No 15, Jalan PJU 7/20,Mutiara Homes,
Mutiara Damansara,
47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
Email: kelabsainsmetafizik@gmail.com
http://kelabsainsmetafizik.blogspot.com
(dalam pembinaan)
Terbuka untuk semua golongan masyarakat sebagai satu kelab ilmiah.
Misi: Membangunkan potensi diri dan organisasi untuk menjana produktiviti yang lebih cemerlang.
11 Febuari 2008 – Perjumpaan pertama.
Penaung : Dato’ Dr. Roslizam Abdul Rahman.
Pengasas : Encik Eddy Rosyadie b Mohd Samsury
Jawatankuasa:
- Encik Mohd Ashaari - Bahagian promosi dan IT.
Latarbelakang:
Kelab ini ditubuhkan sebagai satu platform untuk;
1. Perjumpaan dengan semua bekas peserta kursus dan pelanggan untuk perkhidmatan sokongan yang berterusan serta perkembangan ilmu terbaru. Ini disebabkan kerana ilmu Potensi Diri memerlukan pengalaman dan bimbingan yang lebih mendalam untuk menjadikannya lebih berkesan kepada hidup seseorang.
2. Membentuk satu rangkaian komuniti yang lebih besar, contohnya Kelab Sains Metafizik Indonesia, Brunei, Singapura dan Thailand serta cawangan-cawangan tempatan seperti Kelab Sains Metafizik Kuala Lumpur dan sebagainya.
3. Sebagai tempat berkenalan untuk individu baru yang mahu melihat kaedah ini dengan lebih dekat. Mengumpulkan lebih ramai individu dan orang ramai mudah akses kepada kaedah ini.
4. Satu sumber untuk mengumpul lebih banyak data dan pengalaman kerana kaedah ini adalah kaedah penyelidikan.
5. Menjana sumber kewangan untuk aktiviti yang lebih besar termasuk aktiviti luar negara.
6. Untuk membentuk satu piawaian yang seragam dan terkawal untuk semua pengamal kaedah. Contohnya, menyelaraskan cara penyampaian dan menetapkan caj perkhidmatan.
7. Supaya kaedah ini boleh bergerak di dalam satu komuniti yang kuat dan dikenali serta berdaftar dan berlesen. Dengan itu, mudah untuk mendapatkan sokongan yang lebih kuat seperti mendapatkan penaja, menjana dana kewangan, mengadakan seminar secara terbuka atau mendapatkan bantuan kewangan daripada kerajaan dan sebagainya.
8. Satu perjumpaan untuk ahli kelab meluaskan rangkaian masing-masing seperti perniagaan, kenalan dan sebagainya.
9. Platform untuk mendidik ahli membantu masyarakat dengan lebih sistematik.
10.Untuk meningkatkan kaedah ini kepada institusi pendidikan hingga peringkat tinggi seperti penubuhan Kolej Sains Metafizik Malaysia yang mampu mengadakan silibus dan mengeluarkan sijil kemahiran kepada bakal penuntut.