waktu malaysia
 
galeri gambar
 
tempahan online


TEMPAHAN ONLINE

iklan

 





 

jadual  kursus/Seminar
BULAN KURSUS/SEMINAR
Kursus
 
dipejabat
Meru, Klang

sesi Consultant
No 69, Tgkt 2, Jalan Besar, Pekan Meru
(Atas Bank BSN depan RHB Bank)
iklan tajaan

 

 

 




 

Tuesday, December 25, 2007


Kajian menyeluruh tentang tenaga hayat individu dan perkahwinan. Di bawah ini adalah satu contohuntuk sebuah keluarga yang hancur oleh orang ketiga. Ianya berlaku ketika tenaga hayat suami, isteridan perkahwinan berada pada tahap yang terendah pada masa yang sama





Kajian yang sama dilakukan kepada kes perceraian sepasang selebriti.

Labels:

posted by eddy Rosyadie Mohd Samsury @ 7:49 AM   0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 




Menggunakan perisian komputer berdasarkan pengiraan Flying Star dan Teori Correlativiti,perbandingan tarikh & waktu lahir untuk sepasang kekasih ini menunjukkan kedua-duanya berada di usia yang sangat sesuai untuk mendirikan rumahtangga. Tindakan: teruskan membina rumahtangga

LELAKI:
3-4-1977; 2.10 pm


WANITA:
6-6-1981; 6 pm



Namun, tidaklah wajib di lakukan tepat pada usia ini. Jika dilakukan sebelum atau selepas usia sesuai, masih boleh dilakukan, cuma tahap kegembiraan “excited” itu kurang dan jika terlepas dari waktunya, usaha yang berganda perlu dilakukan, itu sahaja. Ini hanyalah panduan untuk membuat persiapan yang awal supaya kita merancang kehidupan dengan lebih baik, namun tuhan yang menentukan.

Terdapat ratusan tafsiran lagi daripada sebuah tarikh dan gabungan tarikh-tarikh.

Labels:

posted by eddy Rosyadie Mohd Samsury @ 6:56 AM   0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Saturday, December 1, 2007
BAHAGIAN 2
“ENERGY LIFE FLOW”
Carta tenaga kehidupan (Energy Life Flow) dihasilkan dari penggunaan satu perisian komputer “"Life Model Generator"”, yang mengandungi pengiraan-pengiraan saintifik yang begitu kompleks untuk menggambarkan paras “tenaga” seseorang mengikut tarikh lahir, waktu kelahiran dan jantina.

Kajian:
Seorang wanita lahir pada 31 hb Ogos 1971 sekitar waktu pagi. Bekerja sebagai seorang penyelia di sebuah kilang. Apabila mencecah umur awal 30-an (petak A di geraf dibawah), beliau baru menemui jodoh dan berkahwin. Selepas berkahwin, beliau pula telah dipindahkan ke sebuah kilang cawangan baru dengan kenaikan pangkat ke tahap pegawai beserta gaji, kemudahan pejabat, taraf serta imbuhan yang lebih baik. Kemudian, beliau telah disahkan mengandung dan melahirkan seorang bayi lelaki yang sihat. Semasa bersalin, beliau telah menjalani pembedahan memandangkan anaknya itu berat hampir 4 kg. Namun, semasa menjalani tempoh berpantang, beliau telah jatuh sakit dan didapati ususnya mengalami jangkitan yang serius kemungkinan akibat dari pembedahan itu. Beliau telah koma dan terpaksa menjalani pembedahan lagi serta ditempatkan di wad ICU. Tetapi, beliau terus koma dan telah meninggal dunia pada usia 34 tahun.

Daripada pengiraan nombor kesihatan, di dapati masalah kesihatan beliau adalah di bahagian PERUT. Merujuk kepada carta tenaga beliau di bawah ini, di dapati masalah berlaku semasa kejatuhan tenaga (petak B), sebaik sahaja terdapatnya kenaikan tenaga apabila beliau mendapat kehidupan di pejabat dan rumahtangga yang baik (petak A).




Bagi pengamal "energy lifeflow“, digambarkan bahawa apabila carta tenaga seseorang itu mengalami kejatuhan, kemungkinan boleh berlakunya sesuatu yang tidak diingini seperti kecederaan atau kematian, biasanya pada paras kurang dari 5 mata. Namun, jika sesuatu kecuaian berlaku pada masa itu, kejatuhan boleh terus merundum jika tidak berbuat sesuatu yang baik. Selalunya, dinasihatkan supaya sangat berhati-hati, elak dari melakukan aktiviti atau projek yang besar dan membuat persiapan yang lebih terperinci dan awal. Digalakkan banyak membuat kebajikan dan ibadah serta membuat perubahan kepada kehidupan. Dengan cara ini, dapatlah seseorang itu memperbaiki tenaga beliau atau sekurangkurangnya menyediakan sesuatu yang terbaik bagi orang yang dikasihinya.

