Potensi Asas - Statik / Dinamik

2. Graf Prestasi (Tahunan, Bulanan, Harian dan Jam)

3. Pola 696 Potensi Usahawan.

4. Pola 279 Potensi Juara Jualan.

5. Modul Cinta Kasih Sayang, Jodoh dan Perkahwinan.

6. Kaedah Graf Hayat

7. Modul Pemulihan dan Kesihatan.

8. Modul Kerjaya Atau Bisnes Pilihan.

9. Potensi Kewangan Pola Kekayaan.

10. Pola 336 Potensi Untung Pelaburan, Menang Peraduan dan Mula Jadi Jutawan.

Pejabat saya berhampiran Klang Sentral, Meru, Klang - sangat mudah dari NKVE atau jika anda naik bas ekspress dari tempat anda ke pejabat saya.

Jumpa anda nanti! Semoga berjaya sentiasa.

Eddy Rosyadie

Rakan Konsultan Strategi Hidup dan Perniagaan Anda.

posted by eddy Rosyadie Mohd Samsury @ 4:11 PM   0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Saturday, October 10, 2009
Potensi Kekayaan
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.
.
Selamat Menyambut Perayaan Deepavali:
Ucapan Selamat Menyambut Perayaan Cahaya Deepavali kepada pelanggan/ peserta kursus yang beragama Hindu pada 17 Oktober ini dari pihak kami di Envision Resources dan Kelab Sains Metafizik Malaysia (untuk Encik Baskaran dari Ipoh, Mr. Jega dari JB, Ms. Devi dari KL dan lain-lain rakan / pelanggan - thanks for your support!) . Semoga kemeriahan perayaan cahaya kali ini memberikan lebih banyak cahaya kejayaan pada masa terdekat ini.
.
Periksa Potensi Kewangan Pelanggan/ Prospek anda:
Saya baru berbincang dengan seorang ejen Insuran yang mengalami masalah kemerosotan jualan di dalam industri/ kerjayanya sejak akhir-akhir ini. Setelah memberikan pelbagai panduan, keesokkannya beliau menghantar SMS mengatakan beliau dapat close RM1000/sebulan hasil dari panduan yang telah saya berikan. Menggunakan kaedah potensi & prestasi dinamik anda dapat meningkatkan prestasi anda (ikutilah kursus Juara Jualan atau boleh temui saya di sesi konsultansi).
.
Salah satu potensi yang anda perlu periksa pelanggan atau prospek anda adalah keupayaan pembayaran iaitu bayaran premium bulanan. Tahun 2010 dijangka ramai orang tiada duit dan ini boleh menyebabkan orang akan lapse bayaran premium mereka dan anda sebagai ejen akan terjejas kerana kekurangan komisen. Oleh yang demikian, di sini saya cadangkan anda sebagai ejen insuran (atau pemberi pinjaman seperti bank atau insititusi pinjaman seperti TEKUN, MARA, PUNB dsbnya) untuk memeriksa potensi kewangan pelanggan atau prospek.
.
Gunakan borang di bawah untuk saya bantu anda periksa potensi kewangan mereka. Pastikan setelah dikenalpasti pelanggan atau prospek yang dijangka bermasalah, memberikan keutamaan kepada mereka dan mencari jalan membantu mereka kerana komisen anda bergantung kepada mereka! Sama ada berbincang dengan Agency Manager anda mahupun berbincang dengan pelanggan sendiri untuk merangka strategi dan membuat persediaan awal.
.
Belajarlah dari kerosakan bencana alam di Filipina, mereka sebenarnya berupaya untuk menjangkakan kedatangan ribut-ribut taufan dengan lebih awal menggunakan teknologi terkini kajicuaca (meteorologi) tetapi mereka tidak ambil inisiatif yang berkesan untuk membangunkan sistem amaran awal kerana pada mereka ribut itu dah "biasa". Kini, janganlah jadi anda terperangkap dalam masalah taufan kewangan tahun depan kerana tempias dari pelanggan anda sendiri. Jika anda sudi, bagi saya peluang untuk membantu anda supaya anda boleh lebih berjaya dari sekarang!
.
Jangan lepaskan peluang untuk hadir seminar berkaitan kewangan;
- 24 Oktober di Dewan MPJBT, Skudai (RM50) - seminar 3P
Daftar: Lyn 019 755 6102.
9 pagi - 5 petang
- 22 November di Hotel Carlton Shah Alam (RM100) - Kursus Angka 6 Kaya.
Daftar: SMS taip PK (nama) hantar ke 016 2379856
9 pagi - 5 petang
- 6 Disember di Kuantan (RM30) - seminar mini 2K kekayaan dan kewangan.
Daftar: SMS taip KK (nama) hantar ke 016 2379856
9 pagi - 5 petang
.
Jika anda tidak dapat besarkan imej / mencetak borang di bawah ini, anda boleh salin maklumat yang diperlukan dan emailkan ke qmas304@streamyx.com (sila buat bayaran terlebih dahulu). Arahan bayaran ada tertera di dalam borang tersebut.


