waktu malaysia
 
galeri gambar
 
tempahan online


TEMPAHAN ONLINE

iklan

 





 

jadual  kursus/Seminar
BULAN KURSUS/SEMINAR
Kursus
 
dipejabat
Meru, Klang

sesi Consultant
No 69, Tgkt 2, Jalan Besar, Pekan Meru
(Atas Bank BSN depan RHB Bank)
iklan tajaan

 

 

 




 

Saturday, April 19, 2008

Kini telah tiba! Ilmu disebalik teknik-teknik yang dipaparkan di dalam
Mingguan Wanita (mukasurat 54) setiap minggu.
BUKU KAEDAH GABUNGAN TEKNIK ASTRONUMEROLOGI DINAMIK
yang pertama di dunia!
Penuh dengan latihan praktikal untuk diri sendiri - tiada teori atau falsafah.


Tajuk buku:

KUASAILAH DIRI ANDA! KAEDAH KENALI POTENSI DIRI UNTUK MENCIPTA STRATEGI
HALATUJU HIDUP BERKESAN KE ARAH KECEMERLANGAN
(DIRI, KELUARGA, KESIHATAN, KERJAYA DAN PERNIAGAAN).

Percuma sekeping graf hayat, graf tenaga tahunan dan CD perisian.

Edisi Intensif (Tebal): 450 mukasurat

Edisi Intensif (Nipis): 183 mukasurat

KULIT TEBAL (HARDCOVER) BERWARNA

Buku ini tidak akan dijual di kedai buku dan kuantiti adalah terhad untuk mengekalkan
tahap eksklusif kaedah ini.

Perbezaan Buku Teks INTENSIF dengan Teks LENGKAP:

Tujuan Teks Intensif adalah sebagai bahan rujukan pantas bagi individu yang kesempitan masa seperti para eksekutif atau usahawan. Juga, untuk individu yang mempunyai bajet kecil untuk menggunakan kaedah ini. Ianya adalah sebahagian daripada teks Lengkap.

Kenapa Perlu Memiliki dan Membaca Buku ini?

Buku ini dihasilkan daripada beberapa kumpulan kajian tentang potensi diri serta pengalaman daripada kehidupan sebenar; satu-satunya buku seumpama ini yang menggabungkan pelbagai pendekatan dalam satu buku berbahasa Malaysia. Anda tidak perlu tercari-cari lagi, semuanya ada di sini di dalam satu buku, menjimatkan masa dan tenaga anda. Jalan pintas untuk berjaya ! Kaedah ini telah dipelajari dan digunakan oleh ramai usahawan, orang kenamaan, para selebriti, pelajar, doktor, jurutera, guru agama, pensyarah dan sebagainya daripada pelbagai umur dan bangsa. Mereka telah melangkah kepada kejayaan setelah memahami potensi diri mereka. Kini, anda patut memiliki buku ini kerana inilah giliran anda pula mencipta strategi untuk berjaya seperti mereka !

Buku ini telah disediakan secara komprehensif untuk memberi pendedahan kepada anda tentang kaedah yang unik untuk mencipta strategi yang berkesan untuk berjaya di dalam hidup iaitu kenali potensi diri secara sains metafizik kajian tarikh lahir. Semua orang sudah maklum bahawa kajian tarikh lahir telah wujud semenjak ribuan tahun dahulu dan kini kajiannya dikemaskini serta ditapis untuk memenuhi keperluan dan budaya orang Asia supaya lebih relevan. Kandungan buku ini diolah dengan bahasa yang mudah difahami dan disertakan pelbagai latihan praktikal supaya anda mampu menggunakan ilmu ini terus kepada diri sendiri.

Buku ini merangkumi aspek personaliti, kerjaya, kesihatan malahan jodoh dan gabungan pasangan, memberi bimbingan kepada pembaca untuk menggunakan kaedah ini dengan lebih mahir, memberi jalan penyelesaian alternatif dan unik untuk menyelesaikan masalah serta membuat keputusan yang lebih mantap dan memberi panduan kepada anda untuk membuat peningkatan, pencegahan dan perubahan di dalam kehidupan.

Seringkali ramai orang gagal dan mahu mencari jalan penyelesaian. Buku ini mampu memberikan panduan yang mantap malahan digunakan untuk mencegah kegagalan jika anda benar-benar mahir menggunakan kaedah-kaedah yang dianjurkan di dalam buku ini.

Testimoni pengguna kaedah ini: “Hidup saya banyak berubah dengan pertolongan encik”. "Because by attend your last course now I can earn RM10K++”. “Bisnes saya makin membuahkan hasil positif”. ”Rasa macam hidup semula. Bermakna rasa kehidupan ini”. “Saya dah tenang sekarang”. "Terima kasih anda sudah sejukkan suasana panas rumahtangga saya”.”Saya syukur dapat belajar jadi saya tidak terduduk terperanjat dengan nasib”."Sudah dapat income RM29 ribu dalam masa 2 minggu.”

EDDY ROSYADIE B. MOHD SAMSURY, seorang jururunding potensi diri dan perniagaan adalah kolumnis majalah Mingguan Wanita, penulis buku Juara Pentas dan jururunding peningkatan kualiti dan produktiviti industri.


LANGKAH TEMPAHAN BUKU “KUASAILAH DIRI ANDA”

Sediakan bayaran
Secara pos - Wang pos/ cek / bank draf di atas nama:
EDDY ROSYADIE BIN MOHD SAMSURY
atau
secara on-line – Maybank2u.com / ATM Deposit / Transfer:
512464228716 (Eddy Rosyadie)

Buku Edisi Lengkap (450 mukasurat) : RM200 atau USD70
Buku Edisi Intensif (183 mukasurat) : RM100 atau USD40

(nilai USD adalah untuk tempahan dari luar Malaysia termasuk kos pos)

Poskan/emailkan maklumat berikut:


Nama Penuh
Alamat lengkap
(bukan PO Box)
Poskod:

Nombor telefon

Tarikh & Jam lahir dalam sijil kelahiran:

Tarikh:

_____ : _____ am / pm

Jika ada tarikh / waktu lahir yang lain:

Tarikh:
_____: ______ am / pm

Negeri kelahiran


Ke:
Eddy Rosyadie bin Mohd Samsury
7, Jalan Meranti Putih 4/KU10,
Taman Desa Permai 2, Meru,
41050, Klang Selangor Darul Ehsan.

atau qmas304@streamyx.com

Buku akan dihantar dalam masa 4 minggu. Salin no telefon ini: 0162379856
untuk pertanyaan penghantaran.
Sila maklumkan juga tempahan & bayaran secara email atau SMS.
posted by eddy Rosyadie Mohd Samsury @ 10:54 PM   0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Tuesday, April 15, 2008
Seminar Cinta
Terima kasih kepada para peserta seminar di Jakarta, Indonesia pada 12 April baru-baru ini.
Ianya satu pengalaman yang menarik untuk saya kerana pertama kali memberikan syarahan
buat orang Jakarta. Untuk bapak Deddi dari Acheh, terima kasih kerana hadir dan meletakkan
kepercayaan untuk kaedah ini. Juga kepada peserta yang lain yang sudi hadir.

Terdapat beberapa kelemahan yang akan diperbaiki nanti. Memang betul, ilmu setebal 4 tahun
mana mungkin dikompres ke satu hari! Kursus-kursus akan datang akan lebih tersusun dan
mempunyai sequential yang lebih jelas.

Tahniah kepada ahli Kelab Sains Metafizik Indonesia yang baru, selamat datang dan teruskan
bersama kami untuk membantu mengembangkan ilmu ini ke seluruh nusantara untuk kebaikan
masyarakat dan negara jua.

Kepada orang Jakarta/ Bandung/ Bogor, jumpa anda lagi nanti bulan Jun ini. Jika ada pertanyaan
sila hubungi Ibu Rosma di talian 81912890701 atau 878700007500.

Kepada rakyat Malaysia, anda tidak dilupakan untuk terus bersama saya meneruskan usaha untuk
menggali potensi diri cemerlang. Dijemput hadir ke SEMINAR CINTA, JODOH, PERKAHWINAN
& PERCERAIAN di Hotel Carlton Holiday Shah Alam pada 6hb Julai 2008 bertempat di Hotel
Carlton Holiday Shah Alam. Yuran RM100 daftar di sana 8.30 pagi (diskaun RM20 untuk suami isteri)
dari jam 9 pagi hingga 5 petang. Jika berminat untuk hadir, sila sms JP (nama) ke 0162379856.
Sila bawa maklumat waktu dilahirkan dan tarikh serta waktu nikah dan maklumat tarikh dan waktu
kelahiran pasangan juga (jika ada).

Antara topik yang akan disampaikan;
1. Mengenali cara anda bercinta.
2. Mengenali teknik interaksi dengan pasangan.
3. Mengenali jenis pasangan yang tertarik dengan anda.
4. Mengenali waktu jodoh yang sesuai.
5. Teknik Kasih Dua Hala untuk mencipta keserasian.
6. Pola-pola perceraian - mengenali dan mengatasinya.
7. Mengenali waktu perceraian.
8. Mengenali gangguan - orang ketiga dan gangguan halus.

dan sebagainya.

Apakah ini menilik jodoh? Tentunya tidak. Ianya adalah hasil kajian daripada pengalaman-
pengalaman orang lain untuk dijadikan panduan dan kayu ukur supaya kita boleh
merancang satu perjalanan untuk sahsiah jodoh yang mantap. Kenali potensi positif dan
negatif secara sains kajian sebagai satu ikhtiar untuk mencari jawapan yang jelas tentang
cinta, jodoh dan perkahwinan.

Jumpa anda di sana!
posted by eddy Rosyadie Mohd Samsury @ 1:19 AM   1 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Thursday, April 10, 2008
Salam,

Terima kasih kepada semua individu yang hadir untuk seminar
konvensyen Sains Metafizik 2008 yang telah di adakan di Hotel
Carlton Holiday Shah Alam pada 6 April 2008 tempohari.

Seramai 100 orang telah hadir dan ada di antaranya dari jauh
seperti Pulau Pinang dan Johor Bahru. Ada sebilangan bekas peserta
kursus yang hadir dan ramai peserta baru. Tahniah kerana anda semua
telah membuat satu inisiatif hebat untuk mengenali kaedah ini dan
seterusnya mencari pengalaman dan pengetahuan baru untuk buat perubahan.

Terima kasih kepada para testimoni seperti Puan Solehah (Cashcenter MIRSB),
Puan Nani (Pengasas Nani Beauty) dan Puan Suraya Ariffin (usahawanita) yang
berkongsi pengalaman kejayaan, salah satunya menggunakan kaedah saya.
Semoga anda malahan semua peserta yang hadir tempoh hari bakal meraih
kejayaan daripada potensi anda.

Terima kasih juga kepada Encik Rudy dari Majalah Sukses, tidak disangka-sangka
menawarkan halaman percuma untuk pengiklanan. Juga terima kasih kepada
penggerak BizInfo.com.my iaitu Encik Azhar Din, Encik Shah dan Encik Sulaiman.
Kedua-dua mereka saya bawakan untuk memberi peluang kepada peserta
untuk mengambil peluang di dalam Tahun Media ini.

Juga, ribuan terima kasih kepada guru saya Dato' Dr. Syed Ahmad Syed Samsuddin
dan penaung Kelab Sains Metafizik Dato' Dr. Roslizam Abdul Rahman yang sudi
hadir memberikan nasihat dan pandangan kepada semua kami yang hadir.

Tidak lupa juga kepada pihak urusetia, Puan Lin dan suami serta ahli Kelab Sains Metafizik
seperti Encik Yuswan, Encik Arie, Dr, Aniza, Puan Norhaslinda, Puan Siti Mariam,
Encik Azli Shah, Encik Zaini dan tidak lupa juga kepada Encik Hamdan Hj Humaidi.

Kepada anda semua yang hadir, juga yang tidak dapat hadir, dimaklumkan kursus
intensif sehari bakal diadakan pada 20 hb April ini atau 4 Mei ini di rumah Kelab kami
iaitu di Mutiara Homes, Mutiara Damansara (depan The Curve). Jika berminat, sila
hubungi Puan Lin di 0122643760. Harga kursus ialah RM300 (biasa RM350) promosi
sempena seminar konvensyen.

Untuk perihal buku pula, stok telah habis jadi saya perlu dapatkan stok baru dan akan
mengumumkan cara pembeliannya nanti. Maaf, tidak disangka sambutannya tinggi
terutamanya buku tebal 500 mukasurat yang habis dijual kurang dari 10 minit!

Gambar-gambar seminar akan diletakkan nanti

Jumpa anda sekelian nanti di Seminar Cinta, Jodoh, Perkahwinan dan Perceraian secara Sains
Metafizik pada 6 Julai 2008 di Hotel Carlton Holiday, Shah Alam. Yuran RM100. Di seminar itu,
andabakal mempelajari rahsia untuk mengenali potensi percintaan, jodoh, perihal perkahwinan
danperceraian - cara mengenalinya dan membaikinya. Jika berminat hadir untuk hadir 6 Julai
nanti,sila sms KP (NAMA) ke 016 2379856.

Esok saya berangkat ke Jakarta, jumpa lagi nanti!
posted by eddy Rosyadie Mohd Samsury @ 7:58 AM   0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Wednesday, April 2, 2008
Video Kursus

Di bawah sini adalah salah satu video kursus yang saya anjurkan di Shah Alam tidak lama dahulu, tidak silap saya akhir tahun 2006 yang lalu. Ada beberapa shot rakaman daripada kursus, cuma maaf, kualiti video kurang memuaskan kerana ini adalah rakaman video amateur.

Di dalam video ini juga terdapat ucapan Dato' Dr. Roslizam sebagai motivator jemputan, kini adalah penaung Kelab Sains Metafizik Malaysia/ Indonesia. Juga terdapat kehadiran seorang peserta Pn Nanie berserta suami, yang kini adalah pengasas produk NANI BEAUTY (lihat majalah FEMININ bulan April 2008 mukasurat 82). Insyallah akan hadir pada seminar 6 April 2008 untuk berkongsi pengalaman kejayaan dengan anda (daripada hampir gagal setelah renovation RM200,000 kini menapak kembali dengan penuh gaya!). Saya tidak pasti sama ada puan Siti Solehah yang berjaya dapat income RM78,000 hasil kerana tukar arah ada hadir semasa kursus ini atau kursus yang sebelumnya. Juga kehadiran seorang usahawanita (Wealth Management) yang kali terakhir saya lawat pejabatnya di Menara Maxis tingkat 36 - asalnya pernah dicaj RM38,000 hanya untuk satu konsultansi perniagaan ! Tetapi cara mudah kaedah saya dapat membantu beliau kurang dari RM1,000 sahaja !

Jumpa anda 6hb April 2008 nanti!

Peserta-peserta kursus yang lain tidak dapat dipastikan bagaimana perjalanan hidup mereka sama ada sudah berjaya atau masih belum membuat langkah kejayaan (tetapi banyak kisah-kisah kejayaan ada sampai kepada saya - terutamanya ada yang sudah tukar kereta mewah setelah tukar arah dsbnya).

Jika anda bekas peserta kursus, sila hadir seminar 6 hb April untuk dapatkan satu lagi ilmu tentang kitaran tahunan - yang anda belum dapat pelajari sebelum ini. Nanti anda akan tahu peranan kitaran tahunan ini sangat besar kepada anda dan bisnes anda - salah satunya ditunjukkan pada kisah pilihanraya umum ke-12 iaitu kemenangan PKR dan kekalahan UMNO - hanya berdasarkan pada kitaran tahunan !

Kursus seterusnya insyallah dirancangkan pada 20 April 2008 mungkin di Hotel Holiday Carlton Shah Alam atau Mutiara Homes, Damansara - selepas dua kursus yang dirancangkan untuk peserta Jakarta (12 April) di Jakarta dan peserta Riau (15 April) yang akan dibuat di Kajang. Untuk peserta Jakarta, sila hubungi Koordinator saya di sana.

Jika berminat untuk hadir kursus 20 April 2008, sila hantar sms K20 (nama) ke 016 2379856. Jumpa di sana.

posted by eddy Rosyadie Mohd Samsury @ 1:28 AM   0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

About Me


EDDY ROSYADIE MOHD SAMSURY

(Perancang pengurusan Hala
Tuju Hidup)
Penulis Kolumunis `Mingguan Wanita `Penulis buku `CJP`
Email:
qmas304@streamyx.com

http://eddyrosyadi.weebly.com

Previous Post
Archives
ADMIN BLOG EDDY


ARY
Phone :012 902 6972
my facebook

محمد أشعري عبد الرزاق

Reka Lencana Anda
CONSULTANT 

Zaini ahmad 
     019-2676727
Azli Shah            012-3127296
Nor Azlina            019-3869011
Dr Aniza              019-2438151
 

FORUM CHAT

Template by

image link to web design website

Provided by website design company .

 

widgeo.net

Site Meter
Blogger Templates