waktu malaysia
 
galeri gambar
 
tempahan online


TEMPAHAN ONLINE

iklan

 





 

jadual  kursus/Seminar
BULAN KURSUS/SEMINAR
Kursus
 
dipejabat
Meru, Klang

sesi Consultant
No 69, Tgkt 2, Jalan Besar, Pekan Meru
(Atas Bank BSN depan RHB Bank)
iklan tajaan

 

 

 




 

Tuesday, August 25, 2009
HAKIKAT KEJAYAAN YANG SEJATI DAN SEBENAR
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera, Salam perjuangan dan kecemerlangan.
.
"Anda sudah gagal apabila anda tidak lagi atau berhenti dari berjuang untuk mencapai kecemerlangan dan kejayaan dalam hidup anda. Padahal perjuangan dalam hidup bukannya satu destinasi tetapi satu perjalanan dan ianya tidak boleh berhenti manakala kejayaan itu bukannya titik perhentian tetapi adalah titik permulaan untuk anda terus menerus berjuang mencapai kecemerlangan" - eddy rosyadie
"You have failed when you no longer or stop fighting to achieve excellence and success in your life. The fight and struggle in your life is not a destination but a journey and it should not be stopped, whereas success is not a stopping point but a starting point for you to continuously fight to achieve excellence" - eddy rosyadie
.
"Tuhanku, terima kasih kerana telah memberikan PETUNJUK kepada POTENSI diri aku untuk aku terus bersemangat untuk berjuang mencapai kegemilangan yang lebih besar melebihi impianku" -eddy rosyadie.
"Dear God, thank you for giving me clues to my potentials so that I can become more motivated to fight to excellences beyond my dream"- eddy rosyadie
.
Gambar: Seminar Pola 336 Potensi Untung Pelaburan, Menang Peraduan & Mula Jadi Jutawan pada 23 Ogos 2009 di Hotel Carlton Holiday, Shah Alam.

.

Kehadiran di luar jangkaan 63 orang. Selalunya seminar saya sekadar 20 - 30 orang, tapi kali ini pendaftaran mendadak di saat akhir menyebabkan saya tidak dapat tukar dewan lain yang lebih besar kerana dewan yang lain telah ditempah. Mohon maaf terpaksa bersesak, juga mohon maaf kepada 2 peserta dari Tampin yang terpaksa duduk di belakang tanpa meja. Seorang individu dari Kerinchi terpaksa pulang kerana tiada lagi tempat duduk - di minta individu tersebut menghubungi saya, mohon maaf sekali lagi kerana ini pertama kali dalam sejarah 5 tahun pengajian saya, seseorang terpaksa ditolak pendaftaran oleh urusetia. Saya tidak mengetahui tentang perkara tersebut, jika saya tahu bolehlah anda duduk depan sekali di meja saya (tu dalam gambar ada kerusi kosong). Kursus ini adalah julung kali pertama di dunia yang mendedahkan tentang kegunaan pola 336 di dalam mendapatkan pulangan atas "pelaburan" anda tidak kira pelaburan saham, forex, perniagaan dan sebagainya. Semua peserta telah didedahkan juga tentang dasyhatnya Vaccum Star dan menariknya Awarding Star serta peluang yang ada pada tahun 2011 nanti - banyak tarikh menarik untuk mula jadi jutawan. Pola 336 akan didedahkan lagi nanti pada Seminar 3P: Pelaburan, Pemulihan & Pengasihan di Skudai, Johor Bahru pada 24 Oktober nanti RM50 sahaja (hubungi Lin 0197556102)

.

"Ramai yang bertanya, bilakah mereka boleh berjaya dan kaya, padahal sudah ramai orang lain sudah tahu bila mereka akan berjaya dan sedang berusaha keras bersedia menanti hari yang membolehkan mereka berjaya selama-lamanya. Apakah anda masih bertanya atau apakah anda sudah tahu?" - eddy rosyadie

"People are asking when they can become successful and rich, whereas many other people has already know when they can become successful and they are working hard waiting for the day they can become successful forever. Are you still asking or already know it?" - eddy rosyadie

.

SEMINAR POTENSI DINAMIK ASAS (STATIK) MODUL 1

pada Sabtu 10 Oktober 2009

Bangunan Tabung Haji, Kota Kinabalu, Sabah.

9 pagi - 5 petang.

RM250.
.
Daftar: sila hubungi pihak penganjur untuk maklumat bayaran dan tempahan tempat
Cik Azlina 019 575 0477
.
Dijemput semua warga negeri Sabah, Sarawak dan Brunei untuk hadir. Penduduk Kota Kinabalu, Keningau dan sebagainya sila ambil kesempatan ini untuk mempelajari kaedah ini yang kini mendapat permintaan meluas di Semenanjung Malaysia - jangan pula anda ketinggalan! Ramai pakar mempelajari kaedah ini dan menggunakannya di dalam kerjaya, perniagaan dan kehidupan mereka, anda bila lagi? Silalah mendaftar sekarang.
.
sila klik imej flyer di bawah ini untuk bacaan lebih jelas. untuk flyer yang lebih mendalam (5 mukasurat termasuk testimoni dan jadual kandungan kursus), sila email ke qmas304@streamyx.com
.