Salam Perjuangan,

Eddy Rosyadie

Rakan Konsultan Strategik Anda.


posted by eddy Rosyadie Mohd Samsury @ 11:06 AM   0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Tuesday, October 6, 2009
Menyingkap Rahsia Potensi dan Prestasi Diri
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,
.
Pengumuman: Nama baru
Mulai 6 Oktober 2009, nama kaedah Potensi Diri Dinamik Astronumerologi hasil gubahan saya kini akan dikenali sebagai Kaedah Potensi dan Prestasi Dinamik Astronumerologi.
.
Ini disebabkan kerana kaedah saya ini tidak hanya melihat potensi secara statik tetapi jauh ke hadapan secara dinamik dan kini ianya bukan sahaja menentukan potensi tetapi juga mampu digunakan untuk meningkatkan dan memantau prestasi seseorang supaya apabila diketahui potensi yang dimiliki atau bakal ditempohi maka bolehlah perjalanan hidup seseorang itu dipertingkatkan atau diperbetulkan mengikut landasan yang betul atau mengikut impian seseorang dan seterusnya prestasinya itu dapat dipantau untuk membuat strategi yang lebih berkesan.
.
Nama astronumerologi masih dikekalkan kerana kaedah ini ada kaitan dengan perihal astronomi / astrologi dan kajian pernomboran numerologi yang digunakan sebagai titik rujukan kajian; bukannya untuk menilik nasib.
.
PENEMUAN TERBARU: Graf Prestasi Harian dan Jam - yang pertama di dunia.
Research Number: 06/09
.
Lanjutan daripada Graf Prestasi Bulanan, kini daripada Graf Prestasi Bulanan, anda boleh membuat atau melakarkan Graf Prestasi Harian dan seterunya Graf Prestasi Jam. Ini membolehkan anda mengetahui potensi dan prestasi anda pada sesuatu tahun, bulan, hari dan jam.
.
Nota: kaedah ini adalah hasil ciptaan saya dan tidak terdapat di mana-mana di dunia ini setakat ini. Anda dibenarkan menggunakan kaedah ini secara tertutup persendirian dan tidak boleh dibuat latihan di khalayak umum atau di Internet tanpa kebenaran saya. Kaedah ini berbeza dengan Kaedah Perlakuan Harian oleh Encik Yusman, namun anda digalakkan belajar juga kerana jika anda dapat mahir dalam kedua-dua kaedah ini, ianya banyak membantu anda di dalam kehidupan dan perniagaan anda.
.
Contoh pengiraan Graf Prestasi Harian & Jam:
.
Untuk tahun 2009 ini, Graf Prestasi Bulanan saya untuk Oktober adalah kod 2-2-2-8. Maka Pendua adalah 7-7-7-3. Kemudian, kirakan dari 7-7-7-3 mengikut kaedah yang sama dengan Graf Prestasi Bulanan untuk 30 atau 31 hari. Untuk setiap hari pula, Pentiga adalah kod harian + Kod Pendua Bulanan. Contohnya, untuk 6 Oktober 2009 adalah kod 7-4-1-2 di tambah dengan kod 7-7-7-3 dan bina kod-kod mengikut formula Graf Prestasi Bulanan dalam bilangan 24 kod iaitu 24 jam. Contohnya, pada jam 11 pagi 6 Oktober 2009, kod saya adalah 5-3-8-2. Apabila dibina Petak Digit Pendua didapati pola 456 dan 696 - memang pada jam 11 pagi saya tanpa dirancang sebenarnya saya telah ke pejabat pos dan bank untuk membuat pembayaran bil telekom dan ansuran rumah. Angka bawah status duit adalah 3 iaitu duit menjadi kurang akhirnya.
.
Kaedah ini membolehkan anda membuat Petak Digit dan Graf secara manual iaitu tanpa menggunakan komputer. Ianya membolehkan anda mengira pada bila-bila waktu di mana sahaja - mudah dan efektif.
.
Pembentangan kaedah ini dirancang dibuat semasa Konvensyen Kebangsaan Bhgn 1 di Skudai, Johor pada 23 Januari 2010 nanti. Namun, jika anda berminat untuk mahir di dalam kaedah Graf Prestasi ini (tahunan, bulanan, harian dan jam), anda boleh ajukan permohonan untuk bersama saya sama ada secara kursus di tempat anda atau kursus ala tuisyen di pejabat saya di Meru, Klang atau untuk sesi konsultansi. Sila sms ke 016 2379856 atau email di qmas304@streamyx.com.
.
Modul kursus terbaru: Kaedah Graf Prestasi Tahunan, Bulanan, Harian dan Jam
.
Semoga berjaya sentiasa!
Eddy Rosyadie
Rakan Konsultan Anda.
posted by eddy Rosyadie Mohd Samsury @ 9:20 PM   0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Monday, October 5, 2009
Pelaburan Kekayaan
Bergambar di depan World Trade Center New York, USA pada tahun 1994.











