waktu malaysia
 
galeri gambar
 
tempahan online


TEMPAHAN ONLINE

iklan

 





 

jadual  kursus/Seminar
BULAN KURSUS/SEMINAR
Kursus
 
dipejabat
Meru, Klang

sesi Consultant
No 69, Tgkt 2, Jalan Besar, Pekan Meru
(Atas Bank BSN depan RHB Bank)
iklan tajaan

 

 

 




 

Wednesday, May 27, 2009
Keberkesanan Potensi Diri Dinamik
GRAF PRESTASI TAHUNAN
Dari usia bayi hinggalah umur 100 tahun
Melihat turun naik prestasi anda secara tahunan untuk perancangan jangka panjang.


.

GRAF PRESTASI BULANAN
Melihat turun naik prestasi anda secara bulanan untuk perancangan jangka panjang/ pendek.


Kini satu-satunya di dunia hasil kajian dan ciptaan Encik Eddy Rosyadie. Mengorak satu langkah baru dalam dunia numerologi dan kaedah potensi dinamik.


.

.

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera, Salam perjuangan...
.

.
Penemuan Terbaru -
GRAF PRESTASI TAHUNAN DAN GRAF PRESTASI BULANAN
ciptaan hasil kajian Encik Eddy Rosyadie (2009)
satu-satunya di dunia kini belum ada di mana-mana kecuali di sini. Eksklusif untuk Kaedah Potensi Dinamik Astronumerologi.
.

1. Graf Prestasi Bulanan
.

Pengiraan graf prestasi bulanan boleh dibuat secara manual daripada tarikh lahir anda / tarikh pendaftaran syarikat dan graf boleh dilakarkan atas kertas secara manual. Kini sudah ada dalam bentuk perisian tetapi belum dipasarkan lagi. Setelah kajian dibuat didapati graf ini sangatlah berguna untuk membuat perancangan bulanan; anda boleh tahu mana bulan yang produktif dan mana bulan yang kurang produktif supaya strategi yang betul dapat dibuat. Memang sangat membantu terutamanya untuk memantau prestasi individu/ syarikat dari segi jualan, pendapatan dsbnya. SATU-SATU DI DUNIA KINI DI SINI.

.
Graf ini kemungkinan besar boleh digunakan untuk memantau prestasi saham sesebuah syarikat/ Bursa Malaysia - kajian masih dijalankan. Anda boleh tahu bila bulan sesuai beli saham untuk sesebuah syarikat.
.
Akan Datang (bakal penemuan terbaru): KIRAAN PRESTASI HARIAN. Sekali lagi, bakal penemuan terbaru akan muncul, boleh dilakarkan secara manual, pengiraan sudah dapat cuma menunggu hasil kajian terakhir. Mungkin akan diumumkan pada bulan Julai nanti bersempena Konvensyen Sains Metafizik Bahagian 2 (2009) di JB nanti. SATU-SATUNYA DI DUNIA KINI.
.
2. Graf Prestasi Tahunan



Konsep pengiraan adalah sama dengan bulanan tetapi kali ini adalah untuk Tahunan. Kajian masih dijalankan untuk menentukan persamaan/perbezaan dengan teknik Graf Hayat. Setakat ini teknik Graf Hayat masih sangat relevan, cuma untuk membuat Graf Hayat memerlukan perisian dan komputer. Berbanding dengan Graf Prestasi Tahunan yang boleh dikira secara manual dan dilakarkan atas kertas di mana jua anda berada.
.
Walaupun nampak ada konflik perbezaan dan kekeliruan dengan teknik Graf Hayat atau Graf yang lain, Graf Prestasi biasanya menceritakan tentang emosi dan wang pada tahun/bulan tertentu; ianya didapati ada kaitan dengan tafsiran kitaran tahunan (contohnya, point 9 bermaksud kejayaan dan barang manakala point 8 bermaksud tekanan tetapi ada rezeki masuk). Graf Hayat masih relevan mengkaji turun naik kehidupan tetapi Graf itu "kosong" tiada bawa maksud untuk setiap bar/graf.
.
untuk makluman, saya akan berada di China dari 3 Jun hingga 13 Jun depan. Sila emailkan sebarang pertanyaan (jangan telefon nanti bil tinggi!). SMS juga boleh.
.



Syukur kepada Yang Maha Kuasa - tahun ini saya ada pola 336 iaitu dunia pelaburan. Saya telah buat tiga bentuk pelaburan; dua daripadanya memberikan pulangan yang baik (hampir RM20,000 dalam masa 2-3 bulan) ! Walaupun tahun ini kitaran saya status wang 3 (memang banyak bayaran perlu dibuat tahun ini) tetapi 3 itu adalah 336 iaitu pelaburan - masih ada ruang untuk dapat rezeki dari pelaburan! Jadi, tengoklah sendiri bagaimana kaedah ini boleh membantu anda berjaya dalam kehidupan!
.
5 tahun lepas saya belajar kaedah ini yang sangat-sangat asas pada harga RM1,500 dan kini pulangan dah beratus kali ganda! Saya pula kini mengajar kursus asas (yang sebenarnya dah advanced dengan pelbagai teknik) pada harga RM200 pun orang tidak sudi nak belajar; pelbagai alasan seperti mahal, susah nak datang, dsbnya! Nanti tahun 2010 tahun dijangka tidak ada duit, maaflah jika anda terperangkap... jika masih beri alasan untuk tidak mahu belajar pada harga semurah itu!
.
Sebenarnya harga kursus RM200 tidak sesuai kerana ianya menyebabkan orang memandang rendah kursus ini. Lagipun, pada harga RM200 sukar untuk tampung kos pemasaran, pengangkutan, sewa dewan/makan, sewa pejabat, komisen dan bayaran gaji staff - kadang kala kami pernah rugi ribuan ringgit dari segi bayaran dewan/makan apabila orang yang mendaftar tidak datang. Tiga tahun lalu, kursus ini berharga RM100 dan salah seorang daripada peserta kursus dapat RM50,000 dalam masa satu bulan (pelaburan? cuma RM100 aje). Kursus sebegini sepatutnya sekitar RM2,000 atau lebih atau jika pada harga yang kurang, kandungannya perlu dikurangkan (tetapi saya tidak buat begitu tetapi terbalik; harga rendah tapi macam-macam diberi). Ianya merosakkan perniagaan kepada kami motivator/pengajar metafizik untuk jangka panjang tetapi pada saya, daripada saya melihat orang merempat, baik saya sumbangkan sesuatu seperti ilmu sebegini.
.
MALCOLM FORBES: "Blaming Destiny is a Poor Out for those who don't reach their destination"
.
HENRY FORD: "The whole secret of a successful life is to find out waht it is one's destiny to do, and then do it"
.