.

SEMINAR 3P: PELABURAN, PEMULIHAN & PENGASIHAN.
Sabtu, 24 Oktober 2009
Tempat mungkin di Dewan Serbaguna MPJBT, Skudai, Johor.
RM50 sahaja.
10 pagi - 5 petang. daftar jam 9.30 pagi sila bawa graf hayat atau maklumat jam lahir.
daftar dan bayaran: Puan Lin 019-7556102
.
Dijemput semua warga JB, Pontian, Pasir Gudang, Kluang, Kota Tinggi, Batu Pahat dan semua warga Johor serta warga Singapura.
.
Ketahuilah teknik pola nombor dari tarikh lahir anda serta teknik graf hayat dari waktu lahir anda untuk kenalpasti peluang anda mencapai kecemerlangan hidup; mewah, sihat dan penuh kasih sayang. Seminar 3P akan membimbing anda tentang pola 336 potensi pelaburan dan menang peraduan iaitu julung kali pertama di dunia untuk anda tahu BILA (tahun dan tarikh sesuai) meraih keuntungan , dengan itu anda dapat menjana kekayaan dan kemewahan yang lebih baik. Sesuai untuk semua orang dan dapatkan beberapa tarikh pola 336 yang sangat bagus yang bakal hadir nanti untuk anda ambil peluang untuk berjaya dalam kewangan. Seminar 3P juga akan membimbing anda perihal pemulihan diri - apa guna duit banyak tapi jiwa dan badan sakit - faktor pola 459 yang sering dikaitkan dengan misteri dan pelbagai pengetahuan untuk anda memulihkan semangat juang anda dari pelbagai pola tarikh lahir dan angka-angka kesedaran. Seterusnya, seminar 3P akan membimbing anda perihal pengasihan - apa guna duit banyak dan sihat tapi tiada kasih sayang dalam hidup anda. Ketahui pelbagai teknik untuk mendapatkan kasih sayang yang sebenarnya untuk anda berdasarkan tarikh dan jam lahir anda.
.
Jangan lepas peluang - jumpa di sana nanti!
.
Kursus seterusnya (masih dalam perancangan menunggu pengesahan pihak penganjur):
  • Kuantan & Kuala Terengganu roadshow
  • Ipoh, Perak - Kursus Graf Hayat
  • Muar, Johor - Kursus Potensi Modul Asas.

.

"Tuhan mencipta mata diletak di kepala untuk manusia dapat melihat ke HADAPAN. Namun bukan semua manusia dapat melihat sesuatu perkara dengan positif melainkan mereka fokus dan tahu apa yang mahu dilihat" - eddy rosyadie.

"God creates eyes to be placed on the head so that human can see FORWARD. But not all human can see things positively unless they focus and know what they want to see" - eddy rosyadie.

.

SEMINAR MENGURUSKAN POTENSI KEHIDUPAN SECARA SISTEMATIK (menggunakan teknik Graf Hayat)