.
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera, Salam Perjuangan, Salam Kecemerlangan...
.
Perjuangan Pola Pelaburan 336 dan Pola Kewangan 666 masih diteruskan dan dipenuhkan untuk bulan Oktober hingga Disember ini sebagai persiapan untuk menghadapi tahun masalah kewangan pada tahun 2010 yang saya jangkakan. Saya menjangkakan ramai individu dan syarikat akan mengalami masalah kewangan teruk tahun depan, maka dengan itu, persiapan telah dijalankan lebih awal. Perjuangan ini juga adalah persiapan untuk menghadapi tahun 2011 yang saya jangkakan sebagai tahun bagus untuk kewangan terutamanya dalam pelaburan. Oleh itu, persiapan sedemikian juga dibuat lebih awal. Antara tanda-tanda secara metafizik bahawa tahun depan masalah kewangan adalah seperti berikut;
.
1. Pola tahun 2001 adalah sama tahun 2010. Pada tahun 2001, ekonomi dunia terutamanya beberapa negara telah menjunam seperti Argentina dan Turki. Masalah credit crunch sekarang ini juga menyebabkan peningkatan "junk bonds" iaitu salah satu faktor kejatuhan ekonomi pada tahun 2001. Juga, jika anda masih ingat, pada tahun 2001, bangunan World Trade Center di NY, pusat hab ekonomi dunia, telah diserang dan menyebabkan ekonomi terhenti seketika.
.
2. Carta 4-Pillars untuk tahun depan dikatakan tiada elemen air. Elemen air dikaitkan dengan duit.
.
3. Petak Dinamik Tarikh Lahir untuk tahun 2010 - ramai individu tiada angka 6 (iaitu duit) di dalamnya.
.
4. Purata untuk Graf Prestasi Bulanan untuk BSKL adalah 4 iaitu lebih rendah dari tahun ini iaitu 5.
.
Kerana itulah amat perlu anda semua bersedia untuk situasi ini, hadirlah kursus pola 336 dan pola kewangan 666 nanti dan kemudian bertindak untuk membuat persiapan seperti mencambahkan wang dengan pelaburan i.e. skim wang pos, membuat perancangan kewangan seperti penstrukturan semula / restructuring i.e. kurangkan bayaran bulanan kad kredit (easy payment plan) dan sebagainya termasuk membuat simpanan di amanah saham, penjimatan dan sebagainya.
.
Kursus 3P pada 24 Oktober 2009 di Skudai akan ada menceritakan tentang pola pelaburan 336 manakala pada 22 November 2009 kursus pola kewangan 666 akan dibuat di Shah Alam. Seterusnya, seminar 2Kaya (kaya pelaburan & kaya kewangan) akan dibuat di Kuantan pada 6 Disember.
.
COMING SOON: revolutionary book the first of its kind in this world - THE ULTIMATE SECRET TO BECOME A BILLIONAIRE IN THE YEAR 2011 (2nd Edition). Limited edition print for only RM70. Will be launched for sale on Oct 24th, 2009. Get your copy before it runs out! Amazing discovery about pattern 336 strategy in getting big money in investment - the first in the world, created by Eddy Rosyadie.
.
PENEMUAN TERBARU
Research Number: 05/09.
.
Lanjutan daripada penemuan ciptaan saya iaitu Graf Prestasi Bulanan untuk memantau prestasi kewangan individu dan syarikat, kini ianya boleh diaplikasikan untuk memantau prestasi pasaran saham.
.
Contoh: Di bawah ini adalah graf prestasi bulanan untuk Malaysia yang digunakan untuk memantau prestasi kewangan Malaysia pada tahun 2009.