Terima kasih atas sokongan warga JB dan sekitarnya pada 23 dan 24 Mei lalu. Sesi konsultansi pada 23 dan 24 Mei menggalakkan, menyebabkan saya tidak berhenti bercakap dari pagi hingga tengah malam. Jika ada orang-orang Johor/ Singapura/ Indonesia yang berminat untuk sesi konsultansi di JB pada bulan akan datang (mungkin November 2009) sila hantarkan email ke qmas304@streamyx.com.
.



Pada sebelah malam 23 Mei pula, bertempat di pusat latihan/ perniagaan Promatt di Taman Mount Austin, Tebrau, JB (http://www.promatt.biz/) berlangsung kursus Mini 2 jam . Peserta didedahkan dengan kaedah pengiraan tarikh lahir untuk ketahui kekuatan (pola 72) dan kelemahan (pola 67) dalam jualan, arah kejayaan serta kenali prospek dari nombor handphone. Terima kasih kepada pihak pengurusan Promatt dan usahawan Promatt yang sudi memberikan peluang kepada saya untuk berkongsi pengetahuan dan tips untuki menjadi jurujual yang berkesan.
.
Kita berjumpa lagi di Promatt pada 12 Julai 2009 nanti untuk Kursus Sehari Modul Juara Jualan (RM200) - kepada usahawan Promatt atau orang luar yang berminat, sila daftar dengan Puan Mazni (0127284956) atau Encik Lukman (0127741582). Kali ini kursus dibuat dalam sehari dan lebih mendalam dan tersusun serta ada bengkel, berbanding kursus Mini 2 jam yang sangat padat dan laju.
.
William McFee: "If fate means you to lose, give him a good fight anyhow"
.
IVAN ILLICH: " We must rediscover the difference between hope and expectation"
.

Saya terima banyak aduan / maklumbalas yang tidak berpuashati kerana saya selalu ke JB dan tidak ke Utara, Pantai Timur dsbnya. Bukannya saya tak nak ke sana, memang nak ke sana! Untuk pengetahuan semua, memang saya nak ke tempat anda di sana, tetapi sering tidak menjadi kerana sambutan terlalu sedikit tidak berbaloi kos pengangkutan. Dilihat dari arah kejayaan saya sangat kuat ke arah tenggara (Johor, N9, Melaka) untuk tahun ini dan tahun depan. Hampir setiap hari saya terima panggilan, SMS atau email dari orang Johor (termasuk Melaka dan Negeri Sembilan) berbanding dari bandar atau negeri lain. Sudah suratan arah saya ke Johor bagus, jadi saya ambil peluang dari suratan itu. Ini menunjukkan kaedah arah kejayaan sangat boleh digunakan untuk menaikkan prestasi jualan/ kerjaya anda! Gunakan suratan takdir anda sebagai peluang peningkatan, bukannya sekadar menyalahkan takdir semata-mata. Saya juga ada memberi cadangan kepada ramai orang di Utara dan Pantai Timur untuk saya ke sana, namun tidak ramai yang boleh beri komitmen yang berkesan.
.



"Orang menilai orang lain berdasarkan prestasi seseorang itu, tetapi prestasi orang itu mungkin boleh jadi lebih baik jika prestasi orang itu dibuat berdasarkan potensi yang ada pada orang itu." - eddy rosyadie

.



"Ramai orang menyalahkan orang lain di atas kegagalannya, begitu juga orang lain menyalahkan anda atas kegagalan mereka. Oleh itu, untuk berjaya di dalam hidup anda, anda patut menghargai potensi dan prestasi kejayaan orang lain supaya orang lain boleh menghargai poteni dan prestasi kejayaan anda pula" - eddy rosyadie
.



You Are Playing God!
Recently I received this comment from a person who accompanies her friend to see me for a consultation session. That comment is simple yet a bit harsh but did not hurt me as I do understand there are people who still see this technique as being similar as to fortunetelling techniques. I assured the person that I am not playing God by exposing the time line and potential of a person's life and tell the person he or she must be like this or like that in his or her life. My job is not to be against God, but rather, as it seems to my personal view, to assist God. How? I am assisting people to understand what God has given to them - the destiny and the clues on it, by way of relating numbers as a visual representative of a clue to phenomenon in life so that people can understand what are the clues in their destiny.
.



Of course I cannot change any person's destiny but assist any person to realize the effective ways to achieve what the destiny is in place for that person. For example, if somebody is born with a destiny to become a teacher, then it is my duty to help the client by recommending lots of strategies that are applicable to his or her potential to realize teaching profession. I cannot change the person to become an entrepenuer but I can assist the person to be involved in teaching enterprenuership.
.
Fortunetelling is different from us because fortunetelling tells a person what the person supposed TO become, but for me, a destiny map is used to identify what a person CAN become, by way of his or her choice and will. Always in my consultation session, I offered options and alternatives. That is the way it should be. God has already destined us for something but in the same time God allows us to make a choice.
.



Destiny management is not only to seek achievement and become millionaires and such. Many trainers guide people to become successful, that is good, but not many trainers can guide people to handle failures. Our life is about identifying and managing failures and monitor life performance, it is full of strategies and open to option, choices and negotiations. There are many cycles of life which is good but some are vicious, yet people do not know how to handle vicious cycle. We are now living admist in global economic crisis but is there anybody before this crisis teach us how to handle subprime loan crisis and economic crisis? All the while, the economists teach us about how to make more money but they do not guide us on how to handle the failures from the money itself. When failure comes, people panicked and their performance reduces tremendously and buries their success stories. FAILURE IS INEVITABLE, but managing failures is the best option to secure success in the long run.
.
Coming back to the claim that I am playing God, there is no such thing as playing God as nobody can become a God. Most of our life destiny is created by our own self and from past generation behaviours. God created the laws and the measurements to the order of the life, for example, anything that we do we cannot change God's law that human can live without a head - that's the law and order (in Islam, this is related to what we called Qada' and Qadar). Yet, within the law and order, there is an allowance that human can shape up their destiny (but must within the law parameters). Now, using medical devices technologies it is possible to live with your heart outside the body, or no heart at all (mechanical heart or artifical heart). The God's law and order states that human must live with a heart (but it does not say it must be inside the body nor cannot replaced by machine). So, the next generation can live with artificial heart which created new dimension of destiny for the same law and order. We are the one who created the story for most of our and our childrens, destiny - only most of it. Some of it we cannot change since it is the power solely belongs to God.
.
This statement is my personal view and does not represent any organization. I know this is controversial yet many people who do not learn Quantum Physics, Astronomy, Biology, History and other science disclipines puts a hard time on this technique, which is a derivative of science itself. Please realize that this technique is a SCIENCE, not some sort of mystical attachements as it use to be remembered by most of us.
.
"God is The Most Merciful as God places a lot of clues and indicators for human to improve their life. The only way to get those clues is to THINK, RESEARCH and READ!" - eddy rosyadie.
.