Labels:

posted by eddy Rosyadie Mohd Samsury @ 2:16 AM   0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Tuesday, November 20, 2007
KES KAJIAN BAHAGIAN 1 | METAFIZIK ASTRONUMEROLOGI

Masalah

Suami sering bertukar-tukar kerja dan kerja terbaru ialah di sebuah syarikat pengangkutan di Shah Alam, manakala isteri rasa bosan di tempat kerja menjalankan aktiviti kertas kerja (2 orang pekerja di pejabatnya). Mereka sudah berkahwin 9 bulan namun belum ada cahayamata. Tarikh lahir Isteri: 02 hb. Ogos 1980 dan suami: 20 hb. November1978.




Keputusan Kajian:

  • Suami mempunyai nombor 843 iaitu mudah bosan menyebabkan suka bertukarkerja. Elemen beliau 6 iaitu besi maka sesuai dengan kerjanya sekarang. Arah ketempat kerja adalah tenggara iaitu arah kejayaan. Jadi, tempat kerjanya sekarang adalah baik. Beliau berbintang Scorpio yang mana ada masalah kesihatan seks. Tambahan pula, penyakit disyaki berkaitan darah, jadi mungkin perlu membersihkan darah sebagai usaha mendapatkan anak. Katanya beliau mahu memulakan perniagaan di arah utara, dicadangkan membuat perniagaan berkaitan pengangkutan dan jika ke arah utara, beliau perlu berhijrah ke sana jika mahu kemewahan. Carta tenaga beliau sentiasa tinggi, jadi beliau boleh mencapai kejayaan pada bila-bila masa.
  • Isteri berbintang Leo dan elemen 1 iaitu pemimpin. Beliau mempunyai nombor vokal yang tegas. Oleh kerana tidak dapat melaksanakan naluri kepimpinannya, beliau bosan di tempat kerja. Mungkin ketua beliau boleh memberikan tugas pemimpin kepadanya. Elemen beliau besi boleh membawa tugas kertas kerja dengan baik, tetapi selalu penat kerana komputer (elemen api) akan melemahkannya. Dicadangkan supaya mejanya di letakkan barangan besi pewter dan banyakkan warna emas dan hijau untuk melawan kelemahannya, mungkin “screen saver” komputer diletakkan warna kuning atau coklat. Arah ke tempat kerjanya pula adalah timur iaitu arah kejayaan. Apabila dilukis arah kejayaan untuk rumahnya di Pandamaran, didapati terdapat elemen 9 di timur dan tenggara iaitu menunjukkan tanah bersusun tinggi” biasanya kondominium. Memang, di arah itu terdapat sebuah hotel dan sebuah kondominium. Di arah barat terdapat elemen besi dan memang di situ terdapat banyak besi, iaitu pelabuhan (kapal). Di sebelah barat daya terdapat elemen 4 iaitu sekolah dan memang terdapat sebuah sekolah menengah di arah itu. Beliau juga mempunyai penyakit berkaitan darah dan perut, oleh yang demikian perlu bersihkan darah dan perut untuk mendapatkan cahayamata. Namun, pada umurnya sekarang, carta tenaga agak rendah, jadi dicadangkan untukmenangguhkan seketika untuk mendapatkan cahayamata.

Masalah dan Kajian Lain

a. Seorang ayah yang cepat panas baran dan melenting, terutamanya apabila berinteraksi dengan anak-anak.Ayah adalah elemen api dan ada nombor baran 23, manakala anak-anaknya adalah elemen air dan tanah yang menguasai ayah, jadi ayah perlu tukar cara berinteraksi.

b. Seorang graduan IT bekerja di sebuah gudang kotak dan bercita-cita untuk membuka sebuah ladang ternakan dan sekarang mahir di dalam fabrik Beliau elemen 9 (kayu) sesuai di kawasan "kayu“ dan fabrik. Bidang IT tidak sesuai

Labels:

posted by eddy Rosyadie Mohd Samsury @ 2:24 AM   0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

About Me


EDDY ROSYADIE MOHD SAMSURY

(Perancang pengurusan Hala
Tuju Hidup)
Penulis Kolumunis `Mingguan Wanita `Penulis buku `CJP`
Email:
qmas304@streamyx.com

http://eddyrosyadi.weebly.com

Previous Post
Archives
ADMIN BLOG EDDY


ARY
Phone :012 902 6972
my facebook

محمد أشعري عبد الرزاق

Reka Lencana Anda
CONSULTANT 

Zaini ahmad 
     019-2676727
Azli Shah            012-3127296
Nor Azlina            019-3869011
Dr Aniza              019-2438151
 

FORUM CHAT

Template by

image link to web design website

Provided by website design company .

 

widgeo.net

Site Meter
Blogger Templates