.
Apabila Graf Prestasi Bulanan itu dibandingkan dengan KLSE Composite Index untuk tahun 2009 (seperti rajah di atas yang diambil dari satu laman web) di dapati ada persamaan iaitu pada bulan Julai, prestasi KLSE CI adalah tinggi dan Ogos menurun sepertimana dalam Graf Prestasi Bulanan juga Julai tinggi dan Ogos menurun.
.
Beberapa syarikat tersenarai juga telah diperiksa dan didapati ada persamaan antara prestasi sebenar dan prestasi yang dijangkakan oleh Graf Prestasi Bulanan. Walau bagaimanapun, ianya tidaklah 100% tepat (jika anda lihat graf-graf untuk bulan April dan Mei adalah agak berbeza, sepatutnya menurun), tetapi sangat bagus dijadikan sebagai sebentuk panduan umum. Kajian masih dijalankan kerana beberapa syarikat didapati menunjukkan pergerakan saham yang berbeza dengan Graf Prestasi Bulanan.
.
Jika sedemikian, KLSE CI dijangka akan turun Oktober ini berlarutan hingga November dan akan naik baik pada Disember ini. Dengan cara ini, kita ada sebentuk panduan iaitu bolehlah bersedia untuk membuat pelaburan pada November ini (beli) apabila harga rendah dan jika anda seorang short-selling, jual saham pada harga tinggi pada Disember pula. Namun, kenalah juga memilih kaunter saham yang betul mengikut Graf Prestasi Bulanan syarikat pula.
.
Dapatkan nasihat tentang pergerakan saham di Bursa Malaysia serta memilih kaunter-kaunter yang berdaya maju daripada pakar. Anda boleh menghubungi Encik Zaini di talian tertera sebelah, merupakan seorang remisier dan tentunya ada pengetahuan dan pengalaman dalam dunia Bursa Malaysia ini.
.
Nota: oleh kerana Graf Prestasi Bulanan adalah ciptaan saya, maka anda hanya dibenarkan untuk menggunakan Graf Prestasi Bulanan secara tertutup untuk diri anda sendiri sahaja dan tidak dibenarkan mendedahkannya kepada umum. Anda tidak dibenarkan untuk mengajar di khalayak ramai atau di Internet tanpa kebenaran saya.
.
"Cinta pada harta memberikan anda kekayaan
Cinta pada agama memberikan anda keimanan
Cinta pada ilmu memberikan anda kesedaran
Cinta pada manusia memberikan anda keturunan
...cinta pada diri anda sendiri pula memberikan anda kekuatan dan keyakinan"
- eddy rosyadie
.
"There are many ways to become rich and there are many other ways to become poor. The similarity of those two is how you want to achieve, either to achieve rich or to achieve poor, and the difference of those two is how you want to maintain it, either to maintain rich or to maintain as poor" - eddy rosyadie
"Ada banyak cara untuk menjadi kaya dan ada juga banyak cara lain untuk menjadi miskin. Persamaan keduanya adalah bagaimana anda mencapainya, sama ada mencapai kekayaan atau mencapai kemiskinan. Dan perbezaan keduanya ialah bagaimana anda mengekalkannya, sama ada anda mahu kekal kaya atau kekal sebagai seorang yang miskin" - eddy rosyadie.
.
Nombor siri wang yang unik dalam simpanan saya sekarang:
RM50 - 1299997
RM10 - 1077778
RM5 - 8122777
RM1 - 6662752
.
Matawang asing
Rp 20,000 - 916609
Yuan 100 - 66959987
.
SEMINAR 3P: PELABURAN, PEMULIHAN & PENGASIHAN.
Sabtu, 24 Oktober 2009
Dewan Serbaguna MPJBT, Skudai, Johor.
RM50 sahaja.
9.30 pagi - 5 petang - daftar jam 8.30 pagi
sila bawa graf hayat atau maklumat jam lahir.