Baru-baru ini ada seorang pelanggan yang datang ke pejabat untuk meminta bantuan atas masalah bisnes dan sedang kerugian hampir RM1/2 juta (sebelum ini ada juga yang dah hilang RM2 juta). Apabila kajian potensi dinamik dibuat, rupanya terdapat banyak kesalahan yang tidak terperasan olehnya, tetapi ada ditunjukkan dalam tarikh lahir beliau. Usaha beliau sebelum ini berjumpa beberapa pakar metafizik tidak berhasil kerana mereka cuma menceritakan apa yang telah berlaku dan bakal berlaku. Berbanding dengan sesi saya membantu untuk membangunkan strategi untuk membuat pembetulan dan peningkatan pada masa yang sama. Program pencegahan dan pemantauan juga dimasukkan untuk mengukuhkan lagi potensi bisnes beliau. Beliau berpuas hati dengan perkhidmatan yang kami tawarkan kerana ianya berbeza dan lebih praktikal. Jika ada individu / organisasi / firma yang memerlukan perkhidmatan sedemikian ini, sila email ke qmas304@streamyx.com
.



"Ramai orang gagal dalam dunia perniagaan kerana mereka menyangka perniagaan itu yang sepatutnya menjadikan mereka berjaya. Sebenarnya untuk berjaya dalam perniagaan, anda perlu niagakan potensi anda dengan berkesan!" - eddy rosyadie
.



KURSUS AKAN DATANG: DAFTAR SEKARANG
.


14 JUN 2009 - Hotel Carlton Holiday Shah Alam
KURSUS FENOMENA ANGKA

9 pagi - 5 petang. RM200
Daftar sekarang: SMS taip KF (nama) dan hantarkan ke 016 2379856
.

Ketahui pengiraan dan tafsiran tentang angka selain dari kiraan tarikh lahir semata-mata. Pelajari keaedah pengiraan untuk ketahui apa yang bakal anda lalui esok, tahun depan seterusnya. Serta fenomena angka lain seperti kitaran nombor handphone dan nombor plet kereta. Juga, pendedahan tentang maksud angka-angka yang sering anda temui dalam hidup anda - Angka adalah petunjuk tentang sesuatu.

.
26 dan 27 JUN 2009 - Seri Alam, Johor Bahru.
KURSUS POTENSI DIRI DINAMIK MODUL 1 & 2
9 pagi - 5 petang. RM200 sehari
Untuk pendaftaran & permohonan diskaun: Puan Najidah 0127726804
.

Pelajarilah kesemua teknik-teknik potensi diri dinamik seperti petak digit, petak pendua, graf hayat dan sebagainya. Email ke qmas304@streamyx.com untuk dapatkan flyer kursus ini.
.

Dijemput semua warga Johor, Singapura, Indonesia dan Brunei.
.

11 Julai 2009 - Johor Bahru, Johor - tempat akan diberitahu
KONVENSYEN SAINS METAFIZIK

9.30 pagi - 4.30 petang. RM50.
Daftar sekarang: SMS taip KV (nama) dan hantarkan ke 016 2379856
.

Pertemuan untuk semua bekas peserta kursus tahun 2006 - 2009 termasuk pelanggan-pelanggan serta terbuka untuk individu-individu yang mahu mengenali kaedah ini dengan lebih dekat. Dapatkan previu, testimoni serta pengetahuan penemuan-penemuan terbaru seperti kaedah petak pentiga, kaedah Cross Matching, Check Mate dan sebagainya. Juga, previu Kaedah Perlakuan Harian oleh Sdra Yuswan. Meja jualan/ booth dibuka untuk promosi jualan/ perkhidmatan (hubungi Puan Lin 0197556102).
.

Dijemput semua warga Johor, Singapura, Indonesia dan Brunei.
.
12 Julai 2009 - Promatt, Taman Mount Austin, Tebrau (blkg Jusco & Hospital)
KURSUS JUARA JUALAN YANG BERKESAN
9 pagi - 5 petang. RM200.


Daftar: Puan Mazni 0127284956 atau Encik Lukman 0127741582
.


Pelajarilah teknik-teknik untuk meningkatkan prestasi jualan anda - kekurangan anda, kekuatan anda, arah kejayaan jangka pendek/ panjang, kitaran tahunan/ harian, nombor telefon anda/kenali prospek dari tarikh lahir anda, graf hayat dan sebagainya.
.
19 Julai 2009 - Hotel Carlton Holiday, Shah Alam
KURSUS PEMULIHAN SECARA POLA ANGKA

9.00 pagi -5 petang. RM200
Sila pakai/bawa pakaian smart casual (seolah bersukan untuk aktiviti santai)
Daftar sekarang: SMS taip PA (nama) dan hantarkan ke 016 2379856.
.


Pelajarilah teknik mengenalpasti masalah penyakit fizikal dan mental serta mistik dan kemudian pelajarilah teknik untuk memulihkan diri sendiri secara holistik, mengurangkan tekanan hidup, kesakitan dan sebagainya tanpa menggunakan ubat.
.


2 Ogos 2009 - Hotel Carlton Holiday Shah Alam
KURSUS POTENSI PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN
9 pagi - 5 petang. RM200.
Diskaun RM50 kepada pemilik buku Cinta, Jodoh, Perkahwinan
Daftar sekarang: SMS taip PKC (nama) dan hantar ke 016 2379856.
.



Ketahui potensi di dalam alam perkahwinan dan permasalahan potensi perceraian secara metafizik. Teknik bagaimana meningkatkan kasih sayang serta keserasian secara kaedah Teknik Kiraan Dua Hala, Kenali Usia Perceraian dan Kahwin Sekali Lagi / Lagi Satu dan sebagainya. Dijemput semua untuk hadir. Belajarlah kaedah ini supaya anda tidak terperangkap/ cari jalan keluar dalam situasi sebegitu.
.


Jumpa anda di sana nanti!
.
Eddy Rosyadie
posted by eddy Rosyadie Mohd Samsury @ 10:58 AM   0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sunday, May 17, 2009
kehidupan yang lebih berkesan
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera semua. Saya doakan anda semua sukses dan sihat sentiasa.