pada 23 Januari 2010

10 pagi - 4 petang

dijangka dibuat di UTM Skudai.
PERCUMA (tiada bayaran)
Daftar: SMS taip EDDY JB dan hantarkan ke 36553.
.
Seminar julung kali pertama di dunia yang akan membimbing anda untuk mengetahui perjalanan setiap fasa 10 tahun dalam hidup anda supaya anda dapat menghadapi dan menguruskan potensi perjalanan hidup anda dengan lebih redha, kuat dan bersedia. Memang benar Tuhan telah tetapkan hidup anda dan Dia juga telah menetapkan masa untuk anda rugi, untung, sakit, sihat dsbnya. Menggunakan kaedah graf hayat anda boleh menguruskan perjalanan hidup anda dengan lebih baik dengan mengetahui faktor BILA sesuatu itu berlaku. Sebagai satu ikhtiar pembetulan bukannya tilik nasib kerana Tuhan memberikan anda peluang untuk buat perubahan walaupun telah ditetapkan perjalanan hidup anda itu. Ketahuilah pada usia bila hadirnya ancaman Vaccum Star, Widowed Star dan sebagainya serta ketahuilah pada usia bila hadirnya peluang Awarding Star, Honourable Star dsbnya. Dengan kaedah ini, anda akan lebih redha dengan ketetapan hidup anda dan anda boleh mula buat ikhtiar dan persediaan menghadapi ancaman mahupun peluang.
.
Jika anda belum memiliki graf hayat untuk menghadiri seminar percuma tersebut, anda boleh tempah daripada pihak kami - RM10 sekeping, bank in Maybank 512464228716 (Eddy Rosyadie) dan emailkan maklumat nama, tarikh lahir, jam lahir dan negeri dilahirkan serta nyatakan maklumat jam transaksi deposit bank in tersebut ke qmas304@streamyx.com.
.
TAWARAN KURSUS: Oktober 2009 - Mac 2010: Dapatkan ilmu pengetahuan tentang kaedah pola angka potensi dinamik pada harga RM110 sahaja (biasa RM150 - RM500) seorang untuk sebarang tajuk modul seperti Kursus Asas, Potensi Usahawan, Potensi Kewangan malah Pola 336 Pola Pelaburan dan sebagainya. Kursus dijalankan di pejabat saya bernombor 69B atas BSN Pekan Meru, Klang, Selangor. Kumpul 3 - 10 orang dan pilih tarikh (Khamis atau Sabtu atau Ahad atau cuti umum) dan tajuk yang diperlukan; emailkan permohonan ke qmas304@streamyx.com. Tempahan awal 2-3 minggu.
.
Cara ini memudahkan anda dan rakan untuk belajar kaedah potensi diri tanpa perlu menunggu kumpulan yang besar atau menanti saya datang ke tempat anda atau anda mahukan kelas yang kecil atau anda hadapi kesukaran untuk menganjurkan kursus kaedah potensi di tempat anda kerana masalah tempat atau mencari peserta. Datang sahaja bersama rakan anda ke tempat saya.
.
Pekan Meru, Klang kini adalah sebuah pekan yang membangun, sinomin dengan masyarakat Jawa, tapi kini sudah bercampur dengan pelbagai warganegara. 10 minit ke utara dari Meru terletaknya Puncak Alam iaitu kampus UiTM Puncak Alam yang baru (terdapat Hospital UiTM di situ). Di sebelah selatan Meru, terletaknya Setia Alam yang mengandungi lot kedai seperti Secret Recipe, Guardian dan pelbagai bank seperti Maybank, Public Bank, BSN, Ambank, CIMB termasuk sebuah TESCO dan GIANT (dalam pembinaan). Di seberang TESCO terdapatnya Mc Donald Drive-In 24 Jam. Di situ terletaknya Klang Sentral iaitu perhentian bas utama Klang - semua bas ekspress berhenti di sini.
.
Di sebelah timur Meru adalah pekan Kapar. Pekan Meru adalah gabungan perkampungan, taman perumahan dan industri sederhana. Di sini terletaknya beberapa kilang sarung tangan getah terbesar di dunia - Top Glove, Kossan dan Supermax serta kilang barangan perabut yang besar Merryfair. Sekolah kebangsaan pula adalah sekolah yang mempunyai murid paling ramai di Malaysia, lebih kurang 3,300 murid; terdapat 10 - 14 kelas untuk setiap darjah seramai 40 orang. Sekitar Pekan Meru terdapat 4 buah sekolah rendah dan 2 buah sekolah rendah agama. Terdapat 25 buah surau dalam sekitar kawasan Pekan Meru serta 3 buah kedai 7-Eleven..
.
Anda boleh menggunakan lebuhraya NKVE menuju ke Klang. Selepas susur Shah Alam, terdapatnya susur SETIA ALAM & Meru. Selepas tol, pandu ke hujung jalan dan nampak Tesco dan belok ke susur kanan menuju Mc Donald. Terus ke hadapan berjumpa stesyen Shell dan kemudiannya Petronas. Depan sikit sebelah kiri ada RHB bank dan di seberangnya itulah BSN Pekan Meru. Terdapat restoran di sebelah BSN.
.
Jika anda dari luar Selangor seperti Kuantan, Ipoh, Kuala Terengganu, JB, Ipoh, Kota Bharu dan sebagainya, anda boleh menaiki bas dari tempat anda dan terus ke Klang dan pastikan bas berhenti di Klang Sentral. Dari situ naik bas ke Pekan Meru (dalam 10 minit) dan berhenti di depan RHB bank.
.
Bilik latihan saya ini juga dibuka untuk sewa jika anda perlukan bilik bagi tujuan latihan, perjumpaan, mesyuarat dan sebagainya.

Bilik kelas untuk 20 orang (susunan meja) atau 40 orang (kerusi sahaja)

Ruang pendaftaran dan rehat

Tandas, bilik solat serta ruang rehat

Restoran 24 jam ada dibawah, masjid berdekatan
dan tentunya bank RHB dan BSN.

.

Salam Perjuangan dari Eddy Rosyadie - Rakan Konsultan Halatuju Hidup dan Perniagaan anda.

Menanti kebenaran selagi kita hidup dan takutkan penyelesaian yang bakal ditemui. Kita lemaskan diri kita dalam lautan tangisan yang kita sengaja ciptakan...aku sudah lama menanti jawapan dari Mu, setelah dicari rupanya jawapan itu memang adalah Diri Mu. Tiada lagi teka-teki, tiada lagi tangisan, tiada lagi kekusutan tentang kehidupanku kerana jawapannya memang ada pada Mu. Aku ingin berterima kasih kepada Mu, wahai Penciptaku, kerana tanpa Mu hidup ku terabai dan sesat. Biarlah orang mengata aku ini bodoh tetapi aku telah banyak berubah dan perubahan itu berlaku disebabkan kerana cinta kepada Mu...

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DAN BERAMAL DI BULAN MULIA RAMADAN






posted by eddy Rosyadie Mohd Samsury @ 10:18 PM   0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Monday, August 17, 2009
Kecemerlangan Berterusan Tanpa Batasan
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera, Salam perjuangan dan kecemerlangan...
.

Kepada individu yang ada menghantar email atau SMS atau cuba menghubungi saya tetapi tidak dapat berinteraksi atau belum mendapat jawapan email atau SMS daripada saya, mohon maaf kerana pertanyaan secara email dan SMS sangat banyak serta jadual saya sejak akhir-akhir ini agak sibuk, panggilan telefon juga kadang kala tidak berhenti pagi hingga ke malam sampai habis bateri handphone terpaksa tunggu charge bateri dulu. Biasanya saya akan utamakan dahulu individu yang pernah konsultansi dengan saya atau bekas peserta kursus atau individu yang mahu anjurkan kursus di tempat mereka. Jika tidak dapat hubungi saya, SMS dahulu pertanyaan anda serta kenalkan diri anda, juga sama ada anda pernah konsultansi atau pernah hadiri kursus (pada tahun bila). Sekali lagi mohon maaf dan saya cuba buat yang terbaik untuk menjawab persoalan anda. Cuba hubungi saya sebelah pagi sekitar 9 pagi atau lewat petang sekitar 5 petang (itupun jika saya tiada program pada hari itu), atau SMS / email dahulu pertanyaan anda itu. Atau mudah, hadirlah ke program saya untuk berinteraksi dan mendapatkan jawapan persoalan anda itu.

.

SEMINAR POLA 336 POLA UNTUNG PELABURAN, MENANG PERADUAN DAN MULA JADI JUTAWAN
pada 23 Ogos 2009

Bilik Al-Burj, Tingkat 1, Hotel Carlton Holiday sebelah Tesco Shah Alam

RM100

Daftar di sana jam 9.45 pagi bawa maklumat jam dilahirkan dari surat beranak.
Seminar bermula 10.15 pagi - 4.00 petang.
.
ketahuilah bagaimana untuk memanafaatkan pola 336 bagi mendapatkan pulangan atau keuntungan atas usaha anda dalam perniagaan atau pelaburan, malah dalam peraduan dan sebagainya. Kajian saya setakat ini mendapati pola 336 (atau 663 atau 363 atau 636) memainkan peranan penting dalam memperolehi keuntungan. Tetapi ada beberapa syarat serta cara untuk menggunakan pola 336 dengan baik. Anda perlu tahu apakah anda memiliki Vaccum Star atau Awarding Star serta tahu memilh tahun, bulan dan hari sesuai untuk anda mendapat pulangan keuntungan.
.
Contohnya, saya pada tahun ini ada pola 636 dan tiada Vaccum Star dan memilih bulan Mei untuk pelaburan dan Jun (graf prestasi bulanan 8-6) dapat untung RM75,000, kebetulan rakan pelaburan saya juga adalah memang dilahirkan pola 336 dan tahun ini pola 336 dia muncul lagi! Jikalaulah anda tahu bila tarikh anda boleh untung besar, maka tak perlulah nak membabi-buta buat pelaburan (labur 10x - hangus 9x untung 1x - Kalau boleh labur 10x, untung 9x hangus 1x!). Sesuai untuk pemain Forex, usahawan untuk tahu bila ada peluang jadi jutawan, para pelajar bidang kewangan malah untuk CFP pun boleh (certified financial planner). Atau orang-orang biasa yang mahu buat perubahan dalam hidup dan sesiapa jua bercita-cita jadi jutawan atau mahu jadi jutawan sekali lagi atau mahu lebih lagi jutawan - silalah hadir.
.
Mr. John Whittaker menang USD314juta pada hari pola 336 - mahukah anda begitu, jangan lagi berimpian, tetapi mari kita ikhtiar mengira hari apa sesuai untuk anda jadi jutawan!
.
Termasuk teknik arah yang sesuai untuk untung, mencari orang pola 336, gabungan untung selamanya dan pelbagai teknik untuk anda untung, menang dan jadi jutawan.
.
Daftar: SMS taip MP (nama) dan hantarkan ke 016 2379856.
.
"Everybody is a potential winner. A loser is someone who do not work hard and smart to win. Everybody is also a potential loser. A winner is someone who work hard and smart to win."- eddy rosyadie
"Semua orang berpotensi jadi juara. Orang yang gagal ialah orang yang tidak bekerja keras dan bijak untuk menang. Semua orang juga berpotensi gagal. Orang yang menang ialah orang yang bekerja keras dan bijak untuk menang" - eddy rosyadie.
.
"Success never runs out for you to achieve, you just keep fighting to win. Losing can run out, you just quit fighting to win." - eddy rosyadie
"kejayaan tidak pernah putus untuk anda capai, anda perlu terus berjuang untuk menang. Kegagalan boleh berlaku, anda hanya perlu berhenti berjuang untuk menang."- eddy rosyadie.
.
"Not knowing your fate tomorrow is a gift from God. The ability to plan and forecast your future is a gift from God. Not knowing what your future lies is a disaster"- eddy rosyadie.
"Tidak mengetahui nasib anda pada hari esok adalah anugerah dari Tuhan. Keupayaan untuk merancang dan menjangkakan hari depan anda adalah anugerah dari Tuhan. Tidak mengetahui hari depan adalah sebentuk kemusnahan"- eddy rosyadie.
.
SEMINAR POTENSI DINAMIK ASAS (STATIK) MODUL 1
pada Sabtu 10 Oktober 2009
Bangunan Tabung Haji, Kota Kinabalu, Sabah.
9 pagi - 5 petang.
RM250.
.
Daftar: sila hubungi pihak penganjur untuk maklumat bayaran dan tempahan tempat
Cik Azlina 019 575 0477
.
Dijemput warga negeri Sabah, Sarawak dan Brunei untuk hadir. Penduduk Kota Kinabalu, Keningau dan sebagainya sila ambil kesempatan ini untuk mempelajari kaedah ini yang kini mendapat permintaan meluas di Semenanjung Malaysia - jangan pula anda ketinggalan! Ramai pakar mempelajari kaedah ini dan menggunakannya di dalam kerjaya, perniagaan dan kehidupan mereka, anda bila lagi? Silalah mendaftar sekarang.
.
sila klik imej flyer di bawah ini untuk bacaan lebih jelas.
untuk flyer yang lebih mendalam (5 mukasurat termasuk testimoni dan jadual kandungan kursus), sila email ke qmas304@streamyx.com
.


.

Sambutan Seminar 3K Kehebatan Potensi Diri - Kewangan, Kesihatan dan Kasih Sayang di Kota Permai Golf Center, Kota Kemuning Shah Alam pada 15 Ogos tempohari. Kehadiran seramai 80 orang dan siri ke-2 dijangka dibuat selepas raya nanti akan dimakluman di blog ini.


Gambar peserta kursus - yang datang dari dekat Shah Alam, Ampang malah yang jauh dari Muar dan Melaka juga ada. Terima kasih kerana sudi hadir pelajari kaedah ini. Dapat 2 majalah percuma serta banyak perkongsian ilmu.

.

"SELAMAT BERPUASA DAN BERAMAL DI BULAN RAMADAN"
Bulan Ramadan adalah bulan ke-9 dalam kalendar Islam. Angka 9 adalah kemasyarakatan, kejayaan dan tawaran. Pintu syurga dibuka (tawaran) manakala masyarakat berkongsi (9) ibadah secara berjamaah dan kejayaan (9) adalah untuk orang yang menggunakan bulan Ramadan sebaiknya sepenuhnya.

.

Salam Perjuangan - Eddy Rosyadie - Rakan Konsultan Halatuju Hidup dan Perniagaan anda.


posted by eddy Rosyadie Mohd Samsury @ 1:24 AM   0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Monday, August 10, 2009
Pola 459 Pola Misteri
Assalamualaikum, Selamat Sejahtera, Salam perjuangan...
.
PENGUMUMAN PENTING !!! POLA 459
.
Sejak akhir-akhir ini beberapa orang telah beri maklumbalas tentang kes PUKAU di mana tidak semena-mena mereka menyerahkan wang dan barang kepada orang yang tidak dikenali dengan mudah, walaupun sedar ianya salah, tapi mereka dipukau menjadi lemah untuk menyerahkan barangan milik mereka.
.
Apabila diperiksa, di dapati majoriti mangsa pukau adalah pola 459.
.
KEPADA SEMUA CLIENT/ PESERTA KURSUS YANG MEMILIKI POLA 459, SILA AMBIL PERHATIAN PENTING DI SINI.
.
Individu pola 459 adalah "penyerap tenaga" seumpama sponge / span basuh pinggan menyerap air (spongebob). Kerana itulah orang pola 459 sangat sesuai berfungsi sebagai pemulih kesihatan/ perubatan seperti bomoh, jururawat, doktor atau terapis mahupun kaunselor. Apabila anda "merawat" orang, sebenarnya anda secara semulajadi menyerap tenaga kurang baik dari pesakit, menyebabkan pesakit rasa lega berurusan dengan anda, tetapi anda pula yang merasa sakit-sakit akibat anda menyerap tenaga kurang baik mereka bagi pihak pesakit. Oleh kerana anda menyerap tenaga kurang baik, lama-kelamaan diri anda mengandungi banyak tenaga kurang baik dan anda mula sakit-sakit. Orang pola 459 sering kena tempias sakit atau mudah kena santau, pukau, buatan orang dan sebagainya - kerana pertahanan anda lemah. Kecuali individu pola 459 yang mempunyai frekuensi dalaman yang tinggi. Kerana itu, biasanya orang yang merawat pesakit sering ada amalan untuk "bersihkan" diri mereka untuk keluarkan tenaga sakit dari dalam diri mereka selepas merawat pesakit. Dalam Islam pun, anda disunatkan untuk mandi selepas menziarahi atau menguruskan jenazah atau kembali dari kubur.
.
Di dalam perihal pukau, terdapat dua modus operandi yang digunakan untuk menentukan sama ada anda boleh dipukau atau tidak. Pertama, orang pola 459 yang sering menyerap dan mengumpul tenaga sakit akan mudah terdedah dengan tenaga pukau. Kedua, pemukau biasanya akan "mengimbas" calon-calon mangsa dan orang pola 459 yang lemah tenaga dalaman mudah dikenalpasti untuk dipukau.
.
Oleh itu, anda sebagai pola 459 mestilah mengamalkan perkara-perkara berikut;
.
1. Sentiasa "menyahtoksinkan" tenaga dalaman anda, kalau boleh seminggu sekali. Keluarkan (drain out) tenaga sakit dari diri anda. Ada satu petua iaitu mandi air sejuk dan garam. Anda boleh gunakan kaedah mandian ais garam seperti terdapat dalam rawatan alternatif seperti CVT (sila hubungi Dr. Aniza untuk rawatan dan penjelasan lanjut). Atau mandi di sebuah air terjun awal pagi menggunakan garam sebagai sabunnya (sabun berbentuk garam ada dijual), kemudian ada yang mencadangkan guna kapur sebagai bilasan. Dengan mengeluarkan (drain out) tenaga sakit, anda tidak terdedah dengan serapan dan pengumpulan tenaga sakit yang banyak.
.
2. Sentiasa ada sebentuk "pelindung" biasanya bacaan ayat Kursi yang kerap boleh membantu melindungi anda daripada pengimbas pukau.
.
3. Tinggikan frekuensi dalaman anda - seperti berfikir positif, amalan menjamah garam/ makanan masin (tapi perlu pastikan tiada kesan kesihatan terutamanya darah tinggi), sentiasa ada zikir/ doa serta amalan kawalan aura.
.
Ingat, tahun 2010 adalah tahun pola 459 iaitu tahun kesihatan dan pola 459 juga ada kaitan dengan ilmu mistik. Kemungkinan, ilmu mistik menjadi-jadi pada tahun 2010. Juga, daripada kajian saya terhadap kes kanak-kanak hilang, majoriti kanak-kanak yang hilang adalah individu pola 459, termasuk adik Sharlinie yang masih hilang hingga sekarang (pola 459 sebanyak 2x dan angka 3 tengah mata angin).
.
Jika anda ada pola 459 dan pernah mengalami situasi ini, sila kongsikan pengalaman anda - hantar email ke qmas304@streamyx.com
.
Semoga menjadi panduan berguna.
.
Jumpa anda di kursus 15 Ogos (Asas 3K: Kesihatan, Kewangan dan Kasih Sayang) dan 23 Ogos (pola untung 336) nanti. Sila lihat maklumat kursus di bawah.
.
Tahukah anda bahawa John Whittaker memenangi USD314 juta (hadiah paling tinggi dalam sejarah USA) pada hari pola 336! Nantikan kursus pola 336 untuk anda tahu rahsia tersebut. Mana tau anda boleh jadi jutawan pada hari pola 336.
.
Eddy Rosyadie
posted by eddy Rosyadie Mohd Samsury @ 11:56 PM   0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Tuesday, August 4, 2009
Kecemerlangan Kewangan dan Potensi Diri
Assalamualaikum, Selamat Sejahtera & Salam Perjuangan Potensi...

.

Pengumuman: kepada mereka yang telah berjaya mendaftar syarikat pada 22 Julai atau 31 Julai tempohari (bagi tujuan untung pelaburan), saya mencadangkan anda membeli unit amanah saham 1 Malaysia pada 5 Ogos ini (pastikan bermalam di pintu pagar pejabat :) jika boleh atas nama syarikat anda yang telah didaftarkan itu. Jika tidak pun, beli atas nama sendiri dahulu. Unit Amanah Saham 1 Malaysia dijangka turut "untung besar" pada 2011 nanti.
.

SEMINAR 15 OGOS DI KOTA KEMUNING SHAH ALAM
hanya RM50 sahaja.
.
(klik pada flyer di bawah untuk bacaan lebih jelas)



.
Tempahan tempat dan pembelian tiket: Hubungi Cik Hajar 0132029010
.
Sesuai untuk semua lapisan masyarakat sama ada yang baru berminat untuk kenali potensi diri dari aspek kewangan, kasih sayang dan kesihatan menggunakan parameter tarikh dan jam lahir anda, atau peminat kaedah potensi dinamik / sains metafizik yang lama juga dari mana-mana guru boleh turut serta untuk menyegarkan (refresh) atau menambahkan lagi pengetahuan anda. Julung kali program ini dibuat di Malaysia! Rebutlah peluang untuk hadir.
.
"Wang tidak dapat membeli sebatang tubuh yang sihat dan seketul kasih sayang, tetapi tanpa wang maka kasih sayang dan kesihatan boleh terjejas kerana wang adalah sebentuk cara untuk mengekalkan kesihatan dan kasih sayang, begitu juga kesihatan dan kasih sayang yang kuat membantu anda mendapatkan wang dengan berkesan" - Eddy Rosyadie
"Money could not buy a healthy body or a piece of love but without wealth then love and health would be affected because money is a way to maintain health and love. Likewise, a strong health and love assists you to get money effectively" - Eddy Rosyadie
.
"You cannot control what the world economy is doing on you, but you can have a strong attitude to manage what the world economy is doing on you. When you can control what you can do to the world economy then you are much stronger and you become the master of your own world's economy" - Eddy Rosyadie
"Anda tidak mampu mengawal apa yang ekonomi dunia lakukan ke atas diri anda, tetapi anda mampu ada sifat yang kuat untuk menguruskan apa yang ekonomi dunia lakukan ke atas anda. Apabila anda mampu mengawal apa yang anda boleh lakukan kepada ekonomi dunia maka anda akan kuat dan menjadi tuan kepada dunia ekonomi anda"- Eddy Rosyadie
.

SEMINAR POLA 336 UNTUNG PELABURAN, MENANG PERADUAN DAN MULA JADI JUTAWAN.
.
Ahad, 23 Ogos 2009
Bilik Al-Burj, Hotel Carlton Holiday, Shah Alam
RM100
Daftar jam 9.45 pagi bawa maklumat jam lahir.
Untuk hadir sila SMS taip MP (nama) dan hantarkan ke 016 2379856.
.
Terkini: Baru-baru ini kerajaan Malaysia telah menubuhkan Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) sebagai satu institusi pelaburan dengan modal permulaan RM500 juta yang mana ianya akan diperbesarkan menjadi RM10 billion. Daripada kajian saya yang mendapati tahun 2011 adalah tahun pelaburan, mungkin ini satu petanda / peluang untuk anda juga patut berada di dalam dunia pelaburan. Anda juga boleh membina "Ekuinas" (kepunyaan kerajaan Malaysia) atau "Cascade Investment Ltd" (kepunyaan Bill Gates) yang anda sendiri miliki. Inilah masanya anda berubah membina kekayaan pelaburan sepertimana Bill Gates, Warren Buffet, Dr. Irfan Khairi dsbnya. Mereka ini semua ada pola 336 pola pelaburan. Pola pelaburan ini juga didapati pada situasi individu mendapat untung besar dari jualan atau menang sesuatu peraduan. Marilah kenali pola ini dan ketahui bagaimana untuk anda menggunakannya, sama ada anda memang adalah pola 336 (memang sepatutnya anda hadir kursus ini) ataupun jika tiada pola 336 pun harus hadir kursus untuk anda juga ambil peluang apabila pola itu muncul secara sukarela untuk anda pada tahun 2011. Mahu kaya? Kena tahu cara bagaimana dan tentunya BILA boleh jadi kaya.
.
TAHUKAH ANDA BAHAWA DATO SERI NAJIB TUN RAZAK ADALAH POLA 336? maka, salah seorang yang patut anda "bergabung" dalam teknik pola 336 gabungan pelaburan ialah dengan Dato Seri Najib (kalau tak bergabung secara langsung, masuk AS 1 Malaysia atau Ekuinas pun boleh juga). Beliau memiliki sarjana dalam Industrial Economics (orang pola 336 selalunya berada dalam dunia ekonomi termasuk Tan Sri Khalid Ibrahim juga pola 336 pemegang Master in Economics, juga Dr. Irfan Khairi adalah pola 336). Tidak hairanlah kenapa munculnya beberapa pelaburan baru seperti Amanah Saham 1 Malaysia dan Ekuinas! Anda yang ada pola 336 masih lagi tak nak tahu betapa hebatnya pola 336 yang anda miliki itu? Kami boleh bimbing anda untuk gunakan pola 336 tepat pada TAHUN, BULAN dan HARI serta ARAH (dan bonus tambahan: Gabungan) yang sesuai untuk anda jadi lebih kaya dari sekarang!
.
Contoh: Pada tahun depan 2010, pola Dato Seri Najib mencukupi 4 syarat untuk "pelaburan meletup-letup", tambahan pula dengan adanya fasiliti pelaburan terbaru ini, tidak hairan jika beliau boleh "kaya dan jutawan berbilion" pada tahun depan jika beliau mahu. Apakah syarat-syarat tersebut? Anda nak tahu? Anda nakkan juga syarat-syarat tu untuk anda miliki supaya anda juga boleh "meletup-letup" seperti beliau, Bill Gates, dll? Mungkin anda juga ada syarat-syarat itu pada tahun depan atau 2011 nanti? Tentu saja datang kursus 23 Ogos!
.
Tak perlulah nak berdemonstrasi haram tak puas hati dengan kerajaan, itu semua buang masa anda sahaja padahal orang-orang berjaya seperti Dato Seri dan ramai lagi sudah bersedia menanti masa dan strategi untuk kaya dan anda yang sibuk mengutuk bagi pihak orang akhirnya terpaksa makan pasir lah tahun depan (tahun masalah kewangan untuk majoriti orang ramai - pada masa itu orang yang anda tolong itu akan bantu anda? bantulah diri anda sendiri dari sekarang). Nak salahkan kerajaan pulak lepas tu? Tahun depan, bila sendiri tak ada duit dan Dato Seri dah kaya, mulalah cemburu nak tabur fitnah pulak dan terpaksa mengemis di pejabat DS Sharizat, sendiri yang silap! Tuhan dah beri petunjuk macam kaedah seperti ini tak nak pulak diterima! Dah diberi peluang ambil AS 1 Malaysia pada 5 Ogos ini (hari yang sangat "ONG" untuk mula jadi kaya) tapi tak nak ambil sebab tak sokong kerajaan katakan. Alah, peduli apa parti apa yang anda sokong, ambil je peluang ini, nanti pada tahun 2011 tahun pola 336 pelaburan, AS 1 Malaysia juga ada pola 336 juga! Jadi, mari kita sibukkan diri dengan aktiviti berfaedah yang mendatangkan duit seperti belajar kursus 23 Ogos ini dan mulakan aktiviti pelaburan. Jalan untuk anda jadi jutawan semakin cerah tanpa jerebu pemikiran!
.
Anda sudah tahu bagaimana nak kaya/ jadi jutawan dengan pelaburan, forex, perniagaan, hartanah, dll tapi anda belum tahu BILA (tahun, bulan dan hari serta usia) anda boleh untung dan mula jadi jutawan, menang peraduan (jutawan power root?) dan untung pelaburan (apa jua termasuk unit trust, wang pos, saham dll) serta untung dalam forex. Kajian saya mendapati pola 336 memainkan peranan penting dalam keuntungan dan kemenangan. Kenalilah tahun/ bulan/ hari anda boleh untung dan menang serta arah kejayaan untuk untung serta kenali pola individu yang boleh bantu anda menang atau untung dalam pelaburan atau kekayaan sentiasa. Ketahui masa yang sebenarnya untuk anda boleh mula jadi jutawan. Pelajarilah kaedah sebegini untuk mengelakkan dari anda terpaksa bersusah payah bertahun-tahun tanpa hasil dengan mengetahui MASA yang sebenarnya anda boleh menang/untung sesuatu. Inilah seminar yang julung kali di dunia yang membimbing anda tentang persoalan masa dan tempat serta cara serta individu yang boleh anda gunakan untuk menang peraduan, untung pelaburan dan mula jadi jutawan.
.
Saya sendiri telah menggunakan teknik pola 336 dan untung pelaburan BSKL sebanyak dua kali berjumlah RM150K pada tahun ini. Lihat juga pola 336 yang ada pada Bill Gates (Richest Person in World) dan Tan Sri Khalid Ibrahim (bekas CEO Guthrie terkenal dengan sejarah "London Raid" iaitu mengambil alih Guthrie dari kerajaan British hanya dalam masa 2 jam) kedua-duanya ada pola 336 dan menggunakan teknik yang dikaitkan dengan pola 336. Tahun 2011 nanti, semua orang ada pola 336, apakah anda buat persediaan untuk ambil peluang itu nanti untuk jadi kaya (bulan dan hari yang sesuai? mengikut tarikh lahir anda).
.
(walaupun berpuasa, belajar nak jadi kaya mesti diteruskan. Kita bermula jam 10.00 pagi supaya jam 9.45 pagi anda boleh tinggalkan isteri/suami/anak anda di SACC Mall/ Kompleks PKNS/ Plaza Alam Sentral/ Anggerik Mall/ Giant/ Tesco, biar mereka boleh bershopping untuk raya sementara anda belajar di kelas. Mungkin kelas tamat jam sekitar 4.30 petang untuk anda sekeluarga bersiap untuk berbuka puasa).
.
Seminar/ Aktiviti yang dirancangkan seterusnya;
.
Oktober - Disember: Cadangan Road Tour di Kuala Terengganu & Kuantan.
.


20 dan 21 Oktober 2009 - seminar dua hari 3 dalam 1 - Rahsia Kehebatan Diri bersama UTM-Space, Airborne (analisa potensi dari cap jari) dan Eddy Rosyadie (analisa potensi dari tarikh dan jam lahir) di KL - belum tahu tempat. Mgkn sekitar RM400 untuk seminar 2 hari. Dapatkan laporan analisa cap jari percuma serta graf hayat percuma. Nantikan pengumuman dan flyer seminar ini nanti.
.
Januari 2010: Kursus PERCUMA untuk 1,000 orang di JB
(tiada bayaran sesen pun untuk belajar tapi bawalah duit sedikit untuk tambang balik rumah :) atau untuk beli graf hayat ahli keluarga, makanan ringan, CD, buku, poster, susu kambing, wang pos, premium insuran dan sebagainya).
.

Tajuk: Menyusun Strategi Hidup Untuk Kehidupan dan Perniagaan yang Lebih Bermakna (daripada kaedah Graf Hayat dan Kitaran Tahunan yang lebih mendalam).
.

9 pagi - 5 petang. Daftar jam 8.30 pagi.
Sila bawa graf hayat anda (jika belum ada graf hayat, boleh dapatkan di sana nanti)
Daftar dengan SMS taip EDDY JB dan hantarkan ke 36553.
.
Dijemput semua bekas peserta kursus saya atau individu yang baru dari seluruh Johor, Singapura dan Batam serta peserta dari mana-mana guru / motivator yang lain. Juga, dijemput anda dari seluruh Malaysia atau Brunei juga. Tambahkan pengetahuan anda dari perkongsian ilmu kami. Sokonglah bersama kami dalam aktiviti amal jariah kami ini untuk pembangunan produktiviti negara.
.
Semoga berjaya sentiasa.
.

Eddy Rosyadie
posted by eddy Rosyadie Mohd Samsury @ 1:02 AM   0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

About Me


EDDY ROSYADIE MOHD SAMSURY

(Perancang pengurusan Hala
Tuju Hidup)
Penulis Kolumunis `Mingguan Wanita `Penulis buku `CJP`
Email:
qmas304@streamyx.com

http://eddyrosyadi.weebly.com

Previous Post
Archives
ADMIN BLOG EDDY


ARY
Phone :012 902 6972
my facebook

محمد أشعري عبد الرزاق

Reka Lencana Anda
CONSULTANT 

Zaini ahmad 
     019-2676727
Azli Shah            012-3127296
Nor Azlina            019-3869011
Dr Aniza              019-2438151
 

FORUM CHAT

Template by

image link to web design website

Provided by website design company .

 

widgeo.net

Site Meter
Blogger Templates