PAKAIAN: Baju raya dan jika ada kuih raya, sila bawa sekali!

Daftar dan bayaran: Puan Lin 019-7556102
.
Dijemput semua warga JB, Pontian, Pasir Gudang, Kluang, Kota Tinggi, Batu Pahat dan semua warga Johor serta warga Singapura dan juga Melaka. Sila lihat flyer di bawah ini (klik untuk besarkan imej).
.










KURSUS SETERUSNYA:

22 November 2009 - Hotel Carlton Holiday Shah Alam (RM100)

Angka 6 Angka Kekayaan (kursus menyeluruh) - cara memaksimumkan angka 6 di dalam potensi anda iaitu 696, 336, 456, 786, 666, 156 dan 426 serta kenali musuh angka 6 iaitu pola 67, 63 dan sebagainya. Dijemput warga Shah Alam, Klang dan seluruh Lembah Klang serta individu dari daerah lain yang berminat untuk meningkatkan potensi kekayaan dan kewangan.

Daftar: SMS taip PK (nama) dan hantarkan ke 016 2379856


6 Disember 2009 - Kuantan Pahang

Tempat belum pasti mgkn di Hotel Sri Malaysia. Yuran RM30 sahaja.

Potensi 2Kaya (seminar mini pembentangan) - kenali potensi anda untuk menjana kekayaan dari pelaburan dan sumber kewangan yang lebih berkesan. Ketahuilah teknik-teknik yang biasa digunakan secara metafizik untuk meningkatkan kewangan dan kekayaan anda. Dijemput seluruh warga Kuantan, Pekan, Maran, Temerloh, Rompin, Jerantut dan Raub serta Bentung, juga Kemaman dan Kuala Terengganu.

Daftar: SMS taip KK (nama) dan hantarkan ke 016 2379856.

.

marilah belajar dengan saya... bersama saya numerologis terkini di dunia yang sentiasa memperkenalkan pelbagai teknik numerologi yang unik dan kontroversi tetapi berkesan!

..anda berusaha anda berjaya!

.

KONVENSYEN SAINS METAFIZIK 2010 Bhgn 1 (JB):
1. Pembentangan Penemuan Terbaru 2009/2010.

2. Seminar Menguruskan Potensi Kehidupan dengan Sistematik (menggunakan teknik Graf Hayat)

pada 23 Januari 2009
10 pagi - 4 petang

Mungkin di UTM Skudai

PERCUMA (tiada bayaran)

Daftar: SMS taip EDDY JB (nama) dan hantarkan ke 36553.
.