Selamat Hari Ibu - kepada kaum ibu... anda adalah tunjang negara dan insan.
Kepada kaum ibu, terima kasih atas komitmen dan pengorbanan anda menjaga beberapa insan yang bakal menjadi pemimpin negara.
Seorang ibu MESTI sentiasa positif (terutamanya semasa mengandung), jika anda bersikap atau berfikir negatif; rumahtangga, suami dan anak-anak negatif. Jika anda sedang mengalami masalah, perlulah anda berubah positif diri anda dahulu. Ramai suami atau anak-anak menjadi negatif disebabkan oleh kaum ibu sendiri yang negatif. Tanggungjawab menjadi ibu sangat berat (sebab itulah syurga diletak bawah kaki ibu) janganlah main-main. Anda adalah ibu kepada anak-anak dan "ibu" kepada suami anda. Seorang wanita - andalah ibu, kekasih, teman, isteri atau pun ...
Sempena hari ibu, anda perlu pastikan ibu anda mendapat perlindungan kewangan sewajarnya dan jika anda seorang ibu, pastikan anda memiliki perlindungan kewangan dan hak-hak kewangan untuk anda juga (hak harta sepencarian, perlantikan wasi, perlindungan takaful, kad hospital, hak agihan harta pusaka dan sebagainya). Tahukah anda sebagai ibu, jika berlaku kematian suami anda, sangat sukar untuk mendapatkan hak-hak anda, melainkan anda memiliki dokumen wasiat. Jika anda sebagai seorang ibu mahu mendapatkan penjelasan lebih lanjut tentang perlindungan kewangan diri anda dan anak-anak sila hubungi Puan Rohana 014 9629729.
"Seorang ibu adalah penggerak dunia - walau sebesar mana pangkat seseorang itu tetapi seorang ibu tetap dicari dan dipandang tinggi untuk restu kehidupan" - Eddy Rosyadie
Selamat Hari Guru - terima kasih kepada para guru yang komited untuk berkongsi pengetahuan dan membina masyarakat berilmu. Tentunya saya ucapkan selamat hari guru kepada guru-guru saya yang telah memberikan ilmu dan didikan kepada saya.
"Tugas guru memberi ilmu; guru yang paling berharga ialah guru yang mencari ilmu, memberi ilmu dan memastikan ilmu itu berguna untuk pelajar-pelajarnya" - Eddy Rosyadie
Penemuan terbaru: Anda boleh tahu perjalanan hidup anda dengan lebih mendalam dengan melihat perjalanan hidup anak-anak anda. Dapatkan pola-pola dan graf anak-anak anda; dari situ anda boleh nampak bukan sekadar perjalanan anak-anak anda tetapi anda sendiri!
Kursus/ Seminar akan datang:
23 Mei 2009 - Kursus Asas Kombinasi Perlakuan Harian; RM350; Larkin.
Pelajarilah asas-asas pola kombinasi untuk menyiapkan diri anda mempelajari kaedah perlakuan harian.
Penceramah: Encik Yuswan (pengasas Kaedah Perlakuan Harian)
Hubungi Encik Lukman: 0127741582
23 Mei 2009 - Kursus Mini Juara Jualan; RM50; Johor Bahru (8pm - 10pm)
kepada para sales consultant atau MLM, ketahuilah cara untuk kenali prospek dari handphone & no plet kereta, tahu arah untung tahu, tahun dan bulan anda untung dan rugi - untuk tingkatkan prestasi jualan anda untuk jadi jutawan.
Penceramah: Encik Eddy Rosyadie
Hubungi Encik Lukman: 0127741582
24 Mei 2009 - Kursus Perlakuan Harian; RM350; Larkin
Pelajarilah teknik untuk tahu apa yang bakal berlaku pada anda/orang lain pada esok, minggu depan atau bulan depan supaya anda lebih bersedia! Satu-satunya teknik di dunia kini di sini.
Penceramah: Encik Yuswan
Hubungi Encik Lukman: 0127741582
14 Jun 2009 - Kursus Fenomena Kelakuan Angka; RM200; Shah Alam
Pelajarilah pola angka bukan sekadar angka tarikh lahir untuk tahu karekter tetapi dari kiraan harian (apa yang berlaku anda hari esok dsbnya), graf prestasi bulanan, nombor handphone, no kad pengenalan, no yang selalu anda nampak/ hadir dalam hidup anda dsbnya. Juga, teknik untuk tahu apa yang berlaku pada tahun-tahun akan datang (contohnya; kenapa tahun 2010 tahun perubatan?)
Penceramah: Encik Eddy Rosyadie
Hubungi/SMS: 016 2379856
27 & 28 Jun 2009 - Kursus Potensi Diri Modul 1 & 2: RM200 sehari: Seri Alam, Johor Bahru, Johor
Pelajarilah pelbagai teknik pola dan graf termasuk kaedah graf hayat, petak pendua, kitaran, graf prestasi bulanan, kiraan handphone dsbnya - sesuai untuk individu yang baru mahu mempelajari potensi diri mereka.
Penceramah: Encik Eddy Rosyadie
Hubungi Puan Najidah: 0127726804
11 Julai 2009 - Konvensyen Sains Metafizik; RM50; Johor Bahru
Dapatkan penemuan-penemuan terbaru seperti Kaedah Petak Pentiga, Teknik Kenali Diri dari Anak-anak / Ibu Bapa, dsbnya.
Hubungi/SMS: 016 2379856
19 Julai 2009 - Kursus Pemulihan Secara Angka (Healing With Number Patterns); RM200; Shah Alam
Gabungan kaedah pola angka dengan teknik pemulihan untuk pulihkan stress, sakit badan, sihir dsbnya tanpa ubat tetapi teknik pemulihan yang anda boleh lakukan sendiri di rumah. Sesuai untuk semua memandangkan banyak sangat tenaga negatif di sekeliling kita serta tahun 2010 dijangka tahun stress huru hara, jadi elok tahu teknik untuk anda jauhkan diri dari terkena tempias stress, sakit dan sebagainya.
Penceramah: Encik Eddy Rosyadie & Puan Hafizah serta beberapa pakar pemulihan.
Hubungi/SMS: 016 2379856.
2 Ogos 2009 - Kursus Potensi Perkahwinan dan Perceraian; RM200; Shah Alam
Pelajari teknik dan kaedah potensi dalam perihal jodoh dan perkahwinan.
Diskaun RM50 kepada pembeli buku Cinta, Jodoh & Perkahwinan
Hubungi/SMS: 016 2379856.
Jumpa anda di sana!
Salam Kejayaan.
Eddy Rosyadie.
posted by eddy Rosyadie Mohd Samsury @ 5:52 PM   0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Saturday, May 9, 2009
Sukses Berkesan Berterusan
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.

Kursus Potensi Diri Modul 1 (Statik) dan Modul 2 (Dinamik) di Pasir Gudang, Johor pada 27 dan 28 Jun 2009. Untuk individu yang belum pernah mempelajari kaedah ini atau yang ingin ulangkaji/ update. Banyak kaedah terbaru seperti Petak Pendua, Graf Prestasi Bulanan dan Fenomena Harian serta Kenali Diri dari No Handphone. Berminat sila SMS taip PG (nama) ke 016 2379856.


"Tuhan Maha Kaya Maha Pemurah, setiap manusia telah ditetapkan perjalanan hidup tetapi diberi peluang pula untuk membuat pilihan untuk serlahkan potensi hebat mereka, tetapi manusia sendiri yang tidak memilih untuk serlahkan potensi hebat mereka, apakah anda telah memilih untuk menyerlahkan potensi hebat anda? Atau nak tunggu Tuhan buat pilihan untuk anda yang mungkin bukan kesukaan anda?" - Eddy Rosyadie

"Ramai orang mengeluh kerana kesusahan dalam hidup kerana mereka memilih untuk menyusahkan diri sendiri dalam kehidupan. Hidup adalah mudah dan senang jika anda memilih untuk mencari jalan untuk memudahkan kehidupan anda" - Eddy Rosyadie.

"Kalau dahulu kalau dari JB ke Perlis ambil masa dua hari perjalanan, tetapi kini sehari hari sahaja kerana adanya lebuhraya PLUS. Itupun setelah PLUS bersusah payah berhempas pulas ratusan kilometer di celah-celah bukit dan gunung serta hutan rimba diteroka untuk bina lebuhraya yang kini memudahkan perjalanan kita. Begitu juga hidup kita, penerokaan hidup itu mulanya susah, tapi akan jadi senang jika anda telah bina lebuhraya kehidupan yang baik. Ada orang memilih untuk ikut jalan dalam yang banyak cabaran berbanding lebuhraya Utara Selatan yang lebih lancar, begitu juga hidup, sebenarnya ada lebuhraya yang lebih lancar. Pelajarilah kaedah Potensi Diri Dinamik untuk bina lebuhraya yang lebih lancar dalam hidup anda"- Eddy Rosyadie.

"Perkahwinan umpama sebuah lautan. Penuh dengan gelombang ombak, nampak tenang di atas laut tapi penuh gelojak dalam laut. Kalau Laut Mati di Eropah masin sangat, kalau Lautan India di Somalia penuh lanun, kalau Laut Antartika di Kutub Utara sejuk sangat... perkahwinan anda seperti lautan yang macam mana? Oleh itu, janganlah bergantung sangat kepada laut iaitu membiarkan perkahwinan anda seperti lautan bergelora, tetapi binalah lautan yang lebih aman! Lautan yang aman perlukan usaha untuk mendamaikan laut" - Eddy Rosyadie

(tetapi kalau dah ribut taufan melanda di laut, cubalah berpaut pada kapal dahulu, tapi kalau dah tak boleh, nak buat macam mana, kapal Titanic dah nak karam, cari pelampung/bot keselamatan dulu, terpaksa tinggalkan kapal. Jangan pula terus terjun laut! :)

Saya menerima banyak pesanan mengadu masalah kehidupan ke dalam sistem SMS 36553 saya, begitu juga dengan pesanan SMS dan email yang sentiasa ada saja berterusan - email sahaja dekat 500 email belum terjawab!. Mohon maaf jika terlewat sangat menjawab atau mungkin tidak dapat menjawab kerana terlalu banyak! Oleh itu, jika anda ada masalah atau untuk bina lebuhraya kehidupan yang lebih baik, elok hadir kursus atau aturkan temujanji kita berjumpa. Mungkin anda terpaksa ambil cuti atau terpaksa tutup kedai sementara atau terpaksa berjalan jauh untuk hadir kursus atau bertemu saya, tetapi langkah membuat persiapan sebegitu boleh menjadikan kehidupan anda lebih baik selepas itu (analogi seperti menajamkan mata pisau untuk memotong ratusan sayur; potongan jadi cantik dan cepat jika anda bersusah sedikit dahulu untuk tajamkan dahulu pisau itu). Ada individu datang dari Kuala Kangsar, Kuala Terengganu, Batu Pahat malah Singapura ke Shah Alam ini untuk kursus/ konsultansi. Bukannya saya tidak mahu ke Kota Bahru, Kota Kinabalu, Brunei tetapi masalah kos.

Saya ada membaca sebuah majalah bisnes di mana konsultansi untuk satu financial planning oleh sebuah firma konsultan adalah berharga RM600 - RM900 setiap sesi manakala kursus financial planning pula adalah RM2,500. Berbanding sesi konsultansi destiny planning yang saya buat ialah RM150 - RM200 setiap sesi. Harga kursus yang ditawarkan oleh kami Kelab Sains Metafizik juga jauh sangat rendah sekitar RM400. Daripada kaedah kursus/ konsultansi kami, ramai yang telah berjaya dalam usaha mereka. Jika status kaedah kami perlu lebih diyakini sepertimana kaedah lain, kami perlu caj sepertimana harga pasaran konsultan. Buat masa ini agak sukar untuk kami bergerak besar-besaran dengan cara yang lebih gah kerana sumber pendapatan kami kurang berbanding caj-caj firma lain. Mudah-mudahan sokongan berterusan peminat Kelab dapat membantu Kelab naiktaraf menjadi sebuah Institut Kajian Sains Metafizik satu hari nanti.


Program Kursus/ Seminar Tahun 2009 - Mei, Jun, Julai, Ogos

MEI

23 Mei Larkin - Kursus Pola Kombinasi Perlakuan Harian RM350
24 Mei Larkin - Kursus Perlakuan Harian RM350
bersama Encik Yuswan; pengasas Kaedah Perlakuan Harian
Hubungi Encik Lukman 0127741582.

23 Mei JB (8.00 malam - 10 malam) - Kursus Mini RM50 Potensi Juara Jualan
kenali orang dari no handphone, mencari arah kejayaan anda, melakarkan graf prestasi bulanan anda dsbnya untuk anda menjadi seorang MLM atau Sales/Marketing Consultant yang mendapat jualan tertinggi sepanjang masa!
Hubungi Encik Lukman 0127741582.

JUN

Pelancaran Program Pemantauan Prestasi
Pelancaran buku Kuasailah Diri Anda Bahagian 1 - Edisi 3

Ditangguhkan:
- Executive Lunch Talk RM100
- JOM JADI USAHAWAN RM200

digantikan dengan Kursus Potensi Diri Statik Modul 1 dan Dinamik Modul 2 di PASIR GUDANG, Johor pada 27 dan 28 Jun 2009.


JULAI
11 Julai JB - Konvensyen Sains Metafizik RM50
Pendedahan teknik-teknik terbaru hasil kajian Potensi Dinamik iaitu kaedah yang pertama seumpamanya di dunia ini oleh Encik Eddy Rosyadie - pengasas kaedah Potensi Dinamik.
- Kaedah "Pentiga"
- Kaedah Potensi Anak Mempengaruhi Ibu bapa.
- Kaedah Graf Prestasi Bulanan
- Kaedah "Check Mate" dan "Cross Matching"
dan beberapa teknik terbaru yang unik !

Pameran / jualan meja / booth ada ditawarkan! Sila email ke qmas304@streamyx.com

OGOS
2 Ogos Shah Alam - Kursus Potensi Perkahwinan dan Perceraian RM200
Diskaun RM50 untuk pemilik buku Cinta, Jodoh & Perkahwinan

maklumat tentang kursus / seminar;

Kursus Perlakuan Harian pada 23 dan 24 Mei di Larkin, Johor Bahru.
- 23 hb kursus asas Kombinasi Perlakuan Harian; RM350
- 24 hb kursus Perlakuan Kitaran Harian; RM350
tenaga pengajar: Encik Yuswan, pengasas kaedah perlakuan harian.
tempat: Caliph Management, Larkin depan Balai Bomba Larkin, JB.

Sambutan menggalakkan pada 19 April lalu membuatkan pihak kami sekali lagi menganjurkan kursus seumpama itu - kali ini dibuat dalam bentuk dua hari (Asas Kombinasi dan Perlakuan Asas) untuk lebih mendalam dan jelas. Kepada anda yang pernah mempelajari kaedah numerologi atau tarikh lahir yang asas sebelum ini (seperti Rajah Segitiga), marilah hadir untuk melanjutkan lagi pengetahuan anda di dalam aspek kenali apa yang terjadi esok hari menggunakan kiraan dari rajah segitiga. Sebelum ini rajah segitiga adalah untuk kenali karekter atau kerjaya seseorang namun di dalam kursus ini rajah segitiga digunakan untuk mengira apakah anda akan demam esok hari (pola 347), tersesat (pola 189), keliru (pola 843) atau untung (pola 696).

Terdapat maklumbalas menyatakan kenapa perlu belajar kaedah ini untuk mengetahui apa yang terjadi esok hari padahal Tuhan telah tetapkan takdir untuk kita. Memang betul Tuhan telah tetapkan tetapi kita mahu ketahui apa yang ditetapkan itu? Jika kita dapat ketahui sedikit pun apa yang terjadi esok hari, ianya lebih bermakna kerana kita boleh aturkan strategi dan buat keutamaan tertentu untuk membuat pembetulan atau pencegahan. Ikhtiarlah dan berdoa; janganlah pula bila terjadi musibah baru nak salahkan Tuhan padahal jika kita boleh "mengira" lebih awal, tentu kita akan lebih redha dengan ketentuan-Nya itu. Contohnya, jika anda tahu anda akan demam esok, maka mulai hari ini anda perlu merancang untuk menjadikan demam anda itu berkesan seperti tidaklah membuat projek besar-besaran yang mungkin gagal atau bolehlah sediakan ubat lebih awal. Sekadar contoh jenaka, jika anda tahu esok suami/isteri/anak anda akan bercumbuan (pola 1234) tetapi bukannya dengan anda, tentunya anda boleh perancangan awal, bukan?

Daftar: SMS taip salah satu kod dibawah ini (L23 atau L24 atau LK)
taip L23 (nama) untuk kursus Asas Kombinasi Perlakuan Harian
taip L24 (nama) untuk kursus Perlakuan Harian
taip LK (nama) untuk kedua-dua hari Kursus
dan hantarkan ke 016 2379856


Diskaun diberikan kepada individu yang datang berkumpulan 4 orang (RM25 untuk setiap seorang kumpulan) atau bekas peserta kursus 19 April lalu yang ingin refresher course (ulangkaji) pada harga RM170 sahaja (untuk 24 Mei sahaja).


Konvensyen Sains Metafizik di Johor Bahru pada 11 Julai 2009 - Julung kali di adakan di Johor Bahru (biasanya dibuat di Shah Alam sahaja sebelum ini)
Khusus untuk rakyat Johor, Singapura dan Indonesia.
RM50

Dapatkan pengetahuan dan pendedahan tentang penemuan-penemuan terbaru kaedah kami seperti kaedah Graf Prestasi Bulanan, Perlakuan Harian/ Handphone dan sebagainya. Terkini; hanya di konvensyen itu nanti - kaedah Cross Matching dan Check Mate yang sangat berkesan di dalam menentukan kejayaan dan kegagalan anda di dalam satu-satu perkara dalam satu-satu masa!

DIJEMPUT UNTUK BUKA PAMERAN / BOOTH pada hari konvensyen tersebut.
Bayaran RM100 untuk setiap meja - sila SMS tempahan di 016 2379856.

SALAM KEJAYAAN !

Eddy Rosyadie

posted by eddy Rosyadie Mohd Samsury @ 3:01 AM   0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Monday, May 4, 2009
Sukses Yang Sejati dan Berterusan
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.

Kepada individu yang menonton saya di TV9 tempohari dan ada menghantar SMS atau email mengikut yang tertera di kaca TV, sila emailkan semula ke qmas304@streamyx.com. Anda juga boleh SMS semula ke 016 2379856 kerana email dan no telefon yang dipaparkan di TV9 tempohari tidak lagi merujuk kepada saya. Mohon maaf atas kesulitan.


Untuk bulan April 2009 ini sahaja, terdapat tiga teknik terbaru diperkenalkan hasil dari kajian saya sendiri. Kaedah tersebut adalah;
1. Petak Pentiga
2. Potensi Anak-anak Mempengaruhi Ibu Bapa
3. Lakaran Graf Prestasi Bulanan

Ini menunjukkan bahawa kaedah saya adalah pengajian dan penyelidikan tarikh dan masa lahir yang berterusan dan nampaknya banyak lagi yang boleh dikaji dan didedahkan. Tidak sama seperti pengajar numerologi yang lain sekadar statik atau semata-mata karekter sahaja, tetapi kaedah saya lebih kepada pembinaan strategi jalan keluar dan penyelesaian bersistematik serta menyeluruh (sifat, masa, arah, kitaran, interaksi).

Kepada individu yang telah mempelajari kaedah Tarikh Lahir bersama saya pada tahun 2005, 2006 serta 2007 mahupun 2008 yang lalu, banyak perubahan telah diwujudkan, anda mungkin sudah ketinggalan dan perlu dapatkan pelbagai ilmu baru. Contohnya, Rajah Segitiga telah bertukar kepada Petak Statik yang lebih tepat yang juga bercambah menjadi Petak Pendua dan kini Petak Pentiga. Begitu juga dengan Graf Hayat yang dahulu sekadar graf turun naik tetapi kini penjelasan tentang kod-kod baik dan tidak baik serta penggunaan kaedah "Check-Mate" yang menggabungkan Petak Digit dan Graf Hayat. Setakat ini belum ada lagi di dunia seumpama itu tetapi di sinilah ianya bermula dari saya sendiri. Oleh itu, jika ada terdapat pihak yang memperkenalkan kaedah-kaedah seumpama itu bermakna pihak tersebut telah menciplaknya daripada saya. Begitu juga, lanjutan daripada Rajah Segitiga yang statik kini boleh digunakan untuk mengira Perlakuan Harian.

Baru-baru ini saya terserempak dengan satu group unit trust yang membuat latihan kumpulan mereka dan saya mengenali ketua kumpulan / penceramah tersebut. Maklumbalas yang diberikan ialah semenjak mempelajari kaedah ini, jualan group mereka semakin meningkat naik - mungkin hasil dari penggunaan beberapa pendekatan dan pengetahuan (tetapi mereka itu belum lagi didedahkan dengan banyak lagi ilmu yang menunggu untuk mereka seperti kenali prospek dari no handphone dan melakar graf bulanan untuk memantau target atau KPI group atau consultants mereka - itu lagi boleh melonjak sales mereka nanti). Syabas kepada group unit trust ini kerana inisiatif sendiri untuk membuat perubahan mempelajari kaedah saya walaupun HQ KL mereka sendiri pernah panggil saya datang untuk ceramah di HQ tetapi dibatalkan di saat akhir kerana tidak ramai yang berminat pula. Tidak mengapa, Tuhan telah memilih group anda untuk berjaya dan meninggalkan jauh dari group-group lain yang menggangap kaedah saya ini tiada membawa manafaat. Mereka mungkin tidak sedar tahun 2010 dijangkakan tahun masalah kewangan besar melanda untuk ramai orang dan organisasi, maka group andalah yang akan mendapat keuntungan daripada situasi itu nanti!

Bagaimana pula dengan anda yang membaca ruangan ini? Sudahkah anda mempelajari kaedah ini... atau belum... atau menunggu tangguh padahal banyak tarikh-tarikh cemerlang sudah berlalu disebabkan anda tangguh? Atau sudah belajar sekadar Rajah Segitiga yang sangat asas sahaja? Cukup ke untuk menyelamatkan anda dari tahun 2010 nanti? Ada diberi jalan penyelesaian atau strategi peningkatan tak? Atau sekadar buat ikut Root Number semata-mata? Itu tidak cukup! Maka sambunglah pengajian anda atau mulakan langkah persiapan anda bersama-sama saya di sini.

"Ramai orang bertangguh-tangguh mencari pelbagai alasan mengelak untuk mempelajari sesuatu yang baik kerana mereka itu memilih untuk ditangguh-tangguhkan untuk mendapat sesuatu yang baik. Maka orang lain yang tidak bertangguh akan terlebih dahulu berjaya kerana mereka memilih untuk tidak bertangguh untuk berjaya" - eddy rosyadie


Program Kursus/ Seminar Tahun 2009 - Mei, Jun, Julai, Ogos
(maklumat pendaftaran ada di ruangan dibawah)

MEI

23 Mei Larkin - Kursus Pola Kombinasi Perlakuan Harian RM350
24 Mei Larkin - Kursus Perlakuan Harian RM350
bersama Encik Yuswan; pengasas Kaedah Perlakuan Harian

23 dan 24 Mei Larkin - Sesi Konsultansi bersama Encik Eddy Rosyadie
(telah habis ditempah, namun jika ada permintaan, sila SMS ke 016 2379856)

23 Mei JB (8.00 malam - 10 malam) - Kursus Mini RM50 Potensi Juara Jualan
kenali orang dari no handphone, mencari arah kejayaan anda, melakarkan graf prestasi bulanan anda dsbnya untuk anda menjadi seorang MLM atau Sales/Marketing Consultant yang mendapat jualan tertinggi sepanjang masa!
Hubungi Encik Lukman 0127741582

JUN

Pelancaran Program Pemantauan Prestasi
Pelancaran buku Kuasailah Diri Anda Bahagian 1 - Edisi 3

27 Jun Shah Alam - Executive Lunch Talk RM100
11:00 am to 3.00 pm.
Come experience the knowledge and get to see the live application of Potential Dynamics Techniques to enhance the productivity and profitability of your enterprise or organization. You will also get to know the real case studies of success and failures stories based on this technique so that you will be able to experience it further. Exclusively for Executives, Managers, Directors, Managing Directors or CEO for registered companies Sdn Bhd, Berhad, locally owned or multinational firm.
Please contact us at qmas304@streamyx.com for further information and registration NOW!

28 Jun Shah Alam - JOM JADI USAHAWAN RM200
Kenali teknik-teknik di dalam kaedah Potensi Dinamik Astronumerologi untuk membina perniagaan yang cemerlang. Elakkan menjadi salah seorang usahawan gagal kerana tidak tahu potensi bisnes yang cemerlang.
- memilih tarikh/masa pendaftaran syarikat, memilih no telefon syarikat, memilih no plet kereta syarikat, memilih pekerja (mengikut posisi/ jawatan) dsbnya.


JULAI
11 Julai JB - Konvensyen Sains Metafizik RM50
Pendedahan teknik-teknik terbaru hasil kajian Potensi Dinamik iaitu kaedah yang pertama seumpamanya di dunia ini oleh Encik Eddy Rosyadie - pengasas kaedah Potensi Dinamik.
- Kaedah "Pentiga"
- Kaedah Potensi Anak Mempengaruhi Ibu bapa.
- Kaedah Graf Prestasi Bulanan
- Kaedah "Check Mate" dan "Cross Matching"
dan beberapa teknik terbaru yang unik !

Pameran / jualan meja / booth ada ditawarkan!

OGOS
2 Ogos Shah Alam - Kursus Potensi Perkahwinan dan Perceraian RM200
Diskaun RM50 untuk pemilik buku Cinta, Jodoh & Perkahwinan

"Anda tidak dapat mengawal apa yang akan berlaku kepada anda, tetapi anda boleh menguasai diri anda untuk mengawal sikap anda terhadap apa yang akan berlaku kepada anda. Jika anda positif dan bersedia, apa jua perkara yang bakal berlaku adalah hikmah kepada anda, namun jika anda negatif dan tiada persediaan, maka apa jua yang bakal berlaku kepada anda adalah musibah kepada anda" - Eddy Rosyadie.

maklumat tentang kursus / seminar;


Kursus Perlakuan Harian pada 23 dan 24 Mei di Larkin, Johor Bahru.
- 23 hb kursus asas Kombinasi Perlakuan Harian; RM350
- 24 hb kursus Perlakuan Kitaran Harian; RM350
tenaga pengajar: Encik Yuswan, pengasas kaedah perlakuan harian.
tempat: Caliph Management, Larkin depan Balai Bomba Larkin, JB.

Sambutan menggalakkan pada 19 April lalu membuatkan pihak kami sekali lagi menganjurkan kursus seumpama itu - kali ini dibuat dalam bentuk dua hari (Asas Kombinasi dan Perlakuan Asas) untuk lebih mendalam dan jelas. Kepada anda yang pernah mempelajari kaedah numerologi atau tarikh lahir yang asas sebelum ini (seperti Rajah Segitiga), marilah hadir untuk melanjutkan lagi pengetahuan anda di dalam aspek kenali apa yang terjadi esok hari menggunakan kiraan dari rajah segitiga. Sebelum ini rajah segitiga adalah untuk kenali karekter atau kerjaya seseorang namun di dalam kursus ini rajah segitiga digunakan untuk mengira apakah anda akan demam esok hari (pola 347), tersesat (pola 189), keliru (pola 843) atau untung (pola 696).

Terdapat maklumbalas menyatakan kenapa perlu belajar kaedah ini untuk mengetahui apa yang terjadi esok hari padahal Tuhan telah tetapkan takdir untuk kita. Memang betul Tuhan telah tetapkan tetapi kita mahu ketahui apa yang ditetapkan itu? Jika kita dapat ketahui sedikit pun apa yang terjadi esok hari, ianya lebih bermakna kerana kita boleh aturkan strategi dan buat keutamaan tertentu untuk membuat pembetulan atau pencegahan. Ikhtiarlah dan berdoa; janganlah pula bila terjadi musibah baru nak salahkan Tuhan padahal jika kita boleh "mengira" lebih awal, tentu kita akan lebih redha dengan ketentuan-Nya itu. Contohnya, jika anda tahu anda akan demam esok, maka mulai hari ini anda perlu merancang untuk menjadikan demam anda itu berkesan seperti tidaklah membuat projek besar-besaran yang mungkin gagal atau bolehlah sediakan ubat lebih awal. Sekadar contoh jenaka, jika anda tahu esok suami/isteri/anak anda akan bercumbuan (pola 1234) tetapi bukannya dengan anda, tentunya anda boleh perancangan awal, bukan?

Daftar: SMS taip salah satu kod dibawah ini (L23 atau L24 atau LK)
taip L23 (nama) untuk kursus Asas Kombinasi Perlakuan Harian
taip L24 (nama) untuk kursus Perlakuan Harian
taip LK (nama) untuk kedua-dua hari Kursus
dan hantarkan ke 016 2379856


Diskaun diberikan kepada individu yang datang berkumpulan 4 orang (RM25 untuk setiap seorang kumpulan) atau bekas peserta kursus 19 April lalu yang ingin refresher course (ulangkaji) pada harga RM170 sahaja (untuk 24 Mei sahaja).


SESI KONSULTANSI PERSENDIRIAN BERSAMA ENCIK EDDY ROSYADIE - HABIS DITEMPAH

pada 23hb dan 24hb Mei di Caliph Management, Larkin, JB.


Jika anda menghadapi masalah hidup / kewangan dan mahu cari jalan keluar atau merancang untuk membuka perniagaan atau meluaskan perniagaan dengan lebih untung atau mahu melangsungkan perkahwinan / menyelesaikan masalah perkahwinan atau sekadar mahu tahu potensi diri/keluarga (tidak berkesempatan untuk hadir kursus sebelum ini atau anda telah hadir kursus tetapi mahu lebih mendalam penjelasan), bolehlah tempah sesi untuk bersama saya secara privacy (persendirian) di Caliph Management, Larkin, JB.

Setiap sesi adalah 2 jam; caj bayaran adalah RM150 untuk setiap sesi (tidak kira apa jua dan berapa banyak soalan dalam sesi itu). Bayaran tambahan dikenakan jika ada graf-graf tambahan yang perlu dibuat. Sila bawa maklumat diri termasuk jam lahir atau Sijil SSM syarikat dan sebagainya.

Konvensyen Sains Metafizik di Johor Bahru pada 11 Julai 2009 - Julung kali di adakan di Johor Bahru (biasanya dibuat di Shah Alam sahaja sebelum ini)
Khusus untuk rakyat Johor, Singapura dan Indonesia.
RM50

Dapatkan pengetahuan dan pendedahan tentang penemuan-penemuan terbaru kaedah kami seperti kaedah Graf Prestasi Bulanan, Perlakuan Harian/ Handphone dan sebagainya. Terkini; hanya di konvensyen itu nanti - kaedah Cross Matching dan Check Mate yang sangat berkesan di dalam menentukan kejayaan dan kegagalan anda di dalam satu-satu perkara dalam satu-satu masa!

DIJEMPUT UNTUK BUKA PAMERAN / BOOTH pada hari konvensyen tersebut.
Bayaran RM100 untuk setiap meja - sila SMS tempahan di 016 2379856.

SALAM KEJAYAAN !

Eddy Rosyadie

posted by eddy Rosyadie Mohd Samsury @ 11:44 PM   0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

About Me


EDDY ROSYADIE MOHD SAMSURY

(Perancang pengurusan Hala
Tuju Hidup)
Penulis Kolumunis `Mingguan Wanita `Penulis buku `CJP`
Email:
qmas304@streamyx.com

http://eddyrosyadi.weebly.com

Previous Post
Archives
ADMIN BLOG EDDY


ARY
Phone :012 902 6972
my facebook

محمد أشعري عبد الرزاق

Reka Lencana Anda
CONSULTANT 

Zaini ahmad 
     019-2676727
Azli Shah            012-3127296
Nor Azlina            019-3869011
Dr Aniza              019-2438151
 

FORUM CHAT

Template by

image link to web design website

Provided by website design company .

 

widgeo.net

Site Meter
Blogger Templates