Seminar julung kali pertama di dunia yang akan membimbing anda untuk mengetahui perjalanan setiap fasa 10 tahun dalam hidup anda supaya anda dapat menghadapi dan menguruskan potensi perjalanan hidup anda dengan lebih redha, kuat dan bersedia. Memang benar Tuhan telah tetapkan hidup anda dan Dia juga telah menetapkan masa untuk anda rugi, untung, sakit, sihat dsbnya. Menggunakan kaedah graf hayat anda boleh menguruskan perjalanan hidup anda dengan lebih baik dengan mengetahui faktor BILA sesuatu itu berlaku. Sebagai satu ikhtiar pembetulan bukannya tilik nasib kerana Tuhan memberikan anda peluang untuk buat perubahan walaupun telah ditetapkan perjalanan hidup anda itu. Ketahuilah pada usia bila hadirnya ancaman Vaccum Star, Widowed Star dan sebagainya serta ketahuilah pada usia bila hadirnya peluang Awarding Star, Honourable Star dsbnya. Dengan kaedah ini, anda akan lebih redha dengan ketetapan hidup anda dan anda boleh mula buat ikhtiar dan persediaan menghadapi ancaman mahupun peluang.
.
Jika anda belum memiliki graf hayat untuk menghadiri seminar percuma tersebut, anda boleh tempah daripada saya - RM10 sekeping, bank in Maybank 512464228716 (Eddy Rosyadie) atau CIMB 12900006910522 (Eddy Rosyadie) dan emailkan maklumat nama, tarikh lahir, jam lahir dan negeri dilahirkan serta nyatakan maklumat jam transaksi deposit bank in tersebut ke qmas304@streamyx.com.
.
PENDAFTARAN: SMS taip EDDY JB dan hantarkan ke 36553
.
TAWARAN KURSUS ALA TUISYEN: Oktober 2009 - Mac 2010: Dapatkan ilmu pengetahuan tentang kaedah pola angka potensi dinamik pada harga RM110 sahaja (biasa RM150 - RM500) seorang untuk sebarang tajuk modul seperti Kursus Asas, Potensi Usahawan, Potensi Kewangan malah Pola 336 Pola Pelaburan dan sebagainya. Kursus dijalankan di pejabat saya bernombor 69B atas BSN Pekan Meru, Klang, Selangor. Kumpul 3 - 10 orang dan pilih tarikh (Khamis atau Sabtu atau Ahad atau cuti umum) dan tajuk yang diperlukan; emailkan permohonan ke qmas304@streamyx.com. atau telefon 016 2379856 / 013 6952792. Tempahan perlu awal 3-4 minggu.
.
Cara ini seumpama "tuisyen" memudahkan anda dan rakan untuk belajar kaedah potensi diri tanpa perlu menunggu kumpulan yang besar atau menanti saya datang ke tempat anda atau anda mahukan kelas yang kecil atau anda hadapi kesukaran untuk menganjurkan kursus kaedah potensi di tempat anda kerana masalah tempat atau mencari peserta. Datang sahaja bersama rakan anda ke tempat saya.
.
Semoga berjaya sentiasa!
Eddy Rosyadie
Rakan Konsultan Anda.
.
KPI: membimbing untuk mewujudkan 60 orang jutawan berpendapatan melebihi RM1juta sebulan pada tahun 2011...sudikah anda menjadi salah seorang daripadanya?
posted by eddy Rosyadie Mohd Samsury @ 10:25 PM   1 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

About Me


EDDY ROSYADIE MOHD SAMSURY

(Perancang pengurusan Hala
Tuju Hidup)
Penulis Kolumunis `Mingguan Wanita `Penulis buku `CJP`
Email:
qmas304@streamyx.com

http://eddyrosyadi.weebly.com

Previous Post
Archives
ADMIN BLOG EDDY


ARY
Phone :012 902 6972
my facebook

محمد أشعري عبد الرزاق

Reka Lencana Anda
CONSULTANT 

Zaini ahmad 
     019-2676727
Azli Shah            012-3127296
Nor Azlina            019-3869011
Dr Aniza              019-2438151
 

FORUM CHAT

Template by

image link to web design website

Provided by website design company .

 

widgeo.net

Site Meter
Blogger